Slide Fiqh Atikah.pptx

  • Uploaded by: atikah
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Slide Fiqh Atikah.pptx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,091
  • Pages: 20
PENGURUSAN KONFLIK, PERKHIDMATAN KAUNSELING, PENGURUSAN TALAK DAN FASAKH Disediakan Oleh : NOR ATIKAH BINTI ZUHARI 8 PISMP RBT 2

PENGURUSAN KONFLIK Apakah konflik dalam keluarga?  Konflik berlaku apabila terdapat ahli-ahli keluarga yang tidak bersetuju mengenai sesuatu perkara dalam kehidupan mereka.

Punca Konflik Yang Timbul Dalam Keluarga 1. Kurang kefahaman terhadap tanggungjawab sebagai suami/ayah dan isteri/ ibu dan anak 2. Kurang bijak menguruskan masa

3. 4. 5. 6. 7.

Ekonomi keluarga yang kurang mantap Mengabaikan pendidikan agama Campur tangan keluarga Kahwin paksa Perubahan hidup

Strategi Untuk Mengatasi Konflik Keluarga 1. 2. 3. 4. 5.

Mendengar Memujuk Melibatkan orang tengah Mengutamakan yang utama Khidmat nasihat yang profesional

PERKHIDMATAN KAUNSELING Khidmat kaunseling di unit Perundangan Keluarga (UPK) adalah suatu program yang disediakan kepada pasangan suami isteri yang

mengalami konflik dalam rumahtangga.

LANGKAH-LANGKAH PERKHIDMATAN KAUNSELING

Borang Aduan • Klien akan mengisi borang aduan khas yang disediakan oleh Unit Perundangan Keluarga. • Maklumat-maklumat yang dikehendaki adalah meliputi butiran diri pihak yang mengadu dan yang kena adu, seperti nama, alamat, nombor kad pengenalan, taraf pendidikan, bilangan anak dan sebagainya. • Beberapa dokumen penting perlu disertakan iaitu salinan kad pengenalan dan salinan sijil nikah atau sijil rujuk. • Pengadu juga perlu menyatakan masalah yang dihadapi di dalam ruangan yang telah disediakan di dalam borang. • Selepas itu pengadu dikehendaki menandatangani borang tersebut sebelum diserahkan kepada kaunselor atau mana-mana wakil kaunselor.

Proses Panggilan • Borang yang telah diterima oleh kaunselor akan disemak untuk tandatangan pengadu, kemudian akan direkodkan ke dalam Buku Daftar Aduan (BDA). • Kaunselor akan meneliti dan mengenal pasti masalah pengadu atau klien itu berdasarkan kenyataan pengadu di ruangan yang telah disediakan. • Setelah itu, satu fail akan dibuka sementara menetapkan tarikh panggilan. • Kaunselor akan mencatatkan butiran penting pengadu seperti nama, alamat, masalah, cadangan dan tindakan atau sebarang catatan yang berkaitan. • Panggilan akan dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh fail dibuka.

Menghantar Surat kepada Pengadu dan Pasangan Pengadu • Surat panggilan akan dihantar kepada Pihak Yang Mengadu (PYM) dan Pihak Yang Kena Adu (PKA) atau boleh juga dihubungi melalui telefon. • Tujuan surat panggilan dihantar adalah sebagai peringatan dan undangan kepada mereka yang menghadiri sesi kaunseling pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Sesi Kaunseling • Sesi kaunseling akan dijalankan berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan. • Sekiranya salah seorang daripada PYM atau PKA atau kedua-duanya tidak dapat hadir dengan sebab, kaunselor akan menetapkan semula temujanji pada tarikh yang lain. • Jika kedua-duanya tidak hadir untuk sesi kaunseling tanpa sebarang sebab, kes akan dianggap selesai selepas enam bulan dan fail akan ditutup. • Sekiranya kedua-duanya hadir di dalam sesi kaunseling yang telah ditetapkan, sesi kaunseling akan dijalankan mengikut garis panduan khidmat nasihat dan arahan kerja yang telah digariskan. • Menurut Akmala Md. Amin (2008), ketika membuat pertemuan dengan klien dalam sesi, pegawai yang bertugas akan memberi penerangan dahulu sejauhmana klien faham apa makna kaunseling dan rundingcara agar klien tidak salah anggap apabila klien datang sesi kaunseling atau rundingcara atau khidmat nasihat. • Apabila klien sudah tahu perjalanan itu dinamakan kaunseling atau tidak, barulah pegawai yang bertugas akan memulakan sama ada rundingcara atau kaunseling.

• Apabila kes-kes yang dikendalikan dapat diselesaikan, maka fail tersebut akan ditutup. • Namun begitu seandainya kaunseling atau nasihat yang dibuat menemui jalan buntu, maka kes tersebut dirujuk kepada Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk (PNCR). • Sebarang tindakan yang dilakukan adalah bergantung kepada keputusan atau rumusan perundingan yang dibuat berdasarkan persetujuan klien. • PNCR akan mengarahkan semula kaunselor untuk tindakan semula sekiranya rumusan kaunseling telah dibuat. • Menurut Akmala Md. Amin (2008) lagi, dalam kes yang memerlukan sesi ulangan, terdapat juga klien yang datang dan enggan datang. • Kadangkala dalam satu keadaan, klien mempelihatkan di dalam sesi pertama bahawa mereka tidak akan datang, atau mereka mengemukakan alasan-alasan tertentu. • Apabila berlaku perkara sedemikian, Unit Perundangan Keluarga meanggap mereka yang enggan datang ini mugkin sudah damai kerana sekiranya mereka tidak lagi berdamai dan tidak boleh menyelesaikan masalah buat sementara waktu, mereka akan datang juga mendapatkan khidmat bantuan di UPK

Penutupan Fail • Sekiranya hasil kaunseling merumuskan kes tersebut dapat didamaikan atau diselesaikan, fail kes hendaklah ditutup atau ditangguhkan persetujuan klien. • Dan sekiranya hasil rundingan merumuskan kes tersebut perlu dipanjangkan ke mahkamah, PNCR akan mengarahkan kaunselor menaipkan satu laporan kaunseling untuk pemohon mendaftarkan kesnya ke mahkamah. • Ia akan dibuat dan diserahkan kepada klien untuk didaftarkan ke mahkamah mengikut permohonan mereka.

PENGURUSAN TALAK Pengertian Talak ( Perceraian ) · Dari segi bahasa: - melepaskan ikatan perkahwinan •· Dari segi istilah: • - melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz cerai, talak atau seumpamanya oleh suami kepada isteri.

LAFAZ TALAK 1. Kinayah - Lafaz yang boleh jadi bermaksud talaq dan lain daripadanya, talaq tidak akan jatuh melainkan dengan niat cerai

• Cthnya: Kamu baliklah ke rumah ibubapa kamu atau Saya bebaskan kamu. 2. Sarih (nyata) Lafaz yang jelas menunjukkan maksud talaq atau cerai maka talaknya jatuh walaupun tanpa niat. • Cthnya: Saya ceraikan kamu. Atau Saya ceraikan kamu dengan talak 1 atau 2 atau 3.

3. Taklik Lafaz cerai oleh suami yang dikaitkan dengan sesuatu perkara

• Cthnya : - Jika kamu keluar rumah ini, maka kamu tertalaq - Apabila kamu balik ke rumah ibubapa kamu maka jatuhlah talak. - Manakala saya berjudi lagi maka jatuhlah talak kamu. 4. Talak Khulu - Perceraian dengan bayaran yang dipersetujui di antara suami dan isteri. • Cthnya: Saya ceraikan awak dengan RM1000.00 ringgit.

LANGKAH-LANGKAH MENGELAKKAN PENCERAIAN • Menghayati tuntutan Agama ( ibadat ) dan musyawarah • Amalkan sifat-sifat terpuji • Memahami emosi pasangan

• Tunaikan hak dan tanggungjawab pasangan • Mengamalkan sikap saling bermaafan • Memberi perhatian dan penghargaan • Mengelakkan daripada menggunakan perkataan yang memutuskan perkahwinan • Mengamalkan komunikasi berkesan • Memberi keutamaan kepada pasangan dan keluarga • Mewujudkan mawaddah dan rahmah

PENGURUSAN FASAKH Pembubaran perkahwinan disebabkan oleh sesuatu keadaan yang diharuskan oleh hukum syarak dengan kuasa (hakim) Mahkamah

Sebab-sebab Yang Membolehkan Fasakh • Suami menghilangkan diri selama tempoh 1 tahun atau lebih • Suami mempunyai penyakit berjangkit seperti Aids • Suami cuai memberi nafkah selama tiga bulan ( * Rujuk Enakmen negeri-negeri berkaitan ) • Murtad • Suami dengan sengaja tidak memberi nafkah batin selama 1 tahun • Suami dipenjarakan selama 3 tahun • Suami menganiaya / menzalimi isteri • Suami berperangai keji • Membuat kehidupan isteri menderita • Melupuskan harta isteri / menghalang isteri mengurus hartanya • Tidak melayan isteri dengan adil • Menghalang isteri melakukan perintah Agama

Implikasi Fasakh • Tidak mengurangkan bilangan talak • Pasangan tidak boleh rujuk (kecuali dengan akad perkahwinan yang baru sekalipun isteri masih dalam iddah) • Isteri wajib beriddah

• Berhak mendapat tempat tinggal dalam masa iddah

Syukran

Related Documents

Slide Fiqh Atikah.pptx
April 2020 36
Fiqh
November 2019 66
Slide
December 2019 39
Slide
May 2020 34
Slide
November 2019 48
Slide
May 2020 42

More Documents from ""