32. Bagaimana Pendekatan Islam Hadhari boleh dikaitkan dengan isu Pemuliharaan Alam Sekitar? Jawapan: Manusia adalah khalifah yang diberi amanah oleh Allah S.W.T bagi mengurus dan mentadbir alam dengan baik. Antara amanah tersebut ialah memelihara alam tabii daripada kemusnahan sehingga boleh mengancam kehidupan. Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi juga hubungan manusia dengan alam. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia adalah kesan daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam tabii. Dalam proses pembangunan, manusia mempunyai kecenderungan untuk menguasai dan mengeksplotasi alam tabii secara tidak berakhlak. Natijahnya, keseimbangan alam semula jadi tidak dapat dikekalkan. Maka berlakulah fenomena seperti peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, pemanasan global, gempa bumi, gelombang besar, hujan asid, pencemaran alam sekitar dan sebagainya, semuanya menyumbang ke arah ketidakstabilan eko-sistem yang dilakukan oleh aktiviti manusia. Di peringkat antarabangsa beberapa deklarasi alam sekitar telah pun dilaksanakan oleh UNDP untuk memastikan pembangunan yang lestari. Deklarasi Rio De Janerio (1993) dan Protokol Kyoto (1997) merupakan antara dua deklarasi di mana Malaysia turut menandatanganinya. Malaysia sendiri telah mengadakan Deklarasi Langkawi untuk memastikan pembangunan negara secara lestari dan mesra alam. Ini semuanya merupakan pendekatan kehidupan yang hadhari. Alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah dan pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pembangunan insan yang berteraskan kepada kehidupan nilai-nilai murni agama, bertanggungjawab dengan alam, membangun alam secara terancang perlulah diberi penekanan yang bersungguh-sungguh. Pembangunan Sains dan Teknologi yang berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya perlu diterapkan kepada seluruh peringkat masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii perlu dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang dijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat. Adalah menjadi matlamat pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia menjadi harmoni dengan alam sekitar di sekelilingnya di samping berusaha untuk terus maju. 33. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita merupakan salah satu Prinsip Pendekatan Islam Hadhari. Bagaimanakah prinsip ini boleh diketengahkan dan apakah skop dan pendekatan untuk mencapainya? Jawapan: Islam Hadhari merupakan suatu pendekatan untuk membangunkan insan dan masyarakat, di mana kumpulan minoriti dan wanita merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat yang tidak boleh diabaikan. Dalam konteks hubungan masyarakat hari ini kumpulan minoriti seperti golongan kurang upaya, mereka yang telah terjebak dengan gejala keruntuhan moral, bekas-bekas tahanan, ibu tunggal, warga emas, kumpulankumpulan etnik dan suku kaum minorit, kurang mendapat perhatian masyarakat, sedangkan mereka sangat berpotensi untuk menyumbang kepada kemajuan negara. Begitu juga kaum wanita yang merupakan aset penting dalam pembinaan keluarga sejahtera serta sektor pembangunan sosio ekonomi negara. Melalui pendekatan Islam Hadhari, kumpulan berkenaan akan diberi perhatian yang khusus dari segi kebajikan, keilmuan, pembinaan kemahiran dan pengiktirafan yang sewajarnya, sesuai dengan peranan dan keupayaan mereka. 34. Pemilihan aspek Keutuhan Budaya dan Moral sebagai salah satu Prinsip Islam Hadhari adalah sangat tepat dan dialu-alukan oleh pelbagai pihak.
Persoalannya ialah, bagaimanakah konsep dan Pendekatan Islam Hadhari dapat merealisasikan prinsip di atas? Jawapan: Salah satu prinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah wujudnya keutuhan budaya dan ketinggian akhlak. Dalam usaha meningkatkan kemajuan negara Malaysia, kepelbagaian budaya dan agama perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan luhur. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. Ia juga akan menjadikan bangsa itu dihormati dan disegani. Dengan demikian kemajuan ekonomi dan teknologi akan berjalan seiring dengan keluhuran budaya dan ketinggian akhlak masyarakat berbilang kaum. Namun gejala keruntuhan akhlak, kelemahan budaya integriti dan budaya ilmu dalam masyarakat Malaysia semasa, merupakan satu cabaran besar kepada pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari. Dari perspektif tamadun dan agama Islam, kemajuan ekonomi dan ilmu sesuatu bangsa harus dijiwai oleh budaya moral dan etika yang luhur. Matlamat ini tidak akan dapat dicapai selagi kemajuan kebendaan diasingkan daripada nilai-nilai moral, etika dan kerohanian yang luhur. Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun dan empayar Romawi yang begitu hebat telah runtuh dan ditelan zaman akibat daripada kepincangan moral yang parah dalam masyarakat dan negara. Usaha-usaha bagi memperkasakan budaya harus seiring dengan nilai-nilai murni yang luhur dan boleh mengukuhkan nilai-nilai ketamadunan ummah. 35. Kekuatan Pertahanan merupakan satu unsur yang boleh menjamin keamanan dan keselamatan negara. Apakah melalui Pendekatan Islam Hadhari dapat mengekalkan situasi tersebut?
Jawapan: Pendekatan Islam Hadhari melihat aspek pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi kekuatan ketenteraan dan persenjataan, malah ia merangkumi kekuatan diri, fizikal dan spiritual. Bangsa yang maju memerlukan umat yang dapat mempertahankan diri dan negara dari dicerobohi. Untuk itu mereka perlu memiliki kekuatan ketenteraan yang terkini bagi tujuan mempertahankan diri dan negara dan bukan untuk menyerang dan menguasai bangsa lain. Kekuatan pertahanan akan menjamin kestabilan, keamanan dan keselamatan negara yang membolehkan proses pembangunan dilakukan secara berterusan. Perubahan suasana politik dunia global masa kini dan tekanan serta penghinaan yang dihadapi oleh sebahagian umat manusia menuntut kita menguasai kekuatan ketenteraan dan keupayaan mempertahankan diri. Negara perlu diperlengkapkan dengan rancangan serta program jangka panjang untuk menyemai rasa hak dan tanggungjawab membela kemuliaan maruah diri, bangsa dan negara. Pendekatan Islam Hadhari akan berusaha memperkasakan umat supaya mereka berupaya menghadapi cabaran dunia semasa. 36. Apakah bentuk kekuatan pertahanan yang hendak dicapai melalui Pendekatan Islam Hadhari? Jawapan: Kekuatan pertahanan bermula dengan kekuatan dalaman (spiritual), yang akan menjana kekuatan fizikal. Pendekatan Islam Hadhari akan memastikan kemantapan jati diri
dan kekuatan dalaman rakyat Malaysia serta keupayaan mempertahankan negara dengan penuh kesungguhan. Negara perlu menyediakan segala keperluan fizikal berupa prasarana dan peralatan perang yang berteknologi tinggi dan terkini bagi mengekalkan keamanan. Peralatan tersebut perlulah dibangunkan sendiri oleh pakarpakar dari kalangan rakyat Malaysia bagi mengelakkan pergantungan daripada pihak luar secara berterusan serta mempertahankan maruah ummah dan bangsa. Langkah ini adalah sebagai fardhu kifayah yang sangat bertepatan dengan kehendak ajaran Islam yang menuntut umatnya menyediakan pasukan pertahanan yang lengkap bagi menjamin kedaulatan agama. 37. Kenapakah Islam hendak dihadharikan, sedangkan Islam itu sendiri sifatnya mengandungi unsur falsafah, pemikiran dan ajaran yang mendorong kepada penghayatan hadhari? Jawapan: Islam memang tidak perlu dihadharikan lagi kerana ia agama Allah yang memang bersifat hadhari, tetapi yang perlu dihadharikan ialah umat Islam supaya mengaplikasikan ajaran Islam sepenuhnya dalam kehidupan mereka. Realiti yang berlaku pada hari ini, kebanyakan umat Islam memandang ajaran Islam dalam konteks yang sempit iaitu dalam aspek-aspek ibadah khusus semata-mata. Lantaran itu mereka menjadi umat yang lemah, mundur dan tertindas. Bilangan umat Islam melebihi 1.3 bilion. Majoriti Negara-negara Islam kaya dengan sumber alam tetapi tidak berupaya membangunkannya sendiri kerana ketiadaan ilmu untuk menerokainya. Umat Islam tidak dapat menjadikan umat yang kuat dan disegani dalam banyak perkara. Islam Hadhari merupakan satu pendekatan untuk membangunkan insan supaya kembali kepada mengamalkan ajaran Islam yang sebenar dan seterusnya membina ketamadunan ummah sebagaimana semasa kegemilangan umat Islam dahulu dalam pelbagai bidang sebagaimana yang pernah dicapai oleh umat Islam pada zaman abad pertengahan Islam. 38.
Apakah cabaran kepada Pendekatan Islam Hadhari?
Jawapan: Pada umumnya, antara cabaran kepada Pendekatan Islam Hadhari terbahagi kepada dua bentuk: 1. Cabaran Dalaman 1.1 Kekaburan mengenai konsep Pendekatan Islam Hadhari. 1.2 Kurang kesediaan masyarakat Islam untuk menerima dan menghayati Islam Hadhari. 1.3 Pasif untuk menerima perubahan. 1.4 Ketinggalan dalam pelbagai bidang kehidupan seperti pendidikan, ekonomi dan sebagainya. 1.5 Taksub atau fanatik kepada sesuatu fahaman lain. 2. Cabaran Luaran 2.1 Wujudnya pengaruh pemikiran luar yang mengelirukan kefahaman umat Islam tentang Islam Hadhari seperti Islam Liberal, Islam Progresif dan sebagainya. 2.2 Pengaruh globalisasi yang membawa kesan negatif. 2.3 Salah faham dan curiga tentang usaha kerajaan dalam melaksanakan Pendekatan Islam Hadhari. 39. Bangsa asing mendakwa mereka telah lama hadhari. Kenapa baru sekarang Islam Hadhari diperkenalkan? Jawapan:
Pendekatan Islam Hadhari adalah untuk semua bangsa dalam meningkatkan pembangunan Negara dengan menekankan 10 Prinsip seperti yang digariskan dalam Pendekatan Islam Hadhari. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bangsa asing sudah lama mengecapi kemajuan tetapi kemajuannya yang tidak disuntik dengan nilai-nilai spiritual yang bersepadu. Pemisahan dari aspek kemajuan spiritual menyebabkan berlakunya krisis nilai seperti penipuan, rasuah, pecah amanah, penyelewengan dan sebagainya. Menyedari hakikat inilah, kerajaan memperkenalkan Pendekatan Islam Hadhari yang memfokuskan kepada pembangunan material dan spiritual. Kombinasi antara dua elemen ini akan melahirkan masyarakat yang dihiasi dengan nilai-nilai ketamadunan yang luhur. 40. Islam?
Adakah Pendekatan Islam Hadhari hanya melibatkan orang Melayu dan umat
Jawapan: Tidak. Pendekatan Islam Hadhari adalah untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama dalam usaha membina masyarakat Malaysia yang bertamadun dan gemilang. Ajaran Islam adalah bersifat sejagat dan akan memberi rahmat kepada seluruh penghuni alam. Apabila semua rakyat Malaysia mempunyai tamadun yang tinggi maka faedahnya akan dikecapi oleh semua pihak sama ada umat Islam atau pun bukan Islam. 41. Sejauhmanakah 10 Prinsip Islam Hadhari dapat dipraktikkan di Malaysia dan berikan contoh? Jawapan: Prinsip-prinsip yang terdapat dalam Islam Hadhari adalah berbentuk realistik dan boleh dilaksanakan di Malaysia oleh semua pihak meliputi agensi kerajaan dan swasta. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada komitmen dan kesediaan mereka menyuntik dan mengamalkan ciri-ciri dan nilai-nilai hadhari yang ingin dibangunkan daripada 10 prinsip tersebut. Contoh: * Prinsip 4: Penguasaan Ilmu Pengetahuan. (i)Menggalakkan masyarakat mengamalkan budaya ilmu seperti pembelajaran sepanjang hayat. (ii)Memperluaskan konsep pendidikan bersepadu (dwi pengkhususan) bagi melahirkan manusia yang mahir dalam ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. (iii)Memperluaskan R&D ( Research and Development ) 42. Apakah strategi Pendekatan Islam Hadhari kepada pelbagai peringkat masyarakat? Jawapan: Kerajaan telah merangka beberapa strategi termasuklah memberi penjelasan kepada semua peringkat masyarakat melalui agensi-agensi yang telah ditetapkan. JAKIM diberi tanggungjawab untuk memberi penjelasan kepada kakitangan kerajaan dan masyarakat awam. YADIM kepada Badan Bukan Kerajaan, JASA kepada Pemimpin partiparti politik, IKIM kepada masyarakat bukan Islam, JAPIM kepada guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah, JPT kepada warga IPTA dan IPTS di dalam dan di luar negeri. KAGAT kepada anggota tentera dan keluarga, Pejabat Penasihat Agama kepada YAB Perdana Menteri dan kepada sektor swasta.
Pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari akan dimulakan pada tahun 2006. Beberapa strategi dan program dalam bentuk jangka pendek dan jangka panjang telah pun dirangka. Ia termasuklah strategi pembinaan modal insan menerusi program-program latihan, bengkel, kursus dan seminar dengan menggunakan modul 10 Prinsip Islam Hadhari. 43.
Apakah rasional kerajaan Malaysia memperkenalkan Pendekatan Islam Hadhari?
Jawapan: Umat Islam di Malaysia hari ini agak ketinggalan dalam beberapa bidang. Antaranya ialah bidang pembangunan ilmu, ekonomi, perindustrian dan teknologi. Malah senario dunia hari ini melihat umat Islam terlibat dengan keganasan, kemiskinan, dan kemunduran kerana kelemahan umat Islam sendiri. Justeru , kerajaan Malaysia memperkenalkan Islam Hadhari untuk membangkitkan kesedaran baru kepada masyarakat terhadap konsep sebenar ajaran Islam yang turut mengutamakan soal kesejahteraan hidup menyeluruh supaya umat Islam di Malaysia merasai bahawa membangun kehidupan, menuntut ilmu, berniaga, bertani, bekerja di kilang, mengeluarkan produk makanan dan sebagainya merupakan sebahagian daripada agama. 44. Adakah pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari memberi kesan negatif kepada masyarakat bukan Islam? Jawapan: Sudah tentu tidak. Malah masyarakat bukan Islam akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan Islam Hadhari. Dalam Islam Hadhari, hak-hak orang bukan Islam dari segi kebebasan beragama dan mengamalkan budaya tetap terpelihara. Kita yakin mereka akan lebih gigih menjalankan kegiatan ekonomi, sosial, politik dan sebagainya hasil daripada pemahaman dan kesedaran yang dicetuskan dalam pendekatan Islam Hadhari. 45. Apakah pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari dapat membendung maksiat daripada terus berleluasa? Jawapan: Kita berkeyakinan bahawa apabila masyarakat mengamalkan ciri dan nilai-nilai ketamadunan, gejala sosial akan dapat dikurangkan ini kerana pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek-aspek spiritual, moral, kehidupan berkualiti dan juga pembinaan sahsiah diri. Sekiranya setiap masyarakat memahami, menghayati serta melaksanakan nilai-nilai yang terdapat dalam Islam Hadhari sudah tentu mereka tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama dan maksiat dapat dibenteras. Usaha-usaha membenteras maksiat merupakan tanggungjawab kepada semua anggota masyarakat. 46. Anggapan bahawa pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari akan disepadukan dengan rancangan jangka panjang RMK-9. Bagaimanakah perancangan dan pelaksanaannya nanti akan diselaraskan di satu peringkat. Apakah peranan YAB Perdana Menteri, JAKIM dan Kementerian dalam pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari ini? Jawapan: Bagi memastikan pelaksanaan pendekatan Islam Hadhari dapat di realisasikan, kerajaan telah menyerapkan pendekatan ini ke dalam RMK-9 secara menyeluruh. Dasar-
dasar yang telah sedia ada tidak berubah tetapi dibuat penambahbaikan sesuai dengan beberapa cirri dan nilai dalam pendekatan Islam Hadhari. Setiap agensi kerajaan akan mengambil kira 10 Prinsip Islam Hadhari dalam perancangan dan pelaksanaan program mereka dalam RMK-9. JAKIM diberi tanggungjawab sebagai penyelaras Islam Hadhari di peringkat kebangsaan manakala SUK/JAIN bertindak sebagai penyelaras di peringkat negeri. 47. Bagaimanakah usaha untuk menjaga, memartabatkan dan memperkasakan agama mengikut Pendekatan Islam Hadhari? Jawapan: Antara usaha untuk menjaga, memartabat dan memperkasakan agama dilaksanakan melalui pelbagai sector sebagai contoh: i. Pendidikan -Memperluaskan pemahaman tasawwur Islam kepada masyarakat. -Memperbanyakkan peluang pendidikan bersepadu (dwi pengkhususan) di peringkat Pengajian Tinggi. -Memantapkan penguasaan bacaan al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain melalui program J-QAF di peringkat sekolah. ii. Ekonomi -Memperluaskan potensi pengeluaran produk halal yang diuruskan oleh umat Islam bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah. -Memperkemas dan meningkatkan keupayaan sistem muamalat Islam dalam sistem perbankan, Takaful, Saham, Bon, Sukuk, Amanah Ikhtiar, Baitulmal, Wakaf, Tabung Haji, al-Rahnu dsb. iii. Sosial -Memperkemaskan Pusat Khidmat Sosial, Pusat Pembangunan Keluarga Islam, Institusi Perlindungan untuk ibu tunggal, ibu tinggal, anak yatim, wanita teraniaya. -Memperkemas dan memperkukuhkan peranan institusi masjid, institusi keluarga, masyarakat dsb. -Memperkemas dan memperkukuhkan pendekatan intitusi-intitusi pemulihan. iv. Budaya -Mengamalkan dan menggalakkan budaya yang sesuai dengan nilai-nilai ketemadunan yang unggul. -Menerapkan nilai-nilai murni dalam aktiviti kesukanan, kebudayaan dan kesenian. -Memperluaskan budaya murni yang telah sedia ada seperti amalan gotong-royong, amalan ziarah menziarahi, tolong menolong dan sebagainya. Usaha-usaha yang dilaksanakan ini tidak menyimpang dari landasan Islam dan tujuan asas Maqasid as-Syar��iyah yang melindungi aspek agama, akal, keturunan, nyawa dan harta. 48. Apa yang disebut oleh YAB Perdana Menteri adalah matan kepada 10 Pendekatan Islam Hadhari. Apa yang diragui adalah keupayaan kita untuk memberi penjelasan tersebut. Mungkin satu pihak akan memberi penjelasan yang berbeza dengan yang lain. Bagaimanakah cara yang berkesan untuk memberikan penjelasan terhadap 10 Prinsip tersebut sehingga dapat difahami oleh masyarakat? Jawapan: Setakat ini 10 prinsip Islam Hadhari yang disebut oleh YAB Perdana Menteri apa yang ada adalah matan kepada Pendekatan Islam Hadhari. Ia perlu kepada penjelasan
dan penghuraian yang disokong oleh ayat-ayat al-Quran dan al-Hadis untuk mengukuhkan lagi kefahaman masyarakat. Sebagai contoh, di dalam al-Quran disebutkan Ulul al-Bab. Ia boleh membawa maksud yang lebih luas para saintis, ilmuan, teknokrat, ahli astronomi dll. Bagi memantapkan penghuraian 10 Prinsip Islam Hadhari, JAKIM telah menyediakan beberapa siri penelitian dan modul kursus untuk disampaikan kepada masyarakat. Soal belakunya perbezaan penjelasan tidak patut timbul kerana konsep-konsep dalam Islam dikembangkan dengan seluas-luasnya dalam konteks ketamadunan itu sendiri. 49. Adakah Pendekatan Islam Hadhari lebih menekankan kepada
pembangunan Insan?
Jawapan: Memang benar bahawa, pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan kepada pembangunan insan. Insan perlu dibangunkan terlebih dahulu daripada pembangunan kebendaan. Pembangunan insan adalah amat penting kerana pembangunan fizikal yang dibina tanpa didokong oleh manusia yang bertamadun, berilmu dan berakhlak semuannya tidak akan dapat bertahan lama. Nabi Muhammad S.A.W. membangunkan insan di Mekah selama 13 tahun sebagai persediaan membina ummah yang cemerlang sehingga terbinanya sebuah negara Islam yang unggul di Madinah. Dalam masa yang sama, insan yang bertamadun itu dengan sendirinya akan berjaya membangunkan fizikal. 50. Pembangunan yang seimbang perlu ditekankan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Apakah perlu Malaysia mencontohi kemajuan di negara Barat sedangkan mereka meminggirkan agama dari segi akhlak? Jawapan: Pembangunan Negara Malaysia akan dilaksanakan mengikut ketentuan dan acuan negara sendiri. Malaysia menerima Islam sebagai satu cara hidup (way of life atau alDin). Pembangunan negara haruslah diselaraskan mengikut konsep al-Din seperti yang termaktub dalam prinsip-prinsip syar��iyyah sedangkan negara Barat memandang agama itu sebagai ��religion�� yang memisahkan antara dunia dan akhirat. Itulah sebabnya kita memperkenalkan pendekatan Islam Hadhari yang mengintegrasikan nilai-nilai agama dalam proses pembangunan Negara. 51. Bagaimanakah pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari dalam aspek hiburan di Malaysia? Jawapan: JAKIM akan terus mengadakan penyelarasan dengan agensi yang terlibat bagi memastikan program-program hiburan di Malaysia tidak melanggar nilai-nilai serta norma masyarakat Malaysia yang berteraskan budaya dan agama. JAKIM sebagai contoh telah pun menyediakan Garis Panduan Hiburan untuk menjadi panduan bagi semua pihak yang terlibat dengan program-program hiburan. Maka menjadi tugas dan tanggungjawab semua pihak untuk mematuhi garis panduan ini supaya kita dilihat sebagai bangsa yang bertamadun tinggi dan dapat membezakan antara nilai-nilai positif dan negatif. Selain dari itu Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bertanggungjawab dalam memastikan nilai-nilai budaya dan kesenian di negara ini sentiasa dipelihara. 52.
Apakah pelan tindakan bagi melaksanakan Islam Hadhari?
Jawapan: Penjelasan mengenai Islam Hadhari telah dilaksanakan secara meluas pada tahun 2005. Manakala pelaksanaannya akan dimulakan pada tahun 2006. Pendekatan Islam
Hadhari akan dilaksanakan secara integrated dengan program-program sedia ada. Ini kerana Islam Hadhari adalah berbentuk ��pendekatan��, dan tidak semestinya mengadakan program-program baru. Mungkin program sedia ada disesuaikan pelaksanaanya secara hadhari. Dalam jangkamasa 5 tahun selepas pelaksanaan ini, diharap sistem pentadbiran di negara ini akan mempunyai elemen-elemen atau nilai yang mulia. Begitu juga dengan terlaksananya Pendekatan Islam Hadhari ini akan dapat melahirkan pakar-pakar dalam bidang sains dan teknologi, perubatan yang juga menguasai bidang Islam. Gejala sosial seperti keruntuhan moral dan sebagainya dapat dikurangkan, indeks jenayah juga dapat dikurangkan. Dalam sektor ekonomi, usahawan Islam semakin ramai dan indeks kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia terutama di kalangan orang Islam semakin menurun. Walaubagaimanapun, penghayatan Islam Hadhari mesti bermula daripada diri sendiri dan umat Islam perlu menjadi contoh yang baik kepada orang lain. Orang Islam mesti menguasai ilmu dan kemahiran dalam semua urusan dan bukan sekadar melihat kejayaan orang lain tanpa ingin berubah.
53. Perlu atau tidak dalam Pendekatan Islam Hadhari Undang-undang Syariah diangkat martabatnya setaraf atau lebih daripada Undang-undang Sivil? Jawapan: Tidak dinafikan bahawa Undang-undang Syariah di Malaysia perlu diselaraskan dengan Undang-undang Sivil mengikut keperluan dari masa ke semasa. Melalui Pendekatan Islam Hadhari penguatkuasaan Undang-undang Syariah akan berusaha agar dimantapkan lagi dengan penyediaan prosidur-prosidur dan memberi latihan yang mencukupi kepada penguatkuasa dan pengamal undang-undang. Bagi tujuan tersebut usaha-usaha ke arah penyeragaman undang-undang syarak dan sivil sentiasa dilakukan oleh pihak yang berwajib dan pengamal undang-undang bagi tujuan meningkat martabat Undang-undang Syariah. 54.
Adakah Undang-undang Syarak dimasukkan dalam Prinsip Islam Hadhari?
Jawapan: Isu di sini adalah dari aspek keadilan. Oleh itu, aspek pembangunan undang-undang Syarak boleh disesuaikan melalui prinsip ke 2 Islam Hadhari iaitu Kerajaan Adil dan Beramanah dan Prinsip Ke 8 iaitu Keutuhan Budaya dan Moral. Sebagaimana maklum tujuan utama Pendekatan Islam Hadhari adalah untuk menjadikan Islam sebagai pemangkin kepada aspek amalan rakyat Malaysia. Justeru melalui Pendekatan Islam Hadhari, masyarakat Malaysia akan dididik supaya hidup berperaturan, berakhlak mulia dan mementingkan keharmonian dalam pergaulan sesama mereka. 55. Apakah pembangunan Pendekatan Islam Hadhari diselaraskan dengan wawasan 2020 atau adakah ia merupakan langkah yang berbeza untuk membangunkan Malaysia?
Jawapan: Pendekatan Islam Hadhari dilaksanakan seiring dengan dasar-dasar kerajaan yang lain bagi melahirkan sebuah Negara Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Jika kita kaji bahawa keseluruhan kandungan wawasan 2020 itu sendiri adalah bersifat Hadhari, dengan syarat pelaksanannya dipraktikkan bertepatan dengan nilai-nilai ketemadunan. Contohnya Wawasan 2020, melalui strategi pertama adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju mengikut acuan sendiri pada
tahun 2020 nanti. Memandangkan senario pada hari ini, tidak ada sebuah Negara Islam pun tergolong dalam G-8 (Negara Maju) maka Malaysia begitu komited untuk menjadi sebuah negara maju sebaris dengan negara tersebut. Namun yang istimewanya, kita akan bergelar sebuah negara maju yang bebas daripada masalah sosial seperti rasuah, penindasan, penipuan, seperti apa yang terjadi dalam negara-negara maju sekarang. Oleh yang demikian, Pendekatan Islam Hadhari dilaksanakan supaya Malaysia menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Itulah perkaitan antara Wawasan 2020 dengan Pendekatan Islam Hadhari. 56. Adakah wujud perbezaan signifikan antara Islam Hadhari Negeri Terengganu dengan Islam Hadhari kerajaan Pusat? Jawapan: Perbezaan prinsip-prinsip Islam Hadhari antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri Terengganu tidak menimbulkan apa-apa masalah kerana tujuannya adalah untuk membangunkan umat Islam. 10 prinsip yang digariskan oleh Kerajaan Pusat adalah menjadi panduan umum kepada negeri-negeri dan Kerajaan Negeri boleh mengembang dan menyesuaikan prinsip-prinsip tersebut mengikut keperluan setempat di negeri masing-masing. * Bagaimanakah bentuk strategi pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari bagi tempoh RMK9?
Jawapan: Terdapat 66 strategi pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari bagi tempoh RMK9. Antaranya ialah isu berhubung Prinsip Islam Hadhari mengenai Kerajaan Adil dan Beramanah. Sifat amanah ini perlu dihayati sepenuhnya. Umpamanya penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah masih berlaku di kalangan segelintir perkhidmatan awam, masyarakat dan swasta. Jadi strategi yang digunakan ialah dengan menanamkan sikap kesedaran bahawa sifat amanah dan telus adalah sebahagian daripada tuntutan agama. Selain daripada itu juga strategi yang digunakan ialah dengan melakukan penambahbaikan prosedur kerja secara berterusan bagi mengurangkan karenah birokrasi berteraskan prinsip mempermudahkan urusan, berlaku adil dan beramanah. Di antara program yang akan dilaksanakan ialah dengan melaksanakan kursus pengukuhan integriti kepada pelbagai kumpulan sasar, menyemak undang-undang, peraturan, prosedur yang sedia ada, memantau pelaksanaan prosedur kerja melalui mesyuarat Pasukan Petugas bagi menangani karenah birokrasi yang diadakan secara berjadual. Semua ini akan dilaksanakan di semua pringkat agensi dan Kementerian. * Dalam pembentangan RMK9, YAB Perdana Menteri ada menyatakan tentang Pendekatan Islam Hadhari dalam misi Nasional. Apakah maksudnya ?
Jawapan: Misi Nasional ialah satu rangka kerja bagi agenda pembangunan Negara dengan menggariskan langkah-langkah utama yang harus diambil bagi tempoh lima belas tahun akan datang. Misi Nasional akan menumpukan usaha kepada bidang-bidang utama yang akan membawa kepada pencapaian Wawasan 2020. Bidang-bidang utama ini meliputi keupayaan Negara untuk bersaing di peringkat global, pembangunan modal insan, integrasi nasional, hubungan antara kaum, pengagihan pendapatan dan kekayaan,
serta mutu hidup rakyat. Dengan menumpukan usaha kepada bidang-bidang tersebut, kita akan dapat memperolehi hasil yang lebih baik dan impak pembangunan yang lebih ketara. Sekiranya misi Nasional ini dirujuk kepada 10 prinsip Pendekatan Islam Hadhari maka ia mempunyai kaitan yang rapat iaitu langkah kerajaan untuk melihat kemajuan yang dapat dinikmati oleh semua rakyat, secara saksama tanpa mengira agama atau kaum. Langkah ini bertujuan membina tamadun Negara, seiring dengan kecemerlangan tamadun Islam dan tamadun-tamadun lain, selaras dengan Pendekatan Islam Hadhari. * Bagaimanakah untuk menerap dan melaksanakan Islam Hadhari dalam konteks individu dan keluarga?
Jawapan: Pendekatan Islam Hadhari akan dapat diterangkan dan dilaksanakan kepada individu dan keluarga melalui pendekatannya yang meliputi kehidupan seseorang individu dan keluarga. Umpamanya prinsip Islam Hadhari yang mempunyai kaitan secara langsung dengan individu dan keluarga adalah prinsip Rakyat Yang Berjiwa Merdeka, Penguasaan Ilmu Pengetahuan, Kehidupan Berkualiti serta Keutuhan Budaya dan Moral. Melalui prinsip-prinsip ini, Pendekatan Islam Hadhari akan menjadikan individu dan keluarga mempunyai pandangan yang jelas untuk mengubah persepsi mereka terhadap kehidupan yang meliputi corak pemikiran serta pengamalan. * Apakah ciri-ciri dan nilai yang ingin dibangunkan dalam Pendekatan Islam Hadhari?
Jawapan: Terdapat 10 prinsip Islam Hadhari dan di dalam setiap prinsip tersebut mengandungi ciri-ciri dan nilainya yang tersendiri. Prinsip I: KETAQWAAN DAN KEIMANAN KEPADA ALLAH Ciri-ciri dan nilai yang ingin dibangunkan ialah: * * * * *
Keimanan yang mantap Ketaqwaan yang menyeluruh Pegangan agama yang teguh Pengamalan kolektif nilai-nilai murni Masyarakat yang ��beragama�� berteraskan prinsip rukun Negara
Prinsip 2: KERAJAAN
ADIL DAN BERAMANAH
Ciri-ciri dan nilai yang ingin dibangunkan ialah: * * * *
Pentadbiran yang adil bagi semua rakyat, Urus tadbir yang berkesan, telus, amanah, ikhlas, tekun dan bertanggungjawab Kebajikan rakyat yang terpelihara Berjimat cermat �C mengelak pembaziran
Prinsip 3: RAKYAT BERJIWA MERDEKA
Ciri-ciri dan nilai yang ingin dibangunkan adalah: * * * * * * * * *
Semangat jati diri Berfikiran terbuka Tidak terbelenggu kesan penjajah Kreatif dan inovatif Mampu bersaing Berdaya maju. Berdikari Berusaha menerima perubahan Tidak taksub dengan budaya lama yang melemahkan
Prinsip 4: PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN Ciri-ciri dan nilai yang ingin dibangunkan: * Umat yang cintakan ilmu * Menjadi bangsa peneroka ilmu * Mendalami ilmu fardhu ain (kepada umat Islam) * Menguasai semua bidang ilmu kifayah * Bersedia meninggalkan ��ilmu-ilmu�� negatif yang boleh merosakkan akidah dan membinasakan masyarakat * Memantapkan integrasi ilmu, melalui double major dsb. Prinsip 5: PEMBANGUNAN EKONOMI SEIMBANG DAN KOMPREHENSIF Ciri-ciri dan nilai yang ingin dibangunkan; + + + + + + + + + + asasi rakyat
Umat yang mengambil berat tuntutan fardhu kifayah dalam bidang ekonomi Umat yang maju dalam bidang ekonomi Negara yang maju dan barakah Mengelak pembaziran dalam aktiviti ekonomi Mengutamakan golongan kurang berkemampuan Negara membangun berasaskan ekonomi yang halal Keseimbangan ekonomi antara bandar dan luar bandar Kerjasama kondusif antara sektor awam dan swasta Memberi keutamaan kepada ekonomi yang berkait dengan keperluan
+ Mengelak penindasan dalam aktiviti ekonomi
Prinsip 6: KEHIDUPAN BERKUALITI Ciri-ciri dan nilai yang ingin dibangunkan ; * * * * * * * *
Menjadikan ibadat asas kehidupan berkualiti Tempat tinggal yang selesa Persekitaran yang selamat Kehidupan yang sihat Keluarga yang harmoni Pemakanan yang berkualiti Masyarakat yang penyayang Prasarana yang lengkap dan sempurna
* Prinsip 7: PEMBELAAN HAK KUMPULAN MINORITI DAN
WANITA
Ciri-ciri dan nilai yang ingin dibangunkan : * * * *
Memberi Memberi Memberi Memberi
perhatian kepada kumpulan etnik dan minoriti keadilan yang sewajarnya kepada kaum wanita perhatian kepada ibu tunggal perhatian kepada OKU
Prinsip 8: KEUTUHAN BUDAYA DAN MORAL Ciri-ciri dan nilai yang ingin dibangunkan : * Memperteguh dan memelihara budaya berdasarkan nilai-nilai agama * Membangun moral masyarakat berdasarkan nilai-nilai murni * Menangani secara berkesan budaya yang tidak sihat Prinsip 9: PEMULIHARAAN ALAM SEMULAJADI Ciri-ciri dan nilai yang ingin dibangunkan ialah : * * * * * * * *
Kesedaran dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Pemuliharaan alam semulajadi yang berkesan Pembangunan yang seimbang dan terancang Memanfaatkan sumber alam untuk perkara kebaikan Mengelak pembaziran sumber alam Mengekal keindahan alam Memelihara sumber air dan udara yang berkualiti Melindungi habitat kehidupan fauna
Prinsip 10: KEKUATAN PERTAHANAN Ciri-ciri dan nilai yang ingin dibangunkan : # Membina ketahanan melalui modal insan (mental dan spiritual) # Menyemarakkan semangat patriotik dan cintakan Negara # Memiliki sistem pertahanan terbaik dan disegani # Membangun kekuatan pertahanan berasaskan teknologi