PERJANJIAN INI diperbuat pada 27 1)
haribulan
Disember 2007
di antara
MOHD AIDIL BIN MD ALI (NO.K/P: 721107-01-5641 / A 2210582) (selepas ini disebut sebagai “Tuanpunya”) yang beralamat di No 195 Jlan Kapar Batu 1 3/4 Sungai Pinang, 41400 klang Selangor Darul Ehsan sebagai satu pihak. dan
2)
TADIKA CAHAYA MUTIARAKU (selepas ini disebut sebagai "Penyewa") yang beralamat di C/O Taska Cahaya Mutiaraku No23 Jalan Bestari 1, Perumahan Kastam Pulau Indah,42000 Port Klang , Selangor Darul Ehsan sebagai pihak yang satu lagi.
BAHAWASANYA: (i)
Tuanpunya adalah pemunya sebuah Rumah Teres Satu Tingkat yang dikenali sebagai No.29, Jalan Dato Hormat 31/ks 13Pulau Indah, 42920 Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan (selepas ini dipanggil “Premis tersebut”).
(ii)
Tuanpunya telah bersetuju untuk menyewakan dan Penyewa telah bersetuju untuk menyewa Premis tersebut tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat kemudian daripada ini
MAKA DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI seperti berikut:1.
SEWA DAN TEMPOH SEWAAN Tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang dinyatakan kemudian daripada ini Tuanpunya dengan ini menyewakan dan Penyewa dengan ini bersetuju menyewa Premis tersebut untuk tempoh Tiga (3) tahun mulai daripada 1hb Jan, 2008 hingga 31hb Dis, 2010 (selepas ini disebut sebagai “Sewaan”) dengan sewa bulanan sebanyak RINGGIT MALAYSIA EMPAT RATUS DAN LIMA PULUH (RM450.00) sahaja sebulan. Tuanpunya walaubagaimanapun berhak mengkaji semula sewa tersebut dari masa ke masa mengikut budi bicara mutlaknya dan sewa ini hendaklah dibayar tanpa apa-apa potongan tidak lewat daripada tujuh (7) haribulan pada tiap-tiap bulan.
2.
WANG CAGARAN (i)
Penyewa hendaklah membayar kepada Tuanpunya semasa menandatangani Perjanjian ini dan sebelum menduduki Premis tersebut sejumlah wang yang sama dengan sewaan Tiga (3) bulan iaitu sebanyak RINGGIT MALAYSIA SERIBU TIGA RATUS LIMA
PULUH (RM 1350.00) sahaja sebagai wang cagaran (kemudian dari ini dipanggil “Wang Cagaran tersebut”) sebagai menjamin supaya Penyewa mematuhi setiap terma dan syarat perjanjian ini dan Wang Cagaran tersebut tidak boleh diertikan dan atau dianggap sebagai bayaran sewa bulanan sepanjang Perjanjian ini berkuatkuasa.
3.
(ii)
Penyewa juga hendaklah membayar kepada Tuanpunya semasa menandatangani Perjanjian ini dan sebelum menduduki Premis tersebut wang berjumlah RINGGIT MALAYSIA SERATUS (RM100.00) sahaja bagi cagaran keatas bekalan air dan RINGGIT MALAYSIA SERATUS (RM100.00) sahaja bagi cagaran ke atas bekalan letrik (kemudian dari ini dipanggil "Wang Cagaran Air dan Letrik tersebut”).
(iii)
Semasa menandatangani Perjanjian ini, Penyewa hendaklah membayar wang berjumlah RINGGIT MALAYSIA SERIBU LIMA RATUS DAN LIMA PULUH (RM1,550.00) sahaja kepada Tuanpunya Premis tersebut. Bayaran tersebut adalah termasuk Sewa untuk Bulan Januari, Wang Cagaran Dua (2) bulan dan Wang Cagaran Air dan Letrik.
AKUJANJI PENYEWA Penyewa dengan ini membuat akujanji dengan Tuanpunya seperti berikut:-
3.1.
Sewa Akan membayar sewa yang ditetapkan pada hari dan mengikut masa yang telah dinyatakan di atas. Dan sekiranya pihak Penyewa gagal menjelaskan bayaran sewa bulanan seperti yang telah dipersetujui, Tuanpunya adalah berhak mengeluarkan notis bertulis tiga puluh (30) hari ke atas pihak Penyewa bagi membolehkan Penyewa menamatkan sewaan ke atas Premis tersebut. Pembayaran Sewa hendaklah dibayar melalui MAYBANK Berhad (No. Akaun: 162272535853). MOHD AIDIL BIN MD ALI
3.2
Membenarkan Tuanpunya dan Wakil Masuk Akan membenarkan Tuanpunya atau wakilnya yang dibenarkan dan yang bertindak bagi pihak Tuanpunya pada masa-masa yang munasabah untuk masuk ke dalam Premis atau mana-mana bahagian Premis tersebut untuk tujuan pemeriksaan.
3.3
Penggunaan Premis Yang Disewakan Tersebut Akan menggunakan Premis tersebut untuk tadika sahaja dan tidak untuk tujuantujuan lain daripada tujuan tersebut dan tidak akan menyimpan dalam Premis tersebut barang-barang yang merbahaya dan mudah terbakar seperti senjata api,
peluru, ubat senapang, minyak tanah, petrol dan barang-barang yang dilarang oleh mana-mana undang-undang dan tidak akan meletakkan barang-barang kotak atau sampah sarap dikawasan luar Premis tersebut dan sentiasa mempastikan bahawa Premis tersebut berada dalam keadaan bersih. 3.4
Tidak Akan Menggunakan Premis Tersebut Untuk Tujuan Haram Tidak akan menggunakan Premis tersebut untuk tujuan-tujuan haram, berlawanan dengan undang-undang tidak bermoral dan tidak akan membuat atau membenarkan dibuat apa-apa perbuatan atau perkara-perkara yang boleh menjadi kacau ganggu atau yang boleh memberi sebab yang munasabah bagi jiran-jiran tetangga di Premis tersebut membuat aduan atau Premis tersebut digunakan sebagai makmal atau bengkel atau sebagai tempat memasak atau penyelidikan makanan.
3.5
Mematuhi Undang-Undang Dan Peraturan Akan mematuhi dan mengikut semua undang-undang dan undang-undang kecil peraturan dan kaedah-kaedah yang menyentuh tentang seseorang Penyewa atau penghuni dan berkenaan Premis yang pada masa ini berkuatkuasa atau yang dibuat kemudiannya.
3.6
Menjaga Kebersihan. Tidak akan menggunakan Premis tersebut atau mana-mana bahagiannya untuk perniagaan yang mengeluarkan debu, sampah sarap atau sisa-sisa atau apa-apa bentuk bahan di dalam dan diluar Premis tersebut atau bahan yang boleh menyebabkan bunyi bising atau yang pada pendapat Tuanpunya sebagai tidak sesuai bagi penghuni-penghuni yang berhampiran. Tuanpunya adalah berkuasa menentukan mutu kebersihan yang dikehendaki dari masa kesemasa.
3.7
Tidak Akan Serah Hak Tidak akan menyerahkan atau menyewakan atau memindahkan penggunaan mana-mana atau kesemua bahagian Premis tersebut kepada sesiapa sahaja tanpa kebenaran bertulis Tuanpunya terlebih dahulu dan adalah disyaratkan juga bahawa Penyewa menyerahkan hak menyewakan semula kepada orang lain Premis tersebut atau sebahagian daripada bertentangan dengan peruntukan perkara ini, Tuanpunya boleh tanpa memudaratkan hak-haknya di bawah Perjanjian ini untuk menamatkan penyewaan tanpa apa-apa jua notis kepada Penyewa.
3.8
Mengembalikan Premis Tersebut Pada akhir tempoh penyewaan Penyewa hendaklah mengambalikan Premis
tersebut yang disewa kepada Tuanpunya dalam keadaan asal. Tetapi sekiranya Penyewa tidak berminat untuk mengambil barang-barang lekat mati yang ada pada Premis tersebut, barang-barang lekat mati berkenaan akan menjadi hakmilik Tuanpunya tanpa sebarang pampasan kepada Penyewa. 3.9
Pemasangan Alat-Alat Letrik Tidak akan memasang soket, plug dan power point letrik atau motor letrik atau enjin letrik atau alat perkakas letrik atau penyejuk udara dalam Rumah Kedai Sewaan tersebut tanpa kebenaran dan kelulusan bertulis pihak Tenaga Nasional Berhad atau pihak-pihak yang berkuasa. Jika Penyewa melanggar syarat ini dan Tuanpunya menerima kerugian maka Penyewa mestilah mengganti kerugian tersebut.
3.10
Bertangungjawab Ke Atas Kerosakan Akan bertanggungjawab membayar kepada Tuanpunya terhadap semua kerosakan Premis tersebut atau mana-mana bahagian lain Premis tersebut atas kecuaian Penyewa atau orang yang dibenarkan oleh Penyewa dan akan membayar kerugian dan membaiki kesemua kerosakan yang dialami oleh Tuanpunya sebagai akibat daripada pemecahan atau ketidakpatuhan terhadap pengakuan-pengakuan yang dibuat oleh Penyewa yang terkandung dalam Perjanjian ini dan akan melepaskan tanggungan Tuanpunya daripada kesemua tindakan, tuntutan, tuntutan kos dan perbelanjaan yang timbul darinya.
3.11
Bayaran Bil Telefon, Letrik Dan Air Pihak Penyewa hendaklah menjelaskan bil telefon, letrik dan air dengan secara teratur kepada pihak-pihak tertentu. Bayaran bil-bil tersebut yang perlu dibayar oleh Penyewa hendaklah dijelaskan secara teratur.
3.12
Bayaran Bil Perkhidmatan Pembetungan Pihak Penyewa hendaklah membayar bil Perkhidmatan Pembetungan yang dikeluarkan oleh Indah Water Konsortium semasa tempoh Perjanjian ini berkuatkuasa.
3.13
Menjaga Premis Tersebut Pihak Penyewa tidak dibenarkan sama sekali memasang atau membuat lubang untuk paku atau benda-benda tajam pada dinding Premeis tersebut. Penyewa juga hendaklah menjaga bahagian dalam Premis tersebut lantai, siling dan kelengkapan-kelengkapan kepunyaan Tuanpunya termasuk pintu, tingkap, certain, penutup jendela, kunci, talian letrik, kelengkapan yang dipasang untuk lampu dan kuasa lain supaya kelengkapan tersebut berada dalam keadaan bersih dan kemas. Penyewa mengaku akan menggantikan mana-mana daripada alat tersebut
yang rosak, hilang atau pecah yang disebabkan oleh perbuatan pihak Penyewa. 3.14
Lelong Tidak Dibenarkan Tidak dibenarkan penjualan secara lelong diadakan di Premis tersebut kecuali dengan perintah Mahkamah atau kebenaran bertulis Tuanpuya.
4.
PENGAKUAN TUANPUNYA Tuanpunya dengan ini membuat akujanji dengan Penyewa seperti berikut :-
4.1
Membayar Cukai Sewa Tanah Dan Cukai-Cukai Lain Akan membayar hasil tanah atau cukai-cukai lain yang dikenakan ke atas Premis tersebut dari masa ke masa kepada pihak berkuasa berkenaan.
4.2
Tidak Akan Mengganggu Penyewa Membenarkan Penyewa jika Penyewa membayar sewanya dan mematuhi peruntukan Perjanjian ini menggunakan Premis tersebut tanpa apaapa gangguan oleh Tuanpunya atau wakil Tuanpunya.
4.3
Mengembalikan Wang Pertaruhan Pada akhir tempoh perjanjian ini atau tempoh yang dilanjutkan Tuanpunya akan memulangkan Wang Cagaran yang telah dibayar kepada Tuanpunya mengikut perkara tersebut di bawah:-
5.
4.3.1
Akan mengembalikan Wang Cagaran tersebut tanpa faedah setelah ditolak dengan apa-apa tunggakan sewa (jika ada).
4.3.2
Akan mengembalikan Wang Cagaran tersebut dan Wang Cagaran Air dan Letrik tersebut setelah ditolak apa-apa potongan bagi jumlah wang yang Penyewa masih terhutang kepada Tuanpunya, perbelanjaan guaman atau mahkamah, membaiki kerosakan serta tunggakan bil-bil api, air dan telefon (jika ada).
PERUNTUKAN BERSAMA DENGAN SYARAT SENTIASANYA bahawa kedua-dua pihak dengan ini bersetuju seperti berikut:-
5.1
Hak Membatalkan Sewaan Sekiranya sewa yang ditetapkan atau mana-mana bahagian sewa itu
yang
mana sepatutnya sudah dibayar menurut Perkara 1 dan Perkara 2(i) dan 2(ii) di atas, sama ada diminta secara rasmi atau tidak atau sekiranya yang terkandung dalam Perjanjian ini atau sekiranya Penyewa telah dibuat perintah penerimaan terhadapnya atau telah membuat apa-apa penyerahan hak bagi faedah sipiutangsipiutangnya atau menghadapi tindakan penggantungan atau tahan harta ataupun perlaksanaan akan dijalankan ke atas barang-barangnya atau jika ia sebuah syarikat, telah dibubarkan samada secara paksa (kecuali bagi sebuah maksud susun semula atau penyatuan) maka dalam tiap-tiap hal di atas adalah menjadi sah bagi Tuanpunya pada bila-bila masa kemudiannya untuk membatalkan sewaan Premis tersebut dengan memberikan notis bertulis tiga puluh (30) hari dan dengan ini Perjanjian ini adalah dianggap tamat dengan mutlaknya tanpa menyentuh hak-hak Tuanpunya untuk mengambil tindakan atau tuntutan terhadap akujanji di dalam Perjanjian ini.
5.2
5.1.1
Tanpa menyentuh apa-apa jua syarat penamatan dalam Perjanjian ini dan dalam Perjanjian ini dan dalam masa Perjanjian ini berkuatkuasa, Tuanpunya berhak menamatkan sewaan Premis tersebut dengan memberikan tiga puluh (30) hari notis bertulis kepada Penyewa. Begitu juga pihak Penyewa boleh mengeluarkan notis bertulis enam puluh (60) hari untuk menamatkan Perjanjian ini kepada Tuanpunya. Sekiranya Penyewa gagal memberikan notis tersebut maka Penyewa dikehendaki membayar satu (1) bulan sewa kepada Tuanpunya. Pada tarikh tamatnya notis tersebut daripada mana-mana pihak, Penyewa hendaklah menyerahkan Premis tersebut kepada Tuanpunya menurut peruntukan syarat penyerahan yang terkandung di para 3.8 dalam Perjanjian ini.
5.1.2
Jika sekiranya Penyewa menamatkan penyewaan Rumah Sewaan kurang daripada Dua (2) tahun seperti Perkara 1 di atas, Tuanpunya berhak memansuhkan Wang Cagaran selama sebulan.
Kerugian Ditanggung Oleh Penyewa Melainkan disengajakan oleh Tuanpunya, Tuanpunya tidak boleh dipertanggungjawabkan jika berlaku apa-apa kerugian atau kerosakan kepada Penyewa atau pelawatnya atau barang-barangnya semasa tempoh penyewaan ini disebabkan berlakunya kebakaran, taufan, rompakan, kecurian, "nuclear fall-out", rusuhan, tindakan musuh atau oleh kerosakan kepada alat-alat paip, pendawaian di dalam atau melalui atau disambungkan kepada Premis tersebut atau oleh sebab pemberhentian bekalan letrik atau perkhidmatan lain atau oleh sebab kecuaian Penyewa atau bahagian lain Premis tersebut atau kejadian atau peristiwa yang diluar kawalan Tuanpunya.
5.3
Kenaikan Sewa Sebagai menjelaskan lagi peruntukan Perkara 1 Perjanjian ini adalah dengan
ini dipersetujui bahawa jika sewa yang telah dinaikkan oleh Tuanpunya berikutan kajian semula di bawah Perkara 1 itu tidak diterima oleh Penyewa dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh notis dikeluarkan, Tuanpunya atau Penyewa berhak membatalkan perjanjian ini dengan memberi notis bertulis tiga puluh (30) hari. 5.4
Masa Sebagai Pati Kontrak Masa dimana disebut dalam Perjanjian ini adalah dianggap sebagai pati kontrak.
5.5
Kelonggaran Apa-apa kelonggaran yang diberi oleh Tuanpunya tidaklah boleh dianggap sebagai pengabaian atau memudaratkan hak-hak Tuanpunya yang terkandung dalam perjanjian ini.
5.6
Notis Apa-apa notis yang perlu diberikan di bawah perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah dianggap sebagai selamat dihantar dan kepada Tuanpunya jika dihantar dan sebaliknya jika dihantar kepada Penyewa secara pos berdaftar ke alamatnya yang terakhir sekali diketahui. Semua notis yang dihantar dan telah dihantar dan telah diterima dengan sempurnanya oleh mana-mana pihak di atas.
5.7
Bayaran Peguam Perbelanjaan perjanjian ini termasuk bayaran Peguam dan duti setem ke atas perjanjian ini adalah ditanggung oleh Penyewa.
5.8
Tafsiran Dalam perjanjian ini dimana-mana kandungan ayatnya bersesuaian perkataan-perkataan "Tuanpunya" hendaklah termasuk pengganti-penggantinya dan penerima-penerima serahan haknya dari perkataan "Penyewa" hendaklah termasuk wakil peribadinya, pengganti-pengganti dan penerima-penerima hak Penyewa tersebut. Perkataan-perkataan dalam gender lelaki termasuklah juga yang majmuk dan sebaliknya.
----------
PADA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS pihak-pihak di atas dengan ini menurunkan tandatangan masing-masing di bawah pada haribulan dan tahun seperti yang mula-mula tertulis di atas.
Ditandatangani oleh TUANPUNYA yang namanya tertercl di atas di hadapan:-
] ] ]
Ditandatangani oleh PENYEWA yang namanya Tertera di atas dihadapan:-
] ] ]
……………………………………… MOHD AIDIL BIN MD ALI (NO.K/P: 721107-01-5641 / A 2210582)
…………………………...................... ANITA BINTI MUHAMMAD YUNAN (NO.K/P: 661019-10-5530)
BERTARIKH PADA
27
HARIBULAN
12
Di antara
MOHD AIDIL BIN MD ALI [TUANPUNYA]
dan
TADIKA CAHAYA MUTIARAKU [PENYEWA] ------------------------------------------------------
PERJANJIAN PENYEWAAN ------------------------------------------------------MESSRS YAACOB MENTOL,ZAMANI & ASSOCIATES PEGUAMBELA & PEGUAMCARA NO. 4, JALAN CENDANA 3/13B,SECTION 3 40000 SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN Tel. No.03-55195901 Fax No.03-55195902 No.Ruj: MR.1402.07(J)
2007