Sumber1

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sumber1 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,702
  • Pages: 8
Sumber

KOMUNIKASI DI KHALAYAK RINGKASAN 1. Khalayak terdiri daripada individu yang memilih untuk mendedahkan diri mereka kepada sesuatu utusan yang disampaikan oleh sesuatu sumber komunikasi. 2. Matlamat komunikasi di khalayak: (a) Bertanggungjawab memberi pemahaman kepada khalayak. (b) Bertindak balas terhadap maklum balas khalayak. (c) Bertukar-tukar fikiran dengan khalayak. (d) Memahami kehendak khalayak. 3. Cara komunikator menganalisis khalayak: (a) Pastikan orang yang akan hadir dalam khalayak. (b) Kumpulkan data tentang khalayak. (c) Tuliskan kertas kedudukan tentang cara khalayak bertindak balas terhadap ucapannya. (d) Sediakan rangka asas ucapan. (e) Teliti dan semak semula rangka dan teks ucapan. AKTIVITI 1. Tulis satu kertas kedudukan ringkas tentang rakan-rakan sekelas anda sebagai khalayak dengan merujuk kepada: (a) Umur (b) Latar belakang ras (c) Kedudukan sosial (d) Kedudukan ekonomi (e) Tingkah laku sosial (f) Sikap-sikap (g) Pembahagian jantina

2. Bincangkan pandangan ibu bapa tentang kelas FAFA di sekolah. Apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang pandangan mereka? Mengapa? Adakah anda memerlukan maklumat tambahan sebelum anda sedia berucap kepada khalayak yang terdiri daripada pelajar sekolah anda tentang tajuk tersebut?

MAKSUD KHALAYAK Khalayak ialah satu konsep yang digunakan untuk menghuraikan ciri khusus penerima utusan komunikasi. Dalam konteks antara individu, kita hanya menggunakan konsep penerima kepada individu yang menjadi sesuatu utusan. Dalam konteks komunikasi awam atau komunikasi massa pula, penerima sesuatu utusan itu dikenali sebagai khalayak kerana penerima utusan terdiri daripada jumlah individu yang ramai. Walaupun begitu, tidak semua penerima dianggap sebagai khalayak. Khalayak terdiri daripada individu yang memilih untuk mendedahkan diri mereka kepada sesuatu utusan yang disampaikan oleh sumber komunikasi, sama ada daripada seorang pemidato atau media massa. Sebagai individu, kita dengan sendirinya dianggap sebagai penerima. Namun begitu, untuk dianggap sebagai khalayak, kita mestilah membuat sesuatu tindakan seperti mendengar ceramah, membaca akhbar ataupun menonton televisyen. DUA KATEGORI KHALAYAK Khalayak umum terdiri daripada mereka yang menjadi sasaran umum sumber komunikasi, iaitu orang awam yang dianggap mempunyai potensi untuk menerima sesuatu utusan. Contohnya, pelajar-pelajar sekolah yang boleh menerima siaran Televisyen Pendidikan merupakan khalayak stesen tersebut. Begitu juga dengan pelajarpelajar yang boleh membaca Jawi dan berupaya mendapatkan naskhah Utusan Melayu adalah khalayak umum akhbar tersebut. Di samping itu, khalayak umum terdiri daripada individu yang beraneka ragam dan terdapat di merata-rata tempat. Khalayak khusus juga terdiri daripada individu yang beraneka ragam dan terdapat di merata tempat. Walau bagaimanapun, mereka digabungkan oleh minat dan orientasi yang sama. Berdasarkan minat dan orientasi tersebut, mereka akan mendedahkan diri kepada kandungan media yang tertentu atau menggunakan sesuatu jenis media. Contohnya, setiap rancangan televisyen mempunyai khalayak khusus. Penduduk Malaysia yang berminat dengan berita semasa dan perkembangan hal-ehwal dunia akan sentiasa menonton

rancangan Berita Terkini. Dalam konteks khalayak khusus ini, walaupun terdiri daripada individu yang beraneka ragam baik dari segi pelajaran, pendapatan, sikap, tabii dan sebagainya, mereka masih mempunyai ciri-ciri sepunya, iaitu minat mereka terhadap sesuatu jenis berita, misalnya. KOMUNIKASI DUA HALA Sebelum kita cuba mempengaruhi khalayak, malah sebelum kita mula berucap, kita patut memastikan bahawa khalayak sudah bersedia mendengar atau menerima perkara yang hendak kita sampaikan dan mereka berupaya memahaminya. Oleh itu, para komunikator patut terus menganalisis khalayak mereka semasa ucapan itu sedang disampaikan. Ketika kita berucap kepada khalayak dan sekiranya perlu, kita mesti menyesuai atau mengubah penyampaian kita supaya menjadi lebih berkesan. Sebuah ucapan bukanlah setakat satu persembahan oleh si komunikator malah ia merupakan satu perlakuan perutusan. Untuk memenuhi kehendaknya, komunikator tidak hanya boleh menyampaikan sebarang mesej kepada khalayaknya, malah ia mesti peka kepada tindak balas khalayak terhadap utusan tersebut. Sering kali para komunikator gagal memberi perhatian kepada khalayak mereka. Walaupun begitu, seseorang komunikator yang berkesan selalunya sedar sama ada khalayak itu faham penyampaian dan selalu bersedia untuk menyesuaikan ucapannya dengan keperluan ciri-ciri khalayak. Usaha ini mengandaikan bahawa sikap memberi dan menerima memang banyak berlaku antara para komunikator dan penerima. Penerima sesuatu utusan (disebut juga pencerap) bukanlah seorang penerima yang pasif tetapi seorang pekongsi yang aktif dalam proses perutusan. Penerima bertindak balas sama ada secara lisan atau sebaliknya terhadap komunikator. Perutusan hanya wujud apabila penerima (pencerap) itu faham apa yang dikatakan oleh si komunikator. Misalnya, apabila seorang Pengetua memberitahu keputusan peperiksaan kepada guru-guru pelatih di maktabnya, para pensyarah bukan sahaja mahu tahu berapa orang yang calon yang mendapat purata mata gred terkumpul 3.5 ke atas, malah mereka juga ingin tahu keputusan itu meningkat atau merosot, ada calon gagal

atau tidak dan sebagainya. Jadi mereka mungkin mengemukakan soalan kepada Pengetua. Tegasnya, komunikator dalam proses komunikasi dua hala menjangkakan penyertaan aktif penerima. Berikut ialah antara matlamat komunikasi di khalayak. MATLAMAT KOMUNIKASI DI KHALAYAK 1. Bertanggungjawab Memberi Pemahaman kepada Khalayak Tanggungjawab utama bagi proses komunikasi yang berjaya terletak pada si komunikator. Namun penerima juga perlu bekerjasama dengan komunikator. Jika khalayak gagal untuk memahami hal yang diperkatakan, kegagalan ini lazimnya berpunca daripada ketidakupayaan komunikator untuk mengetahui tahap pemahaman yang sesuai bagi khalayaknya. 2. Bertindak Balas Terhadap Maklum Balas Khalayak Hasil maklum balas khalayaklah yang memberitahu si komunikator sama ada analisis khalayak telah berjaya atau utusan komunikator berjaya difahami oleh penerima. Maklum balas boleh berlaku dalam bentuk lisan atau tanpa lisan. Ini terjadi hampir sebaik-baik sahaja komunikator melihat khalayaknya dan komunikator perlulah memberi perhatian terhadap perkara yang diketahui tentang khalayak dan ucapannya. Analisis khalayak yang dibuat terlebih dahulu hanya bersifat sementara kerana perlu diuji sewaktu pengucapan itu berlaku. Apabila komunikator mendapati bahawa ucapannya perlu diubahsuai bagi khalayak tertentu, ia terpaksalah mengubahsuaikannya. 3. Bertukar-tukar Fikiran dengan Khalayak Pertukaran mesej atau perutusan dalam sesuatu pengucapan umum sebenarnya sukar untuk dicapai. Hubungan memberi dan menerima hanya berlaku dalam komunikasi antara peribadi yang saling bertukar peranan sebagai komunikator dan penerima (pencerap). Namun, di dalam kumpulan yang lebih besar, peranan komunikator dan penerima tidak boleh diubah. Si komunikator melakukan semua kerja berucap. Manakala yang lainnya

berperanan sebagai khalayak untuk mendengar. Oleh itu, dalam suasana begini, pertukaran perutusan atau mesej menjadi agak sukar. Komunikator yang baik harus sedar kesan ucapannya kepada khalayaknya. Perancangan awal dan analisis khalayak yang dibuat boleh membantu komunikator menjangkakan hasil ucapannya. Maklum balas khalayak membolehkan komunikator mengawasi kesan ucapannya. Sebaik sahaja komunikator dapat mengesan kelemahankelemahannya, beliau boleh menukar taktiknya pada masa itu juga. sebaliknya pula komunikator yang tidak memberi perhatian selalu menghadapi risiko kehilangan khalayak. Komunikator yang berjaya dalam mendapatkan pertukaran perutusan atau mesej itu sebenarnya bercakap dengan khalayaknya dan bukan kepada khalayak. Ringkasnya, khalayak dan komunikator bertukar-tukar fikiran. 4. Memenuhi Kehendak Khalayak Dalam perutusan dua hala, penekanan diberi kepada khalayak. Setiap komunikator dalam perancangan dan penyusunan ucapan perlu berasaskan kemahuan khalayak sasaran. Jika khalayak tidak dapat mempelajari sebarang perkara atau tidak dipengaruhi oleh ucapan yang diberi, ucapan tersebut tidak sepatutnya disampaikan. Dalam konteks ini, analisis khalayak menjadi tersangat penting. MENGANALISIS KHALAYAK UNTUK KEMUDAHAN KOMUNIKASI Analisis khalayak ialah suatu percubaan oleh komunikator untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang khalayak supaya komunikator dapat menyampaikan ucapan yang mendapat sambutan. Ucapan yang terlalu umum jarang dapat mempengaruhi dan menggerakkan khalayak. Si komunikator perlu membuat persediaan dan menganalisis khalayak pada setiap masa – sebelum, sewaktu dan selepas ucapan dibuat. Berikut ialah antara persediaan yang perlu dibuat. 1. Pastikan Orang yang Akan Hadir Si komunikator perlu menentukan siapakah yang akan mendengar (mencerap) ucapannya terlebih dahulu sebelum

ia mengumpul data dan menyediakan ucapannya. Sumber rujukannya ialah dokumen-dokumen dan orang lain. Misalnya, dengan meneliti sebarang bentuk bahan bertulis tentang bakal khalayak, dengan berbual dengan orang yang tahu tentang khalayak itu dan dengan bermesra bersama ahli-ahli khalayak berkenaan (jika boleh), si komunikator pasti dapat mengetahui hal-hal tentang umur, jantina, bangsa, agama, taraf pendidikan, fahaman politik dan sosioekonomi serta pengetahuan khalayak tentang tajuk yang akan disampaikan oleh si komunikator nanti. 2. Kumpulan Data Tentang Khalayak Komunikator juga perlu mengetahui tentang sikap khalayaknya – khalayak akan bersetuju dengan anda; atau khalayak tidak akan bersetuju dengan anda; atau khalayak akan berkecuali atau tidak ambil peduli. Persetujuan khalayak sangat diperlukan oleh seseorang komunikator. Dalam situasi ini, tujuan komunikator hanyalah untuk mengukuhkan lagi sikap positif khalayak yang telah sedia ada. Kadangkala, si komunikator terpaksa menghadapi khalayak yang tidak bekerjasama, iaitu golongan yang memang tidak bersetuju dengan idea-ideanya. Tugas komunikator di sini ialah cuba mengurangkan khalayak ini sebanyak mungkin dengan cara merancang ucapannya dengan teliti, mengemukakan hujah-hujah daripada perkara-perkara asas dan mengakui pandangan mereka yang menentang, kemudian barulah menyampaikan hujahhujahnya sekukuh yang boleh. Maklumat tentang sifat-sifat khalayak turut berguna dalam membantu si komunikator menjangkakan kesan ucapannya. Maklumat-maklumat yang diperlukan termasuklah demografi (data-data tentang kandungan sesuatu populasi), konstituensi (sebab-sebab, prinsipprinsip dan kumpulan yang diwakili oleh khalayak) dan peranan mereka sebagai ahli khalayak. Sebelum berucap, maklumat ini penting untuk membantu komunikator menentukan cara mengarahkan ucapannya supaya meninggalkan kesan yang maksimum. Sewaktu berucap pula, maklumat sedemikian boleh memberikan maklum balas sama ada ucapannya dapat mewujudkan kesan yang

dikehendaki oleh komunikator. Tuliskan Satu Kertas Kedudukan Tentang Cara Khalayak Akan Bertindak Balas Terhadap Ucapannya Kertas kedudukan ini tidak perlu terlalu formal atau panjang tetapi boleh menggambarkan hal-hal yang si komunikator telah ketahui daripada data. Kertas berkenaan perlu menjelaskan tentang sikap khalayak secara umum dan khusus. Jelas bahawa lebih banyak maklumat yang dicari dan kertas kedudukan ini akan dikaji semula untuk penyediaan ucapan seterusnya. Pola-pola Demografi Umur Status Ekonomi Tahap Pendidikan Status Politik Jenis Pekerjaan Pengaruh-pengaruh lain Sikap-sikap Umum Khalayak Apakah orientasi politik mereka? Apakah orientasi sosial mereka? Di manakah mereka memperoleh maklumat? Konstituensi apakah yang mereka berkhidmat? Sikap-sikap tertentu Khalayak Terhadap Cadangan Apakah pandangan mereka terhadap cadangan anda? Apakah sumber-sumber sikap mereka? Apakah sikap-sikap yang dapat diubah? Apakah strategi-strategi yang mungkin berkesan Sikap-sikap Tertentu Khalayak Terhadap Komunikator Apakah pandangan mereka terhadap anda? Apakah kekuatan/keistimewaan anda dengan khalayak? Apakah kelemahan-kelemahan anda dengan khalayak? Apakah sumber-sumber kewibawaan yang mungkin ada?

3. Sediakan Rangka Asas Ucapan Sesudah semua maklumat yang mungkin tentang khalayak terkumpul dan kertas kedudukan siap ditulis, si komunikator boleh terus menulis rangka ucapan. Segala keputusan tentang isi kandungan, susunan, nada dan sebagainya, perlulah dirancang dengan mengambil kira tindak balas

khalayak nanti. Kita tidak boleh selalu menjangkakan bahawa sesuatu ucapan yang baik akan menghasilkan tindak balas yang diinginkan daripada khalayak. 4. Teliti dan Semak Semula Rangka dan Tulis Ucapan yang Telah Dibuat Si komunikator perlulah terus mengubahsuai rangka ucapan dan membuat sebanyak mungkin pembetulan kepada ucapan walaupun ketika ia sedang menyampaikannya. Perancangan ini dibuat berdasarkan jangkaan-jangkaan bijak daripada maklumat yang telah dikumpulkan oleh si komunikator. Setiap kali si komunikator mendapat peluang untuk membetulkan keberkesanan ucapannya, beliau patut membuat perubahan-perubahan yang dicadangkan. Tidak ada ucapan yang dianggap paling berjaya kecuali ketajaman dan kepantasan berfikir bagi membolehkan setiap ucapan mencapai mutu yang diharapkan. Error! Unknown switch argument.

Related Documents

Sumber1
November 2019 3