Soalan 2 Dan 3 Ibn Majd Dan Al Masudi Notes.docx

  • Uploaded by: Smkserdang Sejarahstpm
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Soalan 2 Dan 3 Ibn Majd Dan Al Masudi Notes.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,387
  • Pages: 4
SOALAN 2

IBN MAJID BANYAK MEMBERI SUMBANGAN DALAM BIDANG PENEROKAAN. BINCANGKAN.

PENDAHULUAN

Nama sebenar Ibn Majid ialah Shihab al-Din Ahmad bin Majid al-Najdi. Beliau dilahirkan di Julphar (Oman) dan merupakan pelajar Arab terkemuka pada abad ke-15 M. Beliau berasal daripada keturunan ahli pelayaran yang mahir tentang Laut Merah. Datuk dan bapanya mahir dalam bidang pelayaran dan menjadi guru ilmu pelayaran. Bapanya juga telah menghasilkan buku tentang pelayaran yang menceritakan tentang keadaan lautan sekitar kawasan Hijaz. Keadaan ini menarik Ibn Majid mendalami ilmu pelayaran dan menjadikan beliau mahir mengemudikan kapal pada usia 17 tahun. Selain mempelajari bahasa dan agama, beliau juaga belajar matematik Arab dan India dan ilmu geografi serta astronomi. Beliau digelar ‘Singa Laut’ kerana kemahiran beliau belayar di Lautan Hindi. Beliau juga telah menghasilkan 40 buah karya yang membahaskan bidang pelayaran, perjalanan bintang, angin dan ombak. Kitab al-Fawa'id fi Usul Ilmi al-Baha wa al- Qawa'id Sumbangan beliau dalam bidang penerokaan ialah melalui karya al-Fawa'id fi usul ilmi al-Baha wa al-Oawa'id atau Buku Pedoman tentang Prinsip dan Peraturan Pelayaran. Ibn Majid dianggap tokoh Islam terawal yang menulis tentang ilmu Kelautan. Buku al-Fawa’id fi Usul Ilmi al-Baha wa al-Qawa’id yang bertarikh 1490 M ini merupakan sebuah ensiklopedia pelayaran. Karya tersebut mempunyai 12 buah bab dan dihasilkan dalam bentuk prosa. Tujuan karya ini dihasilkan adalah untuk memperbaiki dan memperbetulkan kesilapan catatan-catatan yang telah dilakukan oleh pelayar-pelayar sebelumnya. Buku ini mengandungi teori dan praktikal yang diperlukan oleh pemandu kapal laut di Laut Merah dan Lautan China. Beliau telah menulis maklumat tentang kedalaman laut, kawasan pantai, batu karang, pulau, pelabuhan, angin, dan semua data yang diperlukan oleh pemandu kapal. Contohnya, dalam karya tersebut menceritakan tentang permulaan pelayaran, jarum magnet, bintang, bulan, kompas, laluan lautan Hindi, 10 buah pulau yang paling terkenal Pulau Jawa, Sumatera dan Ceylon, monsun yang sesuai bagi pelayaran berserta tarikh mengikut perkiraan bangsa Parsi dan tentang Laut Merah. Kesannya, beliau telah membantu pelayar dalam menjalankan ekspedisi pelayaran mereka. Kitab Hawiyat al-Ikhtisar fi usul 'Ilm al-Bihar Seterusnya, sumbangan Ibn Majid adalah menghasilkan kitab Hawiyat alIkhtisar fi Usul 'Ilm al-Bihar pada tahun 866 H. Jelas menunjukkan dalam karya tersebut telah menceritakan mengenai ilmu tarikh, bahasa, bintang serta ilmu berkaitan laut. Kitab ini juga berkisar tentang laut di pantai Arab, China, Teluk Parsi, Lautan Hindi, Hijaz, Syam dan Afrika serta pelabuhan, garis lintang dan ilmu astronomi. Hasil karya Ibn Majid dalam bidang pelayaran berjumlah 25 buah dan diiktiraf sebagai buku penting dalam bidang astronomi dan geografi nautika pada Zaman Renaissans dan sebelumnya. Misalnya, kitab beliau masih lagi membincangkan tentang ilmu laut.

FAKTA

HURAIAN/ CONTOH

PENEGASAN ISI FAKTA

HURAIAN/ CONTOH

PENEGASAN ISI

FAKTA HURAIAN/ CONTOH

PENEGASAN ISI FAKTA HURAIAN/ CONTOH

PENEGASAN ISI KESIMPULAN

Akibatnya, beliau dapat memberi ilmu pengetahuan yang amat berguna kepada pelayar tentang bahasa, tarikh dan bintang serta laut. Keadaan ini membuktikan bahawa umat Islam telah mencapai kemajuan tinggi dalam bidang nautika dan pelayaran sehingga abad ke-15 M. Karya Qadidah Makkiyah Selain itu, sumbangan Ibn Majid adalah Qadidah Makkiyah. Hal ini dapat dilihat melalui karya beliau yang telah menceritakan tentang Laut Merah dari Jeddah ke Tanjung Fartak, Calicut, Gujerat dan Hormuz dengan lebih terperinci. Umpamanya, beliau menceritakan tentang selatan Semenanjung Tanah Arab. Kesannya, pelayar dapat mengetahui laluan perjalanan dengan lebih jelas dan tepat. Penunjuk arah kepada pelayar Barat Sumbangan Ibn Majid ialah menjadi penunjuk arah kepada pelayar Barat. Hal ini dapat dilihat apabila beliau telah membantu seorang pelayar Barat pada 1498 sehingga beliau digelar 'Malembo Canaqua' oleh Portugis. Dengan bantuannya, ekspedisi tersebut berjaya mengharungi Lautan Hindi dengan mudah. Namun, semasa pasukan tersebut balik semula ke Malindi tanpa bantuan Ibn Majid, mereka memerlukan masa berbulan-bulan untuk tiba sehingga mengalami kebuluran. Contohnya, beliau telah membantu Vasco Da Gama dari Malindi, pantai timur Afrika ke Calicut, India. Malahan, beliau juga telah menghasilkan lakaran peta laluan laut antara Eropah denga India yang telah digunakan oleh pelayar Eropah. Ironinya, kejayaan misi ini menjadikan beliau dihormati oleh pelayar Barat dan dikenali oleh seluruh lapisan masyarakat. Kesimpulannya, sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran dan geografi telah merangsang tokoh-tokoh pelayar Islam yang lain serta gambaran kepada masyarakat sejagat. Tinggalan dan timbunan ilmu dapat kita warisi pada hari ini dan menunjukkan bahawa umat Islam telah mencapai kemajuan tinggi dalam bidang seni nautika dan pelayaran sehingga abad ke-15.

SOALAN 3 PENDAHULUAN

FAKTA

HURAIAN/ CONTOH

PENEGASAN ISI FAKTA HURAIAN/ CONTOH PENEGASAN ISI FAKTA HURAIAN/ CONTOH PENEGASAN ISI FAKTA

HURAIAN/ CONTOH

BINCANGKAN PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN AL-MAS’UDI DALAM BIDANG GEOGRAFI DAN PELAYARAN. Nama sebenar al-Mas’udi ialah Abu Hassan ‘Ali bin Husyn bin ‘Ali al-Masudi. Beliau dilahirkan di Baghdad, Iraq pada tahun 895 M. / 283 H dan meninggal dunia di Fustat, Mesir pada tahun 956 M./ 345 H. Al-Mas’udi mendapat pendidikan secara langsung daripada ibu bapanya. Beliau sangat berminat membuat penyelidikan terhadap bidang sejarah dan adat istiadat serta cara hidup setiap negeri. Rekod terawal menunjukkan al-Mas’udi memulakan pelayaran ke Parsi pada tahun 914-915 M. Di Parsi, beliau tinggal selama setahun di Istakhar. Dari Baghdad, beliau pergi ke India pada tahun 916 M dan mengunjungi kota Multan dan kota al-Mansurah. Beliau kembali semula ke Parsi setelah mengunjungi Kusman. Pencapaian al-Mas’udi Pencapaian beliau dapat dinilai berdasarkan hasil karya agung yang telah ditulis dan diterbit. Di India, al-Mas’udi melakukan penyelidikan mengenai flora dan fauna. Lokasi kajian beliau di tepi laut berhampiran Combay. Antara bahan-bahan penyelidikan beliau ialah gajah, burung merak, burung kakak tua, buah oren, kelapa dan lain-lain.di Basrah, beliau menetap untuk beberapa waktu dan menulis karya besarnya yang bertajuk Muruj al-Dhabab. Buku ini menceritakan tentang pengalaman peribadi beliau di pelbagai negara. Buku ini diterbitkan di Paris (1861-1877) dan Kaherah (1303 H) sebanyak 9 jilid. Karya al-Mas’udi ini dianggap sebagai sebuah ensiklopedia kerana perbincangannya bermula daripada kejadian manusia hingga ke zamannya. Al-Mas’udi mencatatkan pengalaman dalam Muruj al-Dhabab wa Ma’adin alJawahir Buku Muruj al-Dhabab ini selesai ditulis pada tahun 947 M dan pada tahun 956M, edisi keduanya yang mengandungi 9 jilid diterbitkan di Paris (18611877). Catatan yang terdapat dalam buku ini telah memberikan sumbangan yang besar kepada perkembangan bidang geografi. Al-Mas’udi menulis kitab Akhbar al-Zaman yang dikenali sebagai Annal (catatan sejarah). Kitab ini mengandungi 30 jilid mengenai sejarah umum. Karya beliau yang terakhir ialah kitab al-Tanbih wa al-Ishraf. Kitab ini merupakan penambahan dan melengkapkan karya-karya yang terdahulu. Hasil-hasil karya ini telah berjaya meningkat keintelektualan Islam dan perkembangan tamadun dunia Sumbangan dalam ilmu geografi Sumbangan al-Mas’udi dalam ilmu Geografi tidak terbatas dalam satu aspek tetapi merangkumi geografi manusia dan geografi fizikal. Kitab Muruj al-Dhahab dianggap sebagai sebuah ensiklopedia geografi. Beliau menggabungkan geografi dengan disiplin sejarah untuk menjadikan kajiannya lebih menarik. Al- Mas’udi memberikan beberapa gambaran tentang gempa bumi, perairan Laut Mati dan tajuk-tajuk geologi yang lain. Kajian beliau tentang kincir air di Sijistan merupakan penemuan baru orang Islam.

PENEGASAN ISI Beliau telah berjaya menggabungkan disiplin geografi dengan sejarah dalam karya ini Sumbangan lain ialah pendapat beliau yang menyokong teori Determinisme FAKTA Alam Sekitar iaitu satu tanggapan bahawa faktor persekitaran iaitu iklim yang dipengaruhi oleh planet mempunyai pengaruh yang rapat dengan sikap manusia. Iklim dan persekitaran mempengaruhi perkembangan tingkah laku manusia. HURAIAN/ hasil penyelidikannya adalah mendalam sehingga dapat mengaitkan penduduk di CONTOH kawasan lintang tinggi dipengaruhi oleh bulan dan penduduknya dikatakan panjang umur. Perwatakan dan gaya hidup orang Badwi ada kaitan dengan persekitaran padang pasir yang memerlukan ketegasan, kearifan dan kecergasan tubuh badan. PENEGASAN ISI Beliau juga menggunakan pengetahuan geografinya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelaut. FAKTA Sumbangan dalam ilmu pelayaran Beliau telah menjelaskan dengan tepat arah dan haluan pelayaran. Beliau telah menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelaut dan HURAIAN/ ahli pelayaran tentang kekeliruan mereka dengan nama-nama sungai yang CONTOH mereka lalui dalam pelayaran beliau juga membetulkan kesilapan pelaut-pelaut yang menyatakan setiap laut adalah berasingan. Sebenarnya setiap laut adalah bersambungan seperti Lautan Hindi, Laut China, Laut Parsi. PENEGASAN ISI Dalam bukunya, Muruj al-Dhahab, al-Mas’udi menjelaskan tentang laluan pelayaran bagi bangsa Arab melalui pantai Afrika. Beliau memberi gambaran yang jelas tentang laluan dari Teluk Parsi ke Laut FAKTA China. Beliau telah memperbetulkan tanggapan orang Arab Bahasa Laut Kaspia dan HURAIAN/ Laut Hitam bersambungan. Kedua-dua laut ini tidak bersambungan. Beliau telah CONTOH berjaya menganggarkan jarak di antara benua Eropah dengan benua China iaitu bersamaan dengan separuh daripada lingkungan bumi. PENEGASAN ISI Penemuan-penemuan ini telah memberikan maklumat yang berguna kepada pelaut-pelaut yang melakukan pelayaran. Kesimpulannya, al-Mas'udi bukan sahaja memberikan sumbangan yang besar KESIMPULAN dalam bidang geografi tetapi juga dalam bidang pelayaran dan sejarah. Sumbangan beliau secara tidak langsung memberikan manfaat kepada orang Islam serta memberikan gambaran tentang kemajuan umat Islam.

Related Documents


More Documents from ""