Sistem Kejurulatihan Kebangsaan

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sistem Kejurulatihan Kebangsaan as PDF for free.

More details

  • Words: 2,091
  • Pages: 8
SISTEM PERLESENAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN (NATIONAL COACHING LICENSING SYSTEM) 1

Pengenalan Tahun 2006 merupakan tahun yang penting dalam sejarah kemajuan bidang kejurulatihan. Di bawah bimbingan dan nasihat Lembaga Kejurulatihan Kebangsaaan (LKK), beberapa pelan tindakan telah dikemukakan untuk pembangunan bidang kejurulatihan di negara ini. Antaranya adalah Kelulusan Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke atas Perlaksanaan Skim Pekerjaan Jurulatih Kebangsaan berkuatkuasa pada 1 Julai 2006 yang memperlihatkan adanya satu skim gaji dan elaun yang menarik bagi jurulatih tempatan yang ingin menceburi bidang kejurulatihan secara penuh masa ataupun sambilan. Dalam masa yang sama Bahagian Kejurulatihan juga membangunkan Sistem Pelesenan Kejurulatihan Kebangsaan bagi memastikan jurulatih yang mempunyai kelulusan di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) dapat menikmati imbuhan yang ditawarkan pada Skim Pekerjaan tersebut. Konsep Sistem Perlesenan Kejurulatihan Kebangsaan ini telah diperkenalkan kepada semua Persatuan Sukan Kebangsaan dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Maka tibalah masanya dilaksanakan supaya semua jurulatih yang bertauliah di negara ini dapat didaftarkan di bawah pengkalan data Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan (PJPK) dan seterusnya diberi pengiktirafan yang sewajarnya.

2

Apakah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK)? SPKK adalah suatu piawai kebangsaan bagi pengiktirafan kelayakan kejurulatihan. Program ini dapat menyediakan pendidikan bersistematik (Tahap I, II dan III) bagi keperluan jurulatih dengan membekalkan kursuskursus secara progresif dengan tujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para jurulatih. SPKK mengandungi tiga komponen asas : i)

Kursus Sains Sukan Pengajaran tentang prinsip-prinsip asas kejurulatihan dan sains sukan yang dikendalikan oleh Bahagian Kejurulatihan, Institut Sukan Negara (ISN)

1

ii)

Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik Ceramah dan pengajaran amali tentang kemahiran sukan spesifik, teknik dan strategi kejurulatihan yang dikendalikan oleh Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan (PSK)

iii)

Latihan Amali (Praktikum) Selepas menghadiri kursus kejurulatihan sukan spesifik, calon perlu menyerahkan laporan kejurulatihan setelah mengambil bahagian dalam latihan amali kejurulatihan yang dikelolakan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan masing-masing dalam tempoh masa 3 hingga 6 bulan.

2.1

Sijil Penuh SPKK Kursus sains sukan dan kejurulatihan sukan spesifik SPKK mengandungi tiga tahap pembelajaran. Sijil penuh SPKK yang diiktiraf dan lengkap bagi setiap tahap akan diperolehi oleh jurulatih setelah beliau selesai menyempurnakan kedua-dua kursus sains sukan dan sukan spesifik serta telah melaksanakan latihan amali (Praktikum) di tahap yang berkaitan. Sebagai contoh, jurulatih yang lulus Tahap I Sukan Spesifik PSK dan Tahap I Sains Sukan MSN/ISN serta telah menjalani latihan amali (praktikum) sukan spesifik akan di beri pengiktirafan Sijil Penuh SPKK Tahap I. Oleh kerana SPKK melangkah secara progesif, maka para jurulatih dikehendaki lulus Tahap I sebelum dibenarkan mengambil kursus Tahap II dan seterusnya. Berikut adalah tajuk utama dalam silibus kursus SPKK.             

Sains Sukan Peranan Sains Sukan Perancangan Periodisasi Latihan Peranan Jurulatih Komunikasi Berkesan Perkembangan Kemahiran Analisis Kemahiran Keselamatan & Kecederaan Sukan Perkembangan & Tumbesaran Fisiologi Senam Persediaan Fizikal Psikologi Kejurulatihan Pemakanan dalam Sukan Biomekanik dan lain-lain

Sukan Spesifik dan Praktikum  Sejarah  Organisasi Sukan  Peraturan/Undang-undang Permainan  Peralatan  Falsafah Kejurulatihan  Kod Etika Kejurulatihan  Metodologi Pengajaran  Perancangan Latihan Mengajar  Teknik / Kemahiran sukan  Taktik & Strategi  Kecergasan Sukan Spesifik  Sains Sukan Gunaan

2

2.2

Yuran dan Jangkamasa Kursus Sains Sukan SPKK : Sains Sukan Tahap I Tahap II Tahap III

Yuran Kursus RM 75.00 RM 150.00 RM 250.00

Jangkamasa Kursus 28 Jam 32 Jam 40 jam

Dengan mempunyai Sijil Penuh bagi setiap tahap SPKK, seseorang jurulatih akan meningkatkan diri sepanjang kerjayanya sebagai jurulatih bertauliah. Cadangan : Para jurulatih dinasihatkan mengambil Kursus Sains Sukan SPKK terlebih dahulu sebelum meneruskan ke Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik PSK. Cara ini dapat membantu mereka memperolehi pengetahuan secara meluas mengenai prinsip-prinsip asas kejurulatihan dan sains sukan sebelum bergerak maju membentuk kemahirankemahiran kejurulatihan sukan spesifik. SPKK adalah penting sebagai langkah pertama ke arah mendaftarkan diri dalam senarai pengkalan data Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan yang dikendalikan oleh Bahagian Kejurulatihan. Hanya jurulatih yang mempunyai sijil penuh SPKK sahaja layak untuk memohon lesen kejurulatihan. 3

Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan (PJPK) Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan (PJPK) adalah pengkalan data bagi jurulatih SPKK yang bertauliah dan telah memperolehi sijil penuh sekurang kurangnya Tahap I Sains Sukan SPKK dan Tahap I Sukan Spesifik dengan praktikumnya. Jurulatih yang merupakan ahli PJPK hendaklah sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang kejurulatihan serta kemahiran sukan tertentu menerusi Program Pembelajaran Berterusan Jurulatih (PPBJ). Melalui program PPBJ ini, jurulatih dapat memperbaiki diri mereka dengan menyertai pelbagai aktiviti peningkatan ilmu yang dapat membantu mereka memperolehi teknik dan kaedah terkini dalam bidang kejurulatihan. Maka PJPK merupakan tempat himpunan semua jurulatih yang bertauliah dan berwibawa. Lebih penting lagi, PJPK adalah mercu jaminan kualiti jurulatih di mata masyarakat.

3

3.1

Bagaimana Caranya Memohon Jurulatih Berlesen (Prosedur) ? Permohonan mestilah melalui Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) masingmasing untuk tujuan pengesahan. Setelah itu PSK akan menghantar permohonan tersebut ke Sekretariat Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan di Bahagian Kejurulatihan dalam masa dua minggu. Borang permohonan (Lampiran II) boleh didapati di Bahagian Kejurulatihan atau layari laman web di http://www.nsc.gov.my/nsc/coaching. Kemasukan dalam senarai Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan diperolehi dengan memenuhi keperluan-keperluan tersebut: i) ii) iii) iv)

Memperolehi Sijil Penuh SPKK Bagi sukan air, jurulatih wajib mempunyai Sijil Bantu Mula (dengan CPR) yang masih sah. Umur permohonan ialah 18 tahun ke atas. Pas kerja atau permit kerja sebagai jurulatih asing yang sah.

Kad Keahlian akan dikeluarkan kepada jurulatih yang layak dalam masa dua minggu selepas permohonan diterima dari PSK. Surat rasmi akan dihantar kepada jurulatih yang berjaya dan kad keahlian ini hendaklah diambil sendiri di Bahagian Kejurulatihan dalam tempoh masa tiga bulan. 3.2

Memperbaharui Keahlian Keahlian boleh diperbaharui dengan syarat-syarat berikut : I. Telah memenuhi keperluan Program Pendidikan Berterusan Jurulatih (PPBJ) (Sila rujuk penerangan tentang PPBJ) II. Mematuhi Kod Etika Jurulatih (Lampiran I) III. Wajib bagi jurulatih Sukan Air : Mempunyai Sijil Bantu Mula (dengan CPR) yang sah (Optional kepada sukan lain). IV. Mempunyai pas pekerjaan atau permit kerja sebagai jurulatih yang sah dari Jabatan Imigresen Malaysia (bagi jurulatih luar negara sahaja) Setelah mematuhi syarat-syarat di atas jurulatih hendaklah menghantar borang permohonan bersama dengan Buku Log Sistem Perlesenan Kejurulatihan Kebangsaan dan Sijil-sijil Kehadiran yang disahkan untuk memperbaharui keahlian dengan PJPK sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh tamat tempoh keahliannya. Bahagian Kejurulatihan bertanggungjawab menilai dokumen-dokumen yang dihantar bagi tujuan memperbaharui permohonan tersebut. Yuran untuk memperbaharui kad keahlian adalah RM 10.00. sekiranya kad keahlian tidak dituntut dalam tempoh masa yang diberikan, surcaj sebanyak RM 10.00 akan dikenakan. 4

4.

Program Pendidikan Berterusan Jurulatih (PPBJ) Tujuan PPBJ adalah untuk menggalakkan jurulatih sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran tentang kejurulatihan. Melalui peningkatan ilmu pengetahuan yang terkini, jurulatih dapat menyampaikan cara latihan yang bermutu tinggi mengikut tahap-tahap tertentu. Untuk membaharui keahlian jurulatih di dalam Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan (PJPK), jurulatih hendaklah mengumpul jumlah bilangan jam/hari pembelajaran dengan menghadiri aktiviti-aktiviti peningkatan ilmu kejurulatihan. ISN, MSN dan PSK akan membantu, mengenalpasti dan mengelolakan aktiviti-aktiviti tersebut untuk jurulatih serta memuat naik ke dalam takwim kejurulatihan supaya senang dirujuk dan mudah dilayari dalam laman web Bahagian Kejurulatihan.

4.1

Apakah Program Pendidikan Berterusan Jurulatih (PPBJ)? PPBJ merupakan platform bagi jurulatih meningkatkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dalam bidang Kejurulatihan supaya mereka menjadi jurulatih yang lebih cekap, mahir dan berpengetahuan. Program ini diperkenalkan kerana ISN yakin dengan adanya pengetahuan dan kaedah-kaedah latihan terbaru yang diperolehi, jurulatih dapat menyampaikan aktiviti kejurulatihannya dengan baik dan berkesan. Di bawah penubuhan baru Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan (PJPK), semua jurulatih yang berdaftar dengannya dikehendaki mengumpulkan bilangan jumlah jam ataupun hari pembelajaran dengan menghadiri aktiviti-aktiviti pendidikan kejurulatihan secara berterusan. Peranan utama ISN dalam PPBJ adalah mengenalpasti dan mengelola aktiviti-aktiviti yang berguna seperti kursus, konferen, seminar, klinik dan lain-lain lagi aktiviti pendidikan untuk peningkatan pengetahuan dan kemahiran jurulatih. ISN akan bekerjasama dengan MSN, PSK serta pertubuhan yang lain untuk mengendalikan PPBJ yang komprehensif untuk jurulatih. Objektif utama program ini ialah memastikan jurulatih mendapat peluang-peluang pembelajaran bagi meningkatkan kepakaran mereka.

4.2

Pengumpulan Bilangan Jam / Hari Pembelajaran PPBJ merupakan satu elemen utama bagi Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan kerana ianya memerlukan jurulatih untuk meningkatkan keupayaan mereka secara berterusan bagi menjamin dan mengawal mutu kejurulatihan yang tinggi. 5

Keahlian Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan (PJPK) ialah selama tiga tahun. Semasa menjadi ahli, seseorang jurulatih dikehendaki memenuhi syarat PPBJ. Terdapat empat jenis status ahli di dalam PJPK: Aktif

Merujuk kepada jurulatih yang telah memenuhi syarat-syarat serta kriteria yang ditetapkan oleh PJPK dan pembaharuan keahlian diperlukan dalam masa tiga tahun. Tidak Merujuk kepada jurulatih yang telah memenuhi syarat-syarat Aktif dan kriteria yang ditetapkan oleh PJPK, tetapi tidak memenuhi syarat keperluan membaharui keahlian, iaitu gagal memperolehi himpunan bilangan jam/hari pembelajaran yang minima. Keluar Merujuk kepada jurulatih yang gagal memenuhi syarat-syarat dari dan kriteria membaharui keahlian yang ditetapkan oleh PJPK Senarai setelah setahun dari tempoh luput keahliannya. Namanya akan dikeluarkan dari senarai PJPK Gantung Merujuk kepada jurulatih yang telah melanggar Kod Etika Jurulatih atau pun dalam penyiasatan, bergantung kepada Badan Penyiasat Lembaga Disiplin. Kemasukan semula menjadi ahli berdaftar bergantung kepada kes demi kes. Untuk memastikan status “AKTIF” dalam PJPK, jurulatih hendaklah mempunyai himpunan bilangan jam ataupun hari pembelajaran (bergantung kepada tahap persijilan) dalam jangkamasa tiga tahun seperti beikut :Tahap 1 2 3

Masa Pembelajaran Dikehendaki 60 jam 90 jam 120 jam

Hari Pembelajaran Dikehendaki 10 hari 15 hari 20 hari

Himpunan jumlah bilangan jam atau hari pembelajaran yang boleh diambil kira dalam pendidikan kejurulatihan 4.3

Pendidikan Jurulatih Pendidikan jurulatih merujuk kepada aktiviti–aktiviti pendidikan atau pembelajaran yang mempunyai hubungkait dengan kejurulatihan. Pendidikan ini juga merangkumi penyebaran pengetahuan dan kemahiran dari seorang jurulatih kepada jurulatih-jurulatih lain melalui bengkel, symposium, seminar dan konferen atau persidangan. Berikut adalah contoh-contoh aktiviti pembelajaran dan pengajaran pendidikan kejurulatihan seperti :-

6

I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII. IX. X.

Menghadiri program mengenalpasti bakat (TID) Menghadiri program kejurulatihan pembangunan sukan. Menghadiri kursus-kursus kejurulatihan prestasi tinggi. Menghadiri kursus pendek / klinik / seminar / ceramah Sains Sukan. Menghadiri kursus kepegawaian / pengadil dan lain-lain. Menghadiri kursus “Sports Trainer”, perubatan sukan dan lain-lain. Mengendalikan kursus-kursus berkaitan bidang kejurulatihan. Memberi ceramah di seminar dan bengkel kejurulatihan. Pembentangan kertas kerja di persidangan dan seminar. Penyumbang artikel dalam jurnal, berita atau buku penerbitan yang relevan (imbuhannya 1-2 hari). XI. Menghadiri mana-mana persidangan sukan antarabangsa, simposium, seminar, bengkel dan kursus-kursus kejurulatihan dan lain-lain di luar negara.

Aktiviti-aktiviti di atas merupakan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran pendidikan kejurulatihan, ianya tidak berakhir di situ sahaja malah banyak lagi aktiviti lain boleh diterokai. Untuk sebarang keterangan lanjut, jurulatih hendaklah menghubungi pihak ISN atau PSK untuk mendapat kepastian. 5.

Kenapa Jurulatih Perlu Berdaftar di bawah PJPK ? Sebagai seorang jurulatih yang berdaftar, anda lebih diutamakan kerana mempunyai syarat yang diperlukan seperti bertauliah, berkemahiran, berketrampilan dan telah memenuhi keperluan pemilihan yang ketat. Yang paling penting, anda telah menunjukkan sikap profesionalisma dalam kejurulatihan, ini telah membezakan anda dengan jurulatih lain yang tidak berdaftar dengan PJPK.

5.1

Keistimewaan Yang Diperolehi oleh Ahli Berdaftar PJPK : I. Sebagai jurulatih yang berdaftar dengan PJPK, anda akan diiktiraf sebagai jurulatih kebangsaan yang berdaftar. Ini akan meningkatkan kredibiliti anda sebagai seorang jurulatih bertauliah. II. Anda berpeluang mendapat maklumat dan menambahkan pengetahuan serta kemahiran sukan melalui kursus jangka pendek, ceramah, seminar dan bahan-bahan ilmiah anjuran ISN & MSN. III. Anda akan diberi potongan yuran penyertaan (20-50%) atau kadar yuran penyertaan istimewa untuk menghadiri seminar dan konferen kelolaan ISN & MSN. IV. Anda akan mendapat potongan yuran penyertaan (5-20 %) bagi kursus jangka pendek, seminar dan konferen yang dikelolakan oleh institusi gabungan ISN & MSN.

7

V. Anda juga akan menikmati potongan harga untuk menjadi ahli Perpustakaan ISN & MSN. VI. Anda boleh mempamerkan pengalaman dan kelulusan anda di bidang kejurulatihan di laman web Bahagian Kejurulatihan, ini akan membuka ruang yang lebih luas mengenai diri anda untuk diketahui oleh orang ramai. VII. Anda akan menikmati publisiti melalui ISN di samping meningkatkan imej dan status jurulatih di bawah Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan. VIII. ………… dan banyak lagi akan menyusul. Anda boleh mencetak di kad perniagaan atau memasukkan ke laman web yang anda adalah seorang jurulatih berdaftar dengan PJPK dan seterusnya anda diiktiraf sebagai jurulatih yang bertauliah dan berwibawa. 5.2

Keistimewaan bagi Majikan yang Mempunyai Jurulatih yang berdaftar dengan PJPK: I. Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan memberi khidmat panduan yang penting dengan menyediakan senarai jurulatih yang berdaftar dalam pelbagai sukan bagi memudahkan orang ramai memilih jurulatih yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti Kejurulatihan. II. Jurulatih berlesen perlu mematuhi Kod Etika Jurulatih untuk memastikan mereka mengamalkan budaya kerja dan tingkahlaku positif dalam sukan. III. Masyarakat akan lebih yakin dengan jurulatih berdaftar dengan PJPK kerana mereka semua telah diperakui oleh ISN. IV. Masyarakat dapat mengetahui tentang jurulatih PJPK yang berdaftar dengan melayari lawan web kejurulatihan ISN.

Disediakan oleh : Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan Untuk keterangan lajut, sila hubungi Bahagian Kejurulatihan Institut Sukan Negara Komplek Sukan Negara Bukit Jalil, Sri Petaling 57000 Kuala Lumpur Tel : 03-89929701 Faks : 03-89966203 8

Related Documents