Surat Editor.docx

  • Uploaded by: farid
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Surat Editor.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 327
  • Pages: 2
Dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, Malaysia perlu membawa suatu perubahan yang akan memberi kesan kepada dunia pendidikan. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dan berusaha untuk menjayakan usaha

tersebut.

Bersesuaian

dengan

matlamat

dan

zaman,

KPM

telah

melaksanakan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) bermula pada tahun 2014.Kini, PAK21 telah menjadi satu isu yang hangat dalam dunia pendidikan kerana ia dilihat mampu memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini. Terdapat pelbagai halangan kepada guru-guru dalam melaksanakan PAK21 ini dalam pembelajaran dan pembelajaran semasa.

Ada juga yang meminta Kementerian Pendidikan melihat kepada realiti yang berlaku di sekolah serata negara yang menghadapi masalah capaian. Tidak kurang juga yang menyentuh tentang cabaran melaksanakan PAK-21 sedangkan keadaan infrastruktur di sekolah masih lagi dalam keadaan yang menyedihkan, terutama sekolah di kawasan pedalaman, malah berpandangan peruntukan yang diberikan kepada ‘sekolah terpilih’ ini disalurkan kepada sekolah yang lebih memerlukan. Harapan, realiti dan cabaran ini memang ada benarnya. Tidak ada sesiapa pun dapat menafikan bahawa teknologi merupakan komponen yang penting dalam PAK-21, dalam usaha untuk membuka minda dan perspektif murid kepada dunia luar yang sungguh mencabar. Dalam masa yang sama kita perlu akur bahawa hakikatnya masih ada sekolah yang memerlukan baik pulih infrastruktur sebelum teknologi terkini dapat dibawa masuk dan digunakan dalam proses PdP dengan berkesan. Cabaran PAK-21 ini sebenarnya perlu dilihat daripada perspektif yang lebih besar dan meluas, iaitu daripada aspek matlamat pendidikan itu sendiri. Dalam penulisan sebelum ini, saya telah menyentuh tentang perlunya pendidikan itu diletakkan semula di landasan yang betul menuju ke arah merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang diterjemahkan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. PAK21 bukannya satu matlamat, tetapi salah satu cara untuk kita mencapai apa yang dihasratkan oleh FPK, bagi membangunkan insan yang seimbang dan sejahtera. Sejujurnya apabila disebut PAK-21, tergambar dalam fikiran kita sebuah bilik darjah yang dilengkapi smartboard, capaian internet yang sangat laju

membolehkan video-conferencing dilakukan dengan mana-mana tempat di seluruh dunia, bilangan murid yang ideal serta diberi kemudahan tablet setiap seorang.

Related Documents

Surat-surat
June 2020 73
Surat
August 2019 101
Surat
June 2020 41
Surat
June 2020 37
Surat
May 2020 42
Surat
December 2019 50

More Documents from ""

Urolithiasis.pdf
May 2020 27
Surat Editor.docx
November 2019 43
Wartsila 2007.pdf
December 2019 48
Laoran Linus 2018.docx
November 2019 27