KEM PEMANTAPAN PELAJAR
LAPORAN PROGRAM
KEM PEMANTAPAN PELAJAR TEMPAT: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAKA, 06350 ALOR STAR, KEDAH DARUL AMAN.
TARIKH: 26-28 JUN 2008
ANJURAN: ELECTRICAL & ELECTRONICS ENGINEERING SOCIETY(EEES) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
DENGAN KERJASAMA:
FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK(FKEE), UMP JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI(JHEPA), UMP
1 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”
KEM PEMANTAPAN PELAJAR ISI KANDUNGAN 1
2
M/s
Pendahuluan 1.1
Pengenalan
1.2
Bentuk Program
1.3
Matlamat
1.4
Objektif
1.5
Tema/ Konsep Program
Perjalanan Program 2.1
2.2
2.3
Sebelum 2.1.1
Pemilihan AJK dan Fasilitator
2.1.2
Perancangan Gerak Kerja
2.1.3
Wang Kometmen
Semasa 2.2.1
Hari Pertama 26 JUN 2008
2.2.2
Hri Kedua 27 JUN 2008
2.26
Hari Ketiga 28 JUN 2008
Selepas 2.3.1
Post-Mortem
2 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”
KEM PEMANTAPAN PELAJAR 3
4
Penutup 3.0
Masalah & Langkah Penyelesaian
3.1
Cadangan
3.2
Kesimpulan
Lampiran Kertas Kerja Program Belanjawan Program & Resit Perbelanjaan Tentatif Keseluruhan Program Struktur Organisasi Contoh Surat Gambar Program Lain-lain
3 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”
KEM PEMANTAPAN PELAJAR 1
Pendahuluan 1.1
Pengenalan Pembinaan sebuah Negara bergantung kepada keberkesanan institusi
ilmu mendidik dan melahirkan generasi berkualiti. Namun dengan kepesatan dunia berteknologi masa kini telah mewujudkan jurang pencapaian diantara masyarakat bandar dan masyarakat luar bandar. Masyarakat luar bandar kebanyakan jauh ketinggalan kebelakang dalam hal ilmu pengetahuan. Melihat fenomena pembangunan generasi berintelektual yang tidak seimbang diantara kawasan bandar dan luar bandar telah mencetus kesedaran kepada Electrical & Electronic Engineering Society (EEES) bagi menjalankan satu program kesedaran berkenaan kepentingan ilmu di kawasan luar bandar. Program tersebut ialah Kem Pemantapan Pelajar (KPP). Kem Pemantapan Pelajar merupakan satu program yang dianjurkan oleh Electrical & Electronic Engineering Society (EEES) pada sesi 2007/2008. Program ini telah diadakan pada 26 – 28 JUN 2008 yang lalu. Program ini mendedahkan mahasiswa Universiti Malaysia Pahang dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik kepada komuniti masyarakat luar bandar yang terdiri dari pelbagai kaum. Program Kem Pemantapan Pelajar ini telah akan dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Naka yang terletak di Naka iaitu satu kawasan luar bandar di Negeri Kedah. Program Kem Pemantapan Pelajar mendedahkan mahasiswa kepada budaya masyarakat luar bandar yang terdiri dari kaum melayu, siam (bumiputera), dan cina. Selain memberi peluang kepada mahasiswa menyumbang khidmat dan bakti kepada masyarakat, mahasiswa juga berpeluang menimba dan mengilap kemahiran insaniah (soft skill) masing-masing. Disamping itu, program ini juga menjunjung nama baik Universiti Malaysia Pahang ke luar Negeri Pahang. Seperti kita sedia maklum, dengan usia setahun jagung Universiti Malaysia Pahang dalam Institusi Pengajian Tinggi Awam, kita terpaksa menerima hakikat bahawa nama kita masih belum dikenali di seluruh Malaysia. Atas dasar inilah, program seperti ini wajar diluaskan ke seluruh Malaysia.
4 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”
KEM PEMANTAPAN PELAJAR 1.2
Bentuk Program Program
Kem
Pemantapan
Pelajar
berkonsepkan
motivasi,
pembangunan jati diri, pengukuhan rohani dan pembangunan akademik. 1.3
Matlamat Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar luar bandar
mengenai dunia luar dan halangan yang bakal ditempuhi mereka pada masa akan datang disamping memberi input berguna seperti kaedah merancang pembelajaran dan mencetuskan semangat belajar dalam diri pelajar agar mampu bersaing dengan masyarakat bandar. Selain itu KPP juga berharap mampu memurnikan sahsiah dan menerangkan peranan ibadah dalam konsep kejayaan sebenar. Program ini menyandang niat murni untuk membentuk mahasiswa sebagai modal
insan yang
cemerlang. 1.4
Objektif Antara objektif dan matlamat yang ingin EEES capai menerusi program
ini ialah: 1. Memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki PMR. Motivasi bermatlamat mencetus semangat juang pelajar untuk terus berusaha mengejar cita-cita dan berjaya dalam PMR. 2. Mendedahkan pelajar dengan cara belajar dan perancangan jadual belajar yang berkesan bagi memudahkan pelajar mengurus jadual belajar. 3. Memperkenalkan dan mempromosikan UMP di luar negeri Pahang menerusi program yang memberi impak yang besar kepada masyarakat. 4. Menerapkan sahsiah murni dan penekanan ibadah kepada mahasiswa dan pelajar-pelajar SMK Naka. Pemurnian sahsiah mampu menjana keharmonian masyarakat. 5. Memberi pendedahan kepada pelajar luar bandar mengenai dunia luar.
1.5
Tema/ Konsep Program “ Kecemerlangan spiritual faktor pendorong kegemilangan insan.” 5 “
Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”
KEM PEMANTAPAN PELAJAR 2
Perjalanan Program Bahagian
ini
menceritakan
tentang
perjalanan
program
secara
keseluruhan. 2.1
Sebelum 2.1.1
Pemilihan AJK dan Fasilitator Setiap Majlis tertinggi program dan Ahli Jawatankuasa program dipanggil
oleh pengarah program untuk ditemubual sebelum dilantik sebagai Majlis tertinggi dan AJK program. Pemilihan berdasarkan kesanggupan memikul tanggungjawab dan member komitmen 100%. Fasilitator dipilih melalui sesi temuduga yang diadakan dua bulan sebelum program (April). 2.1.2
Perancangan Gerak Kerja Semua MT dan AJK program berkumpul dan merancang cara
perlaksanaan. Pengarah program membahagikan tugas kepada setiap MT dan AJK. Gerak kerja ditunjuk kepada Penasihat program, Cik Rohana Bt Abdul Karim.
Kemudian satu perjumpaan telah diadakan bersama fasilitator bagi
menerangkan matlamat, konsep dan gerak kerja program. Disamping itu, sesi percambahan idea juga diadakan bagi memastikan modul dapat dijalankan dengan berkesan. 2.1.3
Wang Komeitmen Semua MT, AJK dan Fasilitator bersetuju member wang komitmen
RM10.00.
2.2
Semasa 2.2.1
Hari Pertama 25 JUN 2008 (RABU)
9.45p.m
Bertolak dari UMP menaiki bas UMP dipandu oleh En. Kmil.
6 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”
KEM PEMANTAPAN PELAJAR 2.2.2
Hari Kedua 26 JUN 2008 (KHAMIS)
MENDENGAR KATA ALU-ALUAN DARI PENGETUA DAN MELAWAT KAWASAN SEKOLAH Kami tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Naka
(SMKN) kira-kira jam
10.00a.m. Kami disediakan sarapan pagi nasi lemak. Setelah selesai menjamu selera, kami ke bilik mesyuarat sekolah untuk mendengar alu-aluan dari Tuan Pengetua. Memandangkan kami tiba awal dan sekolah masih dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P), jadi kami dibenarkan melawat kawasan sekolah. Apa yang menariknya di SMKN ini adalah lukisan dinding dan galeri seninya. Lukisan dan hasil seni seperti ukiran kayu dan batik adalah hasil tangan guru seni dan pelajar-pelajar SMKN sendiri. PENDAFTARAN DAN MODUL PERTAMA “ICE BREAKING” 3.00p.m
sesi pendaftaran diadakan di cafeteria sekolah. Seramai 160
orang pelajar mendaftar program. 5.00p.m
Modul pertama “ice breaking” diadakan. Pelajar diarahkan
berkumpul di dalam dewan terbuka sekolah dalam kumpulan berasingan lelaki perempuan. Pelajar diminta berada didalam barisan mengikut kelas. Kemudian pelajarpelajar tersebut dibahagikan kepada 20 kumpulan. Satu kumpulan mempunyai anggota seramai enam atau tujuh orang peserta. setiap kumpulan diberi seorang fasilitator sebangai pemudah cara dan pembimbing kumpulan. Setelah selesai pembahagian kumpulan, aktiviti modul diteruskan dengan setiap fasilitator mengambil peranan terhadap kumpulan masing-masing. Matlamat ice breaking adalah mewujudkan ikatan kemesraan dan silaturrahim antara fasilitator dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar supaya modul yang berikutnya akan mudah dilaksanakan.
7 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”
KEM PEMANTAPAN PELAJAR BENGKEL TAA’RRUF (modul kedua) 10.00p.m
Bengkel Taa’ruf telah dilaksanakan sebagai modul ganti untuk
kegagalan mengadakan sesi ceramah motivasi yang sepatutnya disampaikan oleh Ustaz Yunan bin Samad, Kaunselor universiti Malaysia Pahang. Kegagalan Ustaz Yunan menyertai program ini adalah kerana penundaan tarikh MINDS yang dikeluarkan oleh pihak universiti.
2.26
Hari Ketiga 27 JUN 2008
QIAMULLAIL 4.00a.m
Pelajar-pelajar Muslim dan fasilitator-fasilitator berkumpul di surau
sekolah, Surau Al-Hidayah. Qiamullail diketuai oleh Ustaz Jaafar (Pak Su) yang diundang khas daripada Pusat Inabah No.1 Malaysia yang bertempat di Kuala Nerang Kedah. Setelah selesai melaksanakan solat sunat Tahajjud, solat sunat Hajat, solat sunat Taubat, kami semua solat subuh berjemaah dan seterusnya majlis santapan rohani diadakan. Ustaz Jaafar menyampaikan kuliah yang bertajuk, zikrullah pembersihan hati. Setelah selesai sesi santapan rohani pengarah menyampaikan centerahati kepada penceramah. MODUL WHAT I WANT 9.30a.m.
Modul ini dilaksanakan di dalam kumpulan fasilitator yang telah di
bahagikan semasa hari pertama di SMKN. Fasilitator berperanan memudah cara para pelajar membuat satu graf kehidupan yang mengandungi kenangan masa lalu, keadaan masa sekarang dan impian masa hadapan. Melalui modul ini fasilitator dapat mengenali latar belakang pelajar di dalam kumpulan masing-masing disamping cuba menyesuaicarakan kaedah berkomunikasi dengan pelajar tersebut. Selain itu, modul ini boleh dijadikan perangsang motivasi diri pelajar melalui pencapaian pelajar sebelum ini. Melalui impian masa hadapan pula, fasilitator ditugaskan untuk membuka minda pelajar berkenaan halangan yang bakal ditempuhi pelajar dalam hidupnya dan mendedahkan pelajar dengan peluang-peluang untuk meneruskan pembelajaran masing-masing pada masa akan dating.
8 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”
KEM PEMANTAPAN PELAJAR SEPANTAS KILAT KU BERFIKIR (EXPLORACE ILMU) 3.00p.m.
Modul ini berkonsepkan explorace. Pelajar di beri tugasan untuk
mencari harta tersembunyi, tetapi dalam proses mencari harta tersebut, pelajar perlu menyelesaikan beberapa soalan-soalan yang telah disediakan oleh fasilitator. Soalansoalan tersebut adalah soalan yang berkaitan soalan PMR. Modul ini dilihat sebagai satu cara pembelajaran yang menyeronokkan. SLOT MUHASABAH DIRI 9.30p.m.
Slot muhasabah diri dilaksanakan bagi menimbulkan kesedaran dalaman
para pelajar. Dalam slot ini, pelajar ditayangkan dengan tayangan vedio. Antara vedio dan tujuan ditayangkan ialah:1.
Vedio Kelahiran – Vedio yang memaparkan ibu yang sengsara melahirkan seorang bayi. Tujuan ditayangkan adalah untuk mewujudkan rasa menghargai pengorbanan ibu bapa.
2.
Vedio kemalangan jalan raya – bertujuan mendedahkan pelajar dengan akibat tabiat mat rempit.
3.
Vedio lagu ketuhanan dan keinsafan – supaya pelajar menghayati maksud lagu.
4.
Vedio kematian – menyedarkan pelajar bahawa dunia merupakan bekal untuk akhirat. Setelah tayangan vedio selesai, pelajar diarahkan menulis nama orang yang
disayangi di dalam keluarga masing-masing dan menyimpannya dengan baik. Pada masa yang sama fasilitator merancang mengumpulkan kertas tersebut. Pelajar yang menyerahkan kertas tersebut dianggap telah memasuki perangkap dan fasilitator meneruskan slot muhasabah yang berbentuk ‘clean and clear’ kepada pelajar. Kaedah ini bertujuan mencetus kesedaran dalam diri pelajar secara paksa ketika pelajar dimarahi, pelajar akan mula memikirkan pengorbanan ibu bapa dan insyaAllah mampu member kesan kepada hati pelajar-pelajar. Ketika sesi ini berlangsung, terdapat pelajar yang tampil kehadapan melaungkan janji dan azam mereka sempena PMR yang bakal ditempuhi. Pelajar seterusnya diminta masuk ke dewan terbuka dan diberi kertas yang baru untuk menulis nama orang yang disayangi dan menulis azam masing-masing. 9 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”
KEM PEMANTAPAN PELAJAR 2.27
Hari Keempat 28 JUN 2008
REKACIPTA 8.30a.m.
Modul rekacipta mendedahkan pelajar dengan kerja berkumpulan,
percambahan idea, pemikiran kritis, pemikiran kreatif, dan mengawal tahap kesabaran. Ketika modul ini dijalankan pelajar bertukus lumus menyiapkan sebuah bagunan straw. Straw yang dibekalkan hanya seratus batang. Pelajar ditugaskan membina bagunan yang paling tinggi dan kukuh. Setelah hasil ciptaan yang dihasilkan oleh pelajar siap, sesi penilaian dan pengadilan dilakukan dihadapan semua pelajar. Setelah mendapat keputusan pemenang, sesi perbincangan ringkas dilakukan. Pelajar ditanya kenapa kumpulan itu menang dan kenapa kumpulan ini kalah? Pengarah program memberikan sebabnya kepada pelajar. Sebab-sebab yang diberikan dikaitkan dengan proses pembelajaran. Dimana ketika belajar, seseorang itu perlu menggunakan kemampuan kreativiti, percambahan idea, kumpulan belajar dan ketabahan dan kesabaran yang tinggi demi mencapai matlamat yang dicita-citakan. AKTIVITI MASYARAKAT (Gotong-royong) 11.30a.m.
Membersihkan kawasan sekolah.
MAJLIS PENUTUP 3.00p.m.
ADUN Pedu, Dato’ Mahadzir bin Khalid tidak dapat hadir merasmikan
Majlis Perasmian Penutupan Program Kem Pemantapan Pelajar kerana mengikuti satu majlis Di Raja yang di adakan di Langkawi. Atas sebab yang demikian, majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh En. Jamal Rizal Bin Razali, pengarah bahagian Perkhidmatan Akademik Unversiti Malaysia Pahang. Setelah selesai ucapan perasmian oleh En. Jamal Rizal bin Razali, cenderahati sebagai kenang-kenangan daripada UMP kepada pihak sekolah telah diserahkan kepada Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Naka.
2.3
Selepas 3.3.1 Final Post-Mortem
10 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”
KEM PEMANTAPAN PELAJAR 4.0
Penutup Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak UMP amnya, EEES khasnya kerana sudi membuat program Kem Pemantapan Pelajar di Sekolah
Menengah
Kebangsaan
Naka.
Dengan
terlaksananya
program
seumpama ini, pihak EEES amat berharap peserta program yang terdiri daripada pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) ini akan mendapat kesedaran dan bersemangat untuk menyiapkan diri bagi menempuhi peperiksaan yang bakal ditempuhi tidak lama lagi. Program seperti ini sememangnya wajar diteruskan pada masa akan datang bagi menjana pembentukan generasi yang mampu merancang arah tuju kehidupan masingmasing. 4.1
Masalah & Langkah Penyelesaian Dalam proses perancangan dan perlaksanaan program ini, ada beberapa masalah yang telah timbul antaranya ialah: i)
Kertas kerja lambat diluluskan oleh JHEPA -Melaksanakan hal yang penting terlebih dahulu seperti sponsor, jemputan penceramah dan jemputan perasmi program.
ii)
Kekurangan tenaga kerja -Sesi temuduga terbuka dibuat.
iii)
Duit pendahuluan lambat dimasukkan -Mengunakan duit peribadi dan mengumpul duit komitmen fasilitator.
iv)
Kekurangan kewangan -Memohon sponsor daripada syarikat dan orang perseorangan. Semua AJK diberi tugas mencari seponsor.
v)
Kelemahan pengurusan organisasi -Memandangkan ahli jawatankuasa organisasi program terdiri daripada individu yang belum pernah menguruskan sesuatu program masalah ini sememangnya tidak dapat dielakkan. Jadi anisiatif yang diambil ialah AJK mengurus sambil belajar dengan banyak bertanya kepada individu lain cara menguruskan sesuatu urusan.
11 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”
KEM PEMANTAPAN PELAJAR 4.2
Cadangan Berikut beberapa cadangan pembaikan yang dirasakan patut diambil perhatian daripada mana-mana organisasi yang merancang ingin melaksanakan program yang menyerupai program Kem Pemantapan Pelajar pada masa akan datang: i)
Kertas kerja sewajarnya dihantar lebih awal ke JHEPA sekurangkurangnya
empat
bulan
sebelum
program
dilaksanakan
supaya
perancangan dan pelaksanaan program lebih efektif. ii)
Menyediakan senarai tugas yang detail kepada ahli Jawatankuasa program supaya AJK jelas dengan tugas masing-masing dan boleh merancang jadual pelaksanaan tugasan mereka.
iii)
Mencari sponsor lebih awal. Ini kerana banyak syarikat dan badan yang menyediakan sponsor memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga bulan bagi meluluskan sesuatu surat permohonan sponsor.
iv)
Mengambil duit pendahuluan sebelum program dijalankan. Hal ini sangat penting kerana tanpa duit, perancangan program akan tergendala.
v)
Menyediakan dateline untuk setiap tugasan supaya perancangan berjalan lancar.
4.3
Kesimpulan Program seperti ini patut diteruskan dengan perancangan yang lebih teliti. Skop sasaran juga boleh diperkembangkan supaya ianya lebih efektif. Perancangan jangka panjang juga boleh dirangka supaya matlamat kita lebih jelas. Kesimpulannya, semua pihak wajar member sokongan dalam usaha membentuk generasi yang berkualiti.
12 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”
KEM PEMANTAPAN PELAJAR LAMPIRAN GAMBAR SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG Sesi mengembangan modul
Ucapan aluan daripada Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Naka
Berjalan sekitar SMKN
13 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”
KEM PEMANTAPAN PELAJAR Sesi pendaftaran peserta
Ice breaking
Qiamullail dan santapan rohani
14 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”
KEM PEMANTAPAN PELAJAR Senaman pagi
Mari meneka jawapan (aktiviti masa lapang)
Explorace ilmu
Malam muhasabah diri
15 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”
KEM PEMANTAPAN PELAJAR
Rekacipta
Perasmian penutup
16 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”