Sistem Kardiovaskular a. Huraikan mengenai system kardiovaskular Sistem kardiovaskular adalah suatu sistem organ yang berfungsi memindahkan zat ke dan dari sel. Sistem ini juga menolong menstabilkan suhu dan pH tubuh Ada tiga jenis sistem kardiovaskular, tanpa sistem sirkulasi, sistem sirkulasi terbuka, dan sistem sirkulasi tertutup.Komponen dalam kardiovaskular terdiri daripada jantung, paru-paru, salur darah, darah dan otot. Merupakan komponen yang terpenting dalam profil fisiologi manusia Juga dikenali sebagai VO2max (didefinisikan sebagai kapasiti penggunaan oksigen yang maksimum oleh badan semasa melakukan aktiviti fizikal.
*Sistem kardiovaskular manusia, arteri berwarna merah dan vena berwarna biru Fungsi Sistem Kardiovaskular 1.Penghantar-Menghantar oksigen dan nutrient ke setiap sel di dalam badan melalui darah yang dipam oleh jantung. 2.Pengeluar-Mengeluarkan karbon dioksida dan sisa hasil metabolism daripada setiap sel dalam badan 3.Pengangkut-Mengangkut hormone dari kelenjar endokrin ke sel-sel sasaran melalui plasma darah. 4.Pengekal-Membantu mengekalkan suhu dalam badan. 5.Penghalang-Menghalang dehidrasi dan infeksi dengan mengekalkan tahap cecair pada kadar yang sesuai.
6.Sistem Peredaran Darah i-Peredaran Pulmonari ii-Sistem Peredaran Sistemik
b. Jelaskan mengapa sistem ini begitu penting dalam profil seorang atlit Sistem kardiovaskular yang merangkumi denyutan jantung, peredaran darah dan menambah kekuatan otot .Semasa aktiviti fizikal dijalankan banyak asid lakfik akan terkumpul. Asid lakfik menyebabkan otot dan badan berasa letih. Walau bagaimanapun, keletihan ini dapt diatasi dengan meningkatkan kecekapan jantung, peredaran darah dan sistem respirasi. Daya tahan kardiovaskular merujuk kepada keupayaan jantung dan salur darah membekalkan oksigen kepada sel-sel badan semasa aktiviti fizikal dijalankan. Kecergasan kardiovaskular berkaitan dengan daya tahan kardivaskular, kecergasan respiratori, kecergasan aerobik. Semua ini merupakan aspek kecergasan terpenting. Asas kepada sebarang aktiviti fizikal juga faktor utama yang boleh mengurangkan risiko individu dari penyakit kardiovaskular. Contohnya seperti penyakit jantung, penyakit hipokinetik, penyakit lain dan kematian awal. Kardiovaskular cergas meningkatkan kebolehan melakukan sebarang tugas. Didefinisikan sebagai keupayaan jantung, saluran darah dan paru-paru mengedar oksigen ke otot-otot secara berterusan dalam jangka masa yang lama semasa melakukan aktiviti fizikal. Berkaitan dengan efisiensi dan keupayaan system kardiovaskular mengepam dan menyalurkan darah beroksigen ke seluruh tubuh secara berterusan bagi membolehkan seluruh anggota tubuh bekerja dalam tempoh masa yang panjang. Tahap kecergasan meningkat apabila keupayaan daya tahan kardioveskular melebihi tahap purata kapasiti aerobik. Kapasiti aerobik- Konsep yang digunakan untuk menggambarkan status fungsi system digunakan untukmenggambarkan status fungsi system c. Berikan contoh –contoh bagi menjelaskan jawapan anda dalam bahagian (b.) Kecerdasan fizikal untuk kemahiran dalam prestasi sukan dan permainan merujuk kepada keupayaan seseorang untuk bertanding dalam sukan dan permainan dengan mempunyai tenaga, daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta ketepatan untuk mencapai tahap kecemerlangan. Apabila aktiviti sukan dilakukan, nadi akan menjadi pantas dan nafas lebih laju. Ini bermakna sistem kardiovaskular sedang digunakan.
Pelari pecut memerlukan ketahanan kardiovaskular yang tinggi untuk masa yang singkat. Pelumba basikal jarak jauh memerlukan ketahanan kardiovaskular yang stabil sepanjang kayuhan. Perenang memerlukan ketahanan kardiovaskular yang tinggi dan stabil untuk mengawal penafasan dan suhu badan didalam air. Bagi ahli sukan bina badan, pembentukan otot tidak akan terhasil dengan mengangkat berat atau bebanan sahaja, malah pembakaran lemak badan juga perlu dibantu dengan senaman kardiovaskular.
d. Huraikan satu kaedah latihan yang sesuai untuk melatih sistem ini Latihan di pusat gymnasium adalah antara yang terbaik untuk melatih sistem kardiovaskular. Latihan angkat berat yang berbeza mengikut bahagian badan tertumpu sama ada lengan, kaki, bahu dan lain-lain lagi, amat baik untuk mendapat kebaikan keseluruhan. Pilih beberapa corak latihan termasuk lari setempat atau melompat -
Mulakan dengan yang tidak terlalu berat untuk menguji tahap ketahanan badan agar tidak berlaku kecederaan Berat latihan boleh ditambah tetapi adalah lebih baik memilih untuk melakukan latihan yang agak lama. Terlalu berat boleh memenatkan dan memendekkan masa latihan Pilih masa untuk satu satu latihan (contohnya 2 minit untuk latihan lengan) sebelum menukar ke latihan lain (contohnya 2 minit untuk latihan kaki) dan tukar pula ke lari setempat selama beberapa minit Ulang 1-3 kali untuk melengkapkan sesi latihan Bergantung kepada ketahanan fizikal, denyutan nadi dan jenis sukan diceburi perlu dititik beratkan dalam memilih corak latihan dan masa diperlukan
Latihan begini amat baik kerana mengabungkan kekuatan fizikal, pengawalan nafas, melatih jantung untuk menstabil denyutan, sistem rembesan peluh dan melatih agar stamina berpanjangan.