Smart School

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Smart School as PDF for free.

More details

  • Words: 3,371
  • Pages: 12
1.0 Pengenalan. Sejak mencapai kemerdekaan, negara kita telah mengalami perubahan yang pesat dalam sistem pendidikannya. Bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar - dasar pendidikan negara sentiasa dikaji dan kurikulum juga diperkemaskan bagi memastikan keberkesanan perlaksanaannya dalam menghadapi alaf baru yang timbul dalam bidang ekonomi, politik dan sosial selaras dengan perkembangan pesat yang sedang berlaku dalam negara. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, iaitu memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat dicapai melalui kepakaran teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif serta bersedia untuk turut serta dalam ekonomi globalisasi. Disamping itu, falsafah pendidikan negara berhasrat untuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pemangkin ke arah pengubahsuaian ini, kerajaan telah mewujudkan Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini bagi memperbaiki sistem pendidikan negara di samping menyediakan tenaga kerja mahir bagi menghadapi cabaran alaf baru yang akan datang. Kemunculan sekolah bestari di Malaysia telah menyebabkan berlakunya satu perubahan dalam pendekatan guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ianya juga merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar sama ada kuat atau lemah mahupun kaya atau miskin bagi mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Pada tahun 1999, sembilan puluh buah sekolah perintis akan dijadikan nukleus bagi melaksanakan konsep, bahan pengajaran dan pembelajaran, kemahiran dan teknologi Sekolah Bestari. Dokumen dasar yang asal tentang Sekolah Bestari Malaysia ialah Smart Schools in Malaysia: A Quantum Leap, yang disediakan pada Januari 1997. Dokumen ini ialah asas bagi dokumen The Malaysian Smart School. A Conceptual Blueprint yang disediakan oleh Pasukan Petugas Bersama Industri Kementerian PendidikanMalaysia. Konsep Sekolah Bestari yang terkandung dalam dokumen The Malaysian Smart School: A Conceptual Blueprint merupakan idea yang terus berkembang berterusan dan sentiasa terbuka kepada perubahan dan kemajuan dalam pedagogi dan teknologi maklumat. Oleh itu, dokumen ini lebih bersifat deskriptif daripada preskriptif.

1

2.0 Maksud Sekolah Bestari Sebenarnya Sekolah Bestari Malaysia merupakan institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu pelajar menghadapi zaman maklumat. Institusi ini melengkapkan pelajar untuk pembelajaran sepanjang hayat. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah dapat membantu pelajar menghadapi era teknologi maklumat. Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah pembudayaan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah melibatkan usaha untuk melengkapkan semua sekolahsekolah KPM dengan infrastruktur, perkakasan, perisian dan aplikasi, latihan guru serta program pengurusan perubahan (change management) yang bersesuaian dan mencukupi. Justeru, pembestarian ini dapat melahirkan pelajar yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced). Langkah ini penting bagi menyediakan seseorang individu untuk belajar sepanjang hayat terutamanya pada zaman maklumat ini kerana maklumat berubah dengan pesatnya di zaman kini. Sekolah Bestari mampu menyediakan individu yang boleh belajar sepanjang hayat dengan cara mengembangkan kemahiran generik seseorang. Cara ini membolehkan pelajar memperoleh, menganalisis, menilai, mentafsir, mensintesis dan menyampai atau menyebar sesuatu maklumat. Pengwujudan Sekolah Bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia. Berlandaskan ini, hasrat dan matlamat kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari. Memandangkan betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan generasi akan datang, kerajaan telah mengambil langkah menjadikan penjelmaan Sekolah Bestari sebagai satu daripada tujuh flagship application dalam projek Mega Koridor Raya Multimedia. 3.0 Perbezaan antara sekolah bestari dengan sekolah biasa Sistem Sekolah bestari adalah berbeza dengan sistem sekolah biasa kerana sekolah bestari menggunakan teknologi sepenuhnya dalam proses pelajaran dan pembelajaran, system pengurusan dan dalam komunikasi dengan kawasan luar. Pelbagai kaedah diperkenalkan dalam usaha mempertingkatkan kualiti pembelajaran pelajar supaya lebih bermakna dan 2

berkesan. Salah satu daripadanya adalah kaedah pembelajaran berbantu komputer. Pembelajaran berbantu komputer adalah satu pendekatan yang berpusatkan komputer untuk tujuan pelajaran dan pembelajaran. Ini dapat dilihat dari segi teknik pengajaran dan hal ini bermakna pelajar menggunakan komputer untuk mempelajari sesuatu secara langkah demi langkah melalui satu sistem program pembelajaran secara terancang. Hal ini berbeza dengan sekolah kebangsaan biasa kerana sekolah kebangsaan biasa tidak menggunakan sistem komputer sepenuhnya dalam urusan seharian terutamanya dalam proses pelajaran dan pembelajaran. Kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah berpusat kepada guru di mana guru berperanan menyampaikan pengajaran di dalam kelas dan didengari oleh pelajar sambil mencatat nota. Kaedah pengajaran satu hala ini menjadikan pelajar sebagai ‘passive learner’ dan hanya bergantung sepenuhnya kepada penyampaian oleh guru. Kaedah ini adalah kurang menarik minat pelajar kerana kaedah penyampaian yang sama akan mewujudkan rasa bosan di kalangan pelajar dimana pada zaman teknologi ini mereka telah terdedah dengan kemajuan teknologi yang sebenar. Selain itu juga, pelajar bukan hanya boleh mendapatkan maklumat melalui guru dan buku teks, tetapi juga boleh mendapatkan maklumat tambahan melalui sistem pengkomputeran. Sekolah Bestari Malaysia akan mengambil juga konsep ‘inovatif kelas melangkau maya’. Sistem sekarang memberi ketegangan kepada pelajar yang lemah dan menghalang kemajuan pelajar pintar. Dalam Sekolah Bestari, teknologi akan memberi fleksibiliti untuk membasmi ketegangan dalam pendidikan. Pelajar yang lebih cerdas akan dapat menyiapkan semua kerja kursus dan penilaian lebih awal daripada tempoh normal. Pelajar yang kurang berupaya akan melalui program asas mengikut kadar pembelajarannya, serta diberi bantuan khas oleh guru. Ini dapat berlaku kerana penubuhan sistem pengeluaran item penilaian yang berpusatkan dari dalam talian. Dengan pengkomputeran dalam talian juga pengurusan sekolah, pentadbir akan dapat merancang, mengurus dan menggunakan sumber manusia dan fizikal dengan berkesan. penjaringan akan memudahkan penglibatan ibubapa dan masyarakat dalam rancangan sekolah dan menjadikan mereka rakan kongsi yang berkesan dalam pendidikan anak mereka. Dengan adanya pangkalan data, maklumat tentang pelajar dan guru lebih mudah didapati oleh pihak yang sah. Keperluan kebajikan pelajar dan guru lebih mudah diambil kira dengan pemantauan yang kerap. Pemantauan sistematik kemajuan pelajar akan mengingatkan sekolah tentang bila perlunya tindakan susulan bagi pelajar pintar dan yang kurang pintar. Penilaian berasaskan unsur dan rujukan kriteria tertentu untuk memberi gambaran holistik dan tepat tentang prestasi pelajar. Ini adalah sangat berbeza dengan sistem yang diamalkan oleh sekolah biasa.selain itu juga, pelajar yang menuntut di sekolah bestari membuat tugasan menggunakan komputer yang diperuntukan untuk setiap 3

kelas, tanpa perlu memberatkan beg membawa buku-buku latihan. Selain diperuntukkan computer untuk setiap pelajar, sekolah ini juga menyediakan setiap pelajar dengan loker untuk menyimpan kerja sekolah bagi mengurangkan beban bag yang berat. Selain itu juga, pelajar sekolah bestari turut didedahkan dengan konsep pembentangan tugasan bagi membiasakan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Hal ini adalah berbeza dengan konsep sekolah biasa kerana mereka hanya bertumpu kepada penyampaian oleh guru mereka sahaja. Apa yang berbeza lagi, pelajar sekolah bestari digalakkan membuat kerja yang diberikan oleh guru mereka dan menghantar tugasan melalui CD kepada guru mereka. Hal ini amat berbeza dengan sekolah biasa kerana pelajar perlu menghantar latihan yang dibuat di dalam buku latihan kepada guru mereka. Selain itu juga, pembelajaran di sekolah bestari adalah bercorak kendiri, kurikulumnya lebih bersifat fleksibel dan terbuka jika dibandingkan dengan sekolah biasa. Dari segi pengurusan pula, sekolah-sekolah bestari menggunakan perisian khas yang bertujuan untuk merekodkan segala data mengenai murid dan guru dari segi kehadiran, penggunaan kemudahan komputer ataupun makmal, kewangan, perpustakaan dan sebagainya. Penyepaduan kemasukan data ke pangkalan data yang sedia ada memudahkan proses pencarian, penyimpanan dan pengurusan data yang efektif dapat dilakukan oleh pihak sekolah. Penggunaan teknologi maklumat sebagai alat akan membolehkan penyimpanan data dan memudahkan pentadbir untuk mendapatkan semula data yang banyak. Ia memudahkan kerja memproses dan menyampaikan hasil yang berkaitan untuk pentadbir membuat keputusan. Ini akan membantu meningkatkan kecekapan, menghapuskan pertindihan dan secara radikal membaiki akses bagi semua yang berkenaan.Hal ini adalah berbeza dengan sekolah biasa kerana mereka tidak menggunakan kemudahan secara menyeluruh. Sebagai contoh, dari segi kehadiran murid. Guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah biasa terpaksa mengambil kehadiran anak muridnya secara manual setiap hari kerana mereka hanya disediakan dengan rekod kedatangan pelajar sahaja dan begitu juga dengan rancangan mengajar yang perlu disediakan sebelum memasuki kelas. Apa yang membezakan lagi antara sekolah bestari dengan sekolah biasa adalah Sekolah bestari akan dihubungkan melalui jaringan kawasan tempatan untuk berkongsi maklumat melalui telekonferensing, pengkalan data dan mel elektrik. Sekolah bestari juga dihubungkan melalui jaringan kawasan yang lebih luas (WAN) seperti di sekolah-sekolah lain, peringkat daerah, negara serta dunia secara keseluruhannya. Sekolah bestari juga akan dapat disesuaikan mengikut kehendak guru, pelajar dan pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi. Penilaian Sekolah Bestari adalah fleksibel dan mudah digunakan, di samping menjamin mutu maklumat penilaian dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan 4

alat. Ia menjurus kepada pensijilan terbuka yang bukan sahaja menunjukkan pencapaian komulatif pelajar, tetapi juga untuk peningkatanberterusan sepanjang hayat. Sekolah Bestari memerlukan bahan pengajaran dan pembelajaran konvensional dan elektronik yang sesuai dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berbagai-bagai. Bahan ini mengambil kira pelbagai keperluan dan kebolehan pelajar bagi meningkatkan keupayaan dan potensi mereka supaya lebih bertanggungjawab menguruskan pembelajaran sendiri. 4.0 Objektif sekolah bestari. Objektif Sekolah Bestari Malaysia adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah termaktub dalam sistem pendidikan di negara kita. Sistem penilaian Sekolah Bestari adalah berbeza daripada sistem sedia ada. Ia berasaskan unsur dan rujukan kriteria tertentu untuk memberi gambaran holistik dan tepat tentang prestasi pelajar. Guru, pelajar dan ibubapa dapat mengakses butiran penilaian melalui komputer. Penilaian Sekolah Bestari adalah fleksibel dan mudah digunakan,di samping dapat menjamin mutu maklumat penilaian dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan juga alat. Ia menjurus kepada pensijilan terbuka yang bukan sahaja menunjukkan pencapaian komulatif pelajar, tetapi juga untuk peningkatan berterusan sepanjang hayat.

Sekolah Bestari memerlukan bahan

pengajaran dan pembelajaran konvensional dan elektronik yang sesuai dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berbagai-bagai. Bahan ini mengambil kira pelbagai keperluan dan kebolehan pelajar bagi meningkatkan keupayaan dan potensi mereka supaya lebih bertanggungjawab menguruskan pembelajaran sendiri. Objektif utama Sekolah Bestari di Malaysia ialah bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual,sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Selain itu juga, objektif seterusnya ialah untuk membangunkan tenaga kerja untuk zaman maklumat ini dan bagi menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi selaras

dengan

pemkembangan

teknologi

maklumat.

Objektif

seterusnya

ialah

membangunkan intelek, rohani, emosi dan jasmani para pelajar di Malaysia dan mewujudkan 5

peluang bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan setiap individu serta untuk meningkatkan penglibatan pihak yang berkepentingan dan mendemokrasikan pendidikan.

5.0 Matlamat sekolah bestari. Pembestarian sekolah merupakan salah satu strategi untuk membangunkan modal insan yang terdapat dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (Perkara 5 PIPP). Pembestarian pendidikan adalah suatu proses berterusan ke arah pembudayaan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi supaya kualiti pengajaran dan pembelajaran, pengurusan dan kompetensi guru meningkat. Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidik perlu mengintegrasikan dan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pelajaran dan pembelajaran bagi melahirkan modal insan yang mampu berdikari, berdaya saing, berdaya berfikir, berdaya maju serta dapat menghadapi cabaran globalisasi pada Abad Ke-21). Selain itu, sekolah bestari juga bermatlamat untuk menghasilkan kurikulum yang bermakna, menyeluruh, global, terbuka, berasaskan matlamat, mementingkan teknologi, tanggungjawab sosial individu, mengambil kira kepelbagaian budaya di negara kita dan menggalakkan pelajar untuk berfikiran kreatif. 6.0 Peranan dalam mencapai obkektif dan matlamat sekolah bestari. 6.1 Peranan guru. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam menjayakan program sekolah bestari ini. Para guru ini perlu memberi perhatian yang mendalam kepada perkembangan semasa teknologi maklumat dan segala perubahan yang berlaku. Mereka juga perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh secara berterusan dalam mendidik anak-anak bangsa walaupun para pelajar ini lebih berminat ke arah kerjaya bukan akademik seperti menjadi seorang penyanyi atau ahli sukan. Mereka juga perlu melangkah lebih jauh setapak tentang penggunaan sistem portal dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menjadikannya lebih menarik seperti perancangan dalam pengajaran dan juga membuat jadual pembelajaran menggunakan dalam talian. Mereka juga perlu memupuk pemikiran para pelajar sekarang supaya pemikiran dalam kalangan mereka seimbang supaya mereka tidak ketinggalan dek arus pemodenan. Guru akan memainkan peranan sebagai fasilitator atau pembimbing di sisi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak lagi dianggap sebagai pencurah maklumat sahaja tetapi melibatkan diri dalam membimbing serta mendorong 6

pelajar menjadi pintar dan bestari. Guru pintar diperlukan bagi melahirkan pelajar pintar. Guru perlu memainkan peranan baru bagi membebaskan mereka daripada keperluan menjadi sumber pengetahuan sahaja. Guru akan membantu pelajar menentukan matlamat, merancang jadual belajar dan menentukan kesesuaian strategi pengajaran dan pembelajaran. Tegasnya, guru dianggap sebagai model dan contoh serta penggalak ke arah kejayaan pelajar kerana kejayaan itu ditentukan oleh pelajar sendiri. Selain itu, tugas guru adalah mempertingkatkan kualiti diri dengan menambahkan ilmu pengetahuan terutamanya berkaitan dengan hala tuju kehidupan yang menjadi prinsip serta ilmu-ilmu yang berkaitan dengan penggunaan teknologi semasa. Penggunaan teknologi maklumat akan memudahkan guru menyimpan rekod pelajar, menilai kerja, membuat rancangan mengajar serta pemberian markah yang cepat dan efisien. Alat-alat penyimpanan dan pengeluaran maklumat seperti CD-ROM , pengkalan data, dan sebagainya apabila digabungkan dengan “courseware” akan membolehkan pembelajaran diadakan dalam masa yang singkat dengan kadar pengekalan yang lebih tinggi. Banyak kerja berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dalam masa yang singkat dan kerja berkenaan lebih bermutu. Guru akan mengenalpasti matlamat mendefinisikan halatuju bagi pelajarnya, memandu kemajuan pelajar ke arah mencapai matlamat tersebut dan membenarkan pelajar belajar mengikut kadar sendiri. Pelajar akan mendapat perhatian individu dari guru. Dengan menumpukan kepada perkembangan individu, guru digalakkan untuk membina kemahiran sosial pelajar dan juga untuk menerap moral dan etika yang baik serta nilai patriotisme. Komputer akan mengambil alih rutin dan pemyampaian maklumat dan membebaskan guru daripada tugasan pentadbiran yang remeh supaya mereka dapat menumpukan perhatian terhadap aspek pendidikan yang bersifat kemanusiaan. Kesemua ini akan tercapai sekiranya guru memainkan peranan seperti yang dikehendaki oleh sesebuah sekolah bestari. 6.2 Peranan ibubapa. Dalam mencapai objektif sekolah bestari, ibu bapa harus memainkan peranan yang penting dalam menyokong segala usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah demi kebaikan dan kemajuan anak-anak. Dengan cara melibatkan diri dalam segala aktiviti-aktiviti yang dilakukan akan membantu pihak sekolah untuk mencapai objektif serta matlamatnya untuk melahirkan seseorang individu yang berjaya dalam semua aspek.

7

6.3 Peranan pelajar. Pelajar memainkan peranan sebagai pembelajar aktif di Sekolah Bestari. Pembelajaran yang berpusatkan budaya berfikir dengan memanfaatkan sumber ilmu oleh teknologi serta menggunakannya secara menyeluruh dan bersepadu dalam berbagai situasi. Sekolah memupuk kemahiran penyelesaian masalah yang kreatif bagi menghadapi situasi baru. Pelajar bertindak dengan berani dalam membuat keputusan dan bertanggungjawab terhadap keputusan itu. Pelajar akan membuat pengembaraan maklumat mengelilingi dunia untuk mencari dan mengumpul data. Pelajar akan dapat mencapai sumber tempatan, kebangsaan dan global. Penjaringan melalui internet juga membolehkan interaksi antara pelajar dan guru - guru yang lain serta orang ramai di seluruh dunia. Oleh itu, objektif dan matlamat sekolah bestari sudah tentunya dapat dicapai secara menyeluruh. 7.0 Kemahiran yang perlu ada bagi guru dalam memainkan peranan efektif dalam pendidikan sekolah bestari. Dewasa ini, pelbagai teknologi telah dicipta bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan sistematik. Oleh yang demikian, guru pada zaman millennium ini perlu mempunyai kebolehan dan pengetahuan yang seiring dengan pemodenan Negara bagi menyenangkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru perlu menjadi penuntut ilmu sepanjang masa. Mereka perlu belajar tentang dunia teknologi bagi membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Para guru perlu mempunyai ilmu tentang teknologi maklumat, bahasa terutamanya bahasa Inggeris kerana kebanyakan laman sesawang menggunakan sepenuhnya bahsa Inggeris. Mereka juga perlu mempunyai ilmu tentang sains dan teknologi dan kemahiran social iaitu interpersonal dan intrapersonal, serta mereka juga perlu juga mahir berkomunikasi bagi menyenangkan mereka. Selain itu juga, mereka merupakan pekerja ilmu sepenuh masa bagi berbakti kepada nusa dan bangsa. Mereka menjadi agen perubahan dalam sesuatu perubahan yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru perlu mengubah mengubah daripada stail pengurusan dan kepimpinan yang bersifat yang autokratik kepada demokratik. Mereka perlu berasaskan perkara-perkara seperti mengubah daripada strategi pemusatan guru kepada pemusatan murid dan mereka perlu bersikap terbuka secara proaktif dan bersedia untuk menghadapi perubahan. Para guru ini juga menjadi agen sosialisasi, iaitu 8

mereka berperanan dalam proses memupuk kebiasaan atau nilai dan aturan dari satu generasi ke generasi lainnya dalam sebuah kelompok atau masyarakat. Guru mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat dan boleh menggunakan statusnya untuk menyebarkan nilainilai positif kepada ahli masyarakat. Mereka juga merupakan penilai kepada pelajar-pelajar. Mereka perlu menilai dengan seadil-adilnya perkembangan pelajaran pelajar-pelajar bagi melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran yang serba boleh dalam jasmani, emosi, rohani dan juga intelek mereka. Mereka juga merupakan pengamal kemahiran, seseorang guru mempunyai peranan yang mat berat, rumit dan mencabar. Pembangunan insan dan Negara terletak di atas pundak kaum guru. Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika dunia kini menjadi ‘global village’, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadi semikin mendadak. Justeru itu, guru-guru perlu dan harus sentiasa mengemaskinikan serta mempertingkatkan ilmu pengetahuan masing-masing. Dalam perkembangan berkaitan, Islam bukan sekadar mengajurkan umatnya mencari atau metuntun ilmu malah penyebaran ilmu juga menjadi kewajipan. Shahril atau Charil Marzuki et. Al.(1993) menegaskan guru sebagai pengamal ilmu, mempunyai peranan serta tanggungjawab sosial iaitu mereka merupakan perancang, fasilitator dan pengurus pembelajaran, penyampai ilmu pengetahuan, pembentuk akhlak, pembimbing, contoh teladan atau menjadi model kepada pelajar-pelajar di sekolah. Menurut Mohd. Idris Jauzi(1990) untuk membolehkan pendidik memainkan peranan berkesan dan positif sebagai pengamal dan penyampai ilmu, guru haruslah secara berencana dan berterusan iaitu mereka harus mempersiapkan diri dari segi pelbagai ilmu; berusaha membersihkan diri dari segi sahsiah menerusi ibadah-ibadah asas; mereka juga harus meningkatkan kecekapan, ketajaman dan keterampilan diri dalam melaksanaan tugas dan interaksi dengan masyarakat. Mereka juga perlu melaksankan tugas sebagai guru dengan sebaik mungkin dan menawarkan khidmat bakti dan kepimpinana dalam kehidupan bermasyarakat serta mereka perlu menjadikan sekolah selaku geduh ilmu dan jemaah ilmuan sebagai pusat pendidikan anggota masyarakat. Pendidik yang berkualiti ialah pendidik yang dapat menguasai kandungan kurikulum yang telah disediakan oleh pihak kerajaan, mahir dan berterampilan dalam pedagogi iaitu pengajaran dan pembelajaran, dan mereka perlu memahami perkembangan pelajar dan menyayangi mereka seada-adanya. Selain itu juga, para guru perlu memahami psikologi pembelajaran dan memiliki kemahiran kaunseling serta menguasai teknologi terkini. Mereka juga dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan

9

penyelidik mutakhir dan boleh bekerjasama dengan rakan-rakan sejawat dan orang lain, serta para guru juga perlu memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik. 8.0 Penutup. Pengajaran Sekolah Bestari berhasrat menjadikan pembelajaran lebih menarik, menggalakkan, merangsangkan dan bermakna melibatkan minda, semangat dan tubuh badan dalam proses pembelajaran bagi membina asas kemahiran untuk menyediakan kanak-kanak bagi menghadapi cabaran masa depan dan mengambil kira pelbagai keperluan dan kebolehan pelajar. Komponen kurikulum dalam Sekolah Bestari secara keseluruhannya merangkumi pelabagai objektif, termasuklah membantu perkembangan individu secara menyeluruh, mengintergrasikan pelbagai pengetahuan dan kemahiran, melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, nilai, kemahiran dan sikap untuk berjaya serta beberapa matlamat yang lain. Bagi mencapai objektif Sekolah Bestari proses dalamannya perlu diselaraskan sebagai suatu sistem. Sistem yang sempurna membolehkan bekalan input yang sesuai menghasilkan output yang dikehendaki seperti kesediaan pelajar untuk melanjutkan pelajaran,atau penyertaan yang aktif dan produktif di kalangan tenaga kerja. Inisiatif Sekolah Bestari menawarkan peluang yang unggul untuk menilai semula sistem persekolahan sedia ada, mengenal pasti masalah dan mencari penyelesaian terbaik dengan bantuan teknologi.Berdasarkan komponenkomponen tersebut, adalah jelas bahawa pelajar-pelajar yang lahir melalui Sekolah Bestari sudah tentu mempunyai kemahiran-kemahiran yang menyeluruh. Pengetahuan dan pelbagai kemahiran itu nanti akan membentuk serta melahirkan seorang pelajar yang berwibawa dan Berjaya dalam semua aspek. Pelaksanaan Sekolah Bestari adalah amat bertepatan dengan zaman masa kini yang cukup dikenali sebagai zaman ledakan teknologi maklumat. Kerajaan atau Kementerian Pendidikan terutamanya sememangnya pandai menggunakan kesempatan ini bagi membuat perubahan kepada sistem pendidikan di negara kita. Apa yang pasti, pelaksanan sistem ini bukan sahaja akan menguntungkan para pelajar, malah akan menaikkan martabat pendidikan negara kita amnya. .

10

Bibiliografi Arthur Jupong.(2009). Guru dan Alam Pendidikan. Diperoleh pada Ogos 11,2009 daripada http://www.slideshare.net/arthurjeo/4-guru-dan-alam-pendidikan Goh Soon Gaik.(2009). Pengurusan Bilik Darjah:Mengajar. Diperoleh pada Ogos 11, 2009 daripada http://smkputeri.edu.my/Muat%20Turun/PTK/Pengurusan%20kelas.ppt Utusan Malaysia.(2008). Memanfaatkan ICT di Sekolah Bestari. Diperoleh pada Ogos 11,2009 daripada http://www.aspirasidigital.net.my/inittemplate03.asp? newsID=16&tt=news

11

Utusan Malaysia. (2005). Bestari Lebih Pantas Daripada Manual?. Diperoleh pada Ogos 11,2009 daripada http://www.tutor.com.my/tutor/fokus/4_b.htm Webmaster. (2007). Perspektif Bestari. Diperoleh pada Ogos 12,2009 daripada http://www.myqalam.net/didik/ Tengku Zawawi bin Tengku Zainal.(2002). Konsep sekolah Bestari Sekolah Malaysia. Diperoleh pada Ogos 12,2009 daripada http://metos2004.250free.com/curriculum/sbconcept.htm ( ).(2005) .The Smart School RoadMap 2005-2020: An Educational Odyssey.Diperoleh pada Julai 14,2009 daripada http://www.msc.com.my/smartschool/downloads/roadmap.pdf

12

Related Documents

Smart School
December 2019 29
Smart School
June 2020 14
Smart School
June 2020 16
Smart School
December 2019 19
Smart School
June 2020 9