SULIT 4541/3 Kimia Kertas 1 September 2003
1
1 jam 2
4541/3
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN 2003
KIMIA Kertas 3 (Set 1) Ujian Amali Bertulis Satu jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU.
1.
Jawab semua soalan.
2.
Tuliskan jawapan anda dalam ruang yang disediakan.
3.
Elemen dan aspek yang ditaksir ditunjukkan pada tiap-tiap ceraian soalan.
4.
Anda hendaklah menyerahkan kertas tulis dan kertas graf tambahan, jika digunakan, bersama-sama dengan kertas soalan.
5.
Penggunaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan adalah dibenarkan.
6.
Rajah yang mengiringi soalan dimaksudkan untuk memberi maklumat yang berguna bagi menjawab soalan.
Kertas soalan ini mengandungi 4 halaman bercetak
1. Seorang pelajar menjalankan eksperimen bagi menentukan haba peneutralan asid. Dalam ekperimen tersebut dia telah menyukat 25 cm3 1·0 mol dm-3 asid hidroklorik dan 25 cm 3 1 ·0 mol dm-3 natrium hidroksida. Eksperimen diulang menggunakan 25 cm3 2·0 mol dm -3 asid hidroklorik dan 25 cm3 2·0 mol dm -3 natrium hidroksida. Perubahan suhu bagi eksperimen pertama adalah seperti berikut : Suhu awal asid hidroklorik oC Suhu awal natrium hidroksida oC Suhu tertinggi larutan oC a.
28 27 34
Nyatakan pembolehubah dalam eksperimen di atas; i.
Pembolehubah yang dimanipulasikan
ii. Pembolehubah yang dimalarkan
iii. Pembolehubah yang bergerak balas
b. Hitungkan perubahan suhu tindak balas bagi keputusan di atas.
c. Hitungkan haba peneutralan bagi tindak balas di atas.
d. Lukiskan gambarajah aras tenaga bagi tindak balas peneutralan di atas.
Portal Pendidikan Utusan 2003 © Hak Cipta Terpelihara
2
e. Ramalkan perbezaan yang mungkin anda lihat bagi kedua-dua tindak balas di atas dan terangkan jawapan anda.
2. Jadual di bawah diperolehi apabila seorang pelajar meleburkan asetamida. Masa (s) Suhu (oC)
0 30
30 40
60 50
90 60
120 70
150 80
180 80
210 80
240 90
a. Plotkan graf menggunakan data dalam jadual di atas. b. Dengan menggunakan teori kinetik jirim terangkan apa yang berlaku kepada zarahzarah asetamida pada i.
0 hingga 150 saat _____________________________________________________
ii. 150 hingga 210 saat _____________________________________________________ iii. 210 hingga 240 saat _____________________________________________________ c. Semasa menjalankan eksperimen asetamida dipanaskan dalam kukus air. Mengapa? _____________________________________________________ d. Lakarkan graf bagi penyejukkan asetamida.
Portal Pendidikan Utusan 2003 © Hak Cipta Terpelihara
3
3. Anda dibekalkan dengan serbuk kalsium karbonat dan ketulan kalsium karbonat serta bahan-bahan dan radas yang diperlukan untuk menunjukkan kesan luas permukaan ke atas kadar tindak balas. Rancangkan satu eksperimen untuk tujuan di atas. Penerangan anda haruslah mempunyai perkara-perkara berikut; a. b. c. d. e. f.
Tujuan eksperimen Hipotesis Semua pembolehubah Senarai bahan, alat radas dan susunan radas Kaedah eksperimen Penjadualan data
KERTAS SOALAN TAMAT
Portal Pendidikan Utusan 2003 © Hak Cipta Terpelihara
4