papercollection
http://smkpbu.blogspot.com SULIT* PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS (Dua jam) PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS PKPSMPERLIJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMJPNPERLISPKPSMJPNPERLIS
910/1
STPM 2009
BAHASA MALAYSIA KERTAS 1
(ANEKA PILIHAN)
PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2009
ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN PERLIS)
Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan: anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat dan menandakannya pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan. Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti. Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah. Jumlah markah anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul.
________________________________________________________________________ Kertas soalan ini terdiri daripada 24 halaman bercetak. © Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Perlis 2009 STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
[Lihat sebelah] SULIT*
papercollection
SULIT*
2
Soalan-soalan 1 hingga 4 berdasarkan petikan di bawah ini. Di Malaysia bencana alam jarang-jarang berlaku. Namun begitu, antara bentuk bencana alam yang kerap direkodkan di negara ini ialah banjir, banjir kilat, dan tanah runtuh. Bencana alam sebahagian besarnya berlaku akibat daripada proses alam semula jadi. Sepanjang sedekad yang lalu, terdapat beberapa peristiwa bencana alam yang mendapat liputan meluas, seperti Tragedi Highland Towers (1993), Tragedi Pos Dipang (1996), dan kejadian tanah runtuh di Gombak (2004). Tragedi hempasan ombak Tsunami pada 26 Disember 2004 yang lalu merupakan yang pertama kali berlaku dan tidak mungkin kita lupakan. Kejadian tanah runtuh, banjir lumpur, banjir kilat, atau kebakaran hutan bukan kerana kesalahan alam ciptaan Tuhan, tetapi disebabkan oleh perbuatan manusia yang tidak mempedulikan betapa pentingnya mereka memelihara alam sekitar. Sikap rakus yang mementingkan keuntungan dan kesenangan dengan cara mudah menyebabkan berlaku penebangan hutan tanpa kawalan, pembuangan sampah merata-rata, pembuangan sisa toksik, dan sistem perbandaran tidak sistematik. Fenomena bencana alam bukan sahaja mengorbankan banyak nyawa dan memusnahkan harta benda, tetapi juga telah menjejaskan ekonomi termasuk sektor pelancongan sesebuah negara. Tamsilannya, bencana ombak Tsunami dan gempa bumi yang melanda Sri Lanka, India, Thailand, Indonesia, Maldives, Myanmar, dan Malaysia membawa kerosakan yang amat besar. Tragedi Tsunami yang menggemparkan seluruh dunia wajar dijadikan iktibar kerana bencana ini bukan sahaja mengorbankan ribuan nyawa, kemusnahan harta benda, malah mengubah peta dunia. Ada yang hilang dan dijangkakan akan menambahkan angka kematian. Harta benda seperti rumah, ternakan, dan kenderaan telah musnah dalam sekelip mata. Yang lebih menyedihkan atau mengharukan ialah kehilangan orang yang tersayang seperti anak dan ahli keluarga, bak kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Selain itu, mangsa bencana sering mengalami gangguan emosi dan fizikal. Lebih-lebih lagi peristiwa yang berlaku buat pertama kali dalam bentuk yang menakutkan, mengerikan, atau menyayat hati dan datangnya secara mengejut akan mengakibatkan persediaan mental menjadi kurang mantap. Keyakinan mereka terhadap kehidupan semakin pudar lalu menjadikan aktiviti kehidupan bertukar hambar. Selain menjejaskan mental, mangsa yang trauma juga akan mengalami ketidakstabilan emosi. Oleh itu, mereka yang tidak terlibat hendaklah bersyukur dan mengambil kesempatan untuk membantu mereka yang menjadi mangsa pengalaman traumatik. Intihanya, alam sekitar merupakan sebahagian daripada elemen penting yang perlu dipelihara oleh manusia sebagai satu khazanah yang amat berharga. Pengurusan alam semula jadi yang sistematik perlu diberi perhatian khusus bagi memastikan pembangunan negara secara lestari dan bersifat mesra alam. Bagi mengukuhkan pengurusan alam sekitar, kerjasama dan penyelarasan yang bersepadu antara sektor kerajaan, swasta, dan badan bukan kerajaan sangat diperlukan. Namun begitu, peranan individu juga penting sebagai entiti yang bertanggungjawab melindungi dan memelihara alam sekitar. Tegasnya, tanggungjawab untuk memelihara alam sekitar bukan terletak kepada pihak yang berwajib sahaja, tetapi menjadi tanggungjawab semua pihak yang terlibat baik secara langsung mahupun secara tidak langsung. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada ’Bencana Alam Angkara Siapa’, Dewan Siswa, September 2006)
910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. http://smkpbu.blogspot.com
[Lihat sebelah SULIT*
papercollection
3
SULIT* 1
2
3
Fokus petikan ini ialah A
kesan-kesan bencana alam
B
punca-punca bencana alam
C
bencana ialah ketentuan Tuhan
D
kesan Tsunami kepada manusia
Antara yang berikut, yang manakah bukan kesan bencana alam kepada manusia? A
Bencana alam menyebabkan mangsa kehilangan harta benda.
B
Bencana alam menyebabkan mangsa kehilangan orang tersayang.
C
Bencana alam menyebabkan mangsa mengalami gangguan emosi dan fizikal.
D
Bencana alam menyebabkan sektor pelancongan dan ekonomi negara terjejas.
Mengapakah mangsa sesuatu bencana sering mengalami gangguan emosi dan fizikal? I
Mangsa bencana tidak dapat menyelamatkan harta benda mereka.
II
Mangsa bencana tidak mendapat sokongan untuk meneruskan kehidupan.
III
Bencana berlaku secara mengejut dan menyebabkan persediaan mental kurang mantap.
IV
Bencana berlaku buat pertama kali dan dalam keadaan yang sungguh menakutkan, mengerikan atau menyayat hati.
A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. http://smkpbu.blogspot.com
[Lihat sebelah SULIT*
papercollection
4
SULIT*
4
Berikut merupakan langkah-langkah yang disarankan oleh penulis untuk memelihara
alam sekitar kecuali A
pengurusan alam semula jadi yang sistematik perlu diberi perhatian
B
pelbagai sektor perlu memberi kerjasama untuk mengukuhkan pengurusan alam sekitar
C
pihak yang berwajib dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk memelihara alam sekitar
D
setiap individu perlu memainkan peranan untuk melindungi dan memelihara alam sekitar
Soalan-soalan 5 hingga 7 berdasarkan petikan di bawah ini. Keengganan pelajar sekolah membawa buku teks dikesan membabitkan pelajar sekolah menengah antara tingkatan tiga hingga tingkatan lima. Masalah ini tidak ketara dalam kalangan murid sekolah rendah. Pelajar yang enggan membawa buku teks ini ialah pelajar yang melanggar disiplin sekolah dan seharusnya dikenakan tindakan oleh pihak sekolah. Ibu bapa perlu bertanggungjawab kerana tidak prihatin dengan tindakan anak masingmasing, termasuk tidak memeriksa buku dan jadual pembelajaran anak di sekolah. Sesungguhnya, jika ibu bapa mengambil berat tentang hal anak-anak, tidak mungkin ada pelajar ke sekolah tanpa membawa buku teks. Sepatutnya ibu bapa boleh memeriksa dan melihatnya dengan jelas sama ada beg anak itu nampak tebal atau nipis. Sekiranya nampak nipis dan ringan, sudah tentu tiada buku di dalamnya. Apabila dibuat pemeriksaan (sportcheck), didapati ada pelajar yang tidak membawa apa-apa pun ke sekolah walaupun sebatang pen. Hal ini bermakna pelajar tersebut hanya menghadirkan diri ke sekolah tetapi bukannya untuk belajar. Sepatutnya kejadian sedemikian tidak berlaku jika ibu bapa mengambil berat tentang soal persekolahan anak-anak mereka. Kemungkinan buku teks yang tebal dan berat, menjadi punca pelajar tidak suka membawa buku ke sekolah. Buku teks yang berat sepatutnya tidak dijadikan alasan kerana jadual pembelajaran yang disusun oleh pihak sekolah adalah anjal dan tidak akan membebankan pelajar. Selalunya kes tidak membawa buku ini hanya membabitkan pelajar malas, baik di bandar mahupun di luar bandar. Kes yang melibatkan segelintir pelajar ini perlu ditangani segera supaya wabaknya tidak menjadi barah yang sukar diubati lagi. Kementerian Pelajaran perlu mengambil berat tentang kualiti buku teks yang dikeluarkan. Kualiti buku teks sangat penting untuk menjaga reputasi pendidikan negara. Kementerian Pelajaran menerusi Unit Penyelidikan, Sektor Penerbitan dan Penyelidikan Bahagian Buku Teks 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. http://smkpbu.blogspot.com
[Lihat sebelah SULIT*
papercollection
5
SULIT*
hanya melakukan kajian mengenai masalah beg berat dalam kalangan pelajar sekolah rendah, tetapi tiada kajian khusus mengenai pelajar sekolah menengah. Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Negara, Profesor Madya Datuk Mohamad Ali Hassan turut mengakui kewujudan masalah tersebut. Berdasarkan pemantauan, kebanyakan pelajar memberikan alasan buku teks berat dan penyusunan jadual waktu tidak sistematik menyebabkan mereka tidak membawa buku ke sekolah. Ada pelajar dengan berani mengakui bahawa mereka malas membawa buku teks ke sekolah. Oleh itu, ibu bapa dan guru perlu memberikan tunjuk ajar kepada pelajar supaya menjadi insan yang lebih bertanggungjawab dan berdisiplin. Guru pula perlu menyuruh pelajar menulis ungkapan “Saya akan membawa buku teks ke sekolah” dalam beberapa muka surat bagi menyedarkan mereka mengenai kepentingan buku teks ketika pembelajaran. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Berita Harian, 8 Februari 2009)
5
6
Apakah faktor utama pelajar sekolah menengah tidak membawa buku teks ke sekolah? A
Mereka bersikap suka melanggar disiplin.
B
Mereka mendakwa buku teks tebal dan berat.
C
Mereka merupakan golongan pelajar yang malas.
D
Mereka hanya hadir ke sekolah tetapi tidak berminat untuk belajar.
Mengapakah gejala tidak membawa buku teks ke sekolah perlu diatasi dengan segera
oleh semua pihak yang terlibat?
7
A
Gejala ini akan berjangkit kepada pelajar cemerlang
B
Gejala ini akan terus merebak di desa dan di bandar
C
Kemajuan pelajar seluruh negara akan bertambah merosot
D
Disiplin pelajar bertambah buruk dan tidak dapat dibendung lagi
Apakah cara yang paling berkesan bagi menangani masalah ini? A
Ibu bapa perlu mengambil berat tentang masalah buku teks anak-anak.
B
Pihak sekolah harus menyediakan jadual yang tidak membebankan pelajar.
C
Guru perlu menyedarkan pelajar tentang kepentingan buku teks ketika pembelajaran.
D
Kementerian Pelajaran perlu mengambil berat tentang kualiti buku teks yang dikeluarkan.
910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. http://smkpbu.blogspot.com
[Lihat sebelah SULIT*
papercollection
6
SULIT*
Soalan-soalan 8 hingga 10 berdasarkan carta alir di bawah ini. Kegiatan ekonomi dan kemajuan pembangunan
Kemerosotan alam sekitar
Peningkatan gas sulfur dioksida dan nitrogen
Gangguan proses fisiologi dan pertumbuhan pokok
Gangguan atmosfera
Hujan asid
Peningkatan karbon dioksida
Peningkatan suhu global
Perubahan komposisi dan struktur tumbuhan
Pengasidan
Tanah
Perubahan komposisi hutan
Perubahan iklim
Air
Perubahan populasi haiwan
Kemerosotan populasi hidupan akuatik
Kemerosotan kepelbagaian biologi 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. http://smkpbu.blogspot.com
[Lihat sebelah SULIT*
papercollection
7
SULIT*
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Era Hijau, Jabatan Alam Sekitar, Keluaran 2, 2002)
8
9
Kemerosotan kepelbagaian biologi dalam carta alir berpunca daripada A
pencemaran air
B
pencemaran bunyi
C
pencemaran tanah
D
pencemaran udara
Saintis menganggarkan bahawa pada tahun 2080, suhu udara di dunia akan meningkat kepada 3C Dengan merujuk carta alir, penyataan di atas membawa kesan paling ketara kepada
10
11
A
perubahan iklim
B
perubahan populasi haiwan
C
perubahan komposisi tumbuhan
D
perubahan kepelbagaian biologi
Apakah tajuk yang sesuai bagi carta alir tersebut? A
Impak kemerosotan kepelbagaian biologi.
B
Impak pembangunan terhadap alam sekitar.
C
Impak pembangunan terhadap kepelbagaian biologi.
D
Impak pencemaran alam sekitar terhadap kepelbagaian biologi.
Pilih padanan yang betul dalam jadual di bawah. Filum
Rumpun
Keluarga
Subkeluarga
A
Austris
Melanesia
Austroasia
Fiji, Irian
B
Austris
Austronesia
Nusantara
Acheh, Nias
C
Autronesia
Nusantara
Melanesia
Makasar, Bugis
D
Austroasia
Polinesia
Mikronesia
Hawaii, Tonga
910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. http://smkpbu.blogspot.com
[Lihat sebelah SULIT*
papercollection
8
SULIT*
12
Faktor utama yang menyebabkan mudahnya penyerapan bahasa Sanskrit ke dalam
bahasa Melayu ialah
13
A
kesesuaian kata-kata
B
sifat bahasa Melayu yang dinamis
C
bahasa Sanskrit lebih tinggi mutunya
D
tanggapan bahawa bahasa Sanskrit merupakan bahasa sarjana
Dalam perkembangannya menjadi bahasa Melayu moden, bahasa Melayu klasik
mengalami perubahan ketara dari segi
14
I
makna
II
sistem ejaan
III
struktur ayat
IV
struktur kata dasar
A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Kerjasama di antara negara Brunei Darussalam, Indonesia, dan Malaysia melibatkan
usaha I
membentuk istilah
II
membakukan sebutan
III
menyeragamkan sistem ejaan
IV
meluaskan penggunaan bahasa Melayu
A
I dan III
B
I dan IV
C
II dan III
D
II dan IV
910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. http://smkpbu.blogspot.com
[Lihat sebelah SULIT*
papercollection
9
SULIT*
15 Aktiviti bahasa
Tujuan
I
Perancangan
P
II
Pengekodan
Q
III
Pemupukan
R
IV
Penilaian
S
Menghasilkan satu variasi bahasa standard yang sempurna dan seragam Mengembangkan bahasa supaya tercapai keadaan ‘saling terjemah’ dengan bahasa moden lain Peninjauan kembali terhadap hasil dan kesan aktiviti untuk memperbaik kelemahan sedia ada Usaha-usaha yang dijalankan untuk memupuk bahasa ke taraf yang lebih maju
Yang manakah padanan yang betul antara aktiviti bahasa dengan tujuannya dalam perkembangan bahasa Melayu moden?
16
I
II
III
IV
A
P
Q
R
S
B
Q
R
S
P
C
R
S
P
Q
D
S
P
Q
R
Antara yang berikut, yang manakah langkah yang paling berkesan dalam penyeragaman
bahasa? A
Penerbitan kamus
B
Pembentukan istilah baharu
C
Pembentukan dan penyebaran model pertuturan dan penulisan
D
Penubuhan satu badan untuk mengawal perkembangan bahasa
910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. http://smkpbu.blogspot.com
[Lihat sebelah SULIT*
papercollection
10
SULIT*
17
Tujuan meminjam unsur-unsur bahasa asing ke dalam bahasa Melayu adalah untuk A
melancarkan usaha merancang dan membina bahasa Melayu
B
meningkatkan penguasaaan bahasa Melayu oleh bangsa asing
C
menentukan bahawa bahasa Melayu dapat diterima oleh penutur bahasa lain
D
mempererat hubungan antara masyarakat penutur bahasa Melayu dengan masyarakat penutur bahasa lain
18
Disebut sebagai bahasa kolokial Bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi Dipengaruhi oleh bahasa-bahasa daerah atau loghat Tidak mementingkan tatabahasa atau kegramatisan ayat
Penyataan di atas menepati ciri-ciri A
bahasa pasar
B
bahasa mesra
C
bahasa slanga
D
bahasa basahan
19 Dengan konsep ibadah yang syumul, terserlahlah makna pengabdian diri kepada Tuhannya, seperti yang digambarkan dalam al-Quran yang bermaksud “Tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.”
Bahasa yang digunakan di dalam petikan di atas tergolong dalam laras bahasa A
doa
B
nasihat
C
kutbah
D
syarahan
910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. http://smkpbu.blogspot.com
[Lihat sebelah SULIT*
papercollection
11
SULIT*
20
Bersifat formal dan objektif
Menggunakan istilah tertentu Y
Menggunakan sudut pandangan orang ke-3
Bersifat kematangan dan keintelektualan
Y dalam gambar rajah di atas menunjukkan ciri-ciri laras bahasa A
biasa
B
akademik
C
media massa
D
undang-undang
21
Y = Israel terus mengepung Gaza
Retorik hujahan terhasil jika Y diikuti oleh ayat di bawah. A
Desakan demi desakan dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan supaya bantuan segera dihulurkan.
B
Kira-kira 1,300 orang terbunuh, lebih 5,000 orang cedera dan 30,000 kediaman musnah, namun Israel tetap tidak berundur.
C
Jika tindakan segera tidak diambil oleh masyarakat antarabangsa, tidak mustahil ia akan mencetuskan tragedi kemanusiaan yang serius.
D
Walaupun pelbagai pihak menyalurkan bantuan kewangan, makanan, pakaian, dan ubat-ubatan, tetapi bantuan tersebut masih tidak mencukupi.
910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. http://smkpbu.blogspot.com
[Lihat sebelah SULIT*
papercollection
12
SULIT*
22
Penanda wacana X
Y
Walaupun miskin, namun Ali tetap tabah menghadapi dugaan.
Akhirnya, kami sampai juga ke puncak Gunung Kinabalu .
Pilih padanan yang betul untuk penanda penghubung bagi X dan Y.
X
Y
A
Penghubung tambahan
Penghubung tentangan
B
Penghubung tempoh
Penghubung musabab
C
Penghubung musabab
Penghubung tambahan
D
Penghubung tentangan
Penghubung tempoh
. 23
Perlembagaan Malaysia menetapkan bahawa pilihan raya umum negara ini harus dijalankan dalam masa lima tahun sekali. Semua rakyat diberikan hak atau kebebasan untuk mengundi bagi memilih wakil mereka. Mereka bebas bersuara asalkan tidak menyentuh soal-soal sensitif yang boleh merosakkan ketenteraman awam. Malaysia ialah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.
Berdasarkan penyataan di atas, penulis mengemukakan idea menggunakan kaedah A
analogi
B
induksi
C
deduksi
D
takrifan
910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. http://smkpbu.blogspot.com
[Lihat sebelah SULIT*
papercollection
13
SULIT*
24
Ayat 1 Ayat II
: Beta akan berangkat jika keadaan mengizinkan. : Aku harap kauterima keputusan ini dengan hati terbuka.
Perbezaan penggunaan kata ganti diri orang pertama beta dan aku ditentukan oleh faktor
25
A
tempat dan masa
B
dialek dan kedudukan
C
suasana dan hubungan
D
taraf akademik dan status sosial
Antara kumpulan fonem di bawah, yang manakah terhasil dengan cara menaikkan
lelangit lembut?
26
A
p, m, l, s
B
n, j, w, y
C
ŋ, k, g, t
D
r, d, c, h
Pilih kumpulan perkataan di bawah yang ketika pengeluaran bunyi vokalnya, bibir
dalam keadaan hampar? A
Biru, salai, kelu
B
Pinta, jika, meja
C
Kalau, botol, kita
D
Bubur, kayu, soto
910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. http://smkpbu.blogspot.com
[Lihat sebelah SULIT*
papercollection
14
SULIT*
27
Yang manakah perkataan yang mengandungi vokal depan separuh sempit? I
Tembak
II
Telor
III
Sebak
IV
Serang
A
I dan II
B
I dan III
C
II dan IV
D
III dan IV
28 Istilah
Takrif
I
Fonem
P
II
Konsonan
Q
III
Vokal
R
IV
Diftong
S
Ketika menghasilkannya udara dari paru - paru mengalami sekatan Dua vokal yang mempunyai satu puncak kelantangan Unit bahasa yang terkecil atau bunyi bahasa Ketika menghasilkannya udara tidak mengalami sekatan
Yang manakah padanan yang betul antara istilah dengan takrifnya ? I
II
III
IV
A
S
P
R
Q
B
R
P
S
Q
C
R
Q
P
S
D
S
P
R
Q
910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. http://smkpbu.blogspot.com
[Lihat sebelah SULIT*
papercollection
15
SULIT*
29
30
31
Bunyi diftong terdapat dalam perkataan A
sauh, naik, gerai
B
balai, pisau, baloi
C
petai, gurau, biasa
D
ramai, suara, amboi
Pilih kumpulan perkataan di bawah yang mempunyai hentian glotis? A
Kukus, rakus, sepak
B
Kurus, kursus, laksa
C
Tangkap, rokok, sikap
D
Mukmin, balik, bengkuk
Yang manakah kumpulan perkataan yang kesemuanya menepati pola keselarasan vokal
bahasa Melayu [e pepet - a ].
32
A
Rehat, kejar, kelat
B
Beras, kebas, lemak
C
Bebas, lebar, lempar
D
Dekad, bebas, tempang
Antara yang berikut, kumpulan kata adjektif manakah yang mempunyai sisipan ‘em’? A
Kemetot, semantan, semangat
B
Gemilang, semantan, semerbak
C
Gelembung, semangat, semerbak
D
Gemuruh, gemilang, gelembung
910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. http://smkpbu.blogspot.com
[Lihat sebelah SULIT*
papercollection
16
SULIT*
33
Pilih ayat yang menggunakan kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dengan betul? I
Banjir besar itu beransur surut.
II
Kami tidur berbantalkan lengan.
III
Padi sedang menguning di sawah.
IV
Mereka asyik berbual di warung Mak Lijah.
A
I dan II
B
I dan III
C
II dan IV
D
III dan IV
34
Anak bongsu Hamidah tersengih-sengih kegelian melihat telatah ibu mereka. Kata ganda tersengih-sengih dalam ayat di atas membawa maksud perbuatan
35
A
berpanjangan
B
berulang-ulang
C
saling berbalasan
D
bersungguh-sungguh
Kata akronim jentolak terhasil daripada percantuman A
suku kata awal kata
B
huruf-huruf awal kata
C
huruf dan suku kata sesedap sebutan
D
bahagian awal kata pertama dengan bahagian lain kata yang menyusulinya
910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. http://smkpbu.blogspot.com
[Lihat sebelah SULIT*
papercollection
17
SULIT*
36
Antara ayat berikut, yang manakah mengandungi kata kerja berawalan meN- yang tidak
membawa maksud menuju sasaran?
37
38
A
Ombak memutih di pantai.
B
Penyu itu melaut selepas bertelur di pantai.
C
Kapal terbang itu mendarat cemas di padang sekolah.
D
Sampan itu menepi ke pangkalan untuk mengambil penumpang.
Pilih ayat yang mengandungi kata bantu ragam? I
Kami tidak pernah melihat orang itu.
II
Anak kucing Asri dapat memanjat pokok.
III
Encik Ganesh hendak mengembara ke China.
IV
Semua pemenang pertandingan itu sudah menerima hadiah masing-masing.
A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Ayat-ayat berikut mengandungi kata bilangan himpunan kecuali A
Setiap penduduk kampung mendapat subsidi baja.
B
Ketiga-tiga orang penjenayah itu akan dipenjarakan.
C
Beratus-ratus orang telah kehilangan harta benda akibat banjir kilat itu.
D
Berguni-guni beras telah diterbangkan ke kawasan kebuluran di Jawa Barat semalam.
39
Kata praklausa ialah A
kata penyambung ayat
B
kata yang digunakan di hadapan frasa
C
kata yang digunakan di hadapan klausa dan kata
910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. http://smkpbu.blogspot.com
[Lihat sebelah SULIT*
papercollection
18
SULIT* D 40
kata tugas ‘nya’ yang diletakkan selepas sesuatu perkataan
Pilih ayat yang mengandungi imbuhan memper....kan yang betul. A
Kerani itu mempercepatkan kerjanya supaya dia dibenarkan pulang awal.
B
Ibu memperisterikan anak terunanya dengan gadis Timur Tengah yang cantik.
C
Majlis Perbandaran Kangar telah memperindahkan kawasan itu sempena lawatan Perdana Menteri Thailand.
D
Usaha
memperkembangkan
penggunaan
bahasa
Melayu
di
rantau
Tenggara perlu digiatusahakan.
41
42
43
Perkataan ‘memperlebar’ melalui proses pengimbuhan berikut A
awalan + kata akar
B
awalan + awalan + sisipan
C
awalan + awalan + sisipan + akhiran
D
awalan + kata akar + sisipan + akhiran
Pilih kumpulan kata pinjaman yang dieja dengan betul. A
Menskru, membrek, menfitnah
B
Mengklip, menstor, menstabilkan
C
Memplagiat, memblok, memeroses
D
Menafsir, menakrifkan, menyetabilkan
Antara ayat yang berikut, yang manakah tidak boleh mengalami pengguguran frasa
keterangan? I
Pembangunan menjadi pesat.
II
Penyakitnya beransur sembuh.
III
Mereka berkebun di kampungnya.
IV
Pak Haji itu berserban setiap masa.
A
I dan II
B
I dan III
910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. http://smkpbu.blogspot.com
[Lihat sebelah SULIT*
Asia
papercollection
19
SULIT* C
II dan IV
D
III dan IV
44
Terdiri daripada satu klausa Tidak terhad kepada ayat penyata sahaja Terdiri daripada ragam ayat aktif dan pasif
Penyataan di atas merupakan ciri
45
46
A
ayat dasar
B
ayat mudah
C
ayat tunggal
D
ayat terbitan
Antara frasa sendi nama dalam ayat berikut, yang manakah yang betul penggunaannya? I
Lokman bukan ke Johor tetapi Kelantan.
II
Kekayaannya bertambah dari tahun, ke setahun.
III
Encik hendak berpindah ke Thailand atau ke Indonesia?
IV
Kekuatan rohaninya semakin meningkat dari tahun ke tahun.
A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Pilih ayat yang mengandungi frasa nama dengan binaan ‘inti + inti’ yang membawa
maksud sama erti? A
Tuan puan diminta bersabar.
B
Warna merah tua ialah warna pilihan Tika.
C
Kita janganlah menjadi hamba wang ringgit.
D
Ibu bapa mesti mengawasi anak-anak mereka.
910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. http://smkpbu.blogspot.com
[Lihat sebelah SULIT*
papercollection
20
SULIT*
47
Ayat 1 : Saya menggoreng ikan. Ayat II : Saya goreng ikan. Pilih padanan yang betul antara contoh ayat dengan jenisnya. I
48
49
II
A
Ayat aktif transitif
Ayat pasif songsang
B
Ayat aktif tak transitif
Ayat pasif
C
Ayat penyata
Ayat dasar
D
Ayat songsang
Ayat pasif
Pilih ayat transitif yang betul. I
Ali terpijak tangan Abu.
II
Lori itu membelok ke kanan.
III
Dia tertelan biji cempedak madu.
IV
Adiknya menjadi pegawai polis di Ipoh.
A
I dan II
B
I dan III
C
II dan IV
D
III dan IV
Antara yang berikut, ayat yang manakah mengandungi kata berapitan meN....kan yang
membawa makna kausatif? I
Pengakap itu menaikkan bendera pasukan yang menang.
II
Perbuatan Halimah memalukan seluruh penduduk kampung.
III
Adlina menjahitkan adik bongsunya sepasang baju kurung moden.
IV
Puan Siti Salmah memasakkan tetamunya makanan yang istimewa.
910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. http://smkpbu.blogspot.com
[Lihat sebelah SULIT*
papercollection
21
SULIT* A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
50
Jelima membuatkan Wan Chik secawan teh. Tukarkan ayat di atas menjadi satu objek sahaja. A
Jelima membuat Wan Chik secawan teh.
B
Wan Chik dibuat secawan teh oleh Jelima.
C
Jelima membuat secawan teh untuk Wan Chik.
D
Jelima membuatkan secawan teh untuk Wan Chik.
51
Kopi saya minum dan mi awak makan.
Pilih penyataan yang benar tentang ayat di atas.
52
I
Ayat pasif
II
Ayat aktif
III
Ayat majmuk
IV
Ayat tunggal
A
I dan II
B
I dan III
C
II dan IV
D
III dan IV
Pilih penyataan yang benar tentang ayat pasif transitif? I
Mengandungi kata kerja transitif
II
Mengutamakan objek asal sebagai judul ayat
III
Mengutamakan subjek asal sebagai judul ayat
IV
Mengandungi frasa nama sebagai unsur keterangan
910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. http://smkpbu.blogspot.com
[Lihat sebelah SULIT*
papercollection
22
SULIT*
53
A
I dan II
B
I dan III
C
II dan IV
D
III dan IV
Antara ayat yang berikut, yang manakah bukan ayat majmuk komplemen frasa nama
objek tepat?
54
A
Bomba melaporkan bahawa jambatan itu sudah roboh.
B
Sara berpendirian bahawa rumah itu tidak patut dijual.
C
Yang dituduh mengakui bahawa dia telah dipaksa melakukan penipuan itu.
D
Kerajaan mengumumkan bahawa harga minyak petrol akan diturunkan bulan depan.
Pesilat handalan daripada Perguruan Silat Sabil Seri Indera Sakti itu telah memenangi tempat pertama dalam Festival Silat Kebangsaan 2008. Ayat di atas terdiri daripada
55
A
ayat tunggal
B
ayat majmuk gabungan
C
ayat majmuk campuran
D
ayat majmuk pancangan
Antara ayat yang berikut, yang manakah yang menunjukkan keterangan perubahan
keadaan?
56
A
Sisa makanan itu diberikan kepada monyet.
B
Peserta kursus dipecahkan kepada dua kumpulan.
C
Suhu badannya menurun kepada 37C selepas pengambilan ubat.
D
Waktu persekolahan dibahagikan kepada sesi pagi dan sesi petang.
Ayat Ayat
1 : II :
Orang tua yang memakai serban itu bapa saya. Yang memakai serban itu bapa saya.
Ayat II di atas telah mengalami proses 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. http://smkpbu.blogspot.com
[Lihat sebelah SULIT*
papercollection
23
SULIT*
57
58
A
pengguguran frasa nama objek
B
pengguguran frasa nama subjek
C
pengguguran frasa nama predikat
D
pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif
Antara kumpulan perkataan dalam jadual di bawah ini yang manakah berhomograf ? A
Peram
perang
kemas
B
Sepak
perak
pedal
C
Serak
kelat
perah
D
Semak
telor
Lemak
Ayat
1 :
Pasangan suami isteri itu berhijrah ke kota untuk memulakan hidup baru dengan harapan untung sabut timbul , untung batu tenggelam.
Ayat
I1 :
Malu bertanya sesat jalan, pesanan orang dahulu kala kepada anak cucu mereka.
Yang manakah padanan yang betul antara ayat I dan ayat II? I
II
A
Kiasan
Bidalan
B
Pepatah
Perbilangan
C
Perumpamaan
Kata hikmat
D
Bidalan
Pepatah
910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. http://smkpbu.blogspot.com
[Lihat sebelah SULIT*
papercollection
24
SULIT*
59
Ayat 1 :
Setelah dia tersedar daripada pengsan dia masih pening lalat.
Ayat II :
Penduduk Palestin menentang rejim Israel di Gaza dengan semangat merah menyala-nyala.
Jenis kiasan yang berhuruf condong dalam ayat I dan ayat II ialah I
II
A
kiasan terus
kiasan asal
B
kiasan sandar
kiasan melarat
C
kiasan berpindah
kiasan pemanis
D
kiasan sandar
kiasan berbunga
60 Anak Che Yah mandi di paya, Sayang mandi bersabun tidak, Orang bergaya dia bergaya, Orang berhasil dia yang tidak.
Maksud puisi di atas dapat dikaitkan dengan peribahasa A
bagai rambutan jantan
B
bagai resmi daun lalang
C
bagai kera mendapat bunga
D
bagai anjing menyalak bukit
910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. http://smkpbu.blogspot.com
[Lihat sebelah SULIT*
papercollection
SULIT* PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS KERTAS 2 PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS (ESEI) PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS (Tiga jam) PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS PKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLISPKPSMPERLISJPNPERLIS
910/2
STPM 2009
BAHASA MELAYU
PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2009
ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN PERLIS)
Arahan kepada calon: Jawab satu soalan daripada Bahagian A, soalan dalam Bahagian B, satu soalan daripada Bahagian C, dan soalan dalam Bahagian D. Gunakan lembaran kertas yang berasingan untuk tiap-tiap jawapan. Markah maksimum bagi tiap-tiap soalan diberikan dalam kurungan [ ].
______________________________________________________________________________ Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak. © Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia 2009 STPM 910/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
[Lihat sebelah] SULIT*
papercollection
SULIT*
2
Bahagian A Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan dengan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini. [50] 1 Perubatan tradisional masih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat sehingga kini. Sebahagian doktor juga mengakui keberkesanan perubatan tradisional dalam mengubati beberapa penyakit. Jelaskan kepentingan-kepentingan perubatan tradisional kepada masyarakat dan negara. 2 Sikap masyarakat kita yang mementingkan kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan awam telah mendorong kewujudan pusat tuisyen di mana-mana sahaja. Bincangkan kesan-kesan akibat kewujudan pusat tuisyen tersebut. 3 Sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, anda diminta untuk menyampaikan ucapan bersempena dengan pelancaran Bulan “Bijak Berbelanja”. Tajuk ucapan anda ialah “Ke Arah Amalan Berjimat Cermat yang Efektif dalam Kalangan Masyarakat.” Tulis teks ucapan anda itu. 4 Anda sebagai pegawai kesihatan negeri ditugaskan untuk mengkaji tahap kebersihan di tempat-tempat awam. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, anda diminta untuk melaporkan punca-punca kurangnya tahap kebersihan di tempat-tempat awam dan cadangkan langkahlangkah untuk mengatasi masalah tersebut.
910/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*
papercollection
SULIT*
3 Bahagian B
5 Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat dengan menggunakan tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 180 hingga 190 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam kurungan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. [20] Satu laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai iklim menunjukkan bahawa dekad 1990-an suhu bumi merakam titik panas yang tertinggi dalam sejarahnya. Namun begitu, tahun 2004 dan 2005 direkodkan sebagai tahun paling panas sejak pencatatan suhu bumi bermula pada tahun 1861. Menurut data yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, Amerika Syarikat menjadi pengeluar gas karbon dioksida, iaitu penyebab utama pemanasan global yang terbesar di dunia dengan 6,0005 bilion tan, diikuti oleh China dengan 5,017 bilion tan, dan Indonesia dengan 3,104 bilion tan. Sehubungan dengan itu, Bank Dunia telah menyenaraikan beberapa buah negara yang bertanggungjawab dalam menyebabkan pemanasan suhu bumi. Perubahan cuaca ini menuntut penduduk dunia mengubah cara hidup. Mereka tidak seharusnya leka dengan hidup sekarang. Dalam hal ini, sumbangan mereka walaupun sedikit mampu melambatkan kemusnahan bumi. Sebagai contoh, penggunaan kenderaan memudahkan pergerakan dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Namun begitu, kadangkala manusia terlupa bahawa asap yang dikeluarkan oleh kenderaan menjadi penyebab utama terhadap pemanasan global. Selain kenderaan, tindakan sesetengah orang yang melakukan pembakaran terbuka juga menyebabkan masalah ini bertambah buruk. Walaupun dalam kalangan petani, pembakaran terbuka ini merupakan pilihan yang paling murah dan berkesan, tetapi bayangkan musibah yang berlaku kepada bumi jika mereka terus berdegil. Kepulan asap yang dihasilkan melalui pembakaran terbuka telah mencemarkan alam sekitar. Fenomena jerebu yang berlaku di rantau ini merupakan akibat pembakaran terbuka yang dilakukan oleh para petani. Sekiranya kesan hijau dapat dielakkan, suhu bumi dan aras laut akan menurun sebanyak 16 darjah celcius berbanding dengan suhu sekarang. Sejak 100 tahun lalu, dilaporkan suhu atmosfera meningkat 1.1 darjah Fahrenheit (0.6 darjah celcius) dan keadaan yang sama berlaku pada aras laut, iaitu naik sebanyak 10 sentimeter. Pemanasan global bukan sahaja memusnahkan harta benda tetapi juga nyawa manusia, selain mengundang pelbagai malapetaka yang berbahaya dan tidak dapat dijangka oleh manusia. Sebagai contoh, Afrika diletakkan dalam keadaan paling berbahaya apabila kira-kira 800 juta orang rakyatnya diancam oleh keadaan cuaca yang tidak menentu, banjir, musim sejuk, dan kebuluran. Pada tahun lalu misalnya, beberapa kawasan di Afrika Selatan seperti Johannesburg dan Seweto, yang selama ini bercuaca panas telah dilanda musim sejuk melampau sehingga satu darjah celcius. Kawasan lain di benua itu pula menghadapi krisis bekalan air bersih yang mengancam nyawa 480 juta penduduk.
910/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
[Lihat sebelah] SULIT*
papercollection
SULIT*
4
Laporan PBB itu juga menganggarkan sebanyak 25 hingga 40 peratus spesies flora dan fauna di dunia akan kehilangan habitat pada tahun 2085 akibat pemanasan global. Pemanasan global mengakibatkan tumbesaran tanaman terganggu dan sekali lagi manusia terpaksa menanggung kerugian. Pertumbuhan pokok tidak subur dan mengakibatkan harga hasil tanaman meningkat beberapa kali ganda di pasaran. Misalnya, beberapa tahun lalu negara kita mengalami kenaikan mendadak harga runcit cili merah di pasaran berikutan banyak tanaman itu musnah akibat cuaca yang tidak menentu. Kenaikan harga sayur-sayuran tentulah akan membebankan pengguna. Manusia juga akan diserang oleh pelbagai penyakit yang berbahaya akibat daripada pemanasan global. Penyakit yang sering menyerang manusia disebabkan pemanasan global ialah katarak dan kanser kulit. Selain itu, perubahan cuaca yang ekstrem pula menyebabkan peningkatan kes penyakit yang berkaitan dengan vektor, seperti taun, malaria, dan denggi. Cuaca yang panas memudahkan vektor-vektor ini membiak. Negara-negara yang pada asalnya mengalami musim sejuk berubah keadaan cuacanya menjadi panas dan fenomena ini memberi ruang kepada vektor-vektor ini untuk menyebarkan penyakit. Negara-negara di dunia telah menyedari hakikat ini dan terdapat tindakan-tindakan tertentu yang diambil untuk mengatasi kesan pemanasan global ini. Pada peringkat dunia, antara tindakan tersebut ialah perisytiharan 10 buah negara mengenai pembangunan dan alam sekitar pada tahun 1992 untuk mengurangkan kesan pemanasan global. Oleh itu, Protokol Kyoto yang ditandatangani di Jepun menyatakan tekad kebanyakan negara di dunia untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau. Pada peringkat negara kita, rakyat negara ini perlu memahami bahawa aktiviti mereka turut menyumbang pemanasan global. Oleh sebab itu, mereka perlu mengurangkan pembaziran elektrik, lebih kerap menggunakan pengangkutan awam, menggelakkan pembakaran terbuka, dan yang lebih penting menjadi mata dan telinga kerajaan dalam usaha menghalang pembalakan haram dan pewujudan kilang tanpa lesen supaya kesejahteraan alam sekitar terpelihara. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita hendaklah berusaha untuk mengurangkan pembebasan gasgas rumah hijau ke atmosfera. Langkah ini boleh dilakukan dengan cara mengamalkan kitar semula dan menanam pokok-pokok. Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Masyarakat, Julai 2007.
910/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*
papercollection
SULIT*
5 Bahagian C
6 Alih bentuk puisi di bawah ini kepada bahasa prosa Melayu moden.
[15]
Mambang Molek marah berapi, Muka merah membunga raya, Menghunus keris bernama si Pukal, Berpamor perak tiga persegi, Seraya menerkam menikam Seri Paduka. Seri Paduka melompat ke kanan, Tikaman Mambang terlepas ke kiri, Ditikam pula iringan ke kiri, Baginda melompat ke kanan lagi, Ditikamnya lagi berulang kali, Terbabas juga sekian lagi. Mambang menyarungkan keris ke pinggang, Dihunusnya pedang berbentuk alang, Tajam mencukur, bisa mengupas, Diparangkan pula bertubi-tubi. Diparang ke kanan baginda ke kiri, Diparang ke kiri baginda ke kanan, Ditetak ke bawah, melompat ke atas, Ditetak ke atas menyusup ke bawah, Selaku rama-rama baginda ketinting, Kaki bagai tak jejak di bumi, Mambang Molek mengetam bibir, Baginda senyum seperti menyindir. Seri Paduka berseru hebat, Mambang Molek, wei, ingatlah engkau! Sekarang giliran beta membalas, Bersiaplah engkau menghadap maut! Baginda menghunus si Jalak Jantan, Ditunjuk ke Mambang sambil berkata: Inilah keris si Jalak Jantan, Berkerawang pamor di pangkal, Di hujungnya kalimah Subhanallah. (Dipetik dan diubah suai daripada Puisi Melayu Tradisi, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1968) 910/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
[Lihat sebelah] SULIT*
papercollection
SULIT*
6
7 Alih bahasa petikan di bawah ini kepada bahasa prosa biasa. Dr. Karim Mira Dr. Karim Mira Dr. Karim Mira
Dr. Karim Mira Dr. Karim Mira Dr. Karim Mira
[15]
: Kalau Cik Mira minta jururawat telefon saya di rumah tadi, tentu saya datang serta-merta. Kata jururawat Cik Mira tunggu dari pukul 8 pagi. Dua jam! : Saya tak terfikir nak telefon. : Cik Mira apa khabar? Tak mengajar pagi ni? : Alhamdulillah... (membuka tutup beg tangannya) Bagaimana saya akan mengajar? Tuan doktor, dari semalam tuan mengelak-elak tidak menjawab soalan saya. : (Tunduk menguris-guris sembarangan di meja, serba salah) Cik Mira, dulu sudah saya katakan harapan sentiasa ada ... : (Sedih) Tuan doktor, saya tahu benar, itu hanya kenyataan umum seorang doktor untuk menyenangkan hati. Tolonglah katakan benar-benar, kira-kira berapa peratuskah kemungkinan suami saya akan ... (suaranya menggeletar) akan sihat semula. : Cik Mira, saya tidak bersetuju membuat ramalan begitu. : Tuan doktor, meskipun tidak bersetuju, tolonglah katakan ramalan itu. : Mengapa? Untuk apa? : Nanti saya terangkan. Tuan jawablah dulu, tolonglah. : (Mengeluh) Baiklah! Ingat, Cik Mira saya tidak yakin dengan ramalan. (Tak tergamak) Mengikut kebiasaannya ... harapan tetap ada. : Katakan tuan doktor, saya sedia menerima apa saja. (Doktor Karim tetap membisu) Saya dapat meneka. Dia hanya ada harapan hidup ... sebulan lagi?
910/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*
papercollection
SULIT*
7 Bahagian D
8 Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [15] Masalah anak sering hilang minat membaca sebenarnya dapat diatasi jika ibu bapa mengetahui cara menarik minat mereka membaca. Membaca bukan bererti mengeja huruf dan suku kata sahaja, malah termasuk konsep memahami perkara yang dibaca dalam buku atau bahan bacaan. Ibu bapa perlu membuat pendedahan sebelum memperkenalkan kepada anak-anak pelbagai bahan bacaan. Selain itu, ibu bapa tidak boleh mencampur aduk bahan bacaan kerana boleh mengelirukan anak-anak. Apabila berusia dua tahun ke atas, anak-anak lebih suka melihat gambar dan mereka menganggap huruf dalam buku sebagai gambar. Apabila mereka mula pandai bercakap, ibu bapa boleh memperkenalkan buku bergambar dan menggunakan teknik bercerita untuk menerangkan gambar. Dalam usia tiga tahun ke atas, anak-anak sudah memahami dan membezakan huruf dengan gambar. Dalam usia empat tahun ke atas, biasanya anak-anak sudah mengenal huruf dan boleh membeli buku cerita-buku cerita untuk mengajar mereka membaca. Ibu bapa akan merasai perkembangan anak-anaknya sama ada secara sedar mahupun secara tidak sedar. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu peka tentang pemilihan bahan bacaan yang dibeli.
910/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*
papercollection
http:/./smkpbu.blogspot.com SKEMA JAWAPAN SOALAN BAHASA MALAYSIA 1 PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA STPM NEGERI PERLIS TAHUN 2009 No. Soalan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30
Jawapan A D D C A D C D A C B B C A D C A D C B C D C C D B A B B D
No. soalan 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 A B C D
= = = =
Jawapan B B D B D A C A C B A B A C D C A B A C B A B A C D B D D A 15 15 15 15
papercollection
TERHAD Kod Kertas : 910/2
PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN PERLIS)
PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA
STPM 2009
SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS 2
PERINGATAN : Skema jawapan ini adalah khas untuk kegunaan pemeriksa dan tidak boleh dikemukakan kepada pihak yang tidak berkenaan. ______________________________________________________________________________ Skema ini terdiri daripada halaman 8 bercetak. © Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia 2009 TERHAD
http://smkpbu.blogspot.com
papercollection
TERHAD
2
Skema Jawapan Bahagian A 1 Perubatan tradisional masih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat sehingga kini. Sebahagian doktor juga mengakui keberkesanan perubatan tradisional dalam mengubati beberapa penyakit. Jelaskan kepentingan-kepentingan perubatan tradisional kepada masyarakat dan negara. Pendahuluan – Perubatan tradisional masih diperlukan oleh masyarakat, terutama di kawasan kampung. – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan bahawa 80% penduduk dunia bergantung pada perubatan tradisional. – Faktor kemiskinan menyebabkan mereka tidak mampu mendapatkan rawatan moden. IS1 IS2 IS3 IS4 IS5 IS6 IS7 IS8 IS9
: Dapat mengubati penyakit yang berkaitan dengan ilmu ghaib atau hitam kerana ubat moden sesuai untuk penyakit tertentu sahaja : Perbelanjaannya lebih murah kerana menggunakan bahan alam semula jadi : Sumber pendapatan/menambahkan pendapatan rakyat yang menjadi pengamal perubatan tradisional : Keselamatannya terjamin disebabkan tiadanya penggunaan bahan kimia yang membahayakan : Menimbulkan persaingan yang sihat dengan pengamal perubatan moden : Lebih mujarab dan berkhasiat kerana ubat tradisional mampu mengesan dan merawat punca penyakit : Wujudnya hubungan erat antara pengamal dengan pesakit : Menggalakkan atau meningkatkan industri berasaskan herba : Setiap kaum dapat mengekalkan perubatan tradisional masing-masing
Penutup – Oleh sebab perubatan tradisional mempunyai kepentingannya yang tersendiri, maka usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kualiti perubatan tradisional. – Ubat-ubatan tradisional boleh dijadikan bahan eksport yang menguntungkan masyarakat dan negara 2 Sikap masyarakat kita yang mementingkan kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan awam telah mendorong kewujudan pusat tuisyen di mana-mana sahaja. Bincangkan kesan-kesan akibat kewujudan pusat tuisyen tersebut. Pendahuluan – Pusat tuisyen merupakan kelas tambahan berbayar dan diadakan di luar waktu persekolahan – Kelas tambahan atau tuisyen merupakan alternatif bagi para pelajar yang ingin mendapatkan pelajaran tambahan dan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. – Pengajaran dan pembelajaran diadakan di pusat tuisyen atau di rumah Kesan positif IS1 IS2 IS3 IS4 IS5 IS6
: Pelajar dapat memahami pelajaran dengan lebih berkesan kerana guru mampu menumpukan perhatian terhadap setiap pelajar : Memberikan peluang untuk pelajar mempelajari mata pelajaran yang sukar dikuasai : Pelajar dapat membuat ulang kaji dengan lebih banyak dan sistematik : Guru dapat memberi tumpuan kepada topik-topik yang menjadi masalah kepada pelajar : Dapat mewujudkan persaingan sihat dengan sekolah biasa : Kekurangan atau kelemahan di sekolah akibat kekerapan ketiadaan atau kesibukan guru dapat diatasi TERHAD
http://smkpbu.blogspot.com
papercollection
3 Kesan negatif IS1 IS2 IS3 IS4 IS5
: Ada pusat tuisyen yang mementingkan keuntungan semata-mata – yuran tinggi dan kualiti pengajaran yang tidak terjamin : Pelajar hilang tumpuan di dalam kelas apabila ia lebih mempercayai pengajaran guru di pusat tuisyen : Guru kurang bertauliah dan tidak berpengalaman – mengelirukan pelajar kerana cara atau pendekatan yang digunakan berbeza : Kecenderungan kepada peperiksaan sahaja : Pelajar akan mengabaikan aktiviti kokurikulum kerana masa belajar di pusat tuisyen adalah pada waktu petang
Penutup – Pusat tuisyen masih diperlukan selagi sistem pendidikan negara mementingkan kelulusan dalam peperiksaan. – Walau bagaimanapun, sebagai ibu bapa, mereka perlulah bertimbang rasa dan prihatin tentang kemampuan anak-anak agar anak-anak tidak menjadi mangsa keadaan. – Walaupun pusat tuisyen menjadi pilihan utama pelajar untuk memperoleh kecemerlangan, namun sikap dan kesungguhan belajar mereka lebih utama. – Pemantauan pihak berwajib perlu bagi memastikan pusat tuisyen menjalankan tanggungjawab mereka dengan berkesan. 3 Sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, anda diminta untuk menyampaikan ucapan bersempena dengan pelancaran Bulan “Bijak Berbelanja”. Tajuk ucapan anda ialah “Ke Arah Amalan Berjimat Cermat yang Efektif dalam Kalangan Masyarakat.” Tulis teks ucapan anda itu. Format ucapan Maksimum tolak 3 markah (Tolak daripada markah kerelevanan) : Tiada kata aluan – 1 markah, tiada kata sapaan – 1 markah, dan tiada penutup ucapan – 1 markah Pendahuluan – Definisi berjimat cermat ialah perbelanjaan wang secara berhemat atau berhati-hati dalam penggunaan sesuatu – Masyarakat Malaysia kurang mengamalkan sikap berjimat cermat, terutama apabila menjelang musim perayaan. – Kempen-kempen kesedaran telah dianjurkan untuk menerapkan amalan berjimat cermat dalam kalangan masyarakat. – Malangnya, masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak dapat mengubah sikap boros berbelanja mereka. – Berjimat cermat perlu dijadikan budaya hidup dan dapat meningkatkan ekonomi negara serta mencegah inflasi IS1 IS2 IS3
: Mengamalkan perbelanjaan berhemah dengan merancang perbelanjaan seharian – bersikap sederhana semasa berbelanja : Membeli barangan buatan tempatan yang lebih murah harganya sambil mengurangkan pembelian barang import dan berjenama : Berbelanja di kedai-kedai yang diiktiraf sebagai kedai harga patut oleh kerajaan TERHAD
http://smkpbu.blogspot.com
papercollection
4 IS4 IS5 IS6 IS7 IS8 IS9 IS10 IS11
: Peranan ibu bapa sebagai suri teladan dalam mengamalkan sikap berjimat cermat di mana-mana sahaja – menyimpan sebahagian pendapatan untuk pelaburan yang menguntungkan dan mengawal perbelanjaan anak-anak : Pihak bank atau institusi kewangan mengadakan kempen menabung : Kerajaan mengawal iklan yang mengalakkan masyarakat berbelanja secara boros : Pendidikan pengurusan kewangan kepada pelajar-pelajar sekolah : Program Buku Wang Saku dijalankan secara menyeluruh kepada semua pelajar : Mengurangkan amalan membazir dalam kehidupan seharian, seperti penggunaan elektrik, air, kenderaan, dan sebagainya : Menanam sayuran atau menternak haiwan sendiri : Menggunakan sesuatu barangan secara maksimum atau membelinya secara pukal
Penutup – Langkah-langkah yang dicadangkan perlu dipraktikkan dengan bersungguh-sungguh. – Semoga amalan ini menjadi budaya dalam kehidupan seharian masyarakat. – Ibu bapa perlu bersungguh-sungguh untuk menyemai amalan ini. – Sikap boros berbelanja yang keterlaluan boleh mengakibatkan berlakunya inflasi. – Apabila masyarakat menerapkan amalan berjimat cermat dalam kehidupan, mereka akan dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa. 4 Anda sebagai pegawai kesihatan negeri ditugaskan untuk mengkaji tahap kebersihan di tempat-tempat awam. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, anda diminta untuk melaporkan punca-punca kurangnya tahap kebersihan di tempat-tempat awam dan cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut. Format laporan Maksimum tolak 4 markah (Tolak daripada markah kerelevanan) : Tiada tajuk – 1 markah, tiada penomboran – 1 markah, tiada subtajuk – 1 markah, dan tiada tandatangan – 1 markah. Tajuk Laporan 1.0 2.0 3.0
4.0
Pendahuluan Punca-punca kurangnya tahap kebersihan di tempat-tempat awam 2.1 ..... 2.2 ..... Langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut 3.1 ..... 3.2 ..... 3.3 ..... Penutup/Kesimpulan
Laporan disediakan oleh, ............................. (Nama Pegawai) Pegawai Kesihatan Negeri Perlis
http://smkpbu.blogspot.com
papercollection
5 Pendahuluan – – – –
Masyarakat yang mementingkan aspek kebersihan dianggap mempunyai nilai atau kualiti hidup yang tinggi Tahap kebersihan di negara kita masih rendah, terutama di tempat-tempat awam Hal ini menjejaskan imej negara kita Terdapat banyak sebab fenomena ini berlaku dan langkah-langkah untuk menanganinya perlu dilakukan dengan segera
Sebab IS1 IS2 IS3 IS4 IS5
: : : : :
Kurangnya kesedaran sivik dalam diri masyarakat yang lebih mementingkan diri sendiri Kurangnya didikan agama dan moral kerana semua agama mementingkan kebersihan Penguatkuasaan undang-undang tidak tegas kerana kurang tindakan dijalankan Kelemahan institusi keluarga kerana ada segelintirnya tidak menunjukkan teladan yang baik Menganggap bahawa menjaga kebersihan sebagai tugas pihak lain
Langkah IS1 IS2 IS3 IS4 IS5 IS6 IS7
: Menguatkuasakan undang-undang dengan berkesan seperti di negara-negara lain di samping membuat pemantauan secara berkala – peraturan dan garis panduan menjaga kebersihan kepada penjaja dan peniaga : Pentingnya menerapkan pendidikan agama dan moral dengan sempurna agar wujud sikap mementingkan kebersihan : Peranan institusi keluarga dengan menerapkan amalan kebersihan kepada anak-anak sejak kecil : Peranan pihak sekolah dalam memupuk amalan kebersihan dalam kalangan pelajar : Menjalankan kempen-kempen kesedaran dengan lebih giat dan berkesan : Masyarakat menjalankan aktiviti bergotong-royong untuk membersihkan kawasan : Melabel gerai-gerai dan tandas-tandas awam mengikut gred
Penutup – Amalan menjaga kebersihan merupakan tanggungjawab semua pihak. – Kehidupan masyarakat akan lebih selesa dan terjamin apabila mereka mengambil berat tentang kebersihan, sama ada berkaitan dengan kebersihan diri atau persekitaran. – Kualiti kesihatan juga akan meningkat seandainya masyarakat gemar menjaga kebersihan sepanjang masa.
TERHAD
http://smkpbu.blogspot.com
papercollection
6 5 Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat dengan menggunakan tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 180 hingga 190 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam [20] kurungan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. Skema jawapan Idea utama : Satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan bahawa pada dekad 1990-an suhu mencatatkan titik panas paling tinggi dalam sejarahnya, / manakala tahun 2004 dan 2005 merupakan tahun paling panas. / Bank Dunia pula telah menyenaraikan beberapa negara utama yang menyebabkan pemanasan suhu bumi.. Isi sokongan IS1 : IS2 : IS3 : IS4 : IS5 : IS6 :
Perubahan cuaca ini menuntut penduduk dunia mengubah cara hidup. / Mereka harus ingat bahawa asap yang dikeluarkan oleh kenderaan dan pembakaran terbuka menjadi penyumbang terbesar pemanasan global. Sekiranya kesan rumah hijau dapat dielakkan, / suhu bumi dan aras laut akan menurun. Pemanasan global memusnahkan harta benda dan nyawa manusia, / selain mengundang pelbagai malapetaka yang berbahaya. Pemanasan global juga menyebabkan spesies flora dan fauna di dunia mengalami kemusnahan habibat, / pembesaran tanaman terganggu / dan manusia terpaksa menanggung kerugian. Penyakit juga akan menyerang manusia / disebabkan pemanasan global / kerana perubahan cuaca yang ekstrem. Negara-negara di dunia telah mengambil tindakan untuk menangani kesan pemanasan global / dan mengurangkan pembebasan gas rumah hijau.
Kesimpulan : Rakyat negara ini perlu memahami bahawa aktiviti mereka turut menyumbang pemanasan global. / Rakyat juga perlu menjadi menjadi mata dan telinga kerajaan (pemerhati dan pemberi maklumat kepada kerajaan). / Kita hendaklah berusaha untuk mengurangkan pembebasan gas-gas rumah hijau ke atmosfera.
Catatan: IU tepat – 2 atau 3 isi tepat IS tepat – 2 isi tepat (2 isi) atau 2 atau 3 isi tepat (3 isi) K tepat – 2 atau 3 isi tepat
TERHAD
http://smkpbu.blogspot.com
papercollection
7 6
Alih bentuk puisi di bawah ini kepada bahasa prosa Melayu moden.
[15]
Mambang Molek begitu marah. Mukanya merah seperti bunga raya. Mambang Molek menghunus keris yang bernama Si Pukal yang bersalut / berpamor dengan perak tiga persegi sambil menerkam dan menikam Seri Paduka. Seri Paduka melompat ke kanan dan menyebabkan tikaman Mambang tersasar ke arah kiri. Mambang Molek menikam Seri Paduka pula di sebelah kiri dan Seri Paduka melompat ke kanan. Mambang Molek menikam Seri Paduka berulang kali, tetapi semua tikamannya tersasar. Mambang Molek menyarung kerisnya ke pinggang dan menghunus pedang (yang) berbentuk alang. Pedang itu tajam sehingga boleh mencukur dan mengupas sesuatu. Mambang Molek memarang/menetak baginda bertubi-tubi. Mambang Molek memarang/menetak baginda di sebelah kanan, tetapi baginda mengelak ke sebelah kiri. Mambang Molek menetak baginda di sebelah kiri, tetapi baginda mengelak ke sebelah kanan. Mambang Molek menetak baginda di bahagian bawah, tetapi baginda melompat ke atas. Mambang Molek menetak baginda di bahagian atas, tetapi baginda tunduk ke bawah. Baginda ketinting/melompat seperti rama-rama. Kaki baginda bagai tidak menjejak bumi. Mambang Molek mengetam bibir dan baginda tersenyum seperti menyindirnya. Seri Paduka berseru dengan hebat meminta Mambang Molek supaya beringat. Seri Paduka bertitah bahawa pada masa itu tibalah giliran baginda untuk membalas serangan Mambang Molek. Seri Paduka meminta Mambang Molek supaya bersedia untuk menghadapi maut. Seri Paduka menghunus (keris) si Jalak Jantan. Seri Paduka/Baginda menunjukkan keris itu kepada Mambang Molek sambil berkata bahawa keris itu bernama si Jalak Jantan. Keris itu berkerawang dan bersalut pada pangkalnya serta ditulis kalimah Subhanallah pada hujungnya.
7
Alih bahasa petikan di bawah ini kepada bahasa prosa biasa.
[15]
Dr. Karim mengatakan sekiranya Mira meminta jururawat menelefonnya di rumah, sudah tentu dia akan datang dengan serta-merta. Menurut Dr. Karim lagi, jururawat memberitahu bahawa Mira menunggunya dari pukul 8/lapan pagi, iaitu selama dua jam. Mira memberitahu bahawa dia tidak terfikir untuk menelefon Dr. Karim. Dr. Karim bertanyakan khabar dan ingin tahu sama ada Mira mengajar atau tidak pada pagi itu. Mira mengucap syukur sambil membuka dan menutup beg tangannya. Mira mengatakan bahawa dia tidak dapat mengajar kerana sejak semalam Dr. Karim mengelak-elak diri daripada menjawab soalannya/pertanyaannya. Dr. Karim tunduk sambil mengguris-guris sembarangan di meja dalam keadaan serba salah. Dr. Karim memberitahu Mira bahawa dia pernah mengatakan harapan sentiasa ada. Dengan sedih, Mira mengatakan dia faham bahawa perkara itu hanya kenyataan umum seorang doktor untuk menyenangkan hati. Dengan suara yang menggeletar, Mira meminta Dr. Karim supaya menyatakan perkara yang sebenar, iaitu peratus kemungkinan suaminya akan sihat semula. Dr. Karim mengatakan bahawa dia tidak bersetuju untuk membuat ramalan begitu. Mira merayu Dr. Karim agar memberitahu ramalan itu, walaupun Dr. Karim tidak bersetuju. Dr. Karim bertanya tentang sebab dan tujuan Mira ingin tahu ramalan itu. Mira memberitahu bahawa dia akan menerangkannya kemudian, dan meminta Dr. Karim menjawab pertanyaannya dahulu. Sambil mengeluh, Dr. Karim bersetuju tetapi dia mengingatkan Mira bahawa dia tidak yakin akan ramalan itu. Dr. Karim tidak tergamak untuk menyatakan ramalan itu. Menurutnya lagi, mengikut kebiasaannya harapan tetap ada. Mira meminta Dr. Karim supaya memberitahunya dan dia sedia menerima apa-apa sahaja. Dr. Karim tetap membisu. Mira mengatakan bahawa dia dapat meneka suaminya hanya ada harapan untuk hidup sebulan lagi.
TERHAD
http://smkpbu.blogspot.com
papercollection
8
8 Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [15]
Bil.
Kesalahan
1.
mengetahui cara menarik
Sebab Kesalahan
3.
Kata hubung komplemen perlu digunakan dalam ayat majmuk komplemen. memperkenalkan kepada Kata kerja transitif (aktif) perlu anak-anak diikuti oleh objek atau penyambut. dan boleh membeli Ayat (tergantung) tiada subjek.
4.
buku cerita-buku cerita
5.
anak-anaknya
6.
sama ada ... mahupun
2.
Pembetulan mengetahui menarik
cara
untuk
memperkenalkan anak-anak
dan ibu bapa/penjaga boleh membeli Kata majmuk yang dieja terpisah buku-buku cerita hanya pada bahagian awal kata yang digandakan. Kesalahan kata ganti nama diri “nya” anak-anak mereka yang tidak menunjukkan jamak./Kata ganti nama diri “nya” menunjukkan makna tunggal. Kesalahan kata hubung berpasangan sama ada ... atau kerana “sama ada” berpasangan dengan “atau”.
TERHAD
http://smkpbu.blogspot.com