Solat Subuh/solat zohor/solat asar/solat maghrib/solat isyak 02
Solat Subuh/solat zohor/solat asar/solat maghrib/solat isyak. ~ Pukul berapa masuk waktu subuh/ zohor/ asar/ maghrib/ isyak? ~ Jam berapa sekarang? ~ Jam….sudah ni! ~ Kau sudah ambil wuduq? ~ Di mana kau ambil wuduq tadi? ~ Di asrama/nantilah aku wuduq di surau sajalah. ~ Lambatnya kau mandi..sekarang sudah pukul…., terlepas sudah kau solat berjemaah. ~ Oleh sebab lambat, kita solat subuh di asrama/di sini sajalah. ~ Yang penting solat, jangan sampai tidak solat pula, susah kau nanti! ~ Sama-sama kita pergi surau. ~ Tunggu aku kejap. ~ Aku sudah siap pakai baju/ telekung! mari kita jalan. ~ Cepatlah pakai telekung/tudung tu, lepas solat kita mahu jemur/angkat kain lagi ni. ~ Cepatlah kita jalan, nanti terlambat pula!.Aku malas mahu masbuk ni.. ~ Cepat sikit, lambat sudah kita ni! kena marah nanti. ~ Sudah azan Subuhkah/zohor/asar/maghrib/isyak? ~ Siapa azan subuh hari ni? ~ Siapa yang azan tadi tu?boleh tahan suara dia! ~ Panggil si…. suruh dia azan! ~ Tiada dia, gantilah orang lain. ~ Apalagi di tunggu….qamatlah! ~ Maaflah aku tak dapat jadi imam,sebab kaki/perut aku sakit. ~ Siapa imam kita kali ni? ~ Lebih afdhal orang yang lebih tualah… ~ Bah, apa lagi teruskanlah jadi imam bila lagi? ~ Tolong ambilkan sejadah tu! ~ Bentangkan/ lipatkan sejadah tu nanti.
~ Boleh kita buat qiamullail subuh ni? ~ Penuhkan sof…jangan dibiarkan kosong! ~ Kau mahu baca al-Qurankah sementara menunggu azan berkumandang? ~ Boleh juga, tolong ambilkan al-Quran yang berwarna merah tu. ~ Kalau begitu, baik aku baca al-Quran/menghafal dulu! ~ Itulah yang baik daripada kau layan mengantuk kau tu! ~ Kau sudah habis menghafal surah yang kena suruh tu? ~ Belum lagi aku mula menghafal/sudah, aku mahu ulang lagi ni. ~ Mari kita menghafal sekarang. ~ Ada tazkirah lepaskah ni? ~ Kenapa,kau mau escape? ~ Bukanlah,aku takut terlepas pula kuliah tu nanti! ~ Habis solat jangan balik dulu,ada tazkirah sikit! ~ Siapa yang bagi tazkirah/kuliah? ~ Ada penceramah dijemput khas dari luar! ~ Paling-paling pun, ustaz-ustaz kita jugalah tu! ~ Apa yang ustaz cakap tu? Pasal apa? ~ Dia bagi tazkirah tentang… ~ Ustaz, boleh saya bertanya tentang… ~ Kadang-kadang kalau tak best kuliah tu,boleh mengantuk juga aku dibuatnya! ~ Janganlah begitu,sekurang-kurangnya kita dengar sajalah. ~ Mana penceramah khas tu tak nampak pun! ~ Mungkin dia datang lambat sikit. ~ Kalau dia datang panggil kami nanti di sini ah! ~ Oi! masuk semua dia datang sudah, duduk rapat-rapat! ~ Rapatkan sof! ~ Jangan lupa pasang pagar surau tu nanti!