Skrip Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2009. Tarikh : 17 Ogos 2009 Tempat: Dewan Teknokrat, SMTKK Masa : 2.00 – 5.10 petang. BIL SEGMEN 1 Pelajar dan guru berkumpul 2.00-2.30 ptg
SKRIP Assalamualaikum w.b.t , salam merdeka dan salam 1 Malaysia. Pada hari ini, kita berkumpul di Dewan Teknokrat ini demi satu tujuan yakni untuk menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan Negara kali ke-52. Pada hari ini kita akan bersama-sama menjayakan majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan dengan pelbagai acara menarik antaranya: i) ii) iii) iv)
Tayangan dokumentari “Detik Kemerdekaan 1957” Tayangan Perdana filem “Bukit Kepong”. Peraduan kuiz berkaitan filem Bukit Kepong. Cabutan bertuah.
Sementara kita menantikan ketibaan tuan pengetua kanan. Sama-samalah kita menghayati alunan lagulagu patriotik sebagai halwa telinga. 2
Ketibaan Pengetua Kanan 2.30-2.35 ptg
Assalamualaikum w.b.t Para pelajar dan guru dipersilakan berdiri bagi menghormati ketibaan Tuan Pengetua Kanan, para penolong kanan dan para guru. i) ii)
Nyanyian lagu ‘Negaraku’ Nyanyian lagu ‘1 Malaysia’(lagu tema)
Para hadirin dijemput duduk. 3
Tayangan dokumentari ‘Detik Kemerdekaan 1957”
Assalamulaikum w.b.t Kepada Tuan Pengetua Kanan SMTKK, Tuan Haji Abd Aziz bin Samshuddin, Penolong Kanan, En Abdul Rahim b Jailani, Penolong Kanan HEM, En Jamal bin Syed Ramly, Penolong Kanan
CATATAN
2.35-2.40 ptg (Durasi : 4:30)
Kokurikulum, En Rosli bin Ahmad Ramly, Guruguru Kanan, Para Ketua Panitia, Ketua-ketua Bengkel, Pengurus Projek Sambutan Bulan Kemerdekaan, guru-guru, para pelajar dan hadirin sekalian. Tuan-tuan dan puan-puan. Dengan tema kemerdekaan “1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”. Kini, kita telahpun merdeka selama 52 tahun. Pada usia 52 tahun kemerdekaan negara pelbagai peristiwa pahit manis telah negara kita lalui. Pelbagai cubaan dan cabaran telah kita rempuhi dengan semangat satu Malaysia. Meskipun telah jauh kita berjalan , namun janganlah kita melupakan sejarah perjuangan generasi terdahulu. Sebagai tanda kita mengingati dan menghargai perjuangan generasi lama marilah kita saksikan dan menghayati tayangan dokumentari “Detik Kemerdekaan 1957” sebagai pembuka majlis.
4
Bacaan Doa 2.40-2.45 ptg
5.
Begitulah tadi tayangan dokumentari “Detik Kemerdekaan 1957” sebagai pembuka minda. Semoga kita dapat menghayati dan menghargai detik tersebut sebagai detik penting dalam sejarah negara. Untuk memberkati majlis kita pada petang ini dijemput al fadhil ustaz Ahmad Salman Untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Al fadhil ustaz. Ucapan Hadirin yang dihormati pelancaran Bulan Kini kita sampai ke acara seterusnya. Majlis Kemerdekaan. dengan segala hormat menjemput tuan Pengetua Kanan SMTKK, Tn Hj Abd Aziz bin Samshuddin untuk memberikan sepatah dua kata dan seterusnya 2.45-3.00 ptg melancarkan Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah bagi tahun 2009. dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada tuan Pengetua Kanan kerana sudi menyempurnakan pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah tahun 2009. Semoga dengan itu, akan bersemaraklah semangat cintakan negara pada
6
Tayangan perdana filem “Bukit Kepong”
setiap sanubari warga SMTKK. Hadirin sekalian.
Kini kita sampai kepada acara kemuncak pada hari ini dengan tayangan perdana filem “Bukit Kepong”. Marilah kita sama-sama saksikan dan 3.00-4.30 hayati filem arahan dan lakonan Tan Sri Jins petang Shamsuddin ini. Saya ingin mengingatkan kepada para hadirin semua jawapan kepada soalan kuiz (durasi : 1 jam kita pada hari ini terdapat di dalam filem ini. 30 minit) Malahan saya juga ingin mewarwarkan bahawa pada hari ini juga kita akan membuat cabutan bertuah selepas tayangan filem ini. Tiket cabutan bertuah itu merupakan borang kuiz yang akan hadirin hantar selepas tayangan nanti.
7
Ucapan Pengurus Projek Bulan Kemerdekaan 4.30-4.45 ptg
8
Cabutan bertuah. 4.45-5.00 ptg
Begitulah tadi hebatnya filem Bukit Kepong. Diharapkan filem tersebut memberikan kesan kepada hati kita untuk lebih menghargai kemerdekaan yang sedang kita kecapi kini. Hadirin sekalian, Seterusnya, majlis mempersilakan pengurus projek sambutan Bulan Kemerdekaan untuk memberikan sedikit makluman kepada hadirin berkenaan pengisian program sepanjang Bulan Kemerdekaan pada tahun ini. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada cikgu Syed Zaman atas maklumat tadi. Maka marilah kita sama-sama menjayakan setiap program yang telah pihak sekolah sediakan untuk pelajar sekalian. Kini kita sampai kepada acara yang ditunggutunggu, yakni acara ‘Cabutan Bertuah’. Untuk itu majlis menjemput Penolong Kanan, En Abdul Rahim Jailani untuk mengiringi Tuan pengetua kanan untuk menyempurnakan majlis. Dipersilakan. Dipersilakan tuan pengetua untuk mencabut 3 borang bertuah murid dan 3 borang bertuah guru. Cabutan Bertuah : i) 3 cabutan bertuah murid. ii) 3 cabutan bertuah guru. Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua dan Penolong Kanan.
9
Penutup dan bersurai. 5.00-5.10 ptg
Begitulah tadi meriahnya majlis sambutan “Bulan Kemerdekaan” ingatlah ini baru sahaja permulaan. Diharapkan sambutan ini akan sentiasa bersemangat dan hangat sepanjang sambutan bermula pada hari ini hinggalah pada penutupnya pada...........September. Sebagai penutup majlis, hadirin dipersilakan berdiri untuk kita sama-sama menyanyikan dengan penuh semangat lagu ‘Tanggal 31’ yang dipopularkan oleh allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad dan lagu ‘Jalur Gemilang.’ Dipersilakan.