Syarat Syarat Permohonan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Syarat Syarat Permohonan as PDF for free.

More details

  • Words: 225
  • Pages: 1
1.Pinjaman pendidikan MIED akan ditawarkan kepada Warganegara Malaysia yang mengikuti kursus di Institusi-institusi pengajian tinggi dalam negeri dan luar negeri. 2.Bagi kursus di Institusi-institusi pengajian tinggi tempatan, semua kursus perlu diluluskan oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN), manakala semua kursus luar negeri perlu diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 3.MIED akan menimbang permohonan pinjaman daripada 20% hingga 50% nilai yuran pengajian tinggi. 4.MIED akan mengenakan kadar faedah 6% setahun mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian. 5.Semua permohonan perlu kemukakan salinan surat tawaran daripada institusi pengajian tinggi yang mengesahkan bahawa pemohon layak mengikuti kursus yang dipilih, dalam institusi berkenaan. 6.Pinjaman pendidikan MIED tidak akan ditawarkan kepada pemegang-pemegang pinjaman lain. 7.Keputusan permohonan dan jumlah amaun pinjaman akan ditetapkan oleh Lembaga MIED. 8.Pembayaran pinjaman akan dilakukan menerusi Pejabat Bendahari Institusi pengajian berkenaan. 9.Pinjaman pendidikan MIED hanya akan diberi kepada pemohon yang layak sahaja. 10.Salinan Sijil keputusan akademik, Kenyataan pendapatan, Kad pengenalan, Salinan surat tawaran institusi pengajian tinggi dan sebagainya wajib disertakan untuk menyokong permohonan. 11.Kelulusan pinjaman adalah untuk satu tahun sahaja dan pelanjutannya bergantung kepada kedudukan kewangan MIED dan kejayaan pelajar pada tahun pinjaman diberi. 12.Sekiranya pinjaman diluluskan, pemohon perlu menandatangani satu surat perjanjian dengan MIED mengenai pembayaran balik pinjaman. Pembayaran balik akan bermula dalam enam bulan selepas permohon menamatkan kursusnya. Dua orang yang diterima oleh MIED adalah perlu sebagai penjamin kepada peminjam yang telah diberi pinjaman.

Related Documents