Syair Pesanan Ibu

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Syair Pesanan Ibu as PDF for free.

More details

  • Words: 335
  • Pages: 12
SYAIR PESANAN IBU Hasil Nukilan : Zurinah Hassan

Dengarlah anak ibu berpesan, Lengkapkan diri dengan pelajaran, Hanyalah itu jadi bekalan, Untuk hidup di masa depan. Ilmu itu pelindung diri, Seperti kebun berpagar duri, Seperti sinar intan baiduri, Itulah tanda orang jauhari. Hidupmu kini di masa remaja, Bagaikan permata amat berharga, Jangan jatuh ke lembah hina, Nanti menyesal tidak berguna

Kalau hidup terasa susah, Sering berhadapan dengan masalah, Hadapi dengan hati yang tabah, Jangan cepat rasa gelisah.

Syaitan menggoda bertambah gundah, Jangan mengambil jalan yang mudah, Jangan sekali mencuba dadah, Kalau terjerat sesal tak sudah.

Jika masa sudah terbuang, Perginya tidak akan berulang, Di hari tua sesal mendatang, Mengingatkan waktu yang telah hilang.

Dunia bagai lautan dalam, Gelombang besar karangnya tajam, Di situ banyak kapal tenggelam, Ramailah insan yang telah karam.

Ingatlah wahai anakku sayang, Tanah indah pusaka moyang, Jangan terlepas ke tangan orang, Sedangkan kita miskin terbuang.

Maksud Syair Rangkap 1 Ibu menasihati anaknya agar melengkapkan diri dengan ilmu untuk bekalan pada masa depan. Rangkap 2 Ilmu dapat melindungi kita daripada ditimpa pelbagai masalah. Rangkap 3 Kehidupan pada zaman remaja amat berharga dan hendaklah dimanfaatkan.

Rangkap 4 Sekiranya menghadapi pelbagai masalah, kita mesti menghadapinya dengan tabah dan tenang. Rangkap 5 Jangan mudah terpedaya dengan godaan syaitan dan terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Rangkap 6 Jangan suka membuang masa kerana masa yang lalu tidak akan berulang. Rangkap 7 Kehidupan di dunia banyak halangan dan rintangan. Oleh itu, orang yang tidak kuat semangat dan tidak tahan menghadapi cabaran pastinya akan mengalami kegagalan.

Rangkap 8 Kita tidak harus membiarkan tanah air jatuh ke tangan musuh.

Tema

Pesanan ibu kepada anaknya dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

Persoalan

Pentingnya ilmu, ketabahan, menghargai, amanah, cinta akan tanah air.

Gaya Bahasa Simile Seperti kebun berpagar duri, seperti intan baiduri. Anafora Jangan mengambil jalan yang mudah; Jangan sekali mencuba dadah. Imej alam Kebun, lautan, karang Sinkof Sesal tak sudah, Anakku sayang Inversi Di hari tua sesal mendatang

Nilai

     

Kerajinan menuntut ilmu Menghargai masa Ketabahan Kegigihan Berwaspada Menghadapi dugaan

Related Documents

Syair Pesanan Ibu
December 2019 6
Syair
June 2020 30
Syair
December 2019 49
Syair Berendoi
October 2019 54
Pesanan Makanan.docx
December 2019 24
Syair Rakitan.docx
June 2020 17