Spm Kim Trial 3 1

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Spm Kim Trial 3 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,186
  • Pages: 13
Nama:

Tingkatan:

SULIT 4541/1 Kimia Kertas 1 1 1/4 jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN 2002 KIMIA Kertas 1 Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. 2. 3. 4.

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Kalkulator boleh digunakan. Buku sifir matematik boleh digunakan.

1

Bagi soalan 1 hingga 30, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu yang terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda. 1

Antara yang berikut, yang manakah berlaku apabila pepejal naftalena dipanaskan sehingga menjadi wap naftalena? A Kandungan tenaga zarah-zarah naftalena menjadi lebih rendah. B Zarah-zarah naftalena bertambah bebas bergerak. C Daya tarikan antara zarah-zarah naftalena boleh diabaikan. D Jarak antara zarah-zarah naftalena menjadi lebih dekat.

Rajah 1 2

Suatu cecair X telah disejukkan dan perubahan suhunya direkodkan pada sela masa yang tetap. Graf bagi suhu melawan masa yang telah diperolehi adalah seperti dalam Rajah 1. Apakah keadaan X pada masa t minit? A Pepejal sahaja B Cecair sahaja C Lebih banyak cecair daripada pepejal D Lebih banyak pepejal daripada cecair

3

Berapakah bilangan atom yang terdapat di dalam 3.4 g ammonia? [Jisim atom relatif : H,1 ; N,14 ; Nombor avogadro = 6.02 x 1023] A 1.2 x 1023 B 6.02 x 1023 C 12.4 x 1023 D 14.0 x 1023

4

2.08 g unsur R berpadu dengan 4.26 g unsur T untuk membentuk satu sebatian yang berformula RT3. Hitungkan jisim atom relatif R. [ Jisim atom relatif : T ; 35.5 ] A 5.8 B 52 C 58 D 64 2

5

Unsur A dan unsur B mempunyai sifat kimia yang sama. Konfigurasi elektron bagi atom unsur A ialah 2, 8, 18, 7. Nombor atom unsur B ialah A 7 B 12 C 15 D 17

6

Antara berikut yang manakah benar tentang Jadual Berkala unsur moden? A Unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor atom menaik. B Saiz atom unsur-unsur bertambah besar dari kiri ke kanan dalam suatu kala. C Keeektropositifan unsur-unsur berkurang dari atas ke bawah dalam suatu kumpulan. D Keelektronegatifan unsur-unsur bertambah dari bawah ke atas dalam suatu kumpulan.

7

Susunan elektron bagi atom X ialah 2.1 dan susunan elektron bagi atom unsur Y ialah 2.6. Atom X dan atom Y akan membentuk sebatian berformula A XY B X2Y C XY2 D X2Y2

Rajah 2 8

Rajah 2 menunjukkan susunan radas bagi menjalankan proses elektrolisis larutan kuprum(II) sulfat akueus. Antara berikut, yang manakah pemerhatian yang betul? A Warna larutan kuprum(II) sulfat semakin pudar. B Sudu besi disaluti suatu lapisan berwarna putih berkilat. C Elektrod kuprum menjadi semakin nipis. D Gelembung-gelembung gas dibebaskan di anod.

3

Rajah 3

9

Rajah 3 menunjukkan susunan radas bagi suatu litar sel ringkas. Antara penyataan berikut, yang manakah benar bagi sel itu? A Gelembung-gelembung gas dibebaskan di elektrod kuprum. B Warna larutan kalium nitrat bertukar daripada tidak berwarna ke biru. C Elektron mengalir dari elektrod argentum ke elektrod kuprum. D Penurunan berlaku di elektrod kuprum.

Rajah 4 10

Apakah nama IUPAC bagi sebatian yang berformula struktur seperti dalam Rajah 4 di atas? A Pentan-1-ol B 3-metil pentana C 2- metil butana D 2- metil butan-1-ol

11

20.0 cm3 larutan natrium hidroksida 1.0 mol dm-3 bertindak balas lengkap dengan 20 cm3 asid sulfurik. Apakah kepekatan asid sulfurik itu? A 0.5 mol dm-3 B 1.0 mol dm-3 C 1.5 mol dm-3 D 2.0 mol dm-3

4

12

Apakah kaedah paling sesuai bagi menyediakan garam plumbum(II) klorida bermula dengan plumbum(II) oksida? A Mencampurkannya dengan larutan natrium klorida akueus. B Mencampurkannya dengan asid nitrik cair diikuti dengan larutan barium klorida akueus C Mencampurkannya dengan asid hidroklorik cair D Mencampurkannya dengan larutan kuprum(II) klorida akueus

13

Persamaan ion bagi tindak balas antara argentum nitrat dengan asid hidroklorik cair ialah A AgNO3 + H+ → Ag+ + HNO3 B Ag+ + Cl- → AgCl C H+ + NO3 → HNO3 D Ag+ + HCl → H+ + AgCl

14

Suatu bahan pepejal X tidak larut di dalam air. Apabila bahan X dipanaskan suatu gas berwarna perang yang menukarkan kertas litmus biru lembab menjadi merah dibebaskan. Baki pemanasan berwarna putih. Bahan X ialah A zink karbonat B zink nitrat C magnesium nitrat D plumbum(II) nitrat

15

Antara jenis kaca berikut, yang manakah digunakan di dalam pembuatan tabung uji yang tahan haba? A Kaca plumbum B Kaca silika terlakur C Kaca soda kapur D Kaca borosilikat

16

Bahan elektrolit di dalam akumulator ialah A asid sulfurik. B ammonia. C air suling. D air akpur.

17

Larutan natrium hidroksida telah ditambahkan secara berlebihan kepada larutan ion plumbum, ion magnesium, ion ferum(II), dan aluminium di dalam empat buah tabung uji berasingan dan digoncangkan. Yang manakah antara berikut adalah pemerhatian yang betul? A B C D

Ion aluminium magnesium plumbum ferum(II)

Pemerhatian Mendakan putih,tidak larut dalam berlebihan Mendakan putih, tidak larut dalam berlebihan Mendakan putih, tidak larut dalam berlebihan Mendakan perang, tidak larut dalam berlebihan 5

18

Plumbum(II) nitrat bertindak balas dengan larutan kalium kromat (VI) mengikut persamaan berikut : Pb(NO3)2 + K 2CrO4 à PbCrO4 + 2KNO3 Antara larutan berikut, yang manakah betul bagi tindak balas itu. A B C D

Mendakan kuning terhasil Suatu tindak balas pengoksidaan dan penurunan berlaku. Suatu tindak balas peneutralan berlaku. Tindak balas disertai dengan penyerapan haba.

19

Larutan ferum(II) sulfat dicampurkan dengan air klorin yang berlebihan dan dididihkan. Antara berikut yang manakah pemerhatian yang betul? A Mendakan perang terbentuk. B Ion ferum(II) mengalami tindak balas penurunan. C Nombor pengoksidaan klorin bertukar daripada 0 ke -1. D Suatu larutan tanpa warna terhasil.

20

Antara pasangan bahan berikut, yang manakah melibatkan pemindahan elektron dalam tindak balasnya? A Logam natrium terbakar di udara B Larutan natrium hidroksida dan ferum(II) sulfat C Larutan kuprum(II) sulfat dengan natrium karbonat D Larutan natrium karbonat dengan asid sulfurik cair

21

Nombor pengoksidaan bagi kromium dalam ion-ion Cr2O72- dan CrO42masing-masing adalah A +2 dan +2 B +3 dan +6 C +6 dan +6 D +7 dan +4

6

Rajah 5 22

Yang manakah antara proses-proses berikut berlaku dalam eksperimen yang ditunjukkan dalam Rajah 5? A Larutan ungu bertukar kepada tidak berwarna di sekeliling elektrod Q. B Elektron mengalir dari elektrod Q ke elektrod P. C Nombor pengoksidaan iodin bertukar daripada -1 kepada +1. D Ion manganat(VII) mengalami pengoksidaan. CaCO3 (p) + 2HCl (ak) à CaCl2 (ak) + CO2 (g) + H2O (ce)

23

Dalam tindak balas di atas, apakah kesan ke atas kadar awal tindak balas dan isi padu akhir bagi karbon dioksida yang dibebaskan jika kalsium karbonat yang digunakan digiling menjadi serbuk? Kadar awal tindak balas A B C D

bertambah bertambah berkurangan berkurangan C(p) + O2 (g) à CO2(g)

24

Isi padu akhir karbon dioksida yang terkumpul bertambah sama berkurangan bertambah ∆H = - 40.0 kJ

Berapakah jisim karbon yang diperlukan untuk membebaskan 2 .4 kJ haba bagi tindak balas di atas? [ Jisim atom relatif : C,12] A 0.72 g B 2.4 g C 4.8 g D 12.0 g

7

25

Suatu ester yang berformula C 2H5COOC 3H7 boleh disediakan daripada tindak balas sebatian yang berformula A C2H5OH dan C 3 H7COOH B C 2H 5OH dan C H3COOH C C 3H7OH dan C 2 H5COOH D C H3OH dan H COOC 2H5

26

Antara pasangan berikut, yang manakah benar bagi polimer dan monomernya? Polimer Monomer A Protein Asid amino B Getah Asli isoprena C Selulosa Vinil klorida D Poplitena etena

27

Sabun adalah bahan pencuci yang tidak menyebabkan pencemaran alam sekitar berbanding dengan detergen kerana A sabun mudah terbiodegradasi. B tindakan mencuci oleh sabun kurang berkesan dalam air liat. C detergen mengandungi rantai hidrokarbon terbiodegradasi, manalaka sabun tidak. D detergen mengurangkan ketegangan permukaan air manakala sabun tidak.

28

Antara pasangan getah asli dan getah asli tervulkan berikut, yang manakah pasangan yang betul? A B C D

Getah asli Keras Kenyal Takat lebur lebih tinggi Mudah dioksidakan oleh udara

Getah asli tervulkan Lembut Tidak kenyal Takat lebur rendah Tidak dioksidakan oleh udara

29

Dalam bidang pertanian, asid indol-asitik yang menggalakkan pengeluaran akar pada keratan ialah sejenis hormon A auksin. B juvenil. C sitokinin. D giberelin.

30

Antara yang berikut, yang manakah tidak benar tentang lemak? A Lemak tepu lebih banyak berasal daripada haiwan. B Lemak boleh dihidrolisiskan oleh alkali kepada gliserol dan garam asid lemak. C Lemak ialah ester semula jadi. D Lemak tak tepu mengalami tindak balas penambahan. 8

Bagi soalan 31 hingga 40, tiap-tiap soalan mempunyai satu atau lebih daripada satu cadangan jawapan yang betul. Tentukan tiap-tiap cadangan itu betul atau salah. Kemudian pilih satu jawapan yang betul daripada pilihan A, B, C, dan D yang berikutnya.

Atom M N

Nombor atom 8 8

Nombor jisim 16 17

Jadual 1 31

Nombor atom dan nombor jisim bagi dua atom unsur M dan N adalah seperti di dalam Jadual 1. Atom M dan N berbeza antara satu sama lain dari segi I jumlah bilangan elektron. II bilangan elektron valens. III jumlah bilangan proton. IV jumlah bilangan neutron. A B C D

32

IV sahaja I dan III sahaja II, dan IV sahaja I, II, dan III sahaja

Antara asid berikut, yang manakah boleh bertindak balas lengkap dengan 0.01 mol magnesium? I 100 cm3 asid hdroklorik 0.2 mol dm-3 II 100 cm3 asid sulfurik 0.1 mol dm-3 III 100 cm3 asid etanoik 0.2 mol dm-3 IV 100 cm3 asid nitrik 0.1 mol dm-3 A B C D

I dan II sahaja II dan IV sahaja I, II, dan IV sahaja I,II, dan III sahaja

9

Rajah 6 33

Antara yang berikut, yang manakah dijangka akan berlaku dalam sel yang ditunjukkan dalam Rajah 6? I Rod kuprum dioksidakan II Warna larutan kuprum(II) sulfat menjadi semakin pudar III Jisim rod argentum bertambah IV Elektron mengalir dari rod kuprum ke rod argentum A B C D

34

I sahaja I, II dan III sahaja I, III, dan IV sahaja I, II ,III dan IV

Yang manakah antara larutan-larutan berikut akan secukupnya meneutralkan 10.0 cm3 larutan kalium hidroksida 3.0 mol dm-3 akueus? I 5.0 cm3 asid sulfurik 3.0 mol dm-3 II 10.0 cm3 asid hidroklorik 3.0 mol dm-3 III 15.0 cm3 asid nitrik 2.0 mol dm-3 IV 10.0 cm3 asid sulfurik 1.5 mol dm-3 A B C D

I dan II sahaja II dan III sahaja III dan IV sahaja I, II, III dan IV sahaja

10

Rajah 7 35

Rajah 7 menunjukkan graf jumlah isi padu gas hidrogen terbebas melawan masa bagi tindak balas kalsium karbonat dengan suatu asid cair bagi Eksperimen A dan Eksperimen B. Antara berikut, yang manakah mungkin dapat menerangkan perbezaan kedua-dua lengkung yang didapati daripada kedua-dua eksperimen itu? I Eksperimen A dijalankan dengan menggunakan suhu asid yang lebih tinggi daripada Eksperimen B. II Mangkin digunakan di dalam Eksperimen A tetapi tidak digunakan di dalam Eksperimen B. III Bilangan mol kalisum karbonat dan bilangan mol asid digunakan lebih banyak di dalam Eksperimen A daripada di dalam Eksperimen B. IV Serbuk kalsium digunakan di dalam Eksperimen A dan ketulan kalsium karbonat digunakan di dalam Eksperimen B. A B C D

III dan IV sahaja I, II, dan III sahaja I, II, dan IV sahaja I, II, III, dan IV

Mg(p) + CuSO4 (ak) à Cu (p) + MgSO4 (ak) ∆H = -x kJ mol-1 36

Tindak balas antara magnesium dengan kuprum(II) sulfat diwakili oleh persamaan di atas. Antara penyataan berikut, yang manakah benar tentang tindak balas ini? I Tindak balas ini boleh berlaku kerana magesium lebih elektropositif daripada kuprum. II Kandungan tenaga dalam hasil tindak balas kurang daripada kandungan tenaga dalam bahan tindak balas. III Tenaga sebanyak x kJ terbebas bagi setiap mol kuprum yang terbentuk. IV Suhu campuran tindak balas lebih rendah di akhir tindak balas daripada di permulaan tindak balas.

11

A B C D 37

Antara berikut yang manakah berlaku apabila etena dialirkan melalui larutan kalium manganat(VII) berasid? I Warna larutan kalium manganat(VII) berasid dinyahwarnakan. II Sejenis alkohol terhasil. III Satu mendakan berwarna jingga terhasil. IV Larutan terpisah menjadi dua lapisan. A B C D

38

I dan II sahaja II dan IV sahaja I, II, dan III sahaja I, II, III, dan IV

Antara bahan berikut, yang manakah detergen? I Natrium palmitat II Natrium alkil benzena sulfonat III Natrium alkil sulfat IV Natrium karboksilat A B C D

39

II sahaja III dan IV sahaja I, II, dan III sahaja II, III, dan IV sahaja

I sahaja I dan IV sahaja II dan III sahaja II, III,dan IV sahaja

Seorang pesakit tidak menghabiskan ubat antibiotik yang dipreskripsikan oleh doktornya . Apakah kesan antibiotik terhadap bakteria akibat tindakan pesakit itu? I Bakteria penyakit itu telah musnah kesemuanya. II Bakteria penyakit itu masih ada sedikit dan boleh membiak semula dalam badan pesakit itu. III Bakteria penyakit itu ada sedikit dan bakteria itu akan imun kepada antibiotik berkenaan. IV Bakteria penyakit itu masih ada dalam kuantiti dan keadaan asal. A B C D

III sahaja II dan III sahaja I, II,dan IV sahaja I, II, III,dan IV

12

40

Antara yang berikut, yang manakah merupakan baja bernitrogen? I Urea II Kalium nitrat III Ammonium sulfat IV Kalium fosfat A B C D

I dan II sahaja II dan III sahaja I, II, dan III sahaja I, III,dan IV sahaja

KERTAS SOALAN TAMAT

13

Related Documents

Spm Kim Trial 3 1
November 2019 4
Spm Kim Trial 9 3
November 2019 17
Spm Kim Trial 7 3
November 2019 12
Spm Kim Trial 10 3
November 2019 10
Spm Kim Trial 6 3
November 2019 6
Spm Kim Trial 5 3
November 2019 15