5.2 Sinopsis Artikel
Melalui artikel yang telah dibaca, Saya telah mengetahui bahawa terdapat lima ciri-ciri komunikasi yang berkesan iaitu: i.
Ciri Kefahaman Komunikasi dikatakan berkesan apabila seseorang itu faham betulbetul seperti apa yang kita maksudkan.
ii.
Ciri Keseronokan Kita hendak mencari keseronokan daripada kehadiran orang lain bersama-sama kita dan kita hendak berasa seronok semasa berbualbual dengan mereka
iii.
Pengaruh ke atas sikap Fungsi komunikasi adalah untuk mempengaruhi sikap, nilai dan kepercayaan orang lain semasa perbincangan, perundingan dan taklimat diadakan.
iv.
Memperbaiki Perhubungan; dan Bertengkaran, berselisihan faham, tuduh-menuduh, kritik-mengkritik merupan kesilapan yang terbit akibat masalah dalam hubungan sesama manusia. Oleh itu, Komunikasi yang berkesan amat penting untuk memperbaiki hubungan yang sedia ada.
v.
Wujudnya Tidakan Susulan Orang yang betul-betul memahami maksud kita, mereka akan berasa seronok dengan kehadiran kita dan bahan yang kita perbualkan dengannya serta hubungan kita akan bertambah mesra.
Komunikasi merupakan perkara yang penting dalam kehidupan seharian, kita haruslah mempelajari kemahiran komunikasi supaya menjadi orang yang pandai berkomunikasi. Dengan itu, kita harus berpegang pada etika atau adab apabila berkomunikasi. Dengan mengamalkan etika ini, kita akan dapat memelihara popuraliti kita dikhalayak ramai dimana orang akan terus meminati kita, menghormati kita dan menyokong kepimpinan kita.
Berikut merupakan etika-etika yang perlu kita mengamalkan semasa kita berkomunikasi dengan kawan atau pun lawan: i.
Sikap Jujur Ceritakan dengan jujur apa sebenarnya perasaan yang kita rasai.
ii.
Tidak Menuduh Jangan menuduh sesiapa kerana hal ini akan menyebabkan hubungan menjadi tegang dan komunikasi menjadi buruk.
iii.
Nilai Bersama
iv.
Janganlah bercakap kerana hendak memperjuangkan perasaan sendiri, mengikutsama-sama bercakap demi kepentingan semua orang atau mendiam sahaja.
v.
Gambaran Tepat Menyampai maklumat dengan tepat.
vi.
Berkata Benar Jangan sekali-kali ada niat menipu.
vii.
Mematuhi Etika Jangan mengumpat dan jangan bergosip.
viii.
Selaras Kata-kata kita mestilah sama dengan gerak geri yang kita lakukan.
ix.
Tidak Mengganggu; dan Jangan menyampuk dan memotong orang lain yang sedang bercakap.
x.
Sikap Positif. Kita hendaklah sentiasa murah hati dengan penghargaan dan pengiktirafan orang lain.
Selain daripada etika atau adab komunikasi yang ada, kita haruslah berkemahiran untuk mengurus interaksi ketika berkomunikasi dengan orang lain. Interaksi yang bermutu ialah interaksi yang kedua-dua belah pihak berasa puas dengan perjalanan interaksi itu. Kepuasan itu terdiri daripada beberapa faktor: i.
Tujuan Bercakap Tercapai Tujuan-tujuan mereka bercakap seperti mempunyai pendapat, cadangan, idea, meminta bantuan, mencari sokongan dan lain-lain dapat disampaikan dengan tepat dan benar.
ii.
Dia Berjaya Menjelaskan Fikiran dan Perasaannya dengan diberi masa yang secukupnya apabila dia diberi masa yang secukupnya dan dia berasa puas.
iii.
Keperluan Psikologinya dipenuhi Manusia mempunyai pelbagai keperluan psikologi. Setiap interaksi mesti mengambil kira keperluan psikologi semua pihak dengan banyak berikan pengiktirafan, penghargaan dan pujian.
Untuk menwujudkan komunikasi yang berkesan, kita perlu mengurus proses komunikasi itu supaya semua pihak yang terlibat berasa puas hati kerana objektinya tercapai. Dalam sesi berinteraksi kita bukan sahaja memainkan satu peranan saja, kita berperanan sebagai penutur dan juga pendengar dengan bercakap secukupnya dna memberi peluang kepad aorang lain untuk bercakap. Menurut pakar, apa yang diucapkan hanya menghantar 30% daripada seluruh makna, dan selebihnya adalah dihantar melalui Bahasa badan. Oleh itu, semasa sesi berkomunikasi mengubahkan suara, gerak geri badan, mata dan air muka juga membantu menjelaskan apa yang kita maksudkan supaya pendengar dapat memahami maksudnya, baca juga bahasa badan orang tersebut.
Mengikut kajian Ariffin Ba’Ada dan Robiah Sidin konsep komunikasi dan kepentingannya dalam pengurusan sekolah mengatakan bahawa begitu pentingnya komunikasi antara pengetua dengan guru-guru di sekolah. Pengetua sekolah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan misi dan matlamat sekolah. Dengan itu, komunikasi yang berkesan bermakna guruguru akan terlibat sama dalam membuat keputusan dan melaksanakan aktivitiaktiviti sekolah. Dengan adanya penurunan kuasa daripada pengetua kepada guru bertambah pula dengan galakan agar guru-guru menggunakan inisiatif dan kepakaran sendiri mengikut keadaan sekolah dan murid-murid yang berbezabeza, maka munculnya budaya persekolahan baru yang lebih baik dan sesuai mengikut keperluan peredaran masa.
Dari segi konsep, komunikasi bererti proses menyalurkan maklumat, mesej dan tanda-tanda tertentu. Manakala dari segi pentadbiran, komunikasi dilihat sebagai satu tingkahlaku; bagaimana seseorang individu mencari dan menyebarkan maklumat tentang keadaan sekeliling. Interaksi pengetua-guru, komunikasi berfungsi pengetua
kepada
untuk menyalurkan maklumat
guru,
lantaran
itu
terutama
kebijaksanaan
dan
daripada kemahiran
berkomunikasi sangat penting bagi seseorang pengetua.
Menurut
Huseman dan rakan-rakan (1980) membahagikan jenis-jenis itu
kepada tujuh jenis iaitu arahan kerja, rasional kerja, ekspresi positif, ekspresi negatif, penerangan kerja, maklum balas dan penglibatan. Semua corak itu berorientasikan hubungan manusia khususnya hubungan pengetua-guru selaku ketua-pekerja.
Keberkesanan
komunikasi
jenis
itu
bergantung
kepada
keupayaan golongan yang terlibat mewujudkan persekitaran yang saling mempercayai, saling hormat menghormati, membina dan menggalakkan pertukaran maklumat secara terbuka. Dengan itu terjalinlah kepuasan kerja di kedua-dua pihak terutama di pihak guru-guru.
Melalui kajian yang djalankan pada tahun 2000 melibatkan 500 guru di 13 buah sekolah menengah mengenai komunikasi pengetua-guru, tujuh bentuk komunikasi yang digunakan iaitu ekspresi positif, ekspresi negatif, penglibatan, arahan kerja, penerangan kerja, maklum balas dan rasional kerja. Dapatan kajian di sekolah yang berpendapat bahawa pengetua mereka selalu memaklumkan tentang peraturan-peraturan sekolah, memberitahu apabila berpuashati dengan tugas yang dijalankan guru, berbual mesra dengan mereka dan selalu mempertimbangkan pendapat guru. Pengetua kurang mengamalkan komunikasi berbentuk memberi arahan kerja ataupun yang menerangkan rasional sesuatu kerja itu perlu dilakukan.
seseorang
pengetua
itu
berinteraksi
dan
berkomunikasi
dengan
kakitangannya ia akan mengamalkan pelbagai bentuk komunikasi secara integrasi atau serentak. Setiap bentuk komunikasi itu pula mempunyai ciri-ciri
tertentu yang mempengaruhi kepuasan kerja di kalangan guru dan akhirnya keberkesanan sesebuah sekolah itu.
Objektif komunikasi semasa seharusnya beralih daripada yang bertujuan mengeluarkan arahan untuk mengatur dan mendisiplinkan pekerja mengikut prosedur dan amalan yang telah ditetapkan atau yang sedia ada. Kandungan dan stail komunikasi sangat penting, jadi setiap pengetua selaku pemimpin dan pengurus sekolah perlu merenungi dan menganalisis amalan mereka seharian.
Dari segi teori, komunikasi yang berkesan bersifat komunikasi dua hala, mesra pendengar, mementingkan nilai-nilai kemanusiaan dan mutu kerja. Komunikasi yang berkesan melahirkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa, harmoni dan memberangsangkan. Ini dengan sendirinya akan mewujudkan kepuasan kerja kepada guru.
Sebagai
Kesimpulan:
Komunikasi sangat penting dalam kehidupan kita.
Komunikasi itu berjaya menyampaikan mesej secara tepat lagi berterusan maka barulah boleh digerakkan semua tenaga agar bekerja dengan tanggungjawab dan penuh komitmen.