NURULHAYATI AFINA BT MOHD RADZALI, 86-13-25 DESA INDAH, PERSIARAN PAYA TERUBONG 2, 11900 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG.
GURU KELAS TAHUN 6 HARMONI, SK SUNGAI ARA, 11900 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG.
16 JANUARI 2019
Tuan, TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH Saya, penama seperti di atas ialah ibu kepada Muhammad Farish Haikal Bin Muhammad Firdaus, murid tahun 6 Harmoni. Saya ingin memaklumkan bahawa anak saya tidak dapat hadir ke sekolah selama dua hari pada 17 dan 18 Januari 2019. 2. Anak saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah disebabkan kami sekeluarga terpaksa pergi ke Selangor untuk majlis perkahwinan adik lelaki saya. Saya ingin meminta maaf di atas ketidakhadiran anak saya ke sekolah pada tarikh yang disebutkan dan berharap anak saya tidak ketinggalan dalam pelajaran berikutan ketidakhadirannya. Saya juga berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan surat ini. Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………………………….…… (NURULHAYATI AFINA BINTI MOHD RADZALI)