Taklimat Didiplin Bersama Ibubapa

  • Uploaded by: Still Exist
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Taklimat Didiplin Bersama Ibubapa as PDF for free.

More details

  • Words: 290
  • Pages: 2
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL SUNGAI GETAH

PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN 1 TAKLIMAT DISIPLIN MURID-MURID TAHUN 1 BERSAMA IBUBAPA SJK(T) SUNGAI GETAH

Tarikh : 31 DISEMBER 2017 Masa : 11.00 pagi Tempat: Bilik Tahun 1 Agenda: 1. Taklimat Hal Ehwal Murid 2. Taklimat Program Linus 3. Taklimat Disiplin dan Peraturan Sekolah 4. Taklimat Bimbingan Dan Kaunseling. LAPORAN Taklimat Hal Ehwal Murid Taklimat tentang hal ehwal murid sekolah STSG Subramaniam

telah disampaikan oleh Encik T.

selaku Guru Penolong Kanan HEM di mana beliau menyentuh sedikit

mengenai peraturan sekolah, kehadiran murid, pendaftaran murid dan bantuan-bantuan kerajaan kepada murid-murid. Beliau juga ada menjelaskan tentang bantuan wang seperti KWAPM dan sebagainya agar semua ibu bapa lebih memahami tentang pembahagian bantuan tersebut.

Taklimat Program LINUS Taklimat LINUS telah disampaikan oleh penyelaras masing-masing mengikut subjek BM dan Matematik. Puan N.Shalani selaku penyelaras program ini telah menerangkan dengan jelas tentang program NKRA tersebut agar ibu bapa lebih memahami dan peka kepada perkembangan pembelajaran anak-anak mereka. Beliau juga menyentuh bagaimana proses Literasi dijalankan sehinggalah murid-murid dapat melepasi tahap perdana. Manakala Pn. R. Thavamani pula telah menerangkan tentang Numerasi program ini di mana prosesnya juga sama dengan yang telah dijelaskan oleh penyelaras.

Taklimat Disiplin dan peraturan Sekolah Taklimat ini telah disampaikan oleh Guru Disiplin En.G.Nagarajan di mana beliau telah menyentuh mengenai pakaian murid, kebersihan, rambut, masa belajar dan juga perbuatanperbuatan yang ditegah di sekolah. Beliau juga menekankan tentang pemakaian lencana sekolah dan juga tanda nama murid-murid.

Taklimat Bimbingan dan Kaunseling En.T.Sangaran selaku kaunselor sekolah telah mempelawa semua ibu bapa yang hadir agar dapat bertemu dengan beliau sekiranya ada masalah-masalah yang perlu dibincangkan bersama terutama sekali mengenai pembelajaran anak-anak.

Taklimat tamat pada jam 3:00 petang dan diakhiri dengan sedikit jamuan ibu bapa.

Disediakan oleh, ……………………….. (MOGANAMBAL A/P MANIAM) Penyelaras Tahun 1

Related Documents

Ibubapa
May 2020 37
Taklimat
June 2020 30
Taklimat Pj
October 2019 46
Taklimat Hrmis.pdf
November 2019 35
Taklimat Latihan
November 2019 41

More Documents from ""