Smart School

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Smart School as PDF for free.

More details

  • Words: 3,074
  • Pages: 12
Sekolah Bestari Malaysia ( Malaysian Smart School)

1.0

PENGENALAN Sejak mencapai kemerdekaan, negara kita telah mengalami perubahan yang

pesat dalam sistem pendidikannya. Bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar-dasar pendidikan negara sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi memastikan keberkesanan perlaksanaannya dalam menghadapi alaf baru yang timbul dalam bidang ekonomi, politik dan sosial selaras dengan perkembangan pesat yang sedang berlaku dalam negara. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, iaitu memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat dicapai melalui kepakaran teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif serta bersedia untuk turut serta dalam ekonomi globalisasi. Di samping itu, Falsafah Pendidikan Negara berhasrat utnuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pemangkin ke arah pengubahsuaian ini kerajaan telah mewujudkan Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini bagi memperbaiki sistem pendidikan negara di samping menyediakan tenaga kerja mahir bagi menghadapi cabaran alaf baru. Pengubahsuaian sistem pendidikan memerlukan perubahan dari segi amalan dan budaya di sekolah rendah dan menengah. Sistem pendidikan masa kini perlu berubah dari pembelajaran yang hanya menekankan hafalan kepada pembelajaran merangsangkan pemikiran dan kreativiti, mengambil kira pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar serta memastikan semua pelajar berpeluang untuk membina konsep kendiri. Di samping itu, ibubapa dan masyarakat perlu memainkan peranan yang aktif untuk merealisasikan hala tuju perubahan dalam sistem pendidikan negara. 2.0

SEKOLAH BESTARI : KEMEGAHAN MULTIMEDIA SUPERCORIDOR (MSC) Pengwujudan Sekolah Bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi

Perdana Koridor Raya Multimedia ( MSC ) Malaysia. Berlandaskan ini, hasrat dan matlamat kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah

1

Bestari." Memandangkan betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan generasi akan datang, kerajaan telah mengambil langkah menjadikan penjelmaan Sekolah Bestari sebagai satu daripada tujuh ' flagship application ' dalam projek Mega Koridor Raya Multimedia" ( Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia ). Pada tahun 1999, sembilan puluh buah sekolah perintis akan dijadikan nukleus bagi melaksanakan konsep, bahan pengajaran dan pembelajaran, kemahiran dan teknologi Sekolah Bestari. Dokumen dasar yang asal tentang Sekolah Bestari Malaysia ialah Smart Schools in Malaysia: A Quantum Leap, yang disediakan pada Januari 1997. Dokumen ini ialah asas bagi dokumen The Malaysian Smart School. A Conceptual Blueprint yang disediakan oleh Pasukan Petugas Bersama Industri Kementerian Pendidikan Malaysia. Konsep Sekolah Bestari yang terkandung dalam dokumen The Malaysian Smart School: A Conceptual Blueprint merupakan idea yang terus berkembang berterusan dan sentiasa terbuka kepada perubahan dan kemajuan dalam pedagogi dan teknologi maklumat. Oleh itu, dokumen ini lebih bersifat deskriptif daripada preskriptif. Pasukan Petugas juga menyediakan dokumen The Malaysian Smart School Implementation Plan yang menyediakan pelaksanaan sekolah-sekolah di seluruh negara untuk menjadi Sekolah Bestari.Selain itu, projek Sekolah Bestari menghasilkan lima 'Concept Requests For Proposals' penyelesaian dalam bidang berikut iaitu Bahan Pengajaran dan Pembelajaran, Sistem Penilaian, Sistem Pengerusan Sekolah, Infrastruktur Teknologi dan Integrasi Sistem. Kesemua ini telah dilancarkan serentak pada Julai 1997. 3.0

SEKOLAH BESTARI Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula

secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran, pembelajaran, pengurusan sekolah untuk menyediakan pelajar bagi Zaman Maklumat. Sekolah Bestari berkembang dengan pembentukan staf yang profesional, sumber yang bertambah dan pentadbiran yang cekap. Ini membolehkan sekolah menyesuaikan diri dengan keadaan yang kian berubah. Pelaksanaan konsep sekolah bestari ialah sesuai dengan perkembangan semasa dan bagi tuntutan di masa akan datang khususnya dalam melahirkan pekerja ilmu yang bermaklumat, mahir, berketrampilan dan mempunyai etika yang positif. Pembinaan sekolah yang bertaraf tinggi ini juga dijangka mampu mendidik dan melatih generasi masa kini ke tahap cemerlang dalam semua aspek bagi membentuk 2

masyarakat yang bersifat sains dan berdaya cipta dengan memanfaatkan teknologi terkini serta menyumbangkan pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan. Sekolah Bestari merupakan salah satu konsep sekolah di Malaysia melalui projek Multimedia Super Corridor (MSC). Ianya merupakan salah satu daripada tujuh kemegahan Multimedia Super Corridor (MSC) yang berkepentingan tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran yang berlandaskan ICT-mediated learning initiatives. Konsep ini akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya di mana ianya bukanlah hanya untuk pelajar yang bestari atau smart dari segi pemikiran dan segala-galanya, ianya merupakan cara yang bestari dalam membentuk pelajar yang lemah atau kuat mahupun kaya atau miskin mengikut rancangan pengajaran yang bersesuaian mengikut gaya dan cara pembelajaran yang berlainan. Sekolah Bestari yang terdapat di Malaysia merupakan antara sekolah yang berlainan konsep dengan sekolah-sekolah bestari yang terdapat di negara-negara lain. Ini adalah kerana dua faktor penting yang terlibat dalam sistem pendidikan di Malaysia yang akan berterusan di Sekolah Bestari (Smart School). Pertamanya, Falsafah Pendidikan Malaysia yang menjadi komponen utama kurikulum Sekolah Bestari dan merupakan panduan kepada pendidikan di Malaysia pada hari ini dan selamanya. Seterusnya, nilai-nilai murni yang ditekankan dalam komponen Sekolah Bestari pada masa kini. Sekolah Bestari mula dibincangkan idea mengenai pembentukannya di Malaysia pada tahun 1996 melalui projek yang dikenali dengan nama projek ’Pilot’ yang merupakan hasil idea dan gabungan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan juga Sekolah Bestari Telekom (TSS). Projek ini menelan belanja sebanyak RM 300 juta atau sebanyak USD78 juta. Terdapat 87 buah sekolah di Malaysia yang menjadi keutamaan di bawah projek yang besar ini. Pada peringkat permulaan, empat mata pelajaran yang diutamakan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains telah diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan menggunakan teknologi terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian yang direka oleh Pusat Perkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. 4.0

PERBEZAAN SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BIASA Terdapat tiga perbezaan di antara Sekolah Bestari dan sekolah biasa. Pertama,

Sekolah Bestari akan dihubungkan melalui jaringan kaa akan dapawasan tempatan 3

(LAN) untuk berkongsi maklumat dan komunikasi peringkat dalam sekolah. Kedua, sekolah dihubungkan dengan jaringan kawasan yang lebih luas (WAN) seperti di sekolah-sekolah lain, peringkat daerah, negara serta dunia secara keseluruhannya. Ketiga, Sekolah Bestari juga akan dapat disesuaikan mengikut kehendak guru, pelajar dan pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi. Selain itu, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kurikulum di sekolah bestari ialah dengan menggunakan kemudahan teknologi komputer yang terkini yang mampu untuk memperkembangkan potensi pelajar dalam pelbagai aspek melibatkan intelek, rohani, jasmani dan emosi. Selain itu, Sistem penilaian Sekolah Bestari berbeza daripada sistem sedia ada untuk membantu merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Ia berasaskan unsur dan rujukan kriteria tertentu untuk memberi gambaran holistik dan tepat tentang prestasi pelajar. Guru, pelajar dan ibubapa dapat mengakses butiran penilaian melalui komputer. Penilaian Sekolah Bestari adalah fleksibel dan mudah digunakan, di samping menjamin mutu maklumat penilaian dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan alat. Ia menjurus kepada pensijilan terbuka yang bukan sahaja menunjukkan pencapaian komulatif pelajar, tetapi juga untuk peningkatan berterusan sepanjang hayat. Sekolah Bestari memerlukan bahan pengajaran dan pembelajaran konvensional dan elektronik yang sesuai dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berbagai-bagai. Bahan ini mengambil kira pelbagai keperluan dan kebolehan pelajar

bagi

meningkatkan

keupayaan

dan

potensi

mereka

supaya

lebih

bertanggungjawab menguruskan pembelajaran sendiri. 5.0

MATLAMAT DAN OBJEKTIF SEKOLAH BESTARI Matlamat sekolah bestari ialah meningkatkan mutu pendidikan di sekolah,

membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif dan mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunaan komputer. Selain itu, membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama. Pengajaran Sekolah Bestari berhasrat menjadikan pembelajaran lebih menarik, menggalakkan, merangsangkan dan bermakna melibatkan minda, semangat dan tubuh badan dalam proses pembelajaran, membina asas kemahiran untuk menyediakan kanak-kanak bagi menghadapi cabaran masa depan dan mengambil kira pelbagai keperluan dan 4

kebolehan pelajar. Pedagogi Sekolah Bestari bertujuan menggunakan pelbagai strategi pembelajaran yang sesuai bagi memastikan penguasaan ketrampilan asas dan meningkatkan perkembangan holistik, mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran individu bagi meningkatkan prestasi dan mewujudkan suasana bilik darjah yang bersesuaian dengan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran. Objektif utama pengurusan Sekolah Bestari ialah untuk mengurus sumber dan proses dengan cekap dan berkesan bagi menyokong fungsi pengajaran dan pembelajarn.Pihak pengurusan membantu mengagihkan sumber tenaga manusia yang mahir kepada aktiviti yang lebih bermakna, menjimatkan kos pada jangka panjang,meningkatkan mutu keputusan melalui akses yang lebih baik kepada maklumat dan mempercepatkan proses membuat keputusan. Bagi mencapai objektif ini, pengurusan Sekolah Bestari memerlukan pentadbir profesional yang gigih dan berwibawa serta guru yang dapat menjelaskan matlamat sekolah,memimpin pengajaran di sekolah,memimpin pengajaran di sekolah, dan mampu mendapatkan sokongan padu daripada ibubapa dan masyarakat. Mereka perlu mempererat komunikasi terbuka dengan semua pihak, mengagihkan sumber secara adil dan bijak, mengesan prestasi sekolah berbanding dengan objektif kewangan dan bukan kewangan serta menyediakan suasana persekolahan yang menyokong pembelajaran. Manakala objektif-objektif yang lain ialah menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar, menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan

sumber-sumber

pengajaran

dan

pembelajaran,

meningkatkan

profesionalisme guru, mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat, membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran dan menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan pelajar. Selain itu, objektif Sekolah Bestari juga adalah untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, membangunkan tenaga kerja untuk Zaman Maklumat, menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi, membangunkan intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar, mewujudkan peluang bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan

individu,

meningkatkan

penglibatan

pihak

berkepentingan

dan

mendemokrasikan pendidikan. 6.0

CORAK PEMBELAJARAN SEKOLAH BESTARI Di Sekolah Bestari pembelajaran akan bercorak kearah kendiri mengikut kadar

individu, kesinambungan dan reflektif. Ini akan berlaku dengan adanya pembekalan 5

teknologi pelbagai media dan jaringan meliputi seluruh dunia. Pembelajaran berubah daripada berpusatkan guru kepada yang berpusatkan pelajar. Kurikulum di Sekolah Bestari lebih fleksibel dan terbuka. Kurikulum di Sekolah Bestari dirancang supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial, reflektif, holistik, global, terbuka berdasarkan matlamat. Ini menggalakkan pembelajaran holistik, membenarkan kanakkanak maju mengikut tahap pencapaian masing-masing dan mengambil kira keupayaan, minat dan keperluan pelajar yang berbeza-beza. Kanak-kanak dididik dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, disemai dengan nilai murni dan digalakkan meningkatkan kefasihan berbahasa. Kurikulum Sekolah Bestari dibentuk untuk membentuk pelajar mencapai perkembangan yang seimbang. Pelajar sebagai pembelajar aktif di Sekolah Bestari. Pembelajaran yang berpusatkan budaya berfikir dengan memanfaatkan sumber ilmu oleh teknologi serta menggunakannya secara menyeluruh dan bersepadu dalam berbagai situasi. Sekolah memupuk kemahiran penyelesaian masalah yang kreatif bagi menghadapi situasi baru. Pelajar bertindak dengan berani dalam membuat keputusan dan bertanggungjawab terhadap keputusan itu. Pelajar akan membuat pengembaraan maklumat mengelilingi dunia untuk mencari dan mengumpul data. Pelajar akan dapat mencapai sumber tempatan, kebangsaan dan global. Penjaringan melalui internet juga membolehkan interaksi antara pelajar dan guru-guru yang lain serta orang ramai di seluruh dunia. Dunia pelajar akan diperluaskan melalui perhubungan, pendidikan dan sosial ini. Pembelajaran yang bermakna ini dapat memupuk dan mempertingkatkan segala potensi yang ada pada pelajar secara cekap, ekonomis dan berkesan dengan menggunakan daya fikir, pengetahuan, kemahiran dan teknologi pendidikan era ini dan cabaran masa hadapan memerlukan Sekolah Bestari sebagai wadah ke arah pencapaiannya. Penjaringan mempunyai kelebihan dari segi membolehkan pelajar yang tidak dapat menghadiri sekolah untuk membuat kerja sekolah dari rumah. Ini memberi makna baru kepada idea ketidakhadiran sekolah kerana pembelajaran masih dapat berlaku di luar sekolah. Oleh itu, pelajar perlu diajar strategi untuk menerajui maklumat dengan cekap dan selektif. Usaha berpasukan, kerjasama kumpulan, fleksibiliti, pandangan jauh dan ketrampilan menggunakan bahasa antarabangsa akan juga ditekankan. Sekolah Bestari Malaysia akan mengambil juga konsep inovatif kelas melangkau maya. Sistem sekarang memberi ketegangan kepada pelajar yang lemah dan menghalang kemajuan pelajar pintar. Dalam Sekolah Bestari, teknologi akan 6

memberi fleksibiliti untuk membasmi ketegangan dalam pendidikan. Pelajar yang lebih cerdas akan dapat menyiapkan semua kerja kursus dan penilaian lebih awal daripada tempoh normal. Pelajar yang kurang berupaya akan melalui program asas mengikut kadar pembelajarannya, serta diberi bantuan khas oleh guru. Ini dapat berlaku kerana penubuhan sistem pengeluaran item penilaian yang berpusatkan dari dalam talian. Sistem penilaian fleksibel ini akan membenarkan pelajar dalam satu kelas fizikal untuk bekerja pada aras yang berlainan dalam matapelajaran yang sama, selain membenarkan pelajar terus ke aras yang lain dalam mata pelajaran yang berlainan pada bila-bila masa. Dengan cara ini, pelajar kurang cerdas, yang biasanya diabaikan akan diberi perhatian yang sewajarnya. Guru berperanan sebagai pembimbing di sisi. Guru memberi sokongan psikologi dan galakan. Guru akan bertanggungjawab menyediakan suasana yang menggalakkan pembelajaran ke arah kendiri yang kreatif dan berdikari. Guru akan mengenalpasti matlamat mendefinisikan halatuju bagi pelajarnya, memandu kemajuan pelajar ke arah mencapai matlamat tersebut dan membenarkan pelajar belajar mengikut kadar sendiri. Pelajar akan mendapat perhatian individu dari guru. Komputer akan mengambil alih rutin dan pemyampaian maklumat dan membebaskan guru daripada tugasan pentadbiran yang remeh supaya mereka dapat menumpukan perhatian terhadap aspek pendidikan yang bersifat kemanusiaan. 7.0

KAEDAH PENGAJARAN DI SEKOLAH BESTARI Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran akan digunakan di Sekolah

Bestari. Antaranya ialah strategi inovatif yang berasaskan teknologi seperti perbincangan dengan rakan jauh, pembelajaran jarak jauh, penggunaan data sebagai sumber maklumat, memproses maklumat. Memproses maklumat dan menghubungkan dapatan, merujuk ensiklopedia elektronik, belajar dari courseware elektronik dan komunikasi elektronik. Interaksi pelajar dan guru sama ada dalam kumpulan kecil atau individu masih menjadi sebahagian daripada kursus pengajaran dan pembelajaran. Dengan menumpukan kepada perkembangan individu, guru digalakkan untuk membina kemahiran sosial pelajar dan juga untuk menerap moral dan etika yang baik serta nilai patriotisme. Penggunaan teknologi maklumat sebagai alat akan membolehkan penyimpanan data dan memudahkan pentadbir untuk mendapatkan semula data yang banyak. Ia memudahkan kerja memproses dan menyampaikan hasil yang berkaitan untuk pentadbir membuat keputusan. Ini akan membantu 7

meningkatkan kecekapan, menghapuskan pertindihan dan secara radikal membaiki akses bagi semua yang berkenaan. Dengan pengkomputeran dalam talian pengurusan sekolah, pentadbir akan dapat merancang, mengurus dan menggunakan sumber manusia dan fizikal dengan berkesan. penjaringan akan memudahkan penglibatan ibubapa dan masyarakat dalam rancangan sekolah dan menjadikan mereka rakan kongsi yang berkesan dalam pendidikan anak mereka. Dengan adanya pangkalan data, maklumat tentang pelajar dan guru lebih mudah didapati oleh pihak yang sah. Keperluan kebajikan pelajar dan guru lebih mudah diambil kira dengan pemantauan yang kerap. Pemantauan sistematik kemajuan pelajar akan mengingatkan sekolah tentang bila perlunya tindakan susulan bagi pelajar pintar dan yang kurang pintar. Penilaian berasaskan unsur dan rujukan kriteria tertentu untuk memberi gambaran holistik dan tepat tentang prestasi pelajar. Untuk menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari, guru-guru di sekolah yang dipilih menjadi sekolah bestari, akan diberi latihan dalam perkhidmatan, khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi terkini. Bagi sekolah-sekolah bestari yang ditubuhkan, tenaga pengajar dan pentadbirnya akan dipilih oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolah Bestari di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah aliran dalam perkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Sekolah Bestari ini merupakan sekolah satu-satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-cabaran Wawasan Negara. Sekolah bestari menyediakan pelajar supaya boleh belajar sepanjang hayat dengan mengembangkan kemahiran generik yang membolehkan pelajar memperoleh, menganalisis, menilai, mentafsir, mensintesis dan menyampai atau menyebar maklumat. Kemahiran-kemahiran generik yang perlu dikembangkan ialah kemahiran belajar/Learning skills, kemahiran berfikir/Thinking skills, kemahiran mentaksir dan menilai/Interpreting and evaluating skills, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi/ICT

skills.

Selain

itu,

guru

perlu

kembangkan

kemahiran

pemudahcaraan/Facilitating skills. Di samping itu pula, sebagai guru mestilah mengetahui perkembangan generik pelajar dengan memahami ciri-ciri pelajar, menggunakan pelbagai pendekatan pembelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian. 8

Aplikasi Sekolah Bestari ini memberikan banyak kebaikan kepada masa depan negara, para pendidik, diri pelajar itu sendiri dan juga penradbir pendidikan dalam penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian di mana, segala informasi berada di hujung jari. Hal ini penting bagi setiap individu untuk mempelajari dan memperaktikkan penggunaan teknologi-teknologi terkini dan selaras dengan itu dapat membantu negara mencapai kemajuan seiring dengan Wawasan 2020. Keadaan ini memberi banyak kelebihan kepada pelajar-pelajar dalam penggunaan peralatan yang berteknologi seperti mesin pengimbas elektronik, produk-produk multimedia dan sebagainya. Di samping itu, suasana pengajaran dan pembelajaran akan menjadi semakin menarik dan memberangsangkan dengan adanya bantuan daripada teknologi yang ada. 8.0

LOGO SEKOLAH BESTARI

Logo Sekolah Bestari Malaysia melambangkan

perubahan

dinamik. Ia memaparkan

visi

Kementerian Pendidikan untuk mereka semula secara sistematik sistem pendidikan dengan mengubah budaya dan amalan sekolah-sekolah di Malaysia, bergerak keluar dari pembelajaran berasaskan ingatan kepada pendidikan yang merangsang pemikiran dan kreativiti, membentuk pelajar yang bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka serta membolehkan ibu bapa dan komuniti mengambil bahagian secara aktif. Warna Logo Sekolah Bestari Malaysia mempunyai lambang dan maksudnya yang tersendiri antaranya tulisan berwarna hitam melambangkan pemikiran yang kritis dan kreatif, kuning melambangkan pembelajaran secara optimis ungu melambangkan pengetahuan, putih melambangkan pendemokrasian pendidikan, biru melambangkan 9

pembangunan pendidikan yang menyeluruh bagi pelajar dan merah melambangkan peranan pendidikan sebagai nadi hidup negara. Hal ini juga bersamaan dengan simbol Sekolah Bestari Malaysia di mana setiap bentuk yang diwujudkan mempunyai pengertiannya yang tersendiri. Bentuk hati yang riang membawa maksud “hati para pelajarnya” yang sentiasa di dalam keadaan gembira ketika menimba ilmu di sekolah ini, bentuk lampu bergaya yang sedang menyala membawa maksud “minda pelajarnya”, Bentuk empat segi yang kelihatan peramah melambangkan “perekaan semula Sistem Pendidikan Malaysia”. 9.0

ENAM KOMPONEN SEKOLAH BESTARI Terdapat enam komponen utama dalam sistem Sekolah Bestari yang terdapat

di Malaysia iaitu proses pengajaran dan pembelajarannya yang merupakan jantung atau nadi kepada pembentukan sekolah bestari ini di mana proses-proses pengajaran kurikulum seperti pedagogi, penilaian dan teaching-learning materials (TLMs) sama ada melalui cetakan-cetakan buku, artikel, penggunaan objek-objek 3-D atau penggunaan video atau visual. Proses-proses ini diwujudkan bagi membolehkan setiap pelajarnya dapat menerima ilmu dengan cara yang lebih berkesan dan menarik. Mereka juga berpeluang untuk membentuk nilai-nilai kehidupan dalam diri masingmasing berdasarkan laluan pembelajaran bagaimana yang telah mereka pilih dalam membentuk kehidupan mereka. Komponen kedua adalah pengurusan dan pentadbiran dalam Sekolah Bestari yang dikatakan otak atau tunjang kepada perkembangan sekolah itu tersendiri. Perisian pengurusan telah banyak membantu pengetua dan juga para pentadbir Sekolah Bestari untuk mengendalikan sesebuah pentadbiran itu dengan lebih berkesan dan berkeyakinan untuk menyokong fungsi sistem pengajaran dan pembelajaran yang berjaya. Komponen ketiganya adalah sumber manusia, kemahiran dan juga tanggungjawab yang perlu dipikul oleh ibu bapa, komuniti dan juga sektorsektor swasta yang turut terlibat dalam pelaksanaan sistem Sekolah Bestari ini. Peranan dan penglibatan yang aktif daripada pihak-pihak tersebut amat diutamakan dalam proses meningkatkan lagi tahap pencapaian sekolah. Seterusnya adalah prosesproses dalam penerapan sekolah bestari di mana proses-proses ini masih lagi di titik beratkan bagi memastikan setiap aktiviti dan perancangan yang telah dirancang dalam pengurusan sekolah bestari dapat diterapkan dengan baik dan berkesan. Komponen yang seterusnya adalah teknologi di mana kepentingan teknologi amat diutamakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan dan juga komunikasi dengan 10

pihak-pihak lain. Polisi juga menjadi salah satu komponen dalam sekolah bestari. Ini adalah bagi memastikan penerapannya berjaya dilaksanakan di dalam sistem sekolah bestari. Perubahan dalam polisi yang sedia ada dan juga peraturan-peraturan dan juga pengformulasian semula polisi dan juga peraturan juga di lakukan bagi memastikan impian dan harapan terhadap sekolah bestari berjaya dicapai.

11

RUJUKAN 1.

Diperoleh pada 31 Julai 2009 daripada http://www.msc.com.my/smartschool/downloads/roadmap.pdf

2.

Diperoleh pada 4 Ogos 2009 daripada http://www.geocities.com/fmurni/skbestari.html

3.

Diperoleh pada 4 Ogos 2009 daripada http://www.tmeschool.com/web/wba0018/148

12

Related Documents

Smart School
December 2019 29
Smart School
June 2020 14
Smart School
June 2020 16
Smart School
December 2019 19
Smart School
June 2020 9