Student Union Zayn.docx

  • Uploaded by: Ruzengulalebih ZEta's-Listik
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Student Union Zayn.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 649
  • Pages: 3
STUDENTS’ UNION

Kesatuan Pelajar, atau lebih dipopularkan sebagai Students’ Union, adalah sebahagian daripada aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap perjalanan reformasi institusi pendidikan tinggi. Selain pemansuhan AUKU, pengembalian kuasa pelajar untuk menguruskan Pilihan Raya Kampus mereka sendiri, serta pengembalian hak kebebasan bersuara dan kebebasan pelajar untuk menyertai mana-mana parti politik, mewarnakan kehidupan aktivisme mahasiswa melalui penubuhan Kesatuan Pelajar juga merupakan aspirasi yang sangat penting untuk dilaksanakan. Universiti Tun Hussein onn Malaysia merupakan sebuah university ternama dan terkenal di kalangan universiti di luar sana. Maka dengan itu, ayuh kita lakukan perubahan reformasi demi menjaga kebajikan pelajar. Berlandaskan perlaksanaan Student’s Union ini merupakan satu aspek yang perlu dipertengahkan kerana perkara inilah menjadi satu platform utama untuk membangkitkan semangat suara perubahan. Dalam menyempurnakan perkara ini, saya akan membentang beberapa perkara yang boleh dijadikan sebagai platform utama dalam Student Union. Pertama, Kesatuan Pelajar ini penting sebagai nadi ekosistem universiti bagi melahirkan graduan yang dewasa, matang, berdikari, dan yang paling penting, bersedia untuk mengemudi perubahan. Students’ Union ini mempunyai persepsi yang berbeza di Amerika Syarikat dengan mendefinisikannya sebagai “a building at a college or university that is used for students' social activities.” Berbeza dengan definisi di British dengan menganggap ianya sebagai “an association of students at a college or university”. Perkara ini dapat dilihat melalui awalan pembentukan organisasi. Mekanisme yang sesuai adalah pembentukan organisasi ini perlulah mempunyai kasta atau peringkat jawatankuasa seperti yang sedia ada. Malah boleh ditambah baik melalui penambahan exco-exco yang lebih cenderung kepada aktivitisme pelajar. Kebarangkalian perlantikan jawatankuasa parlimen dua hala atau majlis parlimen universiti selatan. Perkara ini jika dipertengahkan pasti akan menarik perhatian seluruh warga kampus di kawasan selatan untuk turut serta.

Kedua, walau bagaimanapun ia bermula daripada pokok pangkal yang sama; iaitu idea aktivisme pelajar yang diangkat dan diiktiraf sebagai pemegang taruh dan pembuat polisi daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Kemeriahan terma “Students’ Union” ini menunjukkan bahawa kehidupan pelajar di universiti tidak sepatutnya hanya terpenjara di sekitar sijil, pointer, tugasan, atau apa yang disebut sebagai 3K: kuliah, kafe dan katil. Dalam hal ini kita merujuk pula kepada syarat-syarat perlantikan organisasi yang lebih spesifikasi di mana, kita harus melihat bukan sekadar aktif dalam aktivitisme malah dalam bidang akademik. Perkara ini harus dipandang serius kerana pengimbangan dua perkara ini adalah penting bagi menjaga reputasi sesuatu organisasi. Perkara ini adalah untuk memastikan tidak ada timbul persoalan pihak lain untuk jadikan idola mereka. Antara syarat-syaratnya seperti, memastikan pointer setiap tahun harus mencapai 3.5 dan ke atas, wajib melibatkan diri dalam program mahasiswa, program fakulti dan program kolej kediaman. Kehidupan universiti ialah kehidupan yang real; bukan sebuah program latihan empat atau tiga tahun dan bukan sebuah kursus tertentu yang hasilnya ialah sekeping sijil dengan keputusan yang cemerlang. Kehidupan di universiti ialah kehidupan untuk memimpin perubahan dalam skala yang lebih besar. Perkara ini kita merujuk kepada status ketiga iaitu naungan organisasi. Dalam perkara ini, saya mengharapkan badan organisasi diberi penuh kuasa kepada pentadbiran pelajar. Kewangan pula harus di pegang oleh bendahari pelajar yang dikhaskan untuk aktiviti-aktiviti pelajar. Seperti contoh kolej kediaman, duit yang diturunkan daripada pentadbiran universiti harus terus kepada akaun bendahari kehormat pengurusan kolej kediaman. Dan kelulusan terus melalui pengetua setiap kolej kediaman dan tidak perlu melalui 2 fasa kerana mengambil masa yang lama, melainkan program tersebut memerlukan budget yang sangat besar melebihi 10 ribu dan keatas.

Pelajar-pelajar universiti mesti berfikir lebih jauh; mengangkat isu-isu yang besar dan mustahak dan menjadi sektor penting kepada perubahan polisi. Dan keempat, dokumentasi yang lengkap mengikut penyelarasan yang disediakan. Ini akan dikeluarkan oleh pihak kesatuan pelajar sendiri. Selain itu, harus dijadikan dokumentasi tersebut lebih ringkas dan padat. Hanya perlukan isi dokumentasi yang penting sahaja seperti kertas kerja dan laporan yang lebih ringkas dan mudah difahami. Idea Kesatuan Pelajar ini tidaklah harus disalin secara bulat-bulat dari mana-mana; cukup sahaja ia menjadi bimbingan, aspirasi dan wadah untuk dimanfaatkan. Setiap universiti mempunyai citra mereka tersendiri dalam membentuk nilai aktivisme pelajar dan Kesatuan Pelajar yang wujud mesti selari dengan identiti setiap universiti.

Related Documents

Student Union Funding
April 2020 6
Student Union 131
July 2020 5
Union
December 2019 52
Union
May 2020 40

More Documents from "Andreas"

Minute Of Meeting 1
August 2019 21
Minute Of Meeting Cni 2
August 2019 21
Project Proposal
August 2019 34