Surah al-Waqiah Dalam surah Al-Waqiah ada dinyatakan bahawa terdapat 3 golongan manusia, iaitu Muqarrabin, Golongan Kanan dan Golongan Kiri. Siapakah Muqarrabin itu? “Mereka ialah yang didekatkan pada Allah dan berada di dalam syurga yang penuh kenikmatan.” Siapa pula Golongan Kanan? Golongan Kanan ialah yang melakukan kebaikan semasa di dunia (orang yang bertakwa) dan mereka talah dijanjikan oleh Allah dengan kebahagiaan di akhirat. “Mereka duduk antara pohon bidara yang tidak berduri dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya serta naungan yang terbentang luas. Mereka menikmati air yang tercurah dan buah-buahan yang banyak yang tidak berhenti berbuah dan mereka tidak dilarang mengambilnya. Mereka duduk di atas tilam-tilam yang tebal lagi lembut. Sesungguhnya kami menciptakan bidadari-bidadari dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan yang sebaya umurnya. Kami ciptakan mereka untuk golongan kanan…” Siapa pula Golongan Kiri? Mereka pula ialah semasa di dunia hidup dalam keadaan mewah dan mereka terus-menerus mengerjakan dosa besar. Mereka terdiri dari golongan yang kufur. Surah Waqiah dikatakan surah untuk rezeki kerana Nabi Muhammad s.a.w menggalakkan kita membacanya setiap malam. Banyak khasiat bagi pembaca Al-Quran dan di dalam buku ini ditegaskan bahawa untuk mendatangkan rezeki, kita dianjurkan untuk membaca surah ini dengan khusyuk. Daripada Abi Dhibah berkata: Usman Ibnu Affan r.a berkata, Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya membaca surah “al-Waaqiah” tiap tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca surah ‘al-Waaqiah’ tidak akan jadi miskin selama-lamanya.” Banyak lagi persoalan-persoalan lain yang boleh meningkatkan rezeki berdasarkan garis panduan yang terdapat dalam Al-Quran, hadis, pengalaman, petua-petua dan tips untuk berjaya dari segi kewangan. Buku berbentuk e-book bertajuk “Rahsia Rezeki: Rahsia Memperolehi Rezeki Melimpah Ruah dan Diberkati.” Di http://rahsiarezeki.com Menerangkan segalanya.