Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin, Sekolah Kluster Kecemerlangan KM 2, Jalan Seremban, 73000 Tampin Negeri Sembilan, Darul Khusus
No. Tel: 06 4411348 Fax: 06 4411410
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ruj. Kami : Bil ( )dlm.sktbt 700-9/21 Tarikh : 22 MAC 2018 Pengarang Berita/ Ketua Pemberita Akhbar Sinar Cawangan Negeri Sembilan
Tuan, JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN PROGRAM JOM HAPUS DENGGI DAN GOTONG ROYONG PERDANA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU BESAR TAMPIN, SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN TAHUN 2019 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuki. 2. Berhubung perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah merancang mengadakan Program Gotong -royong Perdana untuk membersihkan serta menceriakan kawasan sekolah di samping menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes. Selain itu, tujuan gotong royong ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan siraturahim antara sekolah dengan ibubapa dan komuniti luar. 2. Oleh yang demikian, sukacita pihak kami memohon jasa baik pihak tuan untuk membuat liputan program tersebut yang akan disempurnakan oleh YB Datuk Hasan b Bahrom, Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Tampin. Butiran program gotong- royong perdana adalah seperti yang berikut: Tarikh : 13 Mac 2019 Masa
: 8 pagi- 12.00 tengah hari
Tempat: SK Tunku Besar Tampin 3. Bersama-sama dengan surat ini dilampirkan tentetif aturcara majlis. Untuk pertanyaan lebih lanjut program ini, pihak tuan juga boleh menghubungi En Zaini B Abu Bakar ( Guru Penolong Kanan HEM) 06 4411348 atau 012-3898573. 4. Kerjasama dan perhatian tuan bagi tujuan tersebut amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah,
…………………………………………………………