Surat 10% 2009

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Surat 10% 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 535
  • Pages: 3
BAHAGIAN SUKAN, SENI DAN KOKURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1 & 7, BLOK E13, KOMPLEKS E Tel : 03-88849314 PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Fax : 03-8884934262604 PUTRAJAYA Laman-web : http://www.emoe.gov.my

KP(BS-SPPK)602/ 12 (

)

Oktober 2008 Syawal 1429H Semua Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Y. Bhg Dato’ / Datin/ Tuan/ Puan, ASAS PENGGUNAAN 10 % MARKAH KOKURIKULUM SEBAGAI SYARAT KEMASUKAN KE IPTA SESI 2009 BAGI CALON-CALON SPM, STPM DAN STAM Dengan hormatnya keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet pada 5 April 2006 berhubung dengan perkara di atas adalah dirujuk. Seperti tahun lalu, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bertanggungjawab sepenuhnya untuk merumuskan kaedah permarkahan kokurikulum bagi calon-calon yang menduduki SPM, STPM dan STAM yang memohon untuk meyambung pengajian ke IPTA. Justeru itu, pihak pentadbir sekolah (menengah) adalah bertanggungjawab untuk menyediakan maklumat markah murid-murid yang terlibat. Oleh itu, pihak sekolah (menengah) diberi tanggungjawab penuh untuk mengira dan menentukan markah kokurikulum calon-calon tersebut sama ada dari segi keesahan dan kebolehpercayaannya. 2. Sehubungan itu, seperti tahun 2007 & 2008 KPM telah/akan mengadakan sesi penerangan semula di semua peringkat melibatkan Pengurusan Tertinggi KPM, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM), Pengarah-Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah dan Wakil-wakil Kesatuan Guru. 3. Oleh itu, bahagian ini memohon kerjasama dan jasa baik Y. Bhg Dato’ /Tuan /Puan untuk menyampaikan maklumat ini kepada semua Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah-sekolah Menengah di negeri masing-masing. Pihak sekolah diminta supaya mengambilkira perkara-perkara berikut: 3.1. 3.2.

Markah kokurikulum hendaklah disediakan sebelum 15 Januari 2009 Markah kokurikulum calon SPM, STPM dan STAM hendaklah dihantar kepada Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum melalui JPN dan Pejabat Pelajaran Daerah/ Gabungan.

3.3.

Bagi kiraan markah kemasukan ke IPTA sesi 2009 jumlah markah yang dikira adalah himpunan markah (CGPA) bagi empat tahun terakhir (2005, 2006, 2007 dan 2008 ).

3.4.

Senarai ringkas markah kokurikulum bagi setiap sekolah perlu dihantar bersama. Pihak sekolah diminta menyediakan Sijil Pencapaian Kokurikulum kepada setiap calon peperiksaan SPM, STPM dan STAM bagi memudahkan mereka menunjukkan bukti pencapaian. Penilaian adalah berdasarkan “Buku Panduan Penilaian Kokurikulum Sekolah Menengah - Edisi 2007” yang disediakan oleh KPM (semua sekolah diwajibkan menggunakan sistem penilaian ini dan perubahan berdasarkan surat-surat makluman) Bersama-sama ini disertakan juga beberapa keputusan berkaitan perkara berbangkit yang dialami oleh pengurusan sekolah bagi penilaian yang dibuat tahun 2007 (rujuk Lampiran 1). Semua bantahan oleh calon hendaklah diselesaikan di peringkat sekolah dan sebarang perubahan markah hanya boleh dilakukan oleh Pengetua Sekolah dan diajukan terus ke Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum serta salinan ke JPN.

3.5. 3.6.

3.7. 3.8.

4. Suka diingatkan kepada semua pentadbir sekolah, cara dan kaedah menentukan keesahan dan kebolehpercayaan markah kokurikulum calon SPM, STPM dan STAM adalah tanggungjawab pihak sekolah kerana KPM beranggapan “Sistem Penilaian Kokurikulum di Sekolah Menengah” adalah ”Penilaian Berasaskan Sekolah”. Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum hanya bertanggungjawab menganalisis keseluruhan keputusan dan menghantarnya kepada Bahagian Kemasukan IPT, KPTM, melalui Bahagian Sumber Maklumat, KPM. Sokongan dan kerjasama Y. Bhg Dato’/ Datin / Tuan/Puan adalah amat dihargai serta didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

DATO’ HAJAH NOOR REZAN BT. BAPOO HASHIM Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia s.k. 1. 2. 3.

Setiausaha Sulit Kanan Kepada Menteri Pelajaran Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran

4.

Pengarah-Pengarah Bahagian

Related Documents

Surat 10% 2009
April 2020 0
10 Surat Dalam Al.docx
October 2019 15
Surat Volume 10
April 2020 8
10-10-2009
June 2020 3
Elheddaf 10/10/2009
June 2020 2