Syarat2 Pertandingan Kompang & Formasi Sek. Ren.

  • Uploaded by: osman hj ibrahim
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Syarat2 Pertandingan Kompang & Formasi Sek. Ren. as PDF for free.

More details

  • Words: 475
  • Pages: 3
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KOMPANG & F0RMASI SEKOLAH RENDAH 1. MATLAMAT Mendidik pelajar berdisiplin serta menikmati muzik dalam membuat persembahan dan membentuk insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif. 2. OBJEKTIF 2.1 Memperkembangkan dan memupuk bakat serta minat murid melalui permainan alat muzik tradisional. 2.2 Mengeratkan persahabatan, berkongsi pengetahuan dan idea serta pengalaman sesama mereka. 2.3 Mencetuskan idea bernas, bersih serta kreatif. 2.4 Membina keyakinan dan ketrampilan diri murid. 2.5 Mengamalkan semangat toleransi, berdisiplin dan bekerjasama. 2.6 Melahirkan masyarakat yang mencintai budaya kebangsaan. 2.7 Memperluaskan integrasi nasional. 3. PERTANDINGAN 3.1 Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN. Pertandingan ini bertujuan untuk mempersembahkan pelbagai bentuk paluan kompang dan membuat formasi yang kreatif semasa bermain. 3.2 Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti dalam seni budaya tradisional. 3.3 Pertandingan ini dijalankan di peringkat daerah/gabungan, negeri dan kebangsaan. 4. PENYERTAAN 4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah kerajaan dan sekolah rendah bantuan kerajaan.

4.2 Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 8 orang dan maksimum seramai 16 orang.

4.3 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran dan mestilah terdiri daripada pelbagai kaum (minimum 2 kaum). 5. PERSEMBAHAN 5.1 Semua persembahan hendaklah menggunakan kompang yang disediakan sendiri oleh pasukan masing-masing. 5.2 Saiz kompang adalah dari 8 hingga 15 inci (boleh dipelbagaikan dalam pasukan). 5.3 Masa persembahan yang diperuntukkan adalah tidak melebihi 8 minit . 5.4 Tempoh masa persembahan adalah dikira dari paluan pertama mana-mana kompang daripada pasukan tersebut sewaktu berada di dalam gelanggang pertandingan yang berukuran 16 meter X 16 meter. 5.5 Irama adalah bebas. 5.6 Setiap kumpulan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bentuk paluan iaitu MELALU, MENINGKAH dan MENYILANG. 5.7 Sebarang peralatan tambahan adalah dilarang. 5.8 Kompang yang mempunyai loceng (gegenta) adalah tidak dibenarkan. 5.9 Nyanyian atau Dikir tidak dibenarkan. 5.10 Sebarang bentuk aksi yang membahayakan seperti aksi akrobatik adalah tidak dibenarkan. 6. PAKAIAN 6.1 Pakaian ahli mestilah bersesuaian dan bersopan. 7. SISTEM PERMARKAHAN 7.1 Markah dibahagikan seperti berikut :

7.1.1 Paluan Kompang a. Gubahan Pola Irama (Kreativiti) : 15 markah b. Bentuk Paluan (Kreativiti) : 15 markah c. Kualtiti Ton : 15 markah d. Tempo : 10 markah e. Dinamik & Ekspresi : 5 markah

7.1.2 Formasi a. Kreativiti : 15 markah b. Keseragaman : 10 markah c. Kesesuaian Gerakan dengan Paluan : 10 markah d. Ketrampilan : 5 markah 7.2 Jika terdapat persamaan jumlah markah antara kumpulan peserta, maka pemenang akan dirujuk kepada jumlah markah tertinggi mengikut susunan pemarkahan yang telah disenaraikan di 7.1 di atas dan keputusan hakim adalah muktamad. 7.3 Setiap persembahan yang melebihi had tempoh yang ditetapkan, 2 markah akan ditolak bagi setiap minit selepas itu. 7.4 Persembahan yang melebihi 10 minit akan ditolak 20 markah. 8. HADIAH PEMENANG 8.1 Johan : Piala Iringan, Sijil dan Cenderahati 8.2 Naib Johan : Piala Iringan, Sijil dan Cenderahati 8.3 Ketiga : Piala Iringan, Sijil dan Cenderahati

Related Documents


More Documents from "osman hj ibrahim"