Syariat Islam

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Syariat Islam as PDF for free.

More details

  • Words: 320
  • Pages: 2
Syariat Islam adalah hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan umat manusia, baik Muslim mahupun bukan Muslim. Selain berisi hukum dan aturan, Syariat Islam juga berisi penyelesaian masalah seluruh kehidupan ini. Maka oleh sebahagian penganut Islam, Syariat Islam merupakan panduan menyeluruh dan sempurna seluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini. Sumber Hukum Islam 1.Al-Qur'an Al-Qur'an sebagai kitab suci umat Islam adalah sumber hukum Islam yang pertama kerana merupakan firman Allah yang disampaikan pada Nabi Muhammad SAW. Kerana tidak semuanya dinyatakan secara zahiriah, terdapat pelbagai tafsiran tentang isi-isi Al-Qur'an namun tidak ada yang saling bertentangan. 2.Hadis Hadis adalah seluruh perkataan, perbuatan, dan persetujuan Nabi Muhammad yang kemudian dijadikan sumber hukum. Fungsi hadis antara lain: • Mempertegas hukum dalam Al-Qur'an • Memperjelas hukum dalam Al-Qur'an • Menetapkan hukum yang belum ada di Al-Qur'an 3.Ijma' Ijma' (‫ )إجماع‬maknanya kesepakatan yakni kesepakatan para ulama dalam menetapkan suatu hukum dalam agama Islam berasaskan al-Quran dan Hadis dalam suatu perkara yang terjadi. 4.Qiyas Qiyas (‫ )قياس‬ialah proses taakulan berasaskan analogi daripada nass atau perintah yang diketahui untuk perkara-perkara baru. Qiyas menetapkan suatu hukum suatu perkara yang baru yang belum ada pada masa sebelumnya berasaskan perkara terdahulu yang memiliki kesamaan dari segi sebab, manfaat, bahaya dan berbagai aspek lain sehingga dihukumi sama. 5.Ijtihad Ijtihad adalah sebuah usaha untuk menetapkan hukum Islam berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Ijtihad dilakukan setelah Nabi Muhammad telah wafat sehingga tidak boleh langsung menanyakan pada beliau tentang suatu hukum namun hal-hal ibadah tidak boleh diijtihadkan. Beberapa macam ijtihad adalah: • Ijma', kesepakatan para ulama • Qiyas, diumpamakan dengan suatu hal yang mirip dan sudah jelas hukumnya • Maslahah Mursalah, untuk kemaslahatan umat • 'Urf, kebiasaan

• Al-Quran dan Al-hadis mempunyai kebenaran yang mutlak.Kadungan-kandungan Al-Quran pula tidak dapat ditandingi oleh pakar-pakar bahasa dan sastera. • Ajaran Al-Quran dan Al-hadis sesuai diamal pada sepanjang masa dan di setiap tempat. • Kandungan Al-Quran dan Al-Hadis merangkumi semua aspek kehidupan manusia serperti akhlak,muamalah,munakahat dan sebagainya.

Related Documents