Tasik Kenyir Dan Tasik Perdana

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tasik Kenyir Dan Tasik Perdana as PDF for free.

More details

  • Words: 330
  • Pages: 2
Tasik Kenyir Tasik Kenyir Lokasi

Terengganu

Koordinat

5°00′N 102°48′EKoordinat: 5°00′N 102°48′E

Jenis tasik

Kolam air

Sumber asas

Sungai Kenyir

Primary outflows

Sungai Kenyir

Negara terlibat

Malaysia

Kawasan permukaan

260 km²

Pulau

340

Tasik Kenyir yang terletak di Terengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil. Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri. Ia merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Tasik ini telah dibina pada akhir zaman 1970-an dan siap pada zaman 80-an. Ia telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini. Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya yang majoritinya adalah petani. Secara tidak langsung, penduduk di sini dapat menaikkan taraf sosial masing-masing. Kedatangan pelancong kesini yang terkenal dengan jagung manisnya telah menaikkan Bandar Kuala Berang di mata pihak luar yang sebelum ini dikenali sebagai 'bandar mati'.

Tasik Perdana Tasik Perdana terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Tasik ini terletak di sebelah kiri Jalan Mahameru menuju ke bangunan Parlimen Malaysia. Nama Tasik Perdana dipilih kerana berhampiran dengan kediaman bekas Perdana Menteri Malaysia ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak.

Tasik ini merupakan sebuah bekas lombong bijih timah pada zaman penjajahan British. Ketika itu lombong ini diusahakan pelombong bijih timah menggunakan lombong palung. Setelah jumlah bijih timah berkurangan, lombong ini tinggal terbiar dan dimajukan sebagai sebuah tasik rekreasi. Kawasan sekitarnya telah dijaga dengan rapi dengan menanam pelbagai spesis pokok hiasan. Trek joging, kerusi rehat, Panggung Anniversari, gelanggang permainan dan lainlain telah disediakan di sini. Tasik Perdana merupakan kawasan rekreasi yang menarik pengunjung tempatan dan antarabangsa. Antara lokasi yang menarik di sekitar Tasik Perdana ialah: 1. Tugu Negara

2. Panggung Anniversari 3. Muzium Negara 4. Planetarium Negara 5. Galeri Seri Perdana - dahulunya kediaman Allahyarham Tun Abdul Razak. 6. Taman Bunga Raya 7. Taman Orkid 8. Taman Burung

Related Documents