(A) Staff Meeting (Mesyuarat Staf)
Definisi Perhimpunan yang diadakan untuk mendapatkan buah fikiran daripada kalangan staf sekolah bagi mendapatkan satu keputusan. -
a. Jenis-jenis Mesyuarat Umum (1) Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sekolah - Merupakan mesyuarat kali pertama bagi tahun yang berkenaan, akan diadakan seminggu sebelum bermulanya sesi persekolahan baru. - Penting untuk perlantikan ahli jawatankuasa baru, pengagihan kerja dan juga jadual waktu. - Semua guru diwajibkan hadir bagi mendengar taklimat yang akan disampaikan oleh pengetua, penolong kanan 1, penolong kanan Hal Ehwal Murid dan penyelia petang. (2) Mesyuarat Luar Biasa/ Tergempar - Diadakan secara tergempar apabila sesuatu isu yang tidak dapat dijangka timbul. - Agenda yang dibincangkan hanya fokus kepada isu/masalah yang telah berlaku. (3) Mesyuarat Jawatankuasa Kerja - Melalui mesyuarat inilah segala perancangan dan strategi pelaksanaan setiap projek dibahaskan, diperinci untuk dilaksanakan. - Selain itu, melalui mesyuarat ini juga Jawatankuasa Kecil yang bersesuaian dengan corak projek ditubuhkan. - Kekerapan mesyuarat ini bergantung kepada keperluan. (4) Mesyuarat Jawatankuasa Kecil - Jawatankuasa ini sudah diberikan satu atau dua tugas tertentu untuk dilaksanakan, misalnya Jawatankuasa Makanan, Jawatankuasa Peralatan dan sebagainya. - Agendanya hanyalah berbincang cara hendak melaksanakan sesuatu tugas yang dipertangggungjawabkan dan juga jumlah kewangan yang diperlukan untuk dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja. b. Jenis-jenis Mesyuarat Khusus. (1) Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum - Diadakan sekurang-kurangnya sepenggal sekali, namun begitu mesyuarat tersebut tidak juga terikat kepada masa ataupun tarikh yang ditetapkan dalam takwim sekolah tetapi diadakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan bagi mengkaji dan mengesan pelaksanaan matlamat kurikulum serta meningkatkan kualiti pendidikan. - Mesyuarat berlangsung mesti dengan kehadiran pengetua/guru besar. Jika tidak, penolong kanan mestilah mendapatkan surat penurunan kuasa untuk menjalankan mesyuarat kurikulum.
-
-
Agenda utama mesyuarat adalah bagi merancang dan membincangkan aspekaspek penilaian prestasi yang merangkumi perancangan dan pengelolaan sistem formatif dan sumatif. Ketua panitia membawa keputusan-keputusan berhubung dengan isu-isu kurikulum dan pengajaran yang diamalkan bagi setiap panitia ke mesyuarat jawatankuasa kurikulum. Ketua panitia menjadi penghubung antara ahli panitia dengan pengetua.
(2) Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran - Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran hendaklah diadakan pada awal penggal persekolahan selepas mesyuarat jawatankuasa kurikulum dan sebaik-baiknya selepas setiap kali ujian/peperiksaan dan sebelum sekolah bercuti akhir tahun. - Pengurusan mata pelajaran merupakan sebahagian daripada pengurusan kurikulum. - Panitia mata pelajaran ialah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah. Ia dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dilantik sebagai ketua panitia oleh pengetua. Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara automatik menjadi ahli jawatankuasa kurikulum. - Mesyuarat diadakan dengan tujuan untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan peningkatan prestasi dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran seperti sukatan pelajaran, rancangan mengajar serta masalah dan isu yang berkaitan dengan kaedah mengajar. - Perkara-perkara tersebut termasuklah menyelaraskan format penulisan rancangan harian, kriteria penggubalan kertas peperiksaan misalnya font size ataupun format yang perlu diikuti, membincangkan pengelolaan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan mata pelajaran tersebut seperti pertandingan mengarang, kuiz, pertandingan syarahan dan sebagainya serta membincangkan langkah-langkah yang dapat diambil untuk membantu pelajar yang lemah dalam mata pelajaran tersebut. - Mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara Ad Hoc jika diperlukan. (3) Mesyuarat Jawatankuasa Ko-kurikulum - Jawatankuasa ko-kurikulum ialah satu jawatankuasa khas menguruskan hal-ehwal ko-kurikulum dan dipengerusikan oleh pengetua/guru besar dan diikuti oleh Penolong Kanan Ko-kurikulum dan guru-guru penasihat. - Sebelum aktiviti kokurikulum bermula, satu mesyuarat jawatankuasa kokurikulum akan diadakan pada permulaan sesi persekolahan bagi (a) merancang program tahunan dengan menyediakan 1 takwim guna sama bagi aktiviti ko-kurikulum (berdasarkan takwim sekolah) . (b) mengagihkan tugas dalam kalangan guru. Penolong kanan ko-kurikulum selaku orang yang bertanggungjawab akan mengedarkan tugasan aktiviti kokurikulum kepada setiap guru dan menekankan matlamat yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
-
Mesyuarat juga diadakan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sukan dan ko-kurikulum seperti aktiviti merentas desa, hari sukan sekolah, perkhemahan bagi badan-badan beruniform, kursus pengurusan kokurikulum dan sebagainya.
(4) Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Murid (HEM) - Mesyuarat AJK Induk HEM biasanya diadakan pada awal setiap sesi persekolahan, antara ahli bagi AJK induk termasuklah ketua-ketua bagi unit-unit HEM seperti SPBT, kebajikan pelajar, lembaga disiplin, unit bimbingan dan kaunseling dan lain-lain. - Mesyuarat bagi AJK kecil unit HEM pula diadakan sekurang-kurangnya 2 kali, iaitu satu kali bagi setiap penggal. Peranan Setiausaha dalam Sesuatu Mesyuarat Tindakan-tindakan pra atau sebelum mesyuarat 1) Menetapkan tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat bersama pengerusi 2) Membuat tempahan bilik mesyuarat 3) Menghantar notis ataupun surat jemputan mesyuarat 4) Memastikan persediaan kemudahan-kemudahan bilik mesyuarat 5) Menentukan kehadiran 6) Perbincangan pra-mesyuarat antara pengerusi dan setiausaha Tindakan-tindakan semasa mesyuarat 1) Catatan minit mesyuarat Tindakan-tindakan selepas mesyuarat 1) Penyediaan minit 2) Mendapatkan maklum balas daripada ahli-ahli yang menghadiri mesyuarat ‘Do’s and ‘Don’t’s bagi Mesyuarat yang Efektif 1. Adakan mesyuarat kurang daripada 2 jam. 2. Jangan tunggu ahli-ahli yang lambat; mulakan tepat pada masanya bagi menghargai mereka yang telah bersedia awal. 3. Jangan benarkan peserta “melalut” atau terkeluar dari tajuk-tajuk agenda.