___________________________________________________________________________ Pengarah, Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas Lot 2022, Jalan Pokok Jenerih, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia.
01 APRIL 2009
Tuan, MEMOHON KEBENARAN MEMBUAT GOTONG-ROYONG PERDANA DI MASJID KAMPUNG KUBANG MENERONG Saya mewakili Majlis Perwakilan Pelajar ILPKBPP ingin memohon kebenaran untuk membuat satu gotong royong di Masjid Kampung Kubang Menerong. 2. Untuk pengetahuan pihak tuan, kami memilih masjid tersebut kerana pada setiap minggu pelajar ILP KEPALA BATAS menggunakan masjid tersebut untuk menunaikan solat jumaat. 3. Sehubungan dengan itu kami menggadakan majlis gotong-royong perdana ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara penduduk kampung dengan pelajar ILP Kepala Batas. Gotong-royong perdana ini akan diadakan pada 12 APRIL 2009 (AHAD).Pelajar yang akan mengikuti program ini adalah seramai 40 orang pelajar dan 4 orang pensyarah. “PELAJAR PRODUKTIF INSTITUT PROAKTIF”
Yang menjalankan tugas, ……………………………………….. (MUHAMAD NASIR BIN MUSTAFFA) BIRO KEBAJIKAN DAN SERANTAU, MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR, INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN, KEPALA BATAS,PULAU PINANG.