SULIT
JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Sukatan Pelajaran
KBSR
Bahasa Arab
UNIT KURIKULUM BAHASA ARAB BAHAGIAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL JULAI 2007 / REJAB 1428
1
SULIT
SULIT
1.0
TAJUK Sukatan Pelajaran Bahasa Arab KBSR.
2.0
DIKEMUKAKAN OLEH Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.
3.0
TUJUAN Kertas ini bertujuan memaklumkan kepada Kursus Pendedahan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun Satu mengenai Sukatan Pelajaran Bahasa Arab KBSR menggantikan Sukatan Pelajaran sedia ada yang akan digunakan mulai tahun 2008 dan seterusnya.
4.0
LATAR BELAKANG 4.1
Susulan daripada kenyataan YAB Perdana Menteri Malaysia dan resolusi Seminar Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) peringkat kebangsaan , Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan Program j-QAF di 1221 buah SK pada tahun 2005 kepada murid Tahun 1. Program ini dilaksanakan untuk memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus kepada pengajaran Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain.
4.2
Model Perluasan Pelaksanaan BAK dijalankan bersama modelmodel Program j-QAF yang lain seperti mana yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/2004 (No Rujukan: KP (BS) 8591/ Jld.XVII(13) bertarikh 30 Disember 2004.
4.3
Sebagai lanjutan dari lawatan YAB Perdana Menteri ke Kementerian
Pelajaran
Malaysia
Mesyuarat Hal-hal Profesional telah
mencadangkan
pada
25
April
2005,
Bil 3/2005 pada 25 Mei 2005
JAPIM
supaya
menubuhkan
Jawatankuasa Bertindak bagi melaksanakan Bahasa Arab. 2
SULIT
SULIT
Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil 3/2005 yang diadakan pada 29 Jun 2005 telah meluluskan pertukaran nama Bahasa Arab Komunikasi kepada Bahasa Arab. Proses pertukaran nama ini dimulakan untuk percetakan buku teks Bahasa Arab Tahun 4 2006 dan perubahan
menyeluruh
yang
melibatkan
nama
mata
pelajaran, kandungan kurikulum, pendekatan pengajaran dan lain-lain akan dibuat pada 2008 dicadangkan bagi tahun satu dan tingkatan satu. Selain itu, JAPIM dikehendaki mengambil langkah jangka panjang dengan membuat perubahan dan penambahbaikan kepada kandungan pelaksanaan kurikulum Bahasa Arab sesuai dengan pendekatan pengajaran kurikulum Bahasa Arab peringkat rendah. 4.4
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil 1/2006 yang diadakan pada 25 Januari 2006 telah meluluskan Sukatan Pelajaran Bahasa Arab KBSR untuk digunakan bermula pada tahun 2008. Sukatan Pelajaran Bahasa Arab KBSR hendaklah dilaksanakan secara rintis pada tahun 2007. Mesyuarat juga telah mengesyorkan supaya pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab KBSR menggunakan pendekatan fleksi dengan kerjasama UPSI.
5.0
RASIONAL 5.1
Kurikulum
Bahasa
Arab
perlu
digubal
semula
kerana
mempertimbangkan saranan yang telah diberikan oleh YAB Perdana
Menteri
Malaysia
yang
mahukan
Bahasa
Arab
Komunikasi ditukar kepada istilah yang lebih sesuai seperti Bahasa Arab Ibtidaiyyah, Bahasa Arab I’dadiyyah dan Bahasa Arab Thanawiyyah. Saranan beliau ini boleh difahami agar Bahasa Arab diajar menggunakan pendekatan tradisional iaitu pendekatan yang memberi penekanan terhadap komponen-
3
SULIT
SULIT
komponen Bahasa Arab seperti tatabahasa, muthalaah, insya’, mahfuzat dan lain-lain. 5.2
Kurikulum ini digubal dengan mengambil kira idea serta saranan daripada Jawatankuasa Bertindak bagi melaksanakan Bahasa
Arab
yang
ditubuhkan
berdasarkan
keputusan
Mesyuarat Hal-hal Profesional Bil 3 2005 supaya ianya selari dan menepati dengan saranan yang telah dikemukakan oleh YAB Perdana Menteri. 5.3
JAPIM
telah
mengadakan
mesyuarat
bagi
melihat
dan
mengkaji perubahan-perubahan dalam isi kandungan sukatan Bahasa
Arab
yang
digubal
sebagaimana
yang
telah
disarankan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil 3/2005. 5.4
Perubahan-perubahan yang dibuat dalam huraian sukatan ini dipertimbang berdasarkan huraian sukatan Bahasa Arab Komunikasi tahun 2003, sukatan-sukatan Bahasa Arab di sekolah-sekolah agama negeri, sukatan Bahasa Arab di Timur Tengah serta perkembangan dan keperluan semasa dalam pendidikan. Di samping itu, perubahan huraian sukatan ini telah melibatkan pakar-pakar Bahasa Arab di IPTA dan maktab-maktab perguruan. Saranan dan idea yang diberikan oleh
mereka
dipertimbang
dan
diambil
kira
dalam
penggubalan sukatan ini. 6.0
PERKARA YANG HENDAK DIMAKLUM 6.1
Di dalam sukatan ini terdapat beberapa perubahan yang diberi penekanan dari segi penyusunan semula beberapa elemen utama dalam sukatan Bahasa Arab, iaitu memasukkan dan mengagihkan secara seimbang dan munasabah unsurunsur tatabahasa, muthalaah, insya’ dan penetapan kata-kata hikmat dan perumpamaan sukatan
pelajaran
ini
Bahasa Arab. Selain itu, huraian melibatkan
4
pengagihan
semula SULIT
SULIT
perbendaharaan
kata
untuk
setiap
tahun
disamping
mengekalkan aspek kemahiran bahasa. 6.2
Dokumen sukatan pelajaran ini mengandungi pendahuluan, matlamat, objektif, organisasi kurikulum yang terdiri daripada kemahiran bahasa, tema, aspek bahasa yang merangkumi sistem bunyi, tatabahasa, perumpamaan, perbendaharaan kata dan pengisian kurikulum serta penilaian.
6.3
Pendahuluan : Di dalam Pendahuluan Sukatan Pelajaran Bahasa Arab ini diperjelaskan status mata pelajaran ini iaitu sebagai bahasa tambahan seperti Bahasa Tamil dan Bahasa Cina. Sehubungan dengan itu, usaha yang yang telah dilaksanakan ini adalah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Islam iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek.
6.4
Matlamat : Matlamat
Bahasa
Arab
sekolah
rendah
ialah
untuk
memberikan kepada murid empat kemahiran bahasa serta membolehkan mereka menggunakan bahasa Arab dalam penulisan dan percakapan samada di sekolah atau di luar sekolah. 6.5
Objektif : Sukatan Pelajaran ini telah mengariskan objektif yang perlu dicapai iaitu: 6.5.1 Mendengar dan memahami sebutan huruf, perkataan, ayat serta petikan; 6.5.2 Menyebut huruf dan perkataan dengan sebutan yang betul; 6.5.3 Bertutur dan memahami
Bahasa Arab dalam tema-
tema yang tertentu;
5
SULIT
SULIT
6.5.4 Membaca dengan betul dan memahami perkataan, ayat serta petikan; 6.5.5 Menulis dengan betul dan memahami huruf, perkataan, ayat dan petikan; 6.5.6 Mengetahui asas tatabahasa Arab; 6.5.7 Menggunakan Bahasa Arab Fushah yang mengandungi perbendaharaan kata, struktur tulisan dan
sebutan
serta
semasa
kaedah
morfologi
dan
sintaksis
mendengar, bertutur, membaca dan menulis; 6.5.8 Menghafal Mahfuzat terpilih serta asas morfologi dan memperdengarkannya; 6.5.9 Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan. Bagi merealisasikan objektif ini, bahasa Arab mesti digunakan sepenuhnya
dalam
proses
pengajaran
dan
pembelajaran,
penilaian, ujian dan peperiksaan awam. 6.7
Organisasi Kurikulum. Organisasi Kurikulum Sukatan Pelajaran Bahasa Arab ini merangkumi
kemahiran
berbahasa,
tema,
aspek-aspek
bahasa, perbendaharaan kata dan pengisian kurikulum. 6.8
Kemahiran bahasa; Kemahiran Asas Berbahasa merupakan tonggak utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Murid yang menguasai asas kemahiran berbahasa adalah murid yang telah menguasai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kejayaan murid menguasai empat kemahiran ini meningkatkan kesediaannya mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran
sekaligus
membuka
ruang
kepadanya
mempelajari ilmu-ilmu agama dan moden pada masa akan datang. 6.9 Tema:
6
SULIT
SULIT
Pemilihan tema untuk murid sekolah rendah adalah mengikut tajuk yang berkaitan dengan murid serta bahan-bahan yang berada di sekeliling mereka. Semua tajuk ini berhubung kait dengan dunia pelajar di rumah dan di sekolah serta alam permainan
dan
cita-cita
murid
yang
dapat
memenuhi
kehendak dan keperluan semasa seperti sains dan teknologi. Ia juga memberi tumpuan kepada tajuk-tajuk yang berkaitan dengan patriotisme untuk mengukuhkan cinta kepada negara bertujuan membentuk bangsa Malaysia yang sedar dan bersedia mempertahankan bangsa, agama dan negara. Tematema tersebut ialah: 6.9. 1
6.9. 2 6.9. 3 6.9. 4 6.9. 5 6.9. 6 6.9. 7
6.9.
Di sekolah; 6.9.8 Peralatan pembelajaran, peralatan di dalam kelas, tempat-tempat di sekitar sekolah, jenis-jenis permainan sukan, hari sukan. Dunia murid; 6.9.9 Anggota badan dan pakaian Nombor dan bilangan; 6.9.1 0 Warna, bentuk , arah dan 6.9.1 lokasi; 1 Di rumah ; 6.9.1 Ruangan, peralatan dan 2 anggota keluarga. Makanan dan minuman; 6.9.1 3
Haiwan;
Pengangkut an; Sains dan teknologi; Hobi dan cita-cita; Kampung, bandar dan tanah air; Waktu makan, masa, hari dan bulan;
Buah-buahan, sayur-sayuran, tumbuh-tumbuhandan bungabungaan;
Aspek Bahasa. Pembelajaran aspek bahasa di dalam pengajaran Bahasa Arab di tahap sekolah rendah diberi penekanan sama dengan pembelajaran kemahiran berbahasa. Tiga aspek bahasa iaitu Sistem Bunyi, Tatabahasa Arab dan Kata-Kata Hikmat & Perumpamaan. 7
SULIT
SULIT
6.9
Sistem Bunyi : Sistem bunyi merupakan elemen yang amat penting dalam pengajaran
Bahasa
Arab.
Ia
bertujuan
melatih
murid
menyebut perkataan, membaca ayat dan ungkapan dengan betul serta mampu menguasai dan membezakan sebutan dengan baik. Sistem bunyi di tahun satu peringkat sekolah rendah memberi tumpuan kepada menyebut huruf-huruf hijaiah dengan sebutan yang betul. 6.10 Tatabahasa : Tatabahasa adalah salah satu aspek bahasa yang sangat berkait rapat dengan pembelajaran bahasa Arab. Ia dapat memelihara
pertuturan
dan
penulisan
murid
sewaktu
menggunakannya. Pengajaran tatabahasa Arab bertujuan meningkatkan
kemampuan
murid
dalam
menggunakan
bahasa Arab sesuai dengan kaedah tatabahasa dan morfologi yang betul. Berikut adalah tajuk-tajuk tatabahasa Arab yang akan diajar di peringkat sekolah rendah. Tajuk-tajuk ini dibahagi kepada dua tahap : Tahap pertama. 6.10. 1 6.10. 2 6.10. 3 6.10. 4 6.10. 5
Kata ganti nama; Kata ganti nama tunjuk; Huruf al-Jar; Kata nama maskulin dan feminin; Kata soal;
Tahap kedua. 6.10. 1 6.10. 2 6.10. 3 6.10.
Kata ganti nama; Kata ganti nama tunjuk; Kata ganti nama tempat (zarfun) Kata kerja lampau, kini dan perintah 8
SULIT
SULIT
4 6.10. 5
Kata majmuk maskulin dan feminin;
6.11 Kata-kata hikmat dan perumpamaan : Pemilihan kata-kata hikmat dan perumpamaan mengambil kira tahap murid, sebutan yang mudah dan makna yang mengandungi nilai-nilai yang mulia serta akhlak yang baik. Pengajaran kata-kata hikmat dan perumpamaan di sekolah rendah bermula pada tahap kedua di Sekolah Kebangsaan. Ini kerana pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di tahun satu
memberi
penekanan
kepada
pengenalan
huruf,
perkataan dan ayat yang mudah. 6.12 Perbendaharaan kata : Sebanyak 600 perkataan telah disusun mengikut tahap umur dan kognitif murid tahun satu.serta berkait dengan tajuk-tajuk yang telah dipilih. Bilangan perkataan ini akan bertambah sesuai dengan perkembangan fizikal dan intelektual murid. Langkah ini merupakan satu permulaan bagi murid tahun satu untuk mempelajari ilmu bahasa Arab dan agama serta pengetahuan yang berkaitan pada masa akan datang. 6.13 Pengisian Kurikulum: Untuk
memperkukuhkan
dan
memantapkan
lagi
proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di peringkat sekolah rendah, dimasukkan dalam sukatan ini elemen yang perlu diterapkan oleh guru seperti: 6.13.1Ilmu pengetahuan Ilmu pengetahuan yang merangkumi bidang dan ilmu yang pelbagai.Umpamanya,sejarah, geografi, sains dan
sebagainya
yang
memainkan
peranan
utama
dalam memperluaskan ilmu dan kemahiran bahasa. Sebagaimana, ia juga merangkumi isu-isu semasa yang
9
SULIT
SULIT
mesti diberi perhatian khusus oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. 6.13.2
Nilai-nilai murni;
Penerapan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab bertujuan melahirkan insan yang salih dan berakhlak mulia serta membentuk generasi muda yang berpegang teguh dengan nilai dan etika yang murni. 6.13.3
Kewarganegaraan
Penerapan
nilai
patriotik
dalam
pengajaran
dan
pembelajaran bahasa Arab dibuat dengan menanamkan rasa cinta di kalangan murid sehingga menzahirkan taat setia kepada negara. 6.13.4 Peraturan sosiobudaya Peraturan
sosiobudaya
bercakap dan
merangkumi
adab
penggunaan gaya bahasa yang lemah
lembut serta kata-
kata hikmat dan perumpamaan
bahasa Arab. 6.13.5
Kemahiran yang mempunyai nilai tambah Kemahiran ini bermaksud kemahiran berfikir, kemahiran
menggunakan
teknologi
maklumat
dan
komunikasi
kemahiran mempelajari teknik pembalajaran dan kajian masa
depan,kecerdasan
pelbagai,
pembelajaran
konstruktivisme dam pembelajaran kontekstual. 6.14 Penilaian Penilaian
dianggap
pengajaran
dan
sebagai
sebahagian
pembelajaran.
daripada
Sehubungan
proses
dengan
itu
penilaian yang akan digunakan ialah Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR).
7.0
KEPUTUSAN YANG DIPOHON 10
SULIT
SULIT
Semua peserta Kursus Pendedahan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun Satu adalah dipohon mengambil maklum mengenai
Sukatan
Pelajaran
Bahasa
Arab
KBSR
yang
akan
digunakan mulai tahun 2008 dan seterusnya.
11
SULIT