Sistem Ekonomi Sosialis Islam

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sistem Ekonomi Sosialis Islam as PDF for free.

More details

  • Words: 380
  • Pages: 2
Sistem Ekonomi Sosialis & Islam

The excerpts below are from Nik Nazmi's latest post. note: I do not fully agree, with everything he says in the post. Orang Melayu Yang Sudah Ke Oxford Atau Menjadi Anak Menteri - Mereka Sewajarnya Mampu

Bersaing

Dengan

Rakyat

Malaysia

Yang

Lain.

Bukan mendapat pinjaman secara mudah ataupun saham-saham Bumiputera. Sekarang orang UMNO sahaja yang membolot begitu banyak saham, rumah murah dan kontrak. Itu pun yang menguasainya pemimpin UMNO sahaja, ahli di bawah cuma mendapat sisasisa.

Saya setuju orang Melayu merupakan majoriti yang terpinggir, maka sudah

semestinya merekalah akan menjadi penerima utama bantuan ini - (Agenda Ekonomi Malaysia). Kedua, kita juga harus berlaku adil kepada rakyat Malaysia yang lain. Zainal perlu sedar, Islam jauh mendahului tamadun Barat apatah lagi ideologi sosialis atau liberal (pandangan sosialis dan liberal juga tidak diulas Zainal, apatah lagi bezanya idea sosial demokrat yang terus bertahan berbanding sosialis) dari sudut pandangan kesaksamaan manusia. Ketegasan Islam dalam kesamarataanlah yang menjadi antara kunci perkembangan

pesat

Islam

sehingga

zaman

kegemilangan

tamadun

Islam.

Oleh sebab itu, anjuran berlaku adil kepada semua bukanlah sesuatu yang berasal dari Eropah, tetapi sebahagian dari ajaran Islam. Oleh sebab itu, prinsip membantu golongan yang tersisih tanpa mengira kaum juga selaras dengan ajaran agama kita. Saya setuju masih banyak perlu dilakukan untuk integrasi kaum. Saya berharap golongan bukan Melayu dapat memikirkan cara-cara memartabatkan Bahasa Melayu, cabaran perpaduan hasil sekolah-sekolah vernakular dan benar-benar membantu orang Melayu untuk menjadi usahawan berjaya dalam usaha memperkemaskan perpaduan di negara kita.

Perubahan

ini

memerlukan

semua

pihak

memainkan

peranan.

Tetapi kedudukan politik orang Melayu tidak terancam. Ya, kedudukan UMNO

terancam, tetapi bukan kedudukan politik Melayu. Ahli Parlimen Melayu bertambah daripada

123

kepada

130

pada

Pilihan

Raya

Umum

ke-12

yang

lalu.

Malah dengan adanya persaingan politik yang sihat, UMNO sepatutnya dikejutkan dari lena yang panjang dan kembali berusaha kepada apa yang didakwa ‘tradisi’ mereka: membela rakyat. Namun untuk menjadikan DEB itu sebagai sesuatu yang suci dan tidak boleh dipersoalkan menunjukkan Zainal masih terperangkap di dalam politik lama. DEB bukan al-Quran, tetapi ciptaan manusia yang ikhlas mahu memartabatkan bangsa mereka dalam cabaran zaman tersebut. Kini kita perlu ikhlas mencapai matlamat sama, walaupun jika caranya berbeza selari dengan tuntutan zaman ini. Itu perlu dinilai secara kritis. Keengganan mempertimbangkan cara lain melambangkan kejumudan, sedangkan Islam menuntut kita sentiasa memperbaiki diri kita

Related Documents

Sosialis
May 2020 4
Ekonomi Islam
October 2019 37
Ekonomi Islam
June 2020 23