T=1202762688-2021583-pga-101-kuliah-3ppt (1)

  • Uploaded by: idayuafifi82
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View T=1202762688-2021583-pga-101-kuliah-3ppt (1) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,979
  • Pages: 29
PGA 101: Kuliah 3 Teori Kognitif • • • • •

i. ii iii iv v

Model pemprosesan Maklumat Ingatan sensori Ingatan jangka Pendek Ingatan Jangka Panjang Strategi-strategi meningkatkan ingatan

• Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. • Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak. • Kita ketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek berbanding dengan

Prinsip-Prinsip Utama Model Pemprosesan Maklumat

Andaian kapasiti terhad dan sekatan  kepada pengaliran maklumat 1)

2)

Pengaliran maklumat dua hala

3) Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengekodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan. 4) Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat

Model Pemprosesan Maklumat • Model ini melibatkan aktiviti mental yang berkait dengan menerima maklumat dan mengeluarkannya semula. Proses maklumat seperti berikut: • Ingatan deria • Ingatan jangka pendek • Ingatan jangka panjang, jenis & perbezaannya – Ingatan episodik – Ingatan semantik – Ingatan prosedural

Empat Proses Utama Terlibat dalam Model Pemprosesan Maklumat 1) Pengekodan

('Encoding')

•     Proses yang menentukan cara maklumat didekod dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. • 2) Penyimpanan ('Storage') •    Proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor memori. • 3)  Mengingat Kembali ('Retrieval') •     Proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. • 4)  Lupaan ('forgetting') •     Proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang.

Perakam Deria ('Sensory Register') •

Maklumat diterima melalui perkam deria visual, perkam deria auditori, perakam deria hiduan, perkam deria rasa dan perkam deria sentuhan. Sperling (1960) dalam kajian memutusan bahawa tempoh ('duration') perakam deria ialah 1/4 hingga 1 saat (iaitu 250 miliseconds - 1000 miliseconds). Contoh: apabila kita melihat 'flash' kamera ketika mengambil gambar, imej kekal sekejap. Kapasiti perkam deria adalah besar dan tidak terhad.



Pemindahan ke ingatan jangka pendek berlaku apabila kita memberi perhatian kepada bahagian maklumat yang disalurkan ke ingatan jangka pendek melalui tumpuan terpilih ('selective attention'). Maklumat yang pada asalnya tidak bermakna dikenal pasti berdasarkan pola-pola yang sedia ada dan dipindah ke ingatan jangka pendek.

Ingatan Jangka Pendek ('Short Term Memory') • Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 1020 saat jika butir maklumat itu tidak diulang. • Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa. Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat.

• Kapasiti ingatan jangka pendek menurut Miller (1956) ialah 7 +  2  (7 campur-tolak 2) 'chunks' dan kemudian dicadangkan oleh Simon (1974) sebagai  5 + 2  (5 campur-tolak 2) 'chunks'. • Sesuatu 'chunk' tidak mempunyai unit tertentu dan boleh merupakan satu huruf /angka, satu perkataan, satu ayat atau pun satu perenggan, tertakluk kepada kebolehan seseorang menyimpan butir maklumat dan oleh itu berbeza antara individu. Kita mencari maklumat daripada ingatan jangka pendek secara 'scanning' bersiri (satu demi satu) atau 'scanning'

Ingatan Jangka Panjang ('Long Term Memory') • Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa. • Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali.

Pengekodan Malumat dalam Ingatan Jangka Panjang (Encoding Information in Long Term Memory) •

Apakah yang dimaksudkan dengan 'pengekodan'? Pengenkodan ialah cara maklumat dikenal pasti, didekod dan diletakkan dalam memori. • Mula-mula maklumat di kenal pasti dan kemudian didekod. Bila kamu telah kenal pasti perkataan 'rumah'; bagaimanakah ia didekod. Adakah kamu dekodnya sebagai 'r_u_m_a_h' ? Ini mungkin dilakukan oleh individu yang tidak tahu Bahasa Melayu?. Bagaimanakah orang yang tahu Bahasa Melayu, mengekod perkataan 'rumah'?.

• Pelbagai eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji bagaimana manusia mengekod maklumat yang diterima. Salah satu sebab lupaan berlaku ialah kerana maklumat itu tidak dienkod dengan baik atau berkesan. Walau pun maklumat itu berada diingatan jangka pendek, selagi kita tidak melakukan sesuatu seperti pengulangan elaborasi ('elaborative rehearsal'), maklumat itu tidak akan dipindahkan ke ingatan jangka panjang. • Kajian-kajian menunjukkan bahawa individu yang mengekod maklumat pada peringkat MAKSUD ('meaning level') berjaya memindahkan maklumat itu ke ingatan jangka panjang dengan lebih berkesan dan seterusnya membantu proses mengingat kembali maklumat berkenaan. Ini terbukti dengan eksperimen yang dijalankan oleh

Teori Peringkat Pemprosesan (Levels of Processing Theory) •

Craik & Lockhart (1972) mengkaji 3 kumpulan pelajar yang diberikan satu senarai perkataan. Semasa mereka belajar:



- Kumpulan 1 diminta menentukan perkataan-perkataan yang bermula dengan huruf  besar. m.s. 'House, telephone, Car'



- Kumpulan 2 diminta memberi 'rhyme' bagi perkataan yang disenaraikan. m.s. 'house - mouse,  car - bar'.



-Kumpulan 3 diminta mengaitkan setiap perkataan dengan suatu peristiwa yang telah dialami.



Kumpulan manakah berjaya mengingat lebih banyak perkataan?  Jawapannya ialah Kumpulan 3. MENGAPA?



Menurut Craik & Lockhart, ini ialah kerana pelajar dalam Kumpulan 3 telah memberi 'maksud' yang mendalam kepada perkataan semasa mereka mengenkod perkataan-perkataan berkenaan.  Lebih mendalam maklumat dienkod ('deep processing'), lebih berkesan proses mengingat kembali maklumat berkenaan. Teori yang diutarakan dipanggil TEORI PERINGKAT PEMPROSESAN ("Levels of Processing Theory").

• Selain mengekod maklumat dengan memberi MAKNA atau MAKSUD, sama penting ialah individu mengekod dengan memberi kiu-kiu yang sesuai. • Sama ada sesuatu butir maklumat dapat diingat kembali tertakluk kepada bagaimana butir maklumat itu disimpan; iaitu sejauh manakah kiu-kiu itu sesuai.

Prinsip Pengkhususan Pengekodan • (Encoding Specificity Principle) • Tulving & Thompson (1973) menunjukkan 2 kumpulan pelajar senarai pasangan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan sasaran ('target word') dan satu perkataan kiu ('cue word'). • Kumpulan 1: diberikan perkataan sasaran ('malam') dan perkataan kiu yang kuat (spt. 'siang'). • Kumpulan 2: diberikan perkataan sasaran ('malam') dan perkataan kiu yang lemah (spt. 'kelmarin').

• a) Apakah perbezaan antara Ingatan Jangka Pendek dan Ingatan Jangka Panjang? • b) Berikan contoh-contoh pengekodan, penyimpanan,  lupaan & mengingat kembali dalam kehidupan seharian.

Lupaan dalam Ingatan Panjang ('Forgetting') • Lupaan ialah kegagalan mengingat kembali sesuatu butir maklumat dengan tepat. Tiga teori diutarakan bagi menerangkan lupaan. • 1) Teori Reputan ('Decay Theory') Maklumat menjadi pudar atau reput disebabkan oleh masa. • 2)  Teori Ingat Kembali ('Retrieval Theory') Maklumat itu ada terdapat tetapi tidak dapat dicari kerana kiu ('cue') yang sesuai tidak ada untuk mengeluarkan maklumat itu.

Teori Gangguan ('Interference Theory') •      Maklumat lain menggangu maklumat yang hendak diingat •

a) Gangguan Proaktif ('Proactive Interference')

         Kumpulan        Belajar           Belajar               Ujian

                 A                  X-Y               X-Z                   X-Z                  B                    ---                 X-Z                   X-Z 

         Kumpulan B mengingat lebih banyak maklumat daripada          Kumpulan A kerana maklumat lama (X-Y) menggangu          mengingat kembali maklumat baru (X-Z)

b) Gangguan Retroaktif ('Retroaktif Interference')

          Kumpulan       Belajar            Belajar              Ujian

                  A                 X-Y                 X-Z                 X-Y                   B                  X-Y                  ----                 X-Y

  Kumpulan B mengingat lebih banyak maklumat daripada Kumpulan A kerana

• Penyimpanan (atau 'Perwakilan') Pengetahuan dalam Ingatan Jangka Panjang (Storage or 'Representation' of Knowledge in Long Term Memory) • Maklumat yang kita simpan atau mewakili dalam ingatan jangka panjang boleh merupakan pengalaman beberapa minit yang lampau atau pengalaman berpuluh tahun yang lampau (seperti memori kita semasa kita kanak-kanak lagi). Berdasarkan apa diketahui pada masa kini, maklumat disimpan dalam Ingatan Jangka Panjang terbahagi kepada 3 bentuk utama: • 1) Pengetahuan Deklaratif   a) Memori Semantik b) Memori Episodik. 2) Pengetahuan Prosedural

• Pengetahuan Deklaratif • ialah semua maklumat yang terdiri daripada fakta, konsep, prinsip, teori, hukum yang dipanggil Memori Semantik, manakala segala peristiwa yang telah berlaku kepada diri kita dipanggil Memori Episodik. • Contoh: • Ciri-ciri iklim monsun tropika        -- memori semantik • Saya terjatuh semalam                   -- memori episodik • Collins & Quillian (1969) mencadangkan Model TLC yang menerangkan bagaimana manusia menyimpan atau mewakili maklumat dalam ingatan jangka panjang. Model ini mencadangkan bahawa kita menyimpan maklumat sebagai suatu hiraki yang berjaringan ('network hierarchy structure'). Maklumat yang disimpan berdekatan lebih cepat diingat kembali berbanding dengan maklumat yang terletak jauh. • Respons kepada pertanyaan "Are canaries yellow?" lebih cepat berbanding dengan pertanyaan "Do canaries have skin?". Ini ialah kerana maklumat "yellow" terletak dekat dengan "canaries" manakala maklumat "skin" terletak jauh bersama dengan ciri-ciri "animals"

• Pengetahuan Prosedural – ialah semua maklumat berkenaan cara, kaedah atau prosedur melakukan sesuatu. Contoh: Saya tahu menukarkan mentol yang terbakar. • Imageri ialah perwakilan abstrak dalam ingatan jangka panjang mengenai sesuatu objek atau peristiwa. Berapakah bilangan tingkap di rumah kamu? Secara tidak langsung kamu akan cuba membayangkan diri kamu sedang berjalan dari satu lokasi ke satu lokasi l lain sambil mengira bilangan tingkap. Ini bermakna kita mempunyai imej mental ('mental image') keadaan di rumah kita yang disimpan dalam ingatan jangka panjang.

Mengingat Kembali Maklumat Daripada Ingatan Jangka Panjang (Retrieval of Information from Long Term Memory

)

• Apabila kita cuba mengingat kembali maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang, beberapa perkara berlaku seperti: • -- kita menambahkan maklumat, • -- kita tinggalkan maklumat. • Apakah yang menyebabkan kita berbuat demikian? Terdapt 3 fenomena yang mendorong kita berbuat demikian.

1) Inferen • Baca ayat ini "Untuk membaiki kerusi yang patah itu, Chong mengetuk paku dengan kuat". • Jika ditanya apakah Chong buat, ramai akan menjawab dia menggunakan tukul atau 'hammer' untuk memukuk paku. Manakala dalam ayat itu tidak disebut alat yang digunakan. Mungkin Chong menggunakan kayu, batu atau pun kasutnya untuk memukul paku itu. • Secara tidak langsung kita telah bertambah maklumat apabila kita mengingat kembali daripada ingatan jangka panjang. Dengan perkataan lain, kita telah membuat inferen.

• Dalam satu eksperimen, subjek menonton satu filem berkenaan suatu kemalangan jalanraya antara dua buah kereta. Kemudian subjek disoal tentang apa yang mereka telah menyaksikan. • Kumpulan 1: "How fast were the cars going when they  •                         hit each other? • Kumpulan 2: "How fast were the cars going when they                                           smashed each other? • Seminggu kemudian, kedua-dua kumpulan ditanya sama ada terdapat cermin pecah di tapak kemalangan. • Sebilangan ramai subjek dalam Kumpulan 2 menjawab ada terdapt cermin pecah walau pun dalan filem yang mereka menonton tidak menunjukkan cermin pecah. MENGAPA? • Jawapan: Subjek telah membuat inferen bahawa perkataan 'smashed' (pelanggaran yang kuat) mencadangkan kaitan dengan cermin pecah. • Implikasi fenomenon ini dalam kehidupan seharian: Bayangkan apa akan terjadi jika kita membuat inferen terhadap maklumat ketika kita menceritakan sesuatu peristiwa sebagai saksi dalam mahkamah.

2) Stereotaip •

Stereotaip ialah butir maklumat / pengetahuan berkenaan ciri-ciri personaliti atau atribut fizikal yang kita andaikan sebagai benar bagi suatu kumpulan orang. Apabila kit aberjumpa dengan seseorang kita memutuskan orang itu adalah seorang ????? berdasarkan stereotaip yang kita pegang walau pun kita tidak tahu apa-apa pun berkenaannya.



Contoh: "Rohani seorang peguam terkenal berumur 40 tahun

                 belum bekahwin". •

Senarai stereotaip yang kamu kemukakan dalam kelas:



- Dia seorang yang terlalu memilih!



- Dia terkenal dan lelaki takut mendekatinya!



- Dia anti-lelaki!



- Dia adalah lesbian!



- Dia mementingkan kariernya!



Semua pernyataan-pernaytaan ini wujud beradasarkan stereotaip kita berkenaan 'wanita yang tidak kahwin'. Stereotaip yang disimpan dalam ingatan jangka panjang digunakan oleh kita untuk menerangkan / menjelaskan / memerihalkan berkenaan sesuatu

3) Skema •

Skema ialah struktur kognitif dalam ingatan jangka panjang yang merupakan perwakilan abstrak mengenai sesuatu objek, perkara atau peristiwa yang kita telah mengalami dalam dunia sebenar. m.s. kamu mungkin mempunyai skema tentang apa yang disajikan di restoran McDonald. Tentu kamu tidak minta nasi kandar atau mee siam di restoran McDonald!



Bartlett (1932) dalam kajiannya minta sekumpulan pelajar universiti mendengar cerita mengenai sepuak orang asli. Selepas sejam subjek diminta menulis semula apa yang mereka telah mendengar. Dia dapati:

• a) subjek menambahkan maklumat. m.s. orang asli membawa anak panah (dalam cerita tidak disebut tentang orang asli memiliki anah panah); kerana ingin menyesuaikan dengan apa yang didengar dengan skema yang perolehi berkenaan orang asli; mungkin apa yang telah dilihat dalam gambar-gambar atau filem. • b) subjek meninggalkan sesetengah maklumat kerana subjek tidak memiliki skema yang sesuai berkaitan dengan apa yang telah didengar.

Strategi-strategi meningkat ingatan

Related Documents


More Documents from ""