Setiap Pasangan Yang Memilih Untuk Bernikah Di Thailand Mempunyai Sebab.docx

  • Uploaded by: Anonymous 2iAZjPE6
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Setiap Pasangan Yang Memilih Untuk Bernikah Di Thailand Mempunyai Sebab.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,223
  • Pages: 6
Setiap pasangan yang memilih untuk bernikah di Thailand mempunyai sebab-sebab yang tersendiri. Berikut adalah antara sebab-sebab yang biasa kami temui mengapa pernikahan di Thailand dilakukan. Wali enggan - wali tidak mahu menerima lelaki tersebut sebagai menantu, walhal tiada sebab disisi syarak yang lelaki tersebut tidak layak bernikah dengan pasangannya. Antara faktor yang biasa ialah rupa paras, taraf ekonomi, status "suami orang" dan pelbagai sebab lain lagi. Berpoligami - samada pihak lelaki tidak memohon dari mahkamah syariah ataupun kerana pihak perempuan tidak bersetuju. Ada juga lelaki yang "belum bersedia" memberitahu isteri pertamanya. Dan terdapat banyak lagi sebab musabab di dalam kategori ini. Hantaran - ada pihak wanita yang meminta hantaran terlalu tinggi. RM30,000 misalnya, walhal gaji si lelaki cumalah RM2,000 sebulan. Oleh kerana hantaran tersebut tidak dapat disediakan, pihak wanita tidak mahu menikahkan anak mereka. Bangsa & Agama - ada pasangan yang salah seorang baru memeluk Islam dan mendapat tentangan keluarga, Tentera/Polis - mereka tidak mendapat kebenaran untuk bernikah dari pegawai atasan. Ada juga yang berpoligami secara senyap-senyap. Terlanjur - ada pasangan yang terlanjur sama ada hamil ataupun tidak. Mereka tidak mahu terus menerus bergelumang dengan dosa dan memilih untuk bernikah. Walaubagaimanapun, wanita yang telah hamil sebelum bernikah, perlu tahu bahawa anak tersebut tidak boleh dinasabkan kepada suaminya. Tentangan anak-anak/ahli keluarga lain - anak/saudara kepada wanita atau lelaki yang janda/balu/dua tidak mahu menerima orang baru.

Di antara punca berlakunya perkahwinan luar negeri tanpa kebenaran ialah: a.Wali Faktor utama berlakunya perkahwinan di luar negera tanpa kebenaran ialah keengganan wali menikahkan perempuan di bawah jagaannya dengan lelaki pilihan mereka. Antara sebab keengganan wali ialah wali telah mempunyai calon menantu pilihan mereka sendiri, pilihan anak mereka tidak sekufu dari segi keturunan, pangkat, agama, budaya, pihak lelaki telah beristeri, pihak perempuan sendiri bawah umur dan lain-lain. b.Poligami Sebilangan besar pasangan yang bernikah di luar negeri adalah disebabkan pernikahan tersebut adalah penikahan poligami, sama ada pihak perempuan dalam proses pernikahan itu menjdai isteri kedua, ketiga atau keempat. Oleh kerana, permohonan di Negeri Selangor khususnya dan di Malaysia amnya dimestikan mendapat kebenaran Mahkamah Syariah.

Terdapat pasangan yang mengambil jalan mudah dengan melakukan pernikahan mereka di luar negeri. Alas an yang mereka berikan ialah mendapat tentangan daripada isteriyang sedia ada, tidak mahu isteri yang sedia ada mengetahuinya ataupun untuk mengelakkan daripada diketahui oleh pihak-pihak tertentu seperti majikan, ahli keluarga atau pihak berkuasa agama tempatan. c.Hamil di luar perkahwinan Terdapat pasangan yang terdesak berkahwin di Thailand untuk menutup malu ataupun setelah pihak lelaki dipaksa atau diugut oleh pihak keluarga masing-masing supaya bertanggungjawab setelah pihak perempuan telah hamil di luar perkahwinan. d.Masalah khalwat Bagi mengelakkan pasangan disabitkan dengan kesalahan jenayah khalwat, pasangan yang terlibat akan berkahwin di Thailand untuk mendapatkan sijil nikah sebagai bukti dan pembelaan di mahkamah bahawa mereka telah berkahwin semasa ditangkap. e.Lebih cepat dan mudah Perkahwinan cara ini lebih cepat dan mudah kerana tidak perlu melalui proses temu duga atau menjalani krusus pra-perkahwinan terlebih dahulu. Kebiasaannya, setiap pasangan dari Malaysia yang berkahwin di Thailand bukan sahaja prosedurnya mudah, bahkan hanya dengan bayaran sebanyak RM300 sahaja merka dapat menyempurnakan perkahwinan mereka termasuklah khidmat juru nikah, saksi dan urusan pendaftaran bagi pengeluaran sijil ikah yang sah. f.Belanja kahwin yang tinggi Tidak dinafikan belanja kahwin yang tinggi juga merupakan pemangkin peningkatan jumlah perkahwinan luar negara tanpa kebenaran. Ada antara pihak lelaki yang tidak berupaya untuk menyediakan hantaran dan perbelanjaan kenduri yang tinggi seperti yang diminta oleh piahak keluarga perempuan. Dengan melangsungkan perkahwinan di Thailand, mereka hanya perlu membayar mas kahwin dan upah kahwin yang murah dan tidak perlu memberikan hantaran yang kebiasaannya di luar kemampuan pihak lelaki. g.Adanya sindiket kahwin luar negara tanpa kebenaran Kehadiran sindiket yang menyediakan khidmat jurunikah dan saksi-saksi nikah juga memudahkan pasangan yang bermasalah untuk berkahwin lari. Pasangan yang ingin kahwin hanya perlu menghubungi pihak-pihak tertentu yang berada di sempadan Malaysia dan mereka akan membawa pasangan berjumpa dengan imam dan saksi-saksi nikah yang sedia menikahkan perkahwinan mereka pada bila-bila masa sahaja. Dengan kewujudan sindeket seperti ini, perkahwinan luar negara tanpa kebenaran boleh dilakukan dengan mudah kerana pasangan tersebut tidak perlu lagi mencari jurunikah dan saksi-saksi nikah. Ada juga sindiket yang memberi kemudahan (dengan bayaran yang lebih sedikit) kepada pasangan untuk berkahwin dengan membawa jurunikah dan saksi-saksi dari Thailand ke Malaysia untuk menikahkan mereka dan memberikan sijil nikah Thailand. Hal ini memudahkan lagi kepada

pasangan bermasalah kerana tidak perlu lagi ke sempadan yang akan melibatkan penggunaan pasport atau pas perjalanan. Akibatnya, timbullah isu sijil kahwin palsu yang tidak diiktiraf oleh Majlis Agama Islam selatan Thailand dan kerajaan Malaysia, kerana pasangan tersebut dinikahkan oleh mereka yang tidak bertauliah. Hal ini hanya disedari apabila pasangan ingin mendaftar semula perkahwinan mereka. h.Kurang kefahaman agama dan peruntukan undang-undang sedia ada Kurang kefahaman agama tentang persoalan rukun perkahwinan dan perkara-perkara berkaitan dengannya seperti masalah perwalian, merupakan faktor penyebab berlakunya perkahwinan luar negara. Penggunaan wali raja atau wali hakim di luar negeri atau di manamana tempat tanpa kebenaran pihak berkuasa atau sebab wali tidak bersetuju dan tidak mengizinkan perkahwinan, lantas pasangan menggunakan alasan wali berada lebih daripada 2 marhalah atau 60 batu atau 96 kilometer dari tempat berlangsungnya pernikahan tidak boleh diterima sewenang-wenangnya. Hal ini wujud kerana pasangan tersebut sendiri yang melarikan diri daripada wali dan bukannya wali yang ghaib. Masalah wali tidak memberi persetujuan boleh diselesaikan melalui permohonan perkahwinan menggunakan wali raja atau wali hakim di daerah masing-masing. i.Kewarganegaraan Pada masa kini, terdapat ramai warganegara asing yang datang ke Malaysia ataupun warganegara Malaysia ke luar negeri, sama ada kerana melancong, belajar, bekerja dan menjalankan urusan perniagaan. Keadaan ini secara tidak langsung mendorong hubungan peribadi antara warganegara asing dengan penduduk tempatan. Dan hasil daripada hubungan tersebut, terdapat sebilangan daripada mereka melangsungkan akad nikah di luar negeri tanpa kebenaran pihak berkuasa agama negeri atas pelbagai alas an seperti sedang berada di negeri berkenaan dan tidak sempat balik ke Malaysia, memerlukan kos yang tinggi untuk berulang alik dan juga disebabkan pernikahan dengan warganegara asing tersebut merupakan pernikahan poligami. = IMPLIKASI PERKAHWINAN LUAR NEGARA TANPA KEBENARAN Perkahwinan luar negara tanpa izin pada keseluruhannya memberi implikasi yang buruk daripada yang baik. Implikasi ini boleh dilihat seperti yang berikut: a.Terhadap pasangan Tidak dinafikan perkahwinan luar negara tanpa kebenaran memberi implikasi yang amat besar terhadap pasangan baik dari segi undang-undang mahupun sosial. Ia akan lebih ketara jika perkahwinan itu dilanda krisis rumah tangga atau lebih rumit lagi jika berlaku perceraian kerana perkahwinan tersebut tidak memenuhi peruntukan bawah Akta dan Enakmen UndangUndang Keluarga Islam Negeri Selangor. Pada umumnya, perkahwinan luar tanpa kebenaran tidaklah semestinya tidak sah kerana ia mungkin telah memenuhi kehendak rukun dan syaratsyarat di bawah hukum syara’. Pasangan dianggap sebagai telah melanggar peruntukan dan prosedur yang sedia ada dan akan dikenakan penalti yang ditetapkan. Sekiranya pasangan ingin mendaftar semula perkahwinan, mereka perlu melalui prosedur

pengesahan perkahwinan terlebih dahulu. Pertama sekali, pasangan terbabit hendaklah memohon pendaftaran semula perkahwinan melalui penyelia agama di Pejabat Agama Islam Daerah. Penyelia kemudiannya akan membawa kes ke Unit Pendakwaan. Pendakwa pula akan membawa kes tersebut kepada Hakim Syari’e untuk disahkan. Setelah itu, Hakim Syari’e akan meminta pasangan mengisi borang bagi pendaftaran pernikahan luar negeri. Prosedur selanjutnya ialah Hakim Syari’e akan memanggil pasangan berkenaan dan dua orang saksi bagi mengukuhkan keterangan pasangan terbabit. Di peringkat ini, setelah mendengar segala keterangan, mahkamah akan menetapkan sama ada perkahwinan sebagai sah atau terbatal. Setelah penentuan kesahan perkahwinan, kes akan dibawa semula ke unit pendakwaan. Pendakwa akan menjalankan siasatan dan meneruskan pendakwaan ke atas pasangan tersebut atas pertuduhan berkahwin luar negeri tanpa kebenaran. Jika sabait kesalahan, pasangan akan dikenakan penalti. Akhir sekali, mahkamah akan memerintahkan supaya perkahwinan itu didaftarkan bawah Akta atau Enakmen yang berkuat kuasa. Akan tetapi sekiranya perkahwinan itu didapati tidak sah, pasangan akan difaraqkan (dipisahkan) dan akan dikenakan penalti. Selain tidak dapat menuntut sebarang hak dalam perkahwinan seperti tuntutan nafkah isteri dan anak-anak, hak penjagaan, tuntutan pusaka sekiranya suami meninggal atau sebagainya, pihak perempuan juga tidak boleh memohon pembubaran perkahwinan kerana perkahwinan memang tidak wujud dari awal lagi. Kedudukan anak-anak yang lahir hasil daripada perhubungan ini juga boleh dipersoalkan kesahannya. Sekiranya terbukti perkahwinan tidak sah,anak-anak yang lahir dianggap anak luar nikah yang mana status hubungannya dengan “bapa” tidak wujud sama sekali. Akibatnya, anak-anak akan menghadapi masalah pada masa akan datang. b.Terhadap keluarga Perkahwinan antara lain adalah untuk mengeratkan dan menambahkan ahli keluarga dan juga mengikat hubungan di antara dua buah keluarga. Perkahwinan tanpa izin yang berlaku pada lazimnya adalah akibat tidak mendapat restu dan keizinan kedua-dua keluarga terutamanya keizinan wali pihak perempuan. Akibatnya, hubungan antara pasangan tersebut dengan ahli keluarga mereka akan terjejas bahkan terputus langsung kerana tindakan yang diambil oleh pasangan tersebut telah membelakangi kedua-dua orang tua mereka dan mengaibkan mereka di mata masyarakat. Bagi mereka yang mengamalkan poligami tanpa pengetahuan pihak isteri sedia ada atau anak-anak pula, tanggungjawab dan hak sepatutnya dilaksanakan dan diberikan tidak dapat disempurnakan sebaik mungkin kerana suami dan terutamanya isteri yang kedua atau seterusnya terpaksa hidup seolah-olah dalam buruan. Pasangan ini tidak berupaya memupuk kasih sayang dalam keadaan biasa kerana takut perkahwinan mereka diketahui umum terutamanya isteri yang pertama. Kesan berpoligami secara rahsia ini sedikit sebanyak menyumbangkan kepada kadar perceraian kerana isteri terasa ditipu dan dikhianati oleh suami sendiri. Tambahan pula apabila suami mula mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang suami dan bapa. Justeru, ada antara isteri yang memohon perceraian bagi mengatasi kekusutan yang sedia ada. c.Terhadap anak Sekiranya perkahwinan tersebut mempunyai anak, dan anak yang dilahirkan tidak dapat

didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dan ini akan menyukarkan setiap proses yang akan di lalui oleh anak itu kelak seperti hendak membuat pengenalan diri, pendaftaran sekolah dan lain-lain. d.Terhadap masyarakat Implikasi perkahwinan tanpa izin terhadap masyarakat ialah ia memberi tindak balas daripada masyarakat sekeliling bahawa Akta dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam yang diperuntukan di Malaysia sedikit sebanyak menyusahkan pasangan untuk berkahwin dalam negara. Salah faham ini telah menyebabkan segelintir orang membuat rumusan bahawa undang-undang keluarga Islam yang dikuatkuasakan mengongkong kebebasan mereka untuk berkahwin sedangkan Islam itu memudahkan umatnya. Realitinya, undang-undang keluarga yang ada adalah untuk mengemas kini dan memudahkan perkara yang berkaitan dengan urusan nikah, cerai dan rujuk masyarakat Islam di Malaysia. Ketidakprihatinan masyarakat terhadap Akta dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam yang dikuatkuasakan di seluruh negeri di Malaysia menyebabkan mereka menganggap permasalahan wali ‘adal tidak dapat diselesaikan mengikut prosedur yang sedia ada dan begitu juga denganh masalah poligami. Masyarakat beranggapan prosedur poligami menyusahkan dan menghalang mereka berpoligami sedangkan Islam mengharuskannya. Sebenarnya, prosedur poligami yang ada adalah bagi memastikan semua pihak yang terlibat sama ada suami, isteri atau isteri-isteri dan bakal isteri dapat melaksanakan tanggungjawab dan mendapat hak masing-masing dan keadilan dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Permasalahan yang timbul ialah apabila pihak lelaki yang tidak berkemampuan dan pada masa yang sama tidak mahu melukakan hati isteri atau isteri-isteri yang sedia ada memohon kebenaran untuk berpoligami, yang mana sudah pasti akan ditolak oleh pihak mahkamah. Justeru, jalan yang paling mudah adalah dengan melangsungkan perkahwinan di luar negara tanpa kebenaran. e. Dari segi undang-undang pihak-pihak yang melakukan kesalahan ini akan dikenakan tindakan undang-undang kerana telah melanggar peruntukan yang ditetapkan : di bawah seksyen 40. (1) Seseorang yang dengan diketahuinya mengakadnikahkan atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai mengakadnikahkan atau menjalankan upacara sesuatu perkahwinan. (a)tanpa ada kebenaran berkahwin sebagaimana dikehendaki oleh seksyen 19; atau (b)dihadapan selaian daripada sekurang-kurangnya dua orang saksi yang boleh dipercayai, di samping orang yang mengakadnikah perkahwinan itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau dengan penjara tidak lebih daripada enam bulan atau dengan kedua-duanya denda dan penjara itu. (2)Seseorang yang berkahwin atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai akadnikah atau yang menjalani sesuatu cara akadnikah dengan sesiapa jua berlawanan dengan mana-mana

peruntukan Bahagian II adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau dengan penjara tidak lebih daripada enam bulan atau dengan kedua-duanya denda dan penjara itu. Dalam hal ini, terdapat dua kesan yang berbeza berkaitan dengan kahwin luar negeri tanpa kebenaran ini iaitu yang pertama ialah sekiranya perkahwinan itu melibatkan wali yang sah maka perkahwinan tersebut adalah dianggap sebagai sah di sisi syarak. Perkahwinan ini hendaklah didaftarkan di Unit Nikah, Cerai dan Rujuk di pejabat agama yang berdekatan. Kegagalan melakukan pendaftaran ini boleh menyebabkan implikasi yang lebih buruk pada masa hadapan terutamanya jika berlaku perceraian. Sebagai contoh, isteri tidak berhak menuntut sebarang hak daripada suaminya kerana tiada rekod pendaftaran perkahwinan antara mereka. Kedua pula ialah sekiranya perkahwinan itu dijalankan menggunakan wali yang diragui sah maka perkahwinan tersebut juga diragui kesahihannya. Apabila keadaan ini berlaku maka akan timbul masalah untuk mendaftarkan perkahwinan itu. Satu siasatan terperinci terpaksa dijalankan oleh pihak berkuasa bagi mendapatkan kepastian sama ada perkahwinan tersebut sah atau tidak. Jika didapati perkahwinan itu sah, maka pendaftaran akan dijalankan dan denda akan dikenakan kepada pasangan terlibat. Sebaliknya jika dibuktikan perkahwinan itu tidak sah, maka perintah ‘farak’ iaitu pengasingan antara suami isteri terlibat akan dikeluarkan. Pasangan ini hanya akan disatukan semula melalui akad nikah baru yang pasti kesahihannya. Secara teorinya, proses perkahwinan secara sindiket adalah hampir sama dengan proses perkahwinan biasa. Namun, terdapat perbezaan dari segi praktikalnya. Di dalam perkahwinan biasa, pasangan pengantin yang perlu menyediakan wali dan saksi sebaliknya di dalam perkahwinan sindiket, kebiasaannya, wali dan saksi disediakan. Kos bayaran bagi kahwin sindiket juga tinggi iaitu mencapai RM 3000.00 berbanding dengan kahwin biasa yang hanya menelan belanja antara 1% hingga 5% daripadanya. Contohnya di Selangor, kos yang dikenakan ialah sekitar RM 150.00. Perkahwinan sindiket tidak melibatkan sebarang urusan dengan Jabatan Agama Islam sebaliknya perkahwinan biasa perlu didaftarkan di Unit Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam atau Pejabat Agama Daerah.

Related Documents


More Documents from "aprillia Sub"