Pasangan Kata Yang Mengelirukan.docx

  • Uploaded by: AnNour
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pasangan Kata Yang Mengelirukan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 969
  • Pages: 4
Cenderabahasa Bil.2 JPNPP TOPIK 10 PASANGAN KATA MENGELIRUKAN 1. KATA NAFI : tidak - bukan  Kedua-duanya ialah kata nafi. Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi untuk frasafrasa predikat. tidak Kata nafi tidak ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Bapanya tidak pergi ke pejabat hari ini. Kenyataan yang diberinya itu tidak benar.

bukan Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Makanan itu bukan untuk Ali tetapi untuk Aminah. Projek itu bukan usaha yang saya lakukan.

Nota: 

Kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. Contoh: Pak Abu bukan kaya sangat tetapi pemurah orangnya. Dia bukan hendak belajar tetapi hendak bermain sahaja. 2. kerana - sebab  kerana ialah kata hubung manakala sebab ialah kata nama. kerana Zainal tidak pergi ke sekolah kerana dia demam campak.

sebab Pihak tertuduh gagal memberikan sebab dia tidak bersalah.

Nota: Perkataan sebab boleh dijadikan sebagai kata hubung dengan meletakkan perkataan oleh di hadapannya menjadi oleh sebab. Perlu diingat bahawa kata hubung kerana yang memang merupakan kata hubung tidak boleh diletakkan perkataan oleh untuk menjadikannya sebagai kata hubung. Oleh itu, frasa oleh kerana adalah salah. Contoh kesalahan ayat: Abu ditangkap oleh pihak polis sebab mencuri di pasar raya. (X) Abu ditangkap oleh pihak polis kerana mencuri di pasar raya. (√) Oleh kerana hujan, kami terpaksa berteduh di bawah pokok itu. (X) Oleh sebab hujan, kami terpaksa berteduh di bawah pokok itu. (√)

3. dalam - di dalam

Cenderabahasa Bil.2 JPNPP dalam Merupakan kata sendi nama yang hadir di hadapan kata nama yang membawa pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak. 1. Kita semua bersetuju dalam hal ini. 2. Kita harus fasih bertutur dalam bahasa Melayu. 3. Perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat yang lalu.

di dalam Merupakan kata arah hadir di hadapan kata nama yang mmerujuk kepada tempat yang mempunyai ruang atau jarak. 1. Banyak pelajar masih berada di dalam kelas itu. 2. Beberapa orang pemburu telah sesat di dalam hutan yang tebal itu. 3. Buku-buku itu terletak di dalam meja saya.

Contoh ayat yang salah: Saya tidak terlibat di dalam urusan perniagaan itu. (X) Aminah masih berada dalam kelas itu. (X) 4. antara - di antara antara Kata sendi nama yang tidak membawa maksud yang mempunyai ruang dan jarak. Contoh:  Tidak ada perbezaan yang besar antara pendapat saya dengan pendapatnya.  Pelajar itu sedang berbincang antara mereka.

di antara Kata arah yang digunakan untuk maksud arah yang mempunyai ruang dan jarak. Contoh:  Tambak Johor terletak di antara negeri Johor dengan negara Singapura.  Saya dapat menikmati pemandangan yang indah sepanjang perjalanan di antara Pulau Pinang dengan Kelantan.

5. bagi - untuk  Pada umumnya kata bagi dan untuk ialah kata sendi nama yang digunakan secara bervariasi antara satu sama lain.  Asrama itu dibina untuk pelajar-pelajar miskin. (√)  Asrama itu dibina bagi pelajar-pelajar miskin. (√) Nota : Dalam penggunaan untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan kata untuk tidak boleh ditukar ganti dengan kata bagi. Contoh:  Hadiah itu pemberian khas daripada ibu untuk saya. (√)  Hadiah itu pemberian khas daripada ibu bagi saya. (X)

Cenderabahasa Bil.2 JPNPP 6. dapat - boleh dapat Kata bantu yang digunakan dalam ayat yang menyatakan maksud ada keupayaan atau berupaya. 1. Jalan itu tidak dapat dilalui kerana banjir. 2. Saya tidak dapat memenuhi permintaannya yang melampau itu.

boleh Kata bantu yang digunakan dalam ayat yang menyatakan maksud keizinan atau kebenaran. 1. Kanak-kanak mahupun orang dewasa tidak boleh berbohong. 2. Ahmad tidak boleh menghadiri majlis itu kerana terpaksa menolong ibunya di rumah.

7. berasa - merasa Berasa bermakna mempunyai rasa manakala merasa pula bermakna menikmati rasa. Berasa mesti digunakan di hadapan kata adjektif, manakala merasa digunakan di hadapan kata nama. berasa Ahmad berasa kecewa dengan keputusan pertandingan itu. Seluruh badan Pak Samad berasa sakit setelah bekerja sehari suntuk. Gulai ikan itu berasa sangat masin akibat terlebih garam.

merasa Ibu ingin merasa kari ayam yang telah dimasak oleh ayah. Bapa saya pernah merasai keperitan hidup pada zaman pemerintahan Jepun. Aminah merasai kesakitan yang teruk akibat kemalangan itu.

8. ialah - adalah ialah Kata pemeri yang digunakan di hadapan kata nama. Contoh: Cikgu Nor ialah guru Bahasa Melayu saya. Menara Berkembar Petronas ialah bangunan yang tertinggi di dunia.

adalah Kata pemeri yang digunakan di hadapan kata sendi nama dan kata adjektif. Contoh: Langkah kerajaan itu adalah untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik. Anak Puan Aminah adalah sangat comel.

Nota: Kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama dengan kata nafi. Contoh: Siswazah yang baru lulus itu ialah bukan berasal dari Pulau Pinang. (X) Siswazah yang baru lulus itu bukan berasal dari Pulau Pinang. (√) Arahan itu adalah bukan untuk semua pegawai. (X)

Cenderabahasa Bil.2 JPNPP Arahan itu bukan untuk semua pegawai. (√) 

Kata pemeri boleh wujud dalam binaan kata nafi dan frasa adjektif Berita yang disebarkan itu adalah tidak benar. (√)



Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Adalah dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan esok. (X) Dengan ini dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan esok. (√)

9. banyak - ramai banyak Kata adjektif yang digunakan untuk menunjukkan bilangan yang lebih daripada satu khasnya untuk manusia, benda dan binatang. Contoh: Banyak pelajar yang tidak datang ke sekolah hari ini kerana banjir.

ramai Digunakan untuk menunjukkan suasana dan keadaan meriah, tidak sunyi, bising, dan riuh rendah. Contoh: Suasana majlis hari jadi itu menjadi riuh-rendah apabila ramai orang yang menjerit-jerit.

Banyak kanak-kanak suka akan makanan yang manis.

Ramai kanak-kanak yang melompat-lompat semasa menyaksikan persembahan penyanyi itu.

Contoh ayat yang salah:  Ramai pelajar tidak hadir ke sekolah kerana sakit mata. (X)  Banyak pelajar tidak hadir ke sekolah kerana sakit mata. (√)  

Jennifer Lopez mempunyai ramai peminat di Malaysia. (X) Jennifer Lopez mempunyai banyak peminat di Malaysia. (√).

Related Documents


More Documents from "necis"