Spm Bm1 Analisis

  • Uploaded by: SimPor
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Spm Bm1 Analisis as PDF for free.

More details

  • Words: 3,161
  • Pages: 7
ANALISIS PERBANDINGAN SOALAN PERCUBAAN SPM 2008 KERTAS 1 ANTARA NEGERI BIL NEGERI 1

Sabah (Excel 1)

BAHAGIAN A Kepentingan pengangkutan awam di negara ini

BAHAGIAN B 1.

2.

3.

4.

5.

2

Sabah (Excel 2

Faedah mengamalkan gaya hidup sihat.

1. 2. 3.

4. 5.

3

Johor

Sebab-sebab rakyat Malaysia memilih untuk melancong di negara sendiri.

1.

2. 3. 4. 5.

Anda telah menyertai pertandingan perbahasan peringkat daerah yang bertajuk "Perubatan Moden Lebih Banyak Mendatangkan Kebaikan Berbanding Perubatan Tradisional Kepada Masyarakat". Sebagai pihak pencadang atau pembangkang, sediakan teks perbahasan anda selengkapnya. “Otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat”. Oleh itu, generasi kini perlu dididik untuk mengamalkan budaya hidup sihat. Bincangkan peranan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan gaya hidup sihat. Pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah sangat penting untuk generasi akan datang. Sempena sambutan Hari Belia, anda sebagai pegawai dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan diminta untuk menyampaikan ceramah tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memelihara dan memulihara warisan sejarah di negara kita. Tuliskan ceramah anda itu selengkapnya. Perkembangan sains dan teknologi yang begitu pesat telah menyebabkan kita merasakan dunia kini semakin kecil. Hal ini berlaku kerana kita dapat berkomunikasi secara pantas dan berkesan dengan masyarakat di seluruh dunia. Berikan komen anda akan keperluan masyarakat dunia memanfaatkan kemajuan sains dan teknologi ini. Cerpen merupakan cerita pendek yang boleh menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Berdasarkan cerpen yang telah anda baca, huraikan nilai-nilai dan pengajaran yang terdapat di dalam cerpen tersebut. Ibu bapa berperanan penting dalam membentuk disiplin anak-anak bagi melahirkan modal insan yang berkualiti pada masa akan datang. Bincangkan. Sahabat pena anda di luar negara ingin mengetahui destinasi pelancongan yang terdapat di negara kita. Balas surat sahabat pena anda itu. Sebagai wartawan sebuah buletin pengguna, anda dikehendaki mewawancara seorang penasihat Pelaburan Nasional Berhad (PNB) tentang kebaikan melabur dalam skim amanah saham yang dianjurkan oleh kerajaan seperti Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Wanita (ASNITA), Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) dan banyak lagi. Tulis wawancara itu selengkapnya. Penganjuran sukan di peringkat antarabangsa dapat memupuk perpaduan sejagat. Bahaskan pernyataan tersebut. Generasi muda masa kini lebih berminat membaca majalah hiburan berbanding buku-buku yang berunsurkan sastera. Berikan komentar anda terhadap pernyataan tersebut. Sekolah anda telah dipilih untuk menyertai pertandingan Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K) peringkat daerah. Sebagai Ahli Jawatankuasa 3K, nyatakan persiapan yang anda lakukan untuk menyertai pertandingan tersebut. Anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk "Keluarga Impian Saya" untuk dimuatkan dalam ruangan akhbar tempatan. Tulis rencana itu selengkapnya. Semangat cinta akan negara perlu disemai dalam kalangan generasi muda sejak kecil lagi. Anda bersetuju dengan pemyataan di atas. Jelaskan pendapat anda. Dunia kini sedang menghadapi krisis makanan yang serius. Berikan pendapat anda tentang cara-cara untuk meningkatkan bekalan makanan dunia. Anda bercita-cita menjadi penulis. Huraikan persediaan yang dapat anda lakukan untuk menjadi penulis yang berjaya.

BIL NEGERI 4

SBP

BAHAGIAN A Langkah-langkah untuk mengatasi masalah keracunan makanan di Malaysia.

BAHAGIAN B 1.

2.

3.

4. 5.

5

MRSM

Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah keracunan makanan

1.

2.

3.

4.

5.

6

Kedah

Kesan-kesan kenaikan harga minyak di negara kita

1.

2. 3.

4.

5.

Persatuan Bahasa Melayu di sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat pelancongan di Malaysia. Sebagai setiausaha persatuan, anda diminta menulis laporan tentang lawatan tersebut. Tulis laporan itu selengkapnya. Kini ibu bapa terlalu mementingkan pencapaian akademik anak-anak mereka. Oleh hal yang demikian, mereka tidak memberikan galakan kepada anak-anak dalam aktiviti kokurikulum terutamanya sukan. Huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa menggalakkan anak-anak menceburi bidang sukan. Isu kenaikan harga barang hangat diperkatakan oleh masyarakat pada hari ini. Sebagai seorang pengguna yang prihatin, tulis sebuah rencana tentang kesan-kesan daripada kenaikan tersebut kepada masyarakat dan negara, serta cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya. Tuliskan rencana tersebut selengkapnya. Peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) adalah untuk memastikan keamanan sejagat. Namun, banyak negara di dunia mengalami masalah peperangan, kemiskinan dan kebuluran. Bahaskan penyataan di atas. Pada hari ini, banyak buku hasil karya penulis muda di Malaysia seperti Faisal Tehrani dan Nisah Haron telah mendapat tempat dalam kalangan remaja. Karya yang berkualiti ini telah berjaya menambah bahan bacaan di pasaran. Huraikan ciri-ciri sebuah karya sastera yang menarik pada pandangan anda. Kampung anda berpotensi menjadi sebuah kawasan pelancongan yang menarik dan terkenal. Anda bercadang untuk menulis surat kepada pihak yang berkenaan menyatakan keistimewaan-keistimewaan yang terdapat di kampung anda dan cadangan-cadangan bagi menjadikan kampung tersebut sebagai destinasi pelancongan yang terkenal. Tulis surat itu selengkapnya. Usaha untuk mengumpulkan ahli keluarga yang ramai dari satu generasi ke satu generasi terutamanya pada harihari perayaan merupakan suatu usaha yang murni. Jelaskan kebaikan-kebaikan yang diperoleh daripada usaha tersebut. Siswazah pada hari ini kurang berminat menceburkan diri dalam bidang pertanian. Oleh itu, pelbagai pihak perlu mengambil inisiatif untuk menarik para siswazah menceburkan diri dalam bidang tersebut. Huraikan peranan pihak-pihak berkenaan Isu pemanasan global semakin membimbangkan masyarakat dunia pada hari ini. Bersempena dengan Hari Bumi, anda terpanggil untuk menulis sebuah rencana berkaitan dengan kesan-kesan pemanasan global. Tuliskan rencana tersebut selengkapnya. Puisi tradisional seperti pantun, gurindam dan syair masih popular hingga hari ini dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bincangkan sumbangan puisi tradisional kepada masyarakat. Kelulusan akademik semata-mata tidak lagi menjadi penentu kejayaan seseorang pelajar setelah mereka meninggalkan institusi pendidikan formal. Berikan pandangan anda tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar sebagai pelengkap diri memasuki alam pekerjaan. Percutian bersama keluarga mampu mengeratkan kerukunan dan keharmonian kekeluargaan. Berdasarkan kebenaran pendapat di atas, jelaskan kebaikan-kebaikan percutian bersama keluarga. Kejadian penculikan, penderaan, dan pembunuhan dalam kalangan kanak-kanak yang semakin serius merupakan akibat ketidakprihatinan masyarakat terhadap hal-hal persekitarannya. Bincangkan langkah-langkah yang berkesan untuk menyemai sikap prihatin dalam kalangan masyarakat Pemanasan gobal ialah isu yang dihadapi oleh masyarakat antarabangsa kerana isu ini membawa impak negatif kepada kehidupan sejagat. Tulis sebuah rencana tentang kesan-kesan negatif pemanasan global kepada kehidupan sejagat seluruh dunia Karya-karya sastera semakin terpinggir walaupun peranannya besar sebagai citra budaya bangsa. Ulaskan faktorfaktor yang menyebabkan karya sastera semakin terpinggir dalam kalangan generasi muda kini.

BIL NEGERI 7

Perak (LTS 1)

BAHAGIAN A Usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menyemai budaya membaca dalam kalangan masyarakat di negara ini.

BAHAGIAN B 1. 2. 3.

4. 5.

8

Perak (LTS 2)

Langkah-langkah memajukan sektor pertanian di Malaysia.

1.

2. 3. 4. 5.

9

Perak (LTS 3)

Usaha-usaha yang dapat kita lakukan untuk memelihara hutan di negara ini.

1.

2.

3.

4.

5.

Anda bercita-cita untuk menjadi pemimpin negara pada masa akan datang. Huraikan perubahan-perubahan yang akan anda lakukan sekiranya anda berjaya mencapai cita-cita tersebut. Ikatan kasih sayang antara ahli keluarga penting dalam mewujudkan keluarga yang bahagia. Ibu bapa dan ahli keluarga memainkan peranan penting untuk mempererat hubungan kasih sayang. Jelaskan pernyataan di atas. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat hari ini. Namun masih terdapat anggota masyarakat yang tidak menggunakan ICT dalam urusan harian. Anda ingin menulis rencana tentang usaha-usaha menggalakkan masyarakat menggunakan ICT untuk disiarkan melalui ruangan forum pembaca dalam sebuah akhbar tempatan. Tulis rencana anda selengkapnya. Program lawatan kebudayaan dan kesenian ke negara-negara jiran mendatangkan pelbagai faedah kepada rakyat dan negara-negara terlibat. Bincangkan. Karya sastera memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan generasi pada masa akan datang. Oleh hal yang demikian, generasi muda negara ini perlu digalakkan menghasilkan karya sastera. Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menggalakkan generasi muda menghasilkan karya sastera. Gejala sosial yang berlaku di tempat anda mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat. Sebagai remaja yang prihatin anda ingin menyuarakan pandangan anda tentang langkah-langkah yang wajar diambil untuk mengatasi masalah tersebut. Tulis pendapat anda selengkapnya. Ibu bapa mengharapkan anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang pelajaran. Jelaskan peranan ibu bapa dan keluarga untuk mencapai hasrat tersebut. Lagu Negaraku perlu dihayati oleh setiap rakyat di negara ini. Ulaskan pernyataan di atas. Kerjasama negara kita dengan negara-negara luar dapat mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara. Jelaskan. Peribahasa Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain’ memberi pengajaran kepada manusia akan betapa pentingnya kegigihan untuk memperoleh kejayaan. Tulis sebuah cerpen yang sesuai berdasarkan pengajaran daripada peribahasa di atas. Kes penculikan kanak-kanak di negara ini hangat diperkatakan oleh masyarakat. Kes ini membimbangkan semua pihak. Sebagai seorang remaja prihatin, anda ingin mengemukakan cadangan untuk mengelakkan kejadian ini daripada terus berlaku. Tuliskan cadangan anda itu. Amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat kita semakin luntur. Oleh sebab itu, anggota keluarga memainkan peranan penting dalam memupuk amalan berbudi bahasa tersebut. Jelaskan usaha-usaha yang dapat anda dan ahli keluarga anda lakukan untuk memupuk amalan berbudi bahasa. Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu dipupuk dari semasa ke semasa. Hal ini penting untuk memastikan keamanan negara sentiasa dipelihara. Sebagai warganegara yang prihatin, anda bercadang menulis sebuah rencana tentang langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan. Tulis rencana itu selengkapnya. Bencana alam yang berlaku di beberapa buah negara jiran mendatangkan kesengsaraan hidup dan kemusnahan harta benda. Negara kita amat prihatin dengan keadaan yang menimpa rakyat negara terbabit. Jelaskan usahausaha yang dapat dilakukan oleh rakyat negara kita untuk membantu negara-negara yang ditimpa bencana. Anda telah menonton sebuah drama yang disiarkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan. Drama tersebut amat menarik dan menyentuh perasaan anda. Anda ingin membuat ulasan tentang drama tersebut. Tulis ulasan anda selengkapnya.

BIL 10

NEGERI Perak (Trial)

BAHAGIAN A Kegiatan pertanian di negara kita

BAHAGIAN B 1.

2. 3.

4.

5.

11

Terengganu

Kepentingan memiliki generasi cemerlang kepada negara

1.

2. 3.

4. 5.

12

Times Education

Faktor-faktor berlakunya gejala buli dalam kalangan remaja dan langkah membendungnya

1. 2.

3. 4. 5.

Kegiatan lumba motosikal haram masih berlaku di negara ini. Kegiatan ini kebanyakannya melibatkan golongan remaja. Sebagai seorang remaja yang prihatin, bincangkan peranan yang dapat anda lakukan untuk membanteras kegiatan tersebut. Kejayaan anak-anak dalam pelbagai bidang seringkali dikaitkan dengan sokongan daripada institusi keluarga. Beri komen anda tentang pernyataan tersebut. Kerajaan menggalakkan rakyat negara ini menggunakan pengangkutan awam tetapi mutu perkhidmatannya sering menjadi rungutan pelbagai pihak. Tulis rencana tentang usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak berkenaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini. Penganjuran sukan bertaraf dunia seperti Perlumbaan Kereta Formula 1 dan perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi wajar diteruskan kerana banyak faedah yang diperoleh melalui penganjurannya. Jelaskan faedah-faedah penganjuran sukan bertaraf dunia. Penulis yang berwibawa dapat menghasilkan karya sastera yang bermutu. Berikan saranan anda tentang langkah-langkah yang perlu iambil oleh pelbagai pihak untuk melahirkan penulis yang berwibawa. Selain menumpukan bidang pelajaran, setiap pelajar digalakkan menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah, malah penglibatan pelajar dalam kokurikulum diambil kira untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi. Huraikan kepentingan menyertai kokurikulum kepada para pelajar. Aktiviti riadah dan rekreasi bersama-sama keluarga sangat digalakkan kerana dapat mengeratkan hubungan keluarga selain dapat menyihatkan badan. Ulas pernyataan di atas Kesibukan bekerja menyebabkan masyarakat meminggirkan semangat kejiranan. Oleh itu, usaha-usaha mempertingkat semangat tersebut perlu dilaksanakan. Tulis sebuah rencana tentang usaha-usaha mempertingkat semangat kejiranan dalam kalangan rakyat. Kesepakatan dan tolak ansur antara Malaysia dengan negara jiran banyak membantu dalam kemajuan ekonomi dan kestabilan politik negara-negara serantau. Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut. Unsur-unsur sindiran yang terdapat dalam sastera rakyat dapat dijadikan pengajaran dalam kehidupan. Bincangkan pernyataan di atas. Pembangunan teknologi sekiranya tidak digandingkan dengan pembangunan sahsiah diri akan melahirkan masyarakat yang pincang. Jelaskan pendirian anda berkenaan penyataan ini Anda bercadang untuk menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Kelab Bahasa Melayu di sekolah anda. Tajuk syarahan tersebut ialah “Peranan keluarga atau Ibu Bapa dalam Membentuk Sahsiah Anak-anak”. Sediakan teks ucapan anda selengkapnya. Sikap masyarakat yang tidak mahu `menjaga tepi kain orang’ memberi impak negatif terhadap nilai kejiranan. Bahaskan pernyataan ini. Pada masa ini menampakkan usaha kerajaan menukar haluan kepada e-pertanian. Bincangkan rasionalnya epertanian diketengahkan dan nyatakan kesannya terhadap pembangunan negara. Anda berminat untuk menyertai satu pertandingan menulis cerpen anjuran Dewan Siswa. Tema cerpen tersebut ialah `Kekeluargaan’. Tuliskan cerpen tersebut selengkapnya.

BIL 13

NEGERI Portal Utusan

BAHAGIAN A Sebab-sebab banguna lama perlu dipelihara

BAHAGIAN B 1. 2.

3. 4.

5. 14

Kelantan

Usaha-usaha untuk memajukan industri pelancongan di negara ini

1. 2.

3.

4. 5. 15

Petaling Perdana, Selangor

Langkah yang dapat dilakukan untuk mengatasi masalah gejala sosial yang kian meruncing di negara kita kini

1.

2.

3.

4. 5.

Para remaja sering menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan mereka. Sebagai remaja cadangkan strategi untuk menangani masalah remaja. Kebelakangan ini, media massa sering memaparkan berita mengenai kehilangan kanak-kanak. Hal ini amat membimbangkan kita semua. Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin. Kita harus berbangga menjadi rakyat di sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Tulis sebuah rencana untuk menjelaskan sebab-sebab kita patut berbangga menjadi rakyat Malaysia. Malaysia sering menghulurkan bantuan kepada negara-negara yang ditimpa bencana alam. Hal yang demikian menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mempunyai sifat kemanusiaan yang tinggi. Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas. Peribahasa “bagai aur dengan tebing” dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan. Tulis sebuah cerpen berdasarkan peribahasa tersebut. Penghayatan nilai-nilai murni dapat membentuk pelajar yang berketrampilan. Jelaskan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk menerapkan nilai-nilai muni dalam diri pelajar. Keselamatan pelajar pada hari ini semakin membimbangkan. Semua pihak perlu memainkan peranan untuk memastikan keselamatan pelajar terjamin. Huraikan peranan yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah dan masyarakat untuk menjayakan matlamat tersebut. Sukan memberikan impak yang besar kepada individu, masyarakat dan negara. Sebagai ahli badan redaksi majalah sekolah, anda ingin menulis sebuah rencana tentang perkara tersebut. Tuliskan rencana tersebut selengkapnya. Kerjasama ekonomi antara negara semakin berkembang dan banyak negara membuka peluang pelaburan kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di negara mereka. Komponen Sastera (KOMSAS) yang diperkenalkan dalam subjek Bahasa Melayu di sekolah menengah membolehkan pelajar mengetahui cara hidup masyarakat. Bincangkan. Masalah pengangguran dalam kalangan siswazah menjadi satu topik hangat yang dibincangkan kini. Sebagai seorang remaja yang masih berada di bangku sekolah, anda harus mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu serta kemahiran agar tidak menghadapi kesukaran memperoleh pekerjaan setlah tamat pengajian di peringkat tinggi nanti. Huraikan ilmu serta kemahiran yang perlu anda pelajari sejak berada di bangku sekolah bagi menghadapi alam pekerjan nanti. Pembangunan modal insan merupakan satu agenda penting bagi memastikan kemajuan negara dapat dicapai sepenuhnya. Anda diminta menyampaikan satu ceramah bertajuk “Peranan Ibu Bapa untuk Melahirkan Modal Insan Berkualiti” sempena Hari Keluarga i tempat tinggal anda. Sediakan teks ceramah itu selengkapnya. Industri pelancongan memberikan sumbangan yang amat penting untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi di negara kita. Berikan saranan anda tentang peranan pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan ini. Negara-negara dunia harus menjalin hubungan yang erat bagi memastikan keamanan sejagat dapat dikekalkan. Bincangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memperteguh keamanan dunia. Sempenan Bulan Bahasa dan Sastera, sekolah anda telah mengadakan satu pertandingan mengulas jasa salah seorang tokoh sastera di negara kita.

BIL 16

NEGERI Melaka

BAHAGIAN A Faedah-faedah menyertai kegiatan kokurikulum dalam kalangan pelajar

BAHAGIAN B 1.

2.

3.

4. 5.

17

Sarawak

ciri-ciri pengguna yang bijak.

1. 2. 3. 4. 5.

18

Pahang

Peranan masyarakat membantu golongan warga tua menjalani kehidupan seharian

1.

2. 3.

4.

5.

Setiap individu mempunyai impiannya tersendiri. Sebagai seorang pelajar yang berwawasan, anda mempunyai impian untuk menjadi seorang angkasawan yang dapat mengharumkan nama negara di persada dunia. Jelaskan persediaan-persedian yang perlu anda lakukan untuk mencapai cita-cita tersebut. Tradisi makan bersama-sama keluarga di rumah kini sudah semakin luput. Usaha menghidupkan kembali tradisi ini dapat membantu menyemaikan tabiat makan yang sihat dan mengukuhkan hubungan kekeluargaan. Berikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan tradisi makan bersama-sama keluarga. Masyarakat kita sering digemparkan dengan kes penculikan dan kehilangan kanak-kanak di negara ini semakin menjadi-jadi belakangan ini. Anda ingin menulis surat kepada akhbar tempatan untuk mengemukakan cadangan tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak dalam menangani kes tersebut. Tulis surat itu selengkapnya. Program pertukaran pelajar antara negara jiran mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar dan negara yang menyertainya. Bincangkan. Kekuatan sesebuah karya sastera terletak di tangan penulis. Bakat semula jadi sahaja tidak cukup untuk menjadi seorang penulis yang berjaya. Ulaskan pernyataan tersebut. Belakangan ini, masalah gejala sosial dalam kalangan pelajar sekolah semakin hangat diperkatakan dalam media massa. Beri pendapat anda tentang pernyataan di atas. Pertandingan syarahan telah diadakan di sekolah anda sempena Bulan Bahasa. Tajuknya ialah ’Gaya Hidup Sihat Penjana Keluarga Bahagia’. Tuliskan teks syarahan itu dengan selengkapnya. Kehidupan masyarakat kota di negara kita seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Bincangkan pernyataan di atas. Pelbagai usaha perlu dilaksanakan untuk mempopularkan industri desa ke peringkat antarabangsa. Jelaskan usaha-usaha tersebut. Anda pernah menonton sebuah filem tempatan yang menarik. Ulaskan filem tersebut dengan selengkapnya. Kesedaran terhadap perlunya pengambilan makanan tambahan dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin meningkat. Sehubungan dengan itu, terdapat pelbagai jenis produk makanan tambahan di pasaran. Anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang isu tersebut kepada penduduk di sebuah taman perumahan Sempena Hari Kesihatan Sedunia. Tajuk ceramah tersebut ialah “Kepentingan Pengambilan Makanan Tambahan”. Tulis teks ceramah anda selengkapnya. Kemajuan bidang teknologi maklumat dan komunikasi membawa banyak manfaat kepada kehidupan masyarakat di Malaysia. Bincangkan Kegiatan cetak rompak yang semakin berleluasa boleh melumpuhkan industri penerbitan dan hiburan tanah air. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan kegiatan cetak rompak di negara kita dan cadangkan usahausaha untuk mengatasinya. Pelancong-pelancong seluruh dunia mula menjadikan negara-negara Asia Tenggara sebagai destinasi pelancongan pilihan mereka. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan negara-negara tersebut telah berupaya menawarkan pakej-pakej istimewa yang berupaya menarik kemasukan pelancong-pelancong antarabangsa. Jelaskan sumbangan industri pelancongan terhadap negara-negara berkenaan. Peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya bermaksud usaha yang bersungguhsungguh perlu dilakukan untuk membolehkan seseorang itu berjaya dalam hidupnya. Tuliskan cerpen berdasarkan peribahasa di atas.

BIL

NEGERI

BAHAGIAN A

19

W.P. Kuala Lumpur

Kepentingan pengangkutan awam di negara kita

BAHAGIAN B 1. 2.

3.

4.

5. 20

Negeri Sembilan

Langkah-langkah meningkatkan mutu sukan di Malaysia

1.

2.

3. 4.

5.

Disediakan olah: Cikgu Musri Kadir SMK Balung Tawau www.riekadier.blogspot.com

Dunia remaja dikatakan sebagai dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Bincangkan pernyataan di atas. Teknologi dan kemajuan sains berkembang dengan pesat sehingga membawa kepada perubahan yang besar dalam kehidupan masyarakat Malayisa pada hari ini. Pelbagai rancangan pembangunan telah diusahakan untuk memajukan dan memodenkan masyarakat dan negara. Huraikan rancangan-rancangan pembangunan tersebut. Dewasa ini bidang muzik didapati menyediakan pelbagai kerjaya menarik yang menawarkan pendapatan lumayan. Selaku wartawan sebuah majalah hiburan, anda dikehendaki mewawancara seorang komposer terkenal tanah air untuk meminta pendapat beliau tentang hal tersebut. Tuliskan wawancara itu selengkapnya. Kerjasama ekonomi antara negara semakin berkembang dewasa ini. Sehubungan dengan itu, banyak negara membuka peluang pelaburan kepada pelabur asing. Huraikan kepentingan pelaburan antarabangsa dalam menjanakan ekonomi sesebuah negara. Sebagai penulis remaja yang telah meraih kejayaan dalam bidang penulisan kreatif, anda ingin menggalakkan lebih ramai remaja menceburi bidang ini. Jelaskan keistimewaan bidang ini. Anda ialah seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia di peringkat kebangsaan. Pihak sekolah telah mengundang anda untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “langkah-langkah untuk menjadi pelajar cemerlang”. Tulis ceramah anda selengkapnya. Pada zaman sains dan teknologi, gejala sosial dalam kalangan remaja semakin serius dan banyak pihak beranggapan bahawa institusi keluargalah yang bertanggungjawab terhadap peningkatan masalah ini. Beri pendapat anda tentang penyataan di atas. Sektor pelancongan merupakan salah satu penyumbang utama kepada kemajuan ekonomi negara kita. Tulis rencana tentang keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pada masa ini. Hubungan diplomatik yang telah terjalin dengan negara-negara lain sejak sekian lama banyak memberi faedah kepada negara kita. Huraikan peranan negara Malaysia dalam mengekalkan hubugan baik dengan negara-negara lain di dunia. Kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan minat masyarakat terhadap sastera semakin berkurangan. Huraikan langkah-langkah yang wajar dilakukan untuk mengembalikan minat masyarakat terhadap bidang sastera.

Related Documents

Spm Bm1 Analisis
November 2019 12
Spm Bm1 (perak)
October 2019 20
Jsu Bm1 Per Spm
June 2020 6
Spm Bm1 (perak)
November 2019 21
Bm1 Pahang Spm 2008
October 2019 19
2008 Kedah Spm Bm1
October 2019 19

More Documents from ""