SYARAT PERTANDINGAN KAWAT KAKI KADET REMAJA SEKOLAH SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH WP KUALA LUMPUR 2008
1.
PENYERTAAN
1.1
Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan Kadet Remaja Sekolah di sekolah-sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja.Sekolah bukan bantuan kerajaan atau swasta boleh menyertai tetapi tidak boleh mewakili negeri / zon jika dipilih menjadi pemenang.
1.2
Hanya dua pasukan sahaja akan mewakili sesebuah zon bagi pertandingan peringkat negeri (satu pasukan bagi setiap kategori). a. Kategori lelaki b. Kategori perempuan
1.3
Kontinjen yang menghantar kurang daripada 2 pasukan, pasukan tersebut akan hanya menyertai kategori yang berkenaan sahaja.
1.4
Platun-platun yang bertanding di peringkat zon/negeri/kebangsaan boleh dianggotai oleh pelajar-pelajar dari sebuah sekolah atau gabungan beberapa buah sekolah.
1.5
Setiap sekolah/pasukan hendaklah membawa salinan sijil penubuhan/ pendaftaran pasukan yang disahkan oleh Pengetua untuk penyemakan. Kegagalan memenuhi syarat ini boleh menyebabkan penyertaan dibatalkan.
2.
PENDAFTARAN
2.1
Anggota pasukan dan ketua platun mestilah terdiri daripada murid-murid yang sedang menuntut di sekolah. ( sehingga Tingkatan 6 ).
2.2
Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang daripada 31 orang dan tidak melebihi 37 orang termasuk seorang ketua platun dan anggota simpanan.
2.3
Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai oleh murid lelaki atau murid perempuan sahaja. ( Platun campuran lelaki dan perempuan tidak dibenarkan)
2.4
Setiap peserta diminta membawa Kad Pengenalan / salinan sijil kelahiran yang disahkan ( Pengetua) untuk tujuan penyemakan. Kegagalan memenuhi keperluan ini boleh menyebabkan pendaftaran dibatalkan.
1
3.
PAKAIAN
3.1
Pakaian anggota pasukan dan ketua platun hendaklah pakaian rasmi Kadet Remaja Sekolah (Pakaian No: 4 – pakaian kawat dan aksesori yang disenaraikan sahaja ( pelapik beret,jambul,mafli,lencana poket, kolar dot dan sarung tangan )
4.
PADANG KAWAT
4.1.
Keluasan litar pertandingan kawat ialah 35 meter x 25 meter ( rujuk pelan )
5.
JANGKA MASA PERSEMBAHAN
5.1
Masa Persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 17 minit. Pemberian markah diberi bila platun bergerak masuk ke padang kawat dan berdasarkan persembahan dalam tempoh yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari padang kawat. Selepas 17 minit persembahan tidak dinilai dan markah tidak diberi.
5.2
Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman “ BUKA BARISAN ” sebelum melapor kepada ketua hakim. Persembahan terbahagi kepada 2 bahagian: Kawat Asas dan Kawat Formasi.
5.3
Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dan didahului oleh kawat asas.
5.4
Isyarat akan dibunyikan: a) pada minit ke 15 b) tamat masa
6.
PELAKSANAAN PERTANDINGAN
6.1 a) 6.2
PERGERAKAN KAWAT Semua pergerakan kawat asas mestilah mematuhi kawat Kadet Remaja Sekolah yang telah ditetapkan.
BILANGAN ANGGOTA a) Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 31 anggota termasuk ketua platun ketika bertanding. b)
Jika ada anggota yang bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan, atas apa jua sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada yang ditetapkan maka markah akan ditolak ( iaitu ditolak 5 markah bagi setiap anggota yang kurang). Sekiranya lebih dari 3 peserta yang tidak dapat meneruskan pertandingan, maka pasukan tersebut akan dibatalkan penyertaan.
2
c)
Tiada sebarang penggantian anggota ketika pertandingan kawat sedang berjalan. Penggantian hanya boleh dilakukan sebelum pasukan masuk membuat persembahan.
6.3
PEMERIKSAAN KEKEMASAN PAKAIAN a) Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan kekemasan pakaian sebelum masuk /giliran pertandingan dijalankan. ( 15 minit sebelum giliran pasukan masuk ke padang kawat )
6.4
KAWAD ASAS a) Platun dibawa masuk oleh ketua platun ke padang kawat dalam 3 barisan berjalan, dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (di tengah-tengah) ketua hakim. (128 - 135 langkah seminit) Kelajuan yang lebih atau kurang daripada yang ditetapkan akan ditolak 5 markah. b) Menghadap ke hadapan ( Hukuman : Menghadap ke hadapan ...........kanan/kiri pusing. ) c) Buka barisan (Hukuman: Buka Barisan…….Gerak ) d) Hukuman ke kanan lurus (Hukuman: Ke kanan lurus……….pandang depan) e) Melapor - Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor, skuad akan berada dalam keadaan sedia dan buka barisan. ( Assalamualaikum tuan, Pasukan Kadet Remaja Sekolah L4 ....... siap untuk diuji, tuan) f)
Memulakan kawad statik dalam keadaan ‘buka barisan’ - Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawat statik daripada pergerakan berikut : i) Bergerak ke kiri; kiri.........pusing. ii) Bergerak ke kanan ; belakang…pusing. iii) Menghadap ke belakang ; kanan......pusing. iv) Menghadap ke hadapan ; belakang......pusing.
g) Tutup barisan ( hukuman : Tutup barisan……….Gerak) di ikuti dengan hukuman : ” Ke kanan lurus……….. Pandang depan ” h) Hukuman bergerak ke kiri diberi (Bergerak ke kiri.... Kiri pusing ). i)
Berjalan dalam masa cepat jalan (satu pusingan, semasa membelok hukuman kiri belok diberikan) Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan (2).
j)
Hukuman ”tukar langkah perlahan” diberikan setelah platun melepasi kon D dan sebelum kon A (Perlahan jalan langkah 60-70 langkah dalam satu minit)
j)
Hukuman kiri belok diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan hukuman ”menghadap ke hadapan; kanan pusing” diberikan apabila anggota platun selesai membelok. Platun akan perlahan jalan dalam keadaan barisan melintang melintasi para hakim.
3
k)
Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun dikehendaki melakukan pergerakan berikut mengikut urutan: i. Buka barisan ii. Pandang kanan iii. Pandang depan iv. Tutup barisan
l)
Sebaik melintasi garisan kon B dan kon C, hukuman ” Bergerak ke kiri; kiri pusing” diberikan.
m) Hukuman ”tukar langkah cepat, cepat jalan” diberikan setelah platun berada antara kon C dan kon D. n)
Skuad akan berjalan sehingga ke kon E (kon hijau) dan belok ke kiri diikuti dengan pergerakan kawat mengikut urutan di bawah sehingga selesai (Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan (3): i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii.
Hormat ke kanan, hormat Hormat ke hadapan hormat Tukar langkah semasa berjalan Hormat selaku terima sijil Tukar langkah perlahan, perlahan jalan Bergerak ke kanan, belakang pusing Tukarlangkah cepat, cepat jalan Bergerak ke kiri, belakang pusing Menghadap ke belakang, kiri pusing Menghadap ke hadapan, belakang pusing Hentak kaki Henti Mara mengadap
o)
Ketua platun akan bersama skuad semasa mara mengadap ( 11 langkah ). (Hukuman: Skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat……….jalan).
p)
Tamat bahagian kawat asas.
Catatan (1): 1. Semasa kawat asas, tidak ada suara dari anggota platun, hanya hukuman ketua platun sahaja (contohnya anggota platun / skuad menyebut kiraan masa kanan / kiri semasa berjalan, adalah TIDAK DIBENARKAN). 2. Ketua Platun memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa keseluruhan Kawat Asas. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke padang kawat dan akan mara mengadap bersama anggota platunnya. 3. Setiap pergerakan yang dilakukan selain dari yang dinyatakan di atas akan ditolak 5 markah.
4
4. TIDAK DIBENARKAN menggunakan sebarang alatan semasa membuat persembahan. 5. Isyarat tamat masa pertandingan akan diberi oleh penjaga masa. 6.5
PERGERAKAN MEMBENTUK FORMASI a) Sebaik sahaja tamat mara mengadap, platun akan mempersembahkan pergerakan membentuk formasi mengikut kreativiti skuad/platun masing-masing. b) TIDAK BOLEH memberi isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up atau ‘pssss’ bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat permulaan ( hentak kaki ) formasi dari ketua platun sahaja. c) Unsur suara dibenarkan kepada platun tetapi bukannya untuk tujuan memberi hukuman/arahan kawat formasi. d) Ketua platun boleh masuk dalam persembahan formasi. Ketua Platun yang tidak menyertai kawat formasi tidak akan diberi keutamaan untuk dipilih sebagai ketua platun terbaik. e) Setiap skuad / platun dikehendaki mempersembahkan 4 formasi yang berlainan. ( Pergerakan setiap Formasi hendaklah ditamatkan dengan 3 barisan menghadap ke hadapan ) f)
Pergerakan selain daripada kawat ( contoh silat, tatu dll.) dibenarkan tetapi tidak melebihi 5 pergerakan.
g) Pergerakan hormat (tabik) hanya untuk hormat sahaja iaitu mengikut prosedur tabik yang sebenarnya. Contoh seperti tabik sambil mencangkung atau dengan sebelah kaki atau seumpamanya tidak dibenarkan sama sekali. g) Penalti (5 markah) akan diberikan untuk kesalahan-kesalahan berikut : i) Keluar kawasan ii) Memberi isyarat dll. 6.6
MELAPOR KELUAR a) Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar padang kawat. ( Bahasa hukuman : Assalamualaikum/ selamat pagi/petang tuan, kebenaran meneruskan tugas……………tuan. )
5
6.7
PENGHAKIMAN a) Hakim terdiri daripada wakil daripada pegawai pelajaran ( pegawai KRS ) bagi kedua-dua kategori. b)
Untuk pengiraan markah keseluruhan, markah paling tinggi dan yang paling rendah tidak diambil kira.
c)
Untuk Pertandingan Kawat kaki Pasukan Kadet Remaja Sekolah ( KRS) hakim terdiri daripada wakil Kadet Remaja Sekolah (KRS) sahaja ( yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran WP Kuala Lumpur ).
d)
Sekiranya berlaku persamaan markah, di antara pasukan-pasukan, markah kawat dinamik akan menjadi penentu. Jika markahnya sama juga, markah kawat statik akan diambil kira, Sekiranya masih sama, markah formasi diambil kira.
e)
Setiap satu item yang tidak berada pada kedudukannya (pakaian), ketika kawat dinamik atau formasi ditolak 1 markah untuk 1 item.
f)
Peratusan pengiraan markah keseluruhan pasukan adalah seperti berikut: i. Persediaan (pakaian) : 10% ii. Kawat asas : 50% iii. Kawat formasi : 30% iv. Ketua platun : 10%
g)
Keputusan hakim adalah muktamad.
6.8
PEMARKAHAN KETUA PLATUN a) Pemarkahan Ketua Platun diadili oleh hakim khas yang dilantik oleh JPWP KL. Ketua Hakim boleh menghakimi Ketua Platun atau beliau boleh bertindak hanya sebagai penyelaras pemarkahan. Borang markah Ketua Platun juga berasingan dengan markah pasukan. Ketua Platun yang mendapat markah tertinggi akan dipilih sebagai Ketua Platun Terbaik. Walau bagaimanapun Ketua Platun yang tidak bersama-sama dengan pasukannya melakukan pergerakan formasi TIDAK LAYAK dipilih sebagai Ketua Platun Terbaik.
6.9
PERINGKAT PERTANDINGAN a) Pertandingan akan dijalankan pada 4 peringkat iaitu : i. Peringkat Sekolah ii. Peringkat Daerah / Zon iii. Peringkat Negeri iv. Peringkat Kebangsaan.
6