Sinopsis Bab 3 Hussein Mahmood

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sinopsis Bab 3 Hussein Mahmood as PDF for free.

More details

  • Words: 1,064
  • Pages: 6
BAB 3 PERANAN PENGETUA Bab ini membincangkan peranan yang dimainkan oleh pengetua selaku pentadbir sekolah. Tugas dan tanggungjawab pengetua dalam mentadbir sesebuah sekolah akan menjadikan sesebuah sekolah itu sebagai sekolah berkesan atau sekolah berjaya.

Pada keseluruhannya bab ini menghuraikan

peranan yang dimainkan oleh pengetua mengikut pandangan pengkaji-pengkaji. Akhirnya penulis berjaya membina satu rajah dimensi peranan kepemimpinan pengetua berdasarkan perbincangan mengenai peranan dan bidang fungsi pengetua.

Tinjauan literatur menunjukkan berbagai peranan yang dimainkan oleh pengetua. Menurut Lipham dan Hoeh (1974), pengetua berperanan sebagai pentadbir dan penyelia. Gaynor (1974) pula menyatakan peranan pengetua sebagai pembuat, pengarah, pengagih tugas, penyelaras dan pemudah cara. Pengetua juga memainkan peranan sebagai penyokong pendidikan, rakan sependidikan dan juga pereka baharu pendidikan (Geltner, 1982). Drake dan Roe (1986) menggariskan peranan pengetua sebagai pentadbir, pengurus dan pemimpin pendidikan pengajaran. Manakala McPherson dan Crawson (1987) melihat peranan pengetua sebagai guru dan pengurus. Sergiovanni (1984) pula menyatakan

pengetua

berperanan

sebagai

pemimpin

yang

memberi

kepemimpinan dan berkerjasama dengan staf bagi mencapai matlamat sekolah. Menurut Stiegelbauer (1984) pengetua berperanan sebagai responden yang 1

mentadbir sekolah dan pengurus yang menyelesaikan masalah dan isu sekolah. Pengetua juga berperanan sebagai initiator iaitu menjalankan perubahan; menjangka matlamat sekolah dan pengajaran jangka panjang (Hall dan Hord, 1987; Rutherford, 1984;Thomas, 1978). Letihwood dan Montgomery (1986) pula mendapati peranan pengetua adalah sebagai penyelesai masalah yang tinggi, pengurus program, humanitarian, pentadbir dan pengurus. Di samping itu pula Wyant et al., (1980) mendefinisikan peranan pengetua sebagai pemimpin dan sumber maklumat penyokong. Pengetua juga bertindak sebagai pemimpin pengajaran yang melaksanakan dan memperbaiki kurikulum dan pengajaran (Duke, 1983 dan 1987; Drake dan Roe, 1986; Halingger dan Murphy, 1985; Murphu et al., 1983; Weber, 1987). Yap Teong Hoon dan James Fernandes (1985) menjelaskan peranan pengetua sebagai pengurus, penyelaras kurikulum sekolah, pendidik, penghubung sekolah dengan ibu bapa dan sumber pengetahuan dan perkembangan pemimpin.

Di Malaysia, tiga peranan utama pengetua ialah sebagai pengurus yang mengurus pentadbiran am sekolah. Seterusnya pengetua berperanan sebagai penyelia yang menyelia pelaksanaan kurikulum, program pendidikan tambahan dan khidmat bantu serta memajukan kegiatan kokurikulum. Peranan pengetua yang ketiga ialah sebagai pemimpin yang memberi kepemimpinan profesional kepada semua guru dalam sekolah di samping memupuk kerjasama antara sekolah dengan masyarakat serta pihak lain. Oleh itu peranan pengetua di

2

Malaysia adalah hampir sama dengan peranan yang dimainkan oleh pengetua di negara lain seperti yang dinyatakan dalam tinjauan literatur.

Dalam bab ini juga penulis mengupas mengenai peranan pengetua dalam perubahan dan kemajuan sekolah. Para pengkaji (Hall dan Hord, 1987; Lieberman dan Miller, 1987; Fullan, 1982; Berman dan McLaughlin, 1980; Ruherford, 1984) mendapati ada pengetua berperanan secara dinamik dan produktif dan sesetengahnya pula secara pasif dan reaktif dalam tindakan yang membawa perubahan dan kemajuan sekolah. Antara fungsi yang dijalankan oleh pengetua dalam usaha memajukan sekolah ialah bekerja bersama-sama, memudahkan inovasi pengajaran, memberi galakan kepada guru, menyediakan maklumat dan latihan serta memberangsang kreativiti dan motivasi guru. Leithwood et al,. (1978) telah menemui empat peranan pengetua iaitu sebagai pemimpin pentadbiran, pemimpin antara perseorangan, pemimpin formal dan pemimpin eklektik. Manakala Rutherford (1984), Stiegelbauer (1984), Hall dan Hord (1987) dan han et al,. (1984) pula telah mengenalpasti tiga gaya pemudahcara perubahan dalam kalangan pengetua. Gaya tersebut adalah responder iaitu memberi peluang kepada staf lain untuk memimpin dan menekankan tentang hubungan pengetua secara peribadi dengan guru dan stafstaf lain di sekolah, pengurus yang melakonkan pelbagai tingkah laku dan perintis yang mempunyai dasar dan matlamat yang jelas bagi jangka panjang termasuk melaksanakan inovasi semasa.

3

Fullan (1982) telah membuat kesimpulan bahawa terdapat tiga jenis peranan pengetua dalam hubungannya dengan pelaksanaan perubahan di sekolah. Peranan tersebut ialah sebagai pentadbir dan pengurus krisis ad hoc, sebagai

pemimpin

pengajaran

dan

berkerjasama

dengan

guru

dalam

pelaksanaan inovasi dan sebagai pemudahcara atau penyelaras kepada pelaksanaan perubahan di sekolah. Kajian yang dijalankan oleh Wyant et al,. (1980) mendapati sembilan peranan yang dimainkan oleh pengetua dalam pelaksanaan perubahan pendidikan dan kemajuan pendidikan iaitu sebagai pemimpin,

pengurus,

majikan,

delegator,

penyokong,

punca

maklumat,

penganjur, penghubung dan pengusaha sumber. Sergiovanni (1990) pula mengutarakan empat jenis kepemimpinan yang sesuai dilakukan oleh pengetua mengikut empat peringkat pelaksanaan program kemajuan sekolah iaitu secara perbincangan ketika program hendak bermula, memberi sokongan dan bantuan apabila program bermula, memberi galakan sewaktu pelaksanaan program dan memperkukuh kumpulan kerja staf serta kawalan apabila pelaksanaan telah menjadi rutin. Manakala Jwaideh (1984) telah mengemukakan sepuluh cadangan tentang bagaimana pengetua boleh memperbaiki lagi sekolahnya iaitu memberi

kepemimpinan

dalam

aspek

menetapkan

matlamat

sekolah,

mengumpul data dan maklumat, memberbaiki komunikasi, mengurus motivasi, memupuk dan mengembangkan kreativiti, mengadakan maklumat dan latihan, melibatkan

guru

dalam

membuat

keputusan,

meningkatkan

semangat

berkerjasama, mewujudkan rantaian dan melaksanakan inovasi.

4

Seterusnya

bab

ini

membincangkan

peranan

pengetua

dalam

pelaksanaan kurikulum. Proses pelaksanaan kurikulum bermaksud proses inovasi (kurikulum baharu)yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Untuk menjayakan inovasi ini Fullan dan Pomfret (1977) telah mencadangkan lima dimensi pelaksanaan yang harus diamalkan iaitu perubahan-perubahan dalam bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, perubahan struktur organisasi dalam melaksanakan inovasi, perubahan mengenai peranan tingkah laku orang yang melaksanakan inovasi, pengetahuan dan kefahaman pengetua dan guru tentang inovasi tersebut dan penghayatan nilai orang yang melaksanakan inovasi itu. Dalam melaksanakan kurikulum baharu, perkara yang perlu diambil perhatian berat ialah proses pelaksanaan itu sendiri, iaitu proses pengajaran dan pembelajaran yang dialami oleh pelajar. Pelaksanaan kurikulum baharu memerlukan iklim sekolah yang kondusif. Oleh itu pengetua harus menyediakan iklim sekolah yang sewajarnya, dengan menjadikan dirinya sebagai perintis bagi menyemai dan membina rasa bangga serta memupuk serta menggalakkan amalan kreativiti dan inovasi mengikut kehendak kurikulum baharu tersebut. Zaid (1976), berpendapat jika sesuatu program baharu itu hendak dilaksanakan dengan jayanya maka pengetua perlu merancang pelaksanaan program secara berperingkat. Peringkat pertama ialah memahami konsep perubahan satu proses, bukan peristiwa. Peringkat kedua ialah komunikasi terutamanya komunikasi terbuka antara pengetua dan guru. Peringkat ketiga ialah perkembangan staf melalui pendidikan semula dan sosialisasi semula. Peringkat terakhir ialah perancangan pengajaran iaitu perkara yang berkaitan dengan

5

penilaian pelajar, alat penilaian dan tahap pencapaian yang diharapkan dapat dicapai oleh pelajar.

Sebagai kesimpulannya peranan kepemimpinan pengetua amatlah penting, bukan sahaja dalam menjayakan pelaksanaan sesuatu program kurikulum atau program memajukan sekolah, malahan juga menjadikan sesebuah sekolah itu lebih berkesan atau lebih maju. Peranan pengetua yang dihuraikan dalam bab ini dinyatakan secara jelas dan dipersetujui oleh para penyelidik dan penulis. Oleh itu peranan pengetua bukan sahaja pelbagai, bahkan juga bergandingan dan bertentangan nilainya antara usaha bagi mencapai keefisienan sekolah, keberkesanannya, kestabilan dan kawalan, fleksibel dan perubahan. Di samping itu juga peranan pengetua yang dijelaskan boleh disesuaikan dengan model-model organisasi sama ada model sistem terbuka, model proses dalaman dan juga model matlamat rasional.

6

Related Documents

Sinopsis Bab Demi Bab
November 2019 79
Mahmood
May 2020 9
Sinopsis
June 2020 34
Sinopsis
July 2020 22
Sinopsis 3.docx
May 2020 5