Surat Sumbangan Isma

  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Surat Sumbangan Isma as PDF for free.

More details

  • Words: 285
  • Pages: 1
IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) No. Pendaftaran: PPM/SEL.1688/96-12 Pejabat ISMA DHL, 7-2-1, Jalan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, Pusat Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Tel : 019-668 1300 Fax : 8926 2520 E mel: [email protected] Blog:ismadhl.wordpress.com

No Rujukan: ISMA/DHL/SU/2009/ Tarikh: 18 Jun 2009 Y.bhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan, Assalamualaikum wbt, PERMOHONAN SUMBANGAN UNTUK AKTIVITI PEMBANGUNAN INSAN Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) adalah merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dengan misi membangun kekuatan tamadun islam berdasarkan keadilan bersama. Di dalam mencapai objektif ini, pelbagai program disusun di antaranya ialah program pembangunan insan, pembangunan kepimpinan berwawasan, pembangunan remaja dan belia, pembangunan wanita dan aktiviti kebajikan masyarakat.

2. Dalam menjayakan lagi aktiviti fisabilillah pada tahun 2009 ini, sejumlah wang diperlukan bagi memastikan semua perancangan dapat berjalan dengan lancar. Sehubungan dengan ini, pihak ISMA (Cawangan Hulu Langat) ingin memohon jasa baik daripada pihak Y.bhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan, peruntukan/sumbangan kewangan bagi menampung sebahagian perbelanjaan aktiviti yang akan dijalankan. Untuk melihat sebahagian daripada contoh aktiviti yang telah dijalankan, Y.bhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan bolehlah melawat laman blog kami di alamat http://ismadhl.wordpress.com. 3. Segala sumbangan boleh dibuat secara tunai atau bank-in ke akaun Maybank 16214296-9089 atau dengan mengemukakan cek di atas nama “Majid Jantan”, Bendahari ISMA DHL, (no. Tel: 019-668 1300). Sila maklumkan kepada kami jumlah sumbangan dengan mengemukakan slip pembayaran melalui faks ke pejabat ISMA DHL, 03-8926 2520 (u.p.: Saudara Majid Jantan) atau emailkan kepada [email protected] atau sms/telefon ke nombor beliau sebagai pengesahan. 4. Semoga sumbangan daripada pihak Y.bhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan diberkati Allah dan mendapat ganjaran dari-Nya. Pihak ISMA DHL mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan. Sekian, wassalam. “MEMBINA GENERASI HARAPAN” Yang berusaha,

( KHAIRUDIN MOHD ALI ) Setiausaha Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Hulu Langat Tel: 019-267 7180 [email protected]

Related Documents