Tambahan 2.docx

  • Uploaded by: Anonymous 6HMTGm
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tambahan 2.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 488
  • Pages: 2
seminar kerjaya Masintag (2015) meyatakan tidak ada manusia yang tidak mengenali potensi diri selain daripada dirinya sendiri, tapi kerana pandangan manusia sering terleka dan sebagainya, maka potensi tersebut sering terabai tanpa disedari. Begitu juga dengan pelajar teknikal, mereka juga sering kebingungan tentang potensi apa yang ada pada diri mereka. Oleh itu, dengan menyertai seminar kerjaya pelajar akan lebih mengenali potensi diri di samping memahami kesedaran kendiri. Melalui seminar kerjaya juga pelajar akan turut dapat mengenal pasti kelemahan dan kelebihan diri masing-masing dengan lebih baik ( ).

bengkel pembangunan kerjaya Melalui bengkel pembangunan kerjaya, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai maklumat pekerjaan selepas tamat pengajian dan juga kemahiran komunikasi berkesan (Abd. Rashid, 2016). Pelajar dan graduan perlu menyertai bengkel pembangunan kerjaya bagi meningkatkan kemahiran teknikal dan elemen kaunseling diri masing-masing. ( Yunus) pelajar juga turut beranggapan bahawa mereka mempunyai masa depan yang lebih cerah dalam kerjaya dengan menyertai bengkel pembangunan kerjaya dan turut memberikan peluang untuk meningkatkan elemen kaunseling diri pelajar. Bengkel pembangunan kerjaya yang dijalankan akan dapat meningkatkan tahap motivasi para pelajar selain membina imej yang baik dikalangan pelajar. Keberkesanan pembangunan kerjaya membolehkan para pelajar untuk menambah peluang bagi mencapai matlamat dalam pencarian pekerjaan. Malah, ia boleh diselarikan dengan minat, kepakaran dan nilai individu yang dipegang (Bakri et al., 2009). Dengan ini, pembangunan kerjaya hendaklah dilihat sebagai satu usaha kerjasama yang berterusan antara institusi dan organisasi industri dalam memilih dan memantapkan sumber tenaga kerja agar menjadi lebih kompeten dan mampu membawa organisasi ke satu tahap yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Latihan Kemahiran Kerjaya Latihan boleh juga dirujuk sebagai perancangan yang sistematik untuk mengubah atau mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan sikap, ia bertujuan untuk mencapai prestasi yang efektif. Latihan juga merupakan elemen yang penting untuk meningkatkan keupayaan

seorang pelajar dengan cara memastikan mereka memperoleh pengetahuan, kemahiran, dan keupayaan untuk meningkatkan prestasi mendapatkan pekerjaan. Menurut Carcio (1989), latihan merupakan program terancang yang direka untuk meningkatkan prestasi diperingkat individu, kumpulan, dan organisasi. Prestasi yang berubah samaada bertambah baik atau sebaliknya menunjukkan perubahan yang dapat diukur dalam pengetahuan, kemahiran, sikap dan kelakuan sosial. Hal ini demikian kerana, apabila seseorang pelajar menjalani latihan, dia akan mendapat pengalaman baru dan mampu untuk mengaplikasikan di dalam pekerjaannya kelak. Selain itu, pelajar juga dapat merangka pelbagai strategi yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan oleh organisasi yang akan disertainya. Seterusnya adalah aspek keberkesanan iaitu memberi kesan positif terhadap pelajar supaya lebih kompetitif dan berkesan dalam mencari dan mendapatkan pekerjaan. Secara tidak langsung dengan adanya latihan dapat meningkatkan persaingan antara pelajar untuk bekerja dan melakukan tugas dengan lebih berkesan dan berkualiti.

Abd. Rashid, A. R. (2016). Agenda Perubahan: Pengurusan Sumber Manusia dan Kerjaya. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd: Kuala Lumpur Ahmad Khairi ( ). Definisi Latihan Dan Pembangunan Bakri, N., Yoong, Soon Kiong, dan Hussin, H. (2009). Hubungan antara peranan individu dan organisasi dengan amalan pembangunan kerjaya. Journal of Human Capital Development Masintag, S. (2015). Pembangunan Kerjaya Dalam Organisasi. Bahagian Saraan. Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri

Related Documents

Tambahan Repro.docx
June 2020 24
Tambahan Baru.docx
June 2020 1
Tambahan Rahma.docx
May 2020 5
Tambahan Icra.xlsx
December 2019 47
Tambahan Modul
May 2020 8
Tambahan Cg.docx
April 2020 10

More Documents from "Aulia"