Sy-nads! Application Form

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sy-nads! Application Form as PDF for free.

More details

  • Words: 905
  • Pages: 2
BORANG PERMOHONAN [PROMOTER SAMBILAN]

No._______________

Nama No.K/P Alamat No. Tel Bank/No.Akaun Kenderaan/Web Diperkenalkan oleh Saya berakujanji bahawa semua maklumat di atas adalah benar dan pihak SBM Web Sdn Bhd mempunyai hak untuk menolak permohonan ini dan/atau menamatkan perkhidmatan saya sekiranya maklumat-maklumat di atas didapati tidak benar. __________________________ TERMA DAN SYARAT-SYARAT 1.

Borang ini hendaklah disempurnakan dan dikembalikan kepada pihak kami.

2.

Borang yang tidak lengkap diisikan tidak akan diproses.

3.

Pihak SBM Web Sdn Bhd berhak menolak sebarang permohonan tanpa sebarang alasan.

4.

Setiap permohonan akan dikenakan bayaran pemprosesan sebanyak RM30.00 dan bon prestasi sebanyak RM20.00 yang akan dikembalikan di akhir khidmat perkhidmatan.

Untuk Kegunaan Pejabat Sahaja:-

Ditemuduga oleh ______________________________________ Tarikh ________________________________________________ Diluluskan/Tidak Diluluskan

SBM WEB SDN BHD

A5-02-02, Hata Square, Jalan Mewah 1/3, Pandan Mewah, 55100 Kuala Lumpur Tel No. 03-42806115 Fax 03-42807115 Email [email protected] www.sy-nads.com

1

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. 1. Kontrak ini adalah ditandatangani di antara individu yang nama dan butirannya seperti dinyatakan di mukasurat 1 kontrak ini [selepas ini akan hanya dirujuk sebagai “Promoter”] dan pihak syarikat yang nama dan butirannya seperti dinyatakan di mukasurat 1 kontrak ini [“selepas ini akan hanya dirujuk sebagai “Sy-Nads!”] di mana, Sy-Nads! adalah merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat berdaftarnya seperti yang dinyatakan di mukasurat 1 kontrak ini sementara Promoter adalah seorang individu yang beralamat sepertimana dinyatakan di mukasurat 1 kontrak ini. 2. Sy-Nads! adalah merupakan sebuah agensi pengiklanan yang berhasrat mendapatkan kerja-kerja pengiklanan daripada bakal-bakal pengiklan sementara Promoter adalah individu-individu yang bersedia menjalankan kerja-kerja promosi pengiklanan bagi pihak Sy-Nads! dan berkongsi pendapatan mengikut pembahagian sepertimana yang akan dirujuk di perenggan 6 di bawah. 3. Promoter bersetuju menjalankan kerja-kerja promosi bagi pihak Sy-Nads! selama tempoh 12 bulan daripada tarikh yang tertera di kontrak ini. 4. Promoter juga bersetuju mendepositkan wang sejumlah RM20.00 bagi Promoter Biasa atau RM200.00 bagi Promoter Eksekutif atau RM2000.00 bagi Promoter VIP kepada Sy-Nads! sebagai bon jaminan prestasi semasa kontrak ini ditandatangani sebagai menjamin prestasi kerja pihak Promoter. 5. Pihak Sy-Nads! bersetuju mengembalikan wang bon jaminan prestasi tersebut kepada pihak Promoter secara ansuran sebanyak 4 kali ansuran di mana setiap ansuran akan dibayar selepas tamat tempoh 4 bulan daripada tarikh kontrak tertakluk Promoter melakukan kerja-kerja yang ditugaskan kepadanya. 6. Pihak-pihak adalah dengan in bersetuju bahawa pembahagian keuntungan di antara Sy-Nads! dan Promoter adalah mengikut nisbah 10:20:30:40% di mana 10% hendaklah disalurkan dan dibahagikan secara sama rata di antara Promoter Biasa, 20% hendaklah dibahagikan secara sama rata di antara Promoter Eksekutif, 30% hendaklah dibahagikan secara sama rata di antara Promoter VIP, dan baki 40% akan menjadi milik Sy-Nads! tertakluk keuntungan tersebut diperolehi semasa kontrak ini masih berkuatkuasa. 7. Sy-Nads! juga bersetuju untuk membayar Promoter sebanyak 10% daripada keuntungan bersih yang diperolehi daripada Pengiklan yang diperkenalkan oleh Promoter kepada Sy-Nads! dan hendaklah menjadi milik mutlak Promoter secara individu dan hendaklah dibayar secara terus kepada Promoter. 8. Sy-Nads!juga bersetuju untuk membayar kepada Promoter saguhati sebanyak RM20.00 sekiranya memperkenalkan Promoter Biasa, RM200.00 sekiranya memperkenalkan Promoter Eksekutif dan RM2000.00 sekiranya memperkenalkan Promoter VIP kepada Sy-Nads! dan bayaran tersebut akan dibuat sepenuhnya kepada Promoter sebaik sahaja tempoh bertenang tamat. 9. Sy-Nads! bersetuju memberikan Promoter tempoh bertenang selama 5 hari daripada tarikh kontrak ini ditandatangani dan akan mengembalikan sepenuhnya bayaran yang telah dibuat oleh Promoter dan kontrak ini akan terbatal dengan sendirinya sebaik sahaja Promoter menerima bayaran daripada Sy-Nads! dan kedua pihak tidak lagi mempunyai sebarang tuntutan terhadap satu sama lain. 10. Kontrak ini adalah mengikat waris-waris kedua belah pihak. 11. Promoter adalah dianggap melanggar kontrak ini sekiranya Promoter gagal mempamerkan iklan-iklan Sy-Nads! di kenderaan dan/atau laman web Promoter dan Sy-Nads berhak merampas bon jaminan prestasi Promoter yang sebagaimana dirujuk di perenggan 4 di atas tanpa sebarang notis. 12. Sy-Nads! adalah dianggap melanggar kontrak ini sekiranya; i]gagal memaklumkan Promoter setiap kontrak pengiklanan yang dimeterai, ii] gagal membayar Promoter keuntungan mengikut nisbah sepertimana yang dinyatakan di perenggan 6 di atas; iii] gagal membayar 10% daripada keuntungan bersih yang diperolehi daripada Pengiklan yang diperkenalkan oleh Promoter kepada Sy-Nads! sepertimana yang dinyatakan di perenggan 7 di atas, dan iv] gagal membayar Promoter saguhati sebanyak RM20.00 sekiranya memperkenalkan Promoter Biasa, RM200.00 sekiranya memperkenalkan Promoter Eksekutif dan RM2000.00 sekiranya memperkenalkan Promoter VIP kepada Sy-Nads! sepertimana yang dinyatakan di perenggan 8 di atas dan/atau v] gagal mengembalikan bon jaminan perkhidmatan Promoter tanpa Promoter melakukan sebarang kemungkiran kepada kontrak ini. 13. Pihak-pihak adalah bersetuju bahawa kontrak ini akan tamat dengan sendirinya sebaik sahaja tempoh masa 12 bulan tamat daripada tarikh kontrak ini ditandatangani dan melainkan kontrak ini diperbaharui mengikut terma-terma yang dipersetujui oleh kedua belah pihak, pihak-pihak tidak lagi mempunyai sebarang tuntutan terhadap satu sama lain melainkan atas isu-isu atau bayaran yang teraku semasa kontrak ini masih lagi berkuatkuasa. 14. Pihak-pihak bersetuju bahawa kesemua terma dan syarat di atas adalah merupakan intipati penting kepada kontrak ini dan sebarang perlanggaran kepada mana-mana terma dan syarat di dalam kontrak ini boleh menyebabkan pihak yang terkilan boleh memilih samaada untuk menamatkan kontrak ini tanpa sebarang notis dan/atau meminta pihak yang satu lagi supaya meremedi dengan segera sebarang perlanggaran yang telah dilakukan. 15. Pihak-pihak adalah bersetuju bahawa sebarang pindaan kepada terma di atas hendaklah dibuat dengan persetujuan kedua belah pihak. 16. Pihak-pihak adalah dengan ini juga bersetuju bahawa pihak yang terkilan boleh membawa tindakan terhadap pihak yang lain di manamana Mahkamah yang mempunyai bidangkuasa di Malaysia.

____________________________

__________________________________

SBM WEB SDN BHD

A5-02-02, Hata Square, Jalan Mewah 1/3, Pandan Mewah, 55100 Kuala Lumpur Tel No. 03-42806115 Fax 03-42807115 Email [email protected] www.sy-nads.com

2

Related Documents

Application Form
June 2020 10
Application Form
April 2020 9
Application Form
October 2019 17
Application Form
June 2020 9
Application Form
June 2020 10
Application Form
October 2019 16