Syarat Kawat Go & Ngo 2008

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Syarat Kawat Go & Ngo 2008 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,656
  • Pages: 10
1 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KAWAT KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM KADET AGENSI KERAJAAN (GO) DAN AGENSI BUKAN KERAJAAN (NGO) SEKOLAH-SEKOLAH WP KUALA LUMPUR 2008 1.

PENYERTAAN 1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan beruniform di sekolahsekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan yang berdaftar dengan badan induknya sahaja. Sekolah bukan bantuan kerajaan atau swasta boleh menyertai tetapi tidak boleh mewakili negeri jika dipilih menjadi pemenang. 1.2 Hanya dua pasukan sahaja dibenarkan mewakili sesebuah sekolah untuk setiap kategori iaitu: a. Kategori Lelaki b. Kategori Perempuan 1.3 Platun-platun yang bertanding pada peringkat zon dan negeri boleh dianggotai oleh murid-murid dari sebuah sekolah atau gabungan beberapa sekolah tetapi mereka hendaklah daripada pasukan badan beruniform yang sama. Sekiranya berlaku pelanggaran status peserta, penyertaan pasukan tersebut akan dibatalkan. 1.4 Pertandingan akan dijalankan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. 1.5 Setiap sekolah/pasukan hendaklah membawa salinan sijil penubuhan/ pendaftaran pasukan yang disahkan oleh Pengetua untuk penyemakan. Kegagalan memenuhi syarat ini boleh menyebabkan penyertaan dibatalkan.

2.

PENDAFTARAN 2.1 Anggota pasukan dan Ketua Platun mestilah terdiri daripada murid-murid yang sedang menuntut di sekolah ( sehingga Tingkatan 6 ). 2.2 Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang 31 orang dan tidak melebihi 37 orang termasuk seorang Ketua Platun dan anggota simpanan. 2.3 Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai oleh murid lelaki atau perempuan sahaja. ( Platun campuran lelaki dan perempuan tidak dibenarkan) 2.4 Setiap peserta diminta membawa kad pengenalan / salinan sijil kelahiran yang di sahkan pengetua untuk tujuan penyemakan status. Surat kebenaran ibubapa/penjaga murid perlu juga disertakan bersama. Kegagalan memenuhi keperluan ini boleh menyebabkan pendaftaran dibatalkan.

2 3.

PAKAIAN 3.1 Pakaian anggota pasukan dan Ketua Platun hendaklah pakaian rasmi pasukan beruniform berkenaan sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat ketua-ketua kontinjen. 3.2 Setiap anggota dan ketua platun mestilah memakai pakaian asas yang telah ditetapkan oleh badan induk, walaupun ada item yang tidak dinilai. 3.3 Semua aksesori yang dipakai semasa pemeriksaan pakaian mestilah dipakai semasa pertandingan kawad dijalankan. 3.4 Aksesori yang di nilai bagi pasukan agensi kerajaan ialah jambul, mafla dan sarung tangan putih, manakala bagi pasukan agensi bukan kerajaan hanyalah sarung tangan putih. 3.5 Pengantian anggota boleh dilakukan selepas pemeriksaan pakaian iaitu sebelum masuk ke litar pertandingan bagi persembahan kawat. Pertukaran hendaklah dilapor kepada Hakim Pakaian dan Ketua Hakim. 3.6 Anggota yang mengganti tidak perlu menjalani pemeriksaan pakaian tetapi hendaklah memakai pakaian sepertimana yang dipakai oleh pasukannya semasa pemeriksaan pakaian. 3.7 Anggota pengganti yang gagal mematuhi perkara 3.6 di atas akan dipenalti sebaik sahaja masuk ke dalam litar di bawah perkara berkaitan item pakaian asas atau aksesori yang tidak di tempatnya.

4.

PADANG KAWAT 4.1 Keluasan litar pertandingan ialah 35m X 25m. (Rujuk pelan). 4.2 Kun-kun sempadan luar hendaklah bersaiz 16 inci dan sama warna. Sementara kun-kun di dalam litar hendaklah bersaiz 6 inci dengan kun E dan F berwarna hijau manakala kun A, B, C dan D hendaklah sama warna ( selain daripada hijau ). 4.3 Sempadan luar litar hendaklah ditandakan dengan membina garisan putih atau kuning. 4.4 Pemeriksaan pakaian dilakukan di luar litar

5.

JANGKA MASA PERSEMBAHAN 5.1 Jangka masa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 15 minit. Pemberian markah bermula apabila platun mula bergerak masuk ke litar pertandingan dan berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari litar. Selepas 15 minit, persembahan tidak akan dinilai. 5.2 Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman kawat ‘buka barisan’ sebelum melapor kepada Ketua Hakim. Persembahan terbahagi 2 iaitu kawat asas dan kawat formasi. 5.3 Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dengan didahului kawat asas. 5.4 Isyarat akan dibunyikan: a. pada minit ke 12. (sekali) b. masa tamat. (dua kali)

3 6.

7.

PELAKSANAAN PERTANDINGAN 6.1

Semua pergerakan kawat asas mestilah mematuhi kawat pasukan badan beruniform berkenaan yang telah ditetapkan.

6.2

Bilangan Anggota: a. Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 31 orang termasuk Ketua Platun ketika bertanding. Platun yang bilangan anggotanya kurang daripada 31 orang semasa memasuki litar atau semasa pemeriksaan pakaian akan dibatalkan penyertaannya. b. Jika ada anggota bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan atas apa juga sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada 31 orang maka penalti akan dikenakan. c. Tiada sebarang penggantian anggota dibenarkan ketika pertandingan kawad sedang berjalan walau apa pun sebabnya.

6.3

Pemeriksaan Pakaian: Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan pakaian sebelum masuk ke litar mengikut giliran undian iaitu 15 minit sebelum masuk ke litar pertandingan kawat.

BAHASA HUKUMAN DAN PERGERAKAN KAWAT : Bahasa Hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman pasukan masing-masing. 7.1.

Kawat Asas: a. Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3 barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. Kadar berjalan ialah 128-135 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan dikenakan penalti. b. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya “menghadap ke hadapan, kanan....pusing”. c. Buka barisan. Bahasa hukumannya, “buka, barisan......gerak”. d. Luruskan barisan. Bahasa hukumannya, “ke kanan....lurus”. “Pandang......depan”. e. Melapor. Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor, skuad akan berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Bahasa hukuman ketika melapor ialah “Assalamulaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan ( PKBM / Pengakap L1 / P1 ) siap untuk diuji, tuan”. f. Memulakan kawat statik dalam keadaan ‘buka barisan’. Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawat statik berikut mengikut urutan:

4 i. ii. iii. iv.

Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri.....pusing”. Bergerak ke kanan.Bahasa hukuman: “bergerak ke kanan, belakang pusing” Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “menghadap ke belakang, kanan....pusing” Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman : “ menghadap ke hadapan, ke belakang pusing “.

g. Hukuman ‘tutup barisan’ diberi selepas selesai kawat asas. Bahasa hukumannya, “tutup barisan.......gerak”. h. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi. i. Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawat dinamik). Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri......pusing”. j. Berjalan dalam masa ‘cepat jalan’sebanyak satu pusingan dan apabila membelok, beri hukuman “kiri belok”.( Rujuk Pelan Litar Pertandingan 2 ). k. Hukuman ‘tukar langkah perlahan....perlahan jalan” diberikan setelah platun melepasi kon D dan sebelum kon A. l. Hukuman “kiri belok” diberikan di kon F ( kon hijau) dalam pusingan pertama dan apabila semua anggota platun selesai membelok, hukuman “menghadap ke hadapan, kanan....pusing” diberikan. Platun akan perlahan jalan dalam barisan melintang melintasi para hakim . m. Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun di kehendaki melakukan pergerakan berikut mengikut urutan. i. “buka barisan” (dalam perlahan jalan) ii. “pandang...kanan” (dalam perlahan jalan) iii. “pandang...depan”. (dalam perlahan jalan) iv. “tutup, barisan”. (dalam perlahan jalan) n. Sebaik sahaja melintasi garisan kon B dan C, hukuman “bergerak ke kiri, kiri.....pusing” diberikan. o. Hukuman “tukar langkah cepat, cepat jalan” diberikan setelah skuad berada antara kon C dan kon D. p. Skuad akan berjalan sehingga ke kon D, hukuman “kiri belok” diberikan dan kon E (kon hijau) hukuman “kiri belok diberikan”. Selepas melintasi kon E, skuad dikehendaki melakukan pergerakan kawad berikut mengikut urutan: i. Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: “Hormat ke kanan....hormat”. ii. Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: “Hormat ke hadapan....hormat”. iii. Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah semasa berjalan, tukar langkah, tukar langkah, tukar langkah, maju”.

5 iv.

Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: “Hormat selaku terima sijil, hormat ke hadapan.......hormat”. v. Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah perlahan, perlahan.....jalan”. vi. Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kanan, belakang....pusing”. vii. Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah cepat, cepat jalan”. viii. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kiri, belakang....pusing”. ix. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “Menghadap ke belakang, kiri......pusing”. x. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “Menghadap ke hadapan, belakang......pusing”. (tiada hukuman henti dan ke kanan lurus) xi. Hentak kaki. Bahasa hukuman:”Hentak kaki”. xii. Henti. Bahasa hukuman: “Skuad....henti”. xiii. Mara mengadap. Bahasa hukuman: “skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat jalan”. (Ketua Platun akan bersama-sama skuad ketika mara mengadap) q. Tamat bahagian kawat asas (statik dan dinamik). Peringatan : 1. Semasa kawat asas, tidak ada suara dari anggota platun, kecuali hukuman Ketua Platun sahaja. (contoh: anggota menyebut kiraan masa; kiri, kanan, kiri) 2. Ketua Platun hendaklah memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa keseluruhan kawat asas di tengah-tengah antara kun A dan B. Ketua Platun yang bergerak bersama platun semasa kawat dinamik akan dipenalti. Penalti juga diberi jika ia berada di luar litar sepanjang persembahan kawat asas dijalankan ataupun dengan sengaja berdiri berhampiran kun A atau B. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke litar pertandingan dan mara mengadap bersama platunnya. 3. Semasa membuat persembahan kawat asas atau formasi, pasukan tidak dibenarkan membawa alatan.

6 7.2.

Pergerakan Membentuk Formasi a. Sebaik sahaja tamat ‘mara mengadap’, platun akan mempersembahkan pergerakan membentuk formasi mengikut kreativiti masing-masing. Kon akan di keluarkan oleh petugas sebaik sahaja kawat dinamik selesai. b. Tidak dibenarkan memberi sebarang isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, ‘up’ atau ‘pass’ bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat pertama semasa memulakan kawat formasi. c. Unsur suara (slogan) hendaklah dibuat setelah tamat formasi keempat. d. Ketua Platun boleh masuk menyertai kawat formasi. Ketua Platun yang tidak menyertai kawat formasi tidak akan diberi keutamaan untuk dipilih sebagai ketua platun terbaik. e. Setiap platun dikehendaki mempersembahkan sebanyak 4 jenis formasi yang berlainan. Formasi yang diulang akan dikira satu formasi. f. Pergerakan setiap formasi hendaklah ditamatkan dalam keadaan 3 barisan menghadap ke hadapan iaitu menghadap ke bahagian hadapan litar sepertimana kedudukan asal ketika hendak memulakan kawat formasi . Perbuatan ke kanan lurus tidak diwajibkan. NOTA : Pergerakan jatuhan domino dibenarkan selagi ia adalah pergerakan kawat.

7.3. Melapor Keluar Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar litar kawat. Bahasa melapor keluar ialah “ Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan, ( Pasukan PKBM / Pengakap L1 / P1 ) telah selesai diuji. Mohon kebenaran menjalankan tugas seterusnya, tuan “

7 8.

PENALTI Berikut adalah jenis kesalahan dan jumlah markah penalti yang akan dikenakan : Semasa Kawat Asas Bil Jenis Kesalahan 1 Pergerakan cepat jalan tidak 128 – 135 seminit 2 Anggota jatuh ( pengsan / pitam ) 3 Pakaian Asas terlucut / tidak di tempatnya 4 Aksesori terlucut / tidak di tempatnya 5 Keluar kawasan kawat ( setiap pergerakan ) 6 Terlanggar kun 7 Tidak mengikut urutan 8 Pergerakan yang bukan ditetapkan Semasa Kawat Formasi Bil Jenis Kesalahan 1 Gerakan bukan kawat 2 Keluar kawasan kawat ( setiap pergerakan ) 3 Mengeluarkan arahan / isyarat 4 Perlakuan / aksi kurang sopan 5 Menggunakan peralatan tambahan 6 Pakaian Asas terlucut / tidak di tempatnya 7 Aksesori terlucut / tidak di tempatnya Ketua Platun Bil Jenis Kesalahan

Markah Penalti 10 5 3 1 5 3 5 5

Maksimum ditolak sekali 3 kali 5 kali 5 kali 5 kali 5 kali 5 kali 5 kali

Markah Penalti 5 5 5 5 5 3 1

Maksimum ditolak 5 kali 5 kali 5 kali 5 kali 5 kali 5 kali 5 kali

Markah Maksimum Penalti ditolak 1 Bergerak bersama pasukan 15 sekali 2 Memberi hukuman kawat di luar litar 10 sekali 3 Terkeluar dari pertandingan ( pengsan / pitam ) 10 sekali 4 Melapor di luar litar kawat 5 2 kali 5 Pakaian asas terlucut / tidak di tempatnya 3 5 kali 6 Aksesori terlucut / tidak di tempatnya 1 5 kali 7 Tidak mengikut urutan 5 5 kali 8 Bukan Bahasa Hukuman yang ditetapkan 5 5 kali Pemberian penalti akan diselaraskan selepas tamat persembahan kawat pasukan berkenaan misalnya kesalahan keluar litar di sebelah kiri litar mungkin hanya dilihat oleh hakim berdekatan tetapi tidak dilihat oleh hakim di kanan litar. 9.

PENGHAKIMAN a. Pada peringkat Zon/Negeri Hakim terdiri daripada hakim-hakim berkelayakan yang dipilih dan dilantik oleh Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seramai sepuluh orang hakim akan dilantik bagi setiap kategori dan dipecahkan seperti berikut :

8 i. ii. iii.

Tiga orang hakim pakaian. Lima orang hakim kawat ( termasuk Ketua Hakim ). Dua orang hakim Ketua Platun ( termasuk Penolong Ketua Hakim ).

Nota : Seorang Ketua Hakim boleh berperanan menerima pelaporan mula dan tamat pertandingan daripada Ketua Platun, menyelaras pemarkahan dan penalti sahaja. Dalam keadaan ini seorang lagi hakim hendaklah dilantik sebagai hakim Ketua Platun bagi menggantikannya.

b. Pengiraan markah tertinggi dan terendah ( oleh Hakim Kawat pasukan ) bagi setiap pasukan tidak diambilkira. c. Ketua Hakim hendaklah daripada kalangan Pegawai Kementerian Pelajaran iaitu Pegawai Pasukan GO bertauliah bagi Kategori GO dan Pegawai Pasukan NGO bertauliah bagi Kategori NGO, manakala hakim-hakim yang lain boleh terdiri daripada Pegawai-Pegawai Kementerian Pelajaran sahaja atau gabungan badan induk dan Pegawai Kementerian Pelajaran. d. Sekiranya berlaku persamaan markah diantara pasukan-pasukan yang bertanding maka markah kawad asas akan diambil kira. Sekiranya masih sama, markah kawad formasi akan diambil kira. Sekiranya masih sama juga, markah Ketua Platun akan diambil kira. e. Keputusan hakim adalah muktamad. f. Pemarkahan pasukan diperolehi berpandukan pecahan berikut : i. Pakaian 10% ii. Kawat statik dan dinamik 50% iii. Kawat formasi 30% iv. Ketua Platun 10 % Jumlah Keseluruhan

100%

f. Pemarkahan Ketua Platun diadili oleh hakim khas yang dilantik. Ketua Hakim boleh menghakimi Ketua Platun atau beliau boleh bertindak hanya sebagai penyelaras pemarkahan. Borang markah Ketua Platun juga berasingan dengan markah pasukan. Ketua Platun yang mendapat markah tertinggi akan dipilih sebagai Ketua Platun Terbaik. Walau bagaimanapun Ketua Platun yang tidak bersama-sama dengan pasukannya melakukan pergerakan formasi TIDAK LAYAK dipilih sebagai Ketua Platun Terbaik. g. Jika terdapat persamaan markah, markah kawat ( bahasa hukuman dan pergerakan kawat ) hendaklah diambil kira. Nota : Markah Ketua Platun terdiri daripada markah kawat dan markah pakaian.

10.

BANTAHAN Pasukan yang bertanding boleh mengemukakan bantahan secara rasmi melalui pengurus pasukan masing-masing. Bantahan yang diterima hanyalah dalam aspek-aspek teknikal. Bantahan hendaklah dikemukakan sebelum keputusan rasmi diumumkan. Syarat-syarat Pertandingan Tamat

9 Lampiran II KAWAT FORMASI KADET AGENSI KERAJAAN (GO) DAN AGENSI BUKAN KERAJAAN (NGO) FORMASI Formasi ialah pembentukan rupa bentuk yang dilakukan oleh peserta kawat apabila mereka keluar dan masuk atau membuat pecahan dari rupa bentuk asal. Pergerakan ini hendaklah disulam dengan pergerakan hayunan tangan/ kaki/ muka/ jari ataupun suara atau kedua-duanya sekali. Terbahagi kepada 3 unsur: 1. UNSUR GERAK 2. UNSUR PENGHAYATAN 3. UNSUR SUARA Unsur gerak terkandung di dalamnya iaitu : 1.

Kekayaan Gerak Formasi Penilaian hendaklah dilakukan khusus kepada gerakan-gerakan keluar dan masuk atau pecahan dan cantuman dan membentuk bunga-bunga tertentu.

2.

Keseragaman Gerak Formasi Penilaian hendaklah secara keseluruhan, dilihat kepada gerakan tangan, kaki, muka, jari dan sebagainya.

3.

Keindahan Gerak Keindahan gerak terkandung di dalamnya perkara-perkara seperti: a)

Gerakan dalam Unsur Kawat Hendaklah seratus peratus pergerakan kawat.

b)

Keseimbangan dalam penggunaan ruang Penggunaan ruang keseluruhannya seimbang dan tidak tertumpu kepada satu-satu bahagian sahaja. Tidak terkeluar dari sempadan yang telah ditetapkan.

c)

Kesatuan Gerakan Kesatuan ialah suatu keadaan yang sama yang diwujudkan untuk mencantumkan formasi-formasi yang berbeza-beza itu sebagai contoh di dalam formasi satu-satu terdapat cambahan ’jalan perlahan’ maka di setiap formasi terdapat cambahan ’jalan perlahan’. Walaupun dalam masa yang sekejap, ini dikatakan kesatuan pergerakan. Cambahan ’jalan perlahan’ merupakan tindakan untuk menyatukan. Unsur suara boleh digunakan untuk melahirkan kesatuan.

10 d)

Kepelbagaian Gerakan Kepelbagaian ialah suatu keadaan yang berbeza-beza. Gerakan ini boleh saja berbentuk gerakan berdiri, berjalan atau pergerakan kawad yang lain. Asalkan pergerakan tersebut tidak terkeluar terus dari pergerakan kawad.

e)

Gerakan Penutup Hendaklah diakhiri dengan gerakan yang berunsur kawat.

UNSUR PENGHAYATAN Terkandung di dalamnya a)

Unik/kreatif Penilaian hendaklah dilihat secara khusus mengikut formasi-formasi. Jika formasinya sesuatu yang baru serta unik boleh diberi lebih markah

b)

Keserasian Setiap gerakan dan suara hendaklah menggambarkan ahli menghayati gerakan Formasi, dan menggambarkan kewibawaan dan latihan yang mendalam.

c)

Kemantapan Penilaian adalah kepada hentakan dan ahli tidak menyebut sebarang nombor dan tiada arahan Ketua platun

d)

Kesopanan Peserta formasi tidak membelakangkan hakim,tidak mengangkatkan kaki kepada Ketua Hakim dan tidak mengeluarkan bahasa yang kesat/ lucah atau kedengaran seperti lucah.

UNSUR SUARA Suara adalah bunyi yang dikeluarkan oleh ahli bagi memantapkan gerakan-gerakan formasi. Bukan untuk menggambarkan kelemahan formasi dan dapat menarik perhatian penonton. Slogan tertentu boleh digunakan bagi menghasilkan kepelbagaian unsur bunyi/suara. 1. 2. 3.

Slogan yang betul Slogan yang berkaitan dengan pasukan atau slogan yang meninggikan semangat dan mengeratkan kerjasama. Tepat Slogan hendaklah tepat dengan pergerakan atau merupakan sokongan kepada pergerakan Padu Suara atau slogan hendaklah kuat dan serentak.

Kesannya adalah formasi menjadi ceria/ bersemangat/ kreatif dengan tergabungnya UNSUR GERAK,UNSUR SUARA, UNSUR PENGHAYATAN

Related Documents

Syarat Kawat Go & Ngo 2008
December 2019 2
Syarat Kawat Krs 2008
December 2019 6
Ngo
November 2019 26
Ngo
August 2019 32
Ngo
June 2020 15