Sy Arahan

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sy Arahan as PDF for free.

More details

  • Words: 593
  • Pages: 6
Syarahan: Menghormati Guru Amalan Mulia Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah ‘Menghormati guru amalan mulia’.

Hadirin sekalian,

Menghormati guru merupakan amalan mulia kerana mereka orang yang berjasa kepada kita semua. Gurulah yang mendidik kita sehingga kita pandai membaca, menulis dan mengira. Mereka telah mendidik kita tanpa mengenal erti penat dan lelah agar kita menjadi insan yang berguna. Mereka juga banyak memberi dorongan kepada kita agar terus berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran dan sebagainya.

Guru merupakan orang yang kedua perlu kita hormati selepas ibu bapa. Ini kerana hampir separuh masa seharian kita bersama mereka. Merekalah yang menjaga, memberi nasihat, tempat kita mengadu dan sebagainya sepanjang kita berada di sekolah.

Guru juga banyak berkorban demi kejayaan kita. Antaranya mereka sanggup mengajar lebih masa atau hadir ke kelas tambahan untuk mengajar secara suka rela demi memastikan kita berjaya dalam pelajaran.

Hadirin sekalian,

Kita wajar menghomati guru bukan sekadar dengan ucapan sahaja malah haruslah dibuktikan antaranya dengan belajar bersungguh-sungguh. Apabila kita berjaya, guru pasti akan gembira. Doakanlah moga guru-guru kita dilimpahi segala kebaikan seperti dimurahkan rezeki dan sebagainya.

Sesungguhnya jasa mereka amat besar dan tidak terbalas. Oleh itu, kita harus mengingati jasa-jasa mereka dengan menghormati mereka seumur hidup agar kita terus mendapat keberkatan daripada Allah.

Setakat ini sajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya menyeru kepada rakan-rakan supaya menghormati guru-guru dengan seikhlas hati kerana kejayaan seseorang itu pastinya hasil daripada didikan para guru.

Sekian ,terima kasih.

Nama : Kushindra Nair. Nama Sekolah: SJK© Taman Tas .

Malaysia ,tanahairku tercinta.

Senyuman manis buat Pengacara majlis ,kombinasi kehakiman yang berintegriti dan pastinya menegakkan keadilan, Dif-dif kehormat,guru-guru dan rakan–rakan yang dihormati.

Adakah kamu sayang Malaysia ? Adakah kamu cinta Malaysia ?

Kata orang,tak kenal maka tak cinta. Oleh itu,untuk santapan ilmiah kita bersama saya titipkan sebuah syarahan bertajuk Malaysia, tanahairku tercinta. Menurut kamus dewan , cinta bermaksud perasaan sayang dan kasih kepada individu atau negara.

Warga dewan yang di hormati,

Bagaimana untuk kita menzahirkan rasa kecintaan kepada negara? harus menjunjung tinggi dan menghayati prinsip

Rukun Negara iaitu :-

Kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran perlembagaan, Kedaulatan undang-undang,

Pertama, kita

Kesopanan dan kesusilaan,

Wah ,begitu gah rukun negara digarap dan diolah . Namun , adakah ianya dihayati dan difahami oleh generasi muda hari ini? Negara,Yang Amat Berhormat mencetus

Justeru , Pemimpin utama

Datuk Seri Najib B Tun Hj Abdul Razak

telah

gagasan ‘ 1 Malaysia ’ sebagai tonggak utama untuk melahirkan

warga negara yang berkualiti, setia dan cinta kepada negara .

Sidang hadirin yang dikasihi,

Kedua, Sejarah merupakan guru yang terhebat . ‘patah sayap bertongkat paruh,namun perjuangan tetap ampuh’ . Begitulah kekentalan semangat perjuangan generasi dahulu . Nama– nama gah yang terpahat kukuh di tugu peringatan dan buku

sejarah,bukan sekadar untuk tatapan tetapi untuk dihayati erti sebenar semangat cintakan negara.

Mereka sanggup mati

daripada melihat tanah air dirampas , maruah bangsa

dan agama dipersendakan.Tangan-tangan penjajah yang jahat dan rakus inilah telah mengorek ,merobek dan mengaut kekayaan hasil bumi hingga menjadi gondol, tandus dan kontang.

Inilah, inilah wajah sebenar penjajah .

Sanggupkah kita lihat segala pergorbanan mereka menjadi sia-sia?.Saya ulangi, sanggupkah ?

Hadirin yang di hormati,

Ketiga, Anak-anak umpama tiang seri dan aset terpenting negara .Akhlak mereka perlu diasuh, bakat perlu digilap ,minda

perlu disemai dan ditanamkan

dengan kisah-kisah sejarah . Dengan itu, pasti akan tumbuh dan suburlah semangat cintakan negara.

Sebelum mengundur diri, saya ingin menyeru generasi muda. Wahai ,anak-anak muda,bangunlah! Hei, anak-anak muda, bangkitlah !. Marilah ,kita satukan hati-hati kita agar menjadi satu bangsa yang cintakan negara.

‘Malaysia, tanahairku tercinta’

Sekian, terima kasih .

Related Documents

Sy Arahan
October 2019 35
Sy
April 2020 31
Sy
November 2019 44
Arahan Keselamatan
May 2020 20
Arahan Keselamatan
July 2020 19
Arahan Jokowi.docx
October 2019 15