Ser

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ser as PDF for free.

More details

  • Words: 1,277
  • Pages: 4
Perluas Sekolah Wawasan -- Tiga aliran mampu semai semangat perpaduan antara kaum Mingguan Malaysia 13 Mac 2005 ms 01 Dalam Negeri

Oleh: ZURAINI ABIDIN dan HERMAN HAMID KUALA LUMPUR 12 Mac - Di sebalik desakan supaya ditambah sekolah Cina, beberapa pertubuhan mencadangkan kerajaan menambah peruntukan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) untuk memperluaskan pelaksanaan Sekolah Wawasan di seluruh negara. Mereka berpendapat konsep Sekolah Wawasan yang mengintegrasikan tiga aliran sekolah dalam satu kawasan perlu diperkasa sebagai usaha menyemai semangat perpaduan antara kaum. Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Suhaimi Ibrahim berkata, dengan peruntukan itu, ia dapat digunakan bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur di sekolah yang terlibat di dalam projek tersebut. ``Permohonan MCA untuk membina lebih banyak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) hanya menguntungkan satu pihak sahaja. ``Mereka (MCA) seharusnya bergabung dengan parti komponen Barisan Nasional lain untuk memperkasakan Sekolah Wawasan yang lebih menepati kehendak nasional,'' katanya di sini, hari ini. Beliau diminta mengulas cadangan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting, kelmarin yang meminta kerajaan menambah bilangan SJKC di seluruh negara termasuk jumlah guru-guru melalui peruntukan di bawah RMK-9. Bagaimanapun, cadangan tersebut mendapat bantahan daripada beberapa tokoh akademik dan Pergerakan Pemuda UMNO. Sementara itu, Presiden Majlis Kelab Belia India Malaysia, A. Rajaratnam menegaskan bahawa semua pihak harus menerima hakikat bahawa Sekolah Wawasan adalah formula bagi meningkatkan perpaduan kaum. ``Pada saya itu langkah yang terbaik dan jika ini dilakukan, maka semua pihak tidak ada alasan lain lagi untuk menolak konsep Sekolah Wawasan,'' katanya. Pengerusi Alumni Melayu Amerika Utara (Alma), Roslan Mohd. Latif turut bersetuju jika kerajaan menambah Sekolah Wawasan kerana tujuannya ialah untuk kebaikan generasi akan datang. ``Walaupun benar bahawa SJKC pada orang Cina sangat dititikberatkan, namun demi kepentingan bersama mereka harus melihat isu ini dengan lebih luas lagi,'' katanya. Presiden Graduan Muda Malaysia, sebuah persatuan yang berasaskan kaum Cina, Quek Ngee Meng berkata, pelaksanaan Sekolah Wawasan sangat sesuai untuk tujuan integrasi kaum terutama di kawasan yang mempunyai komposisi masyarakat majmuk pelbagai kaum.

27

Bagaimanapun, katanya, SJKC masih diperlukan di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi. Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sobri Ahmad berkata: ``Tidak ada mana-mana pihak yang rugi dengan pelaksanaan Sekolah Wawasan, malah ia lebih bersifat terbuka dengan menggalakkan interaksi sesama kaum.'' Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Azam Abdul Rahman pula berpendapat, matlamat pelaksanaan Sekolah Wawasan akan gagal sekiranya kerajaan memenuhi tuntutan MCA. ``Kerajaan perlu menumpukan terhadap usaha penambahbaikan konsep Sekolah Wawasan supaya ia dapat dilaksanakan secara meluas,'' katanya. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Nordin Abdul Hamid berkata, semua pihak tidak perlu takut kehilangan identiti mereka sekiranya Sekolah Wawasan diperkasakan. Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Prof. Madya Dr. Rahman Daud berkata, MCA sewajarnya menyokong pelaksanaan Sekolah Wawasan bagi merapatkan jurang perbezaan antara kaum di negara ini. ``Salah satu cara untuk menyatupadukan kaum adalah dengan mengelakkan perasaan iri hati dan hasad dengki di kalangan masyarakat dan ia boleh digerakkan melalui sistem pendidikan,'' katanya. Presiden Akademi Belia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah pula berkata, melalui Sekolah Wawasan, ia berupaya mengatasi masalah pengasingan kaum di kalangan generasi muda yang semakin serius.

Hakcipta © 2005 Utusan Malaysia (M) Berhad. Perpustakaan KUTKM is not responsible for any inappropriate use of information contained in this site.

28

SEKOLAH WAWASAN DAN FORMULA PERPADUAN BN Kebelakangan ini isu sekolah wawasan sering dibincangkan dalam media bercetak, elektronik mahu pun melalui saluran internet. Sekolah wawasan bukanlah satu idea baru, ia sebenarnya sudah ada dalam Laporan Razak lagi. Laporan Razak mengatakan Bahasa Malaysia akan menjadi Bahasa Pengantar bagi sekolah-sekolah di Malaysia. Dengan demikian apa akan terjadi terhadap Sekolah Jenis Kebangsaan China dan Tamil? Inilah yang ditakuti oleh kaum China di negara ini. Idea Sekolah Wawasan ini ditentang hebat oleh dua buah persatuan pendidikan China, Dong Jian Zhong dan Hua Zong. Bahkan dalam satu wawancara dengan pemimpin persatuan ini dalam sebuah akhbar tempatan, jika konsep sekolah wawasan dipaksakan ke atas masyarakat China, mereka akan membuat penentuan dalam pilihanraya. Maknanya mereka tidak akan lagi mengundi BN dalam pilihanraya akan datang? Konsep Sekolah Wawasan adalah bertujuan menyatukan masyarakat Melayu, China dan India melalui satu sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa dan diletakkan di satu kawasan. Konsep ini tidak dapat diterima oleh orang China kerana ia seolah-olah akan menghapuskan bahasa China secara perlahan-lahan terutama bila ia tidak lagi digunakan dalam pendidikan peringkat asas seperti sekolah kebangsaan. Memelihara bahasa ibunda sendiri adalah mendapat jaminan dalam perlembagaan, dan ianya tidak harus dipaksakan ke atas mereka yang tidak mahu menerimanya. Namun, apakah selama ini masyarakat Malaysia tidak bersatu tanpa Sekolah Wawasan?. Ataukah dengan wujudnya sekolah itu apakah masyarakat Malaysia akan bersatu padu?. Peristiwa 13 Mei adalah kemuncak perbalahan kaum di negara ini. Sesudah itu ketegangan kaum kian berkurangan sedikit demi sedikit sehingga ke hari ini. Bahkan menurut pendapat Pemimpin Suaram (Debat keluaran terbaru) adalah sukar mengajak orang China dan Melayu bergaduh hari ini, kerana mereka sebenarnya telah mengalami perasaan yang sama dari satu tekanan yang sama, iaitu tekanan kapitalisme. Ada benarnya pendapat itu kerana kapitalismelah yang menyebabkan perpecahan masyarakat di serata dunia. Di Malaysia sendiri pun, masing-masing mementingkan puak sendiri, keluarga sendiri, mementingkan kroni, semuanya adalah akibat fahaman materialisme yang berpunca dari kapitalisme Karl Mark itu. Memang sukar untuk menyatukan manusia apalagi rakyat Malaysia yang datang dari berbagai kaum akibat kesan-kesan penjajahan British. Tuan Guru Nik Abd. Aziz sendiri pernah mengatakan bahawa perecahan manusia ini tidak akan ada akhirnya. Sampai kiamat manusia tidak akan bersatu. Memang dari satu sudut manusia sukar untuk bersatu. Tetapi kita sebenarnya boleh melupakan perbezaan di kalangan kita, dan bersatu atas soal-soal dasar seperti yang disarankan banyak pihak dalam Islam terutama dalam masalah mazhab(fiqh) dalam Islam. Hassan AlBanna sendiri mengambil pendekatan sedemikian, iaitu bersatu dalam masalah dasar dan saling memaafkan dalam perselisihan yang tidak menyentuh soal dasar.

29

Kembali kepada persoalan pokok, apakah masyarakat Malaysia tidak pernah bersatu? Apakah tidak wujud perpaduan selama ini di bawah pemerintahan Barisan Nasional? Memang ada usaha-usaha ke arah perpaduan yang telah dan sedang diusahakan oleh pihak kerajaan. Selain dari peristiwa 13 Mei, tidak ada lagi pergaduhan kaum di Malaysia. Ertinya masyarakat kita bersatu sekalipun dalam pengertian yang longgar. Kelonggaran atau tidak mantapnya intergasi di kalangan bangsa-bangsa yang utama itu terutamanya disebabkan tidak adanya satu dasar yang kongkrit selain dari Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan berbagai-bagai dasar lagi tanpa melihat ke dalam diri manusia itu sendiri. Bahkan dari segi lain, perpaduan yang wujud di kalangan anggota masyarakat yang dipupuk sekian lama, akan dipecahpecahkan semula oeh Barisan Nasional sendiri terutama bila tibanya musim pilihanraya. Pihak kerajaan sering menakut-nakutkan akan terjadi pergaduhan kaum jika rakyat tidak menyokong kerajaan yang berkuasa. Dengan demikian perpaduan yang cuba dipupuk akan tarhurai kembali dalam saat-saat seperti itu. Konsep pecah dan perintah akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh kerajaan Barisan nasional demi untuk terus mengekalkan kuasa. Dengan begitu, perpaduan pada hakikatnya hanyalah satu mainan politik Barisan Nasional untuk meraih keuntungan politik istimewa dalam masyarakat berbilang bangsa seperti di negara ini. Sebab itulah, perpaduan hanyalah satu utopia yang tidak pernah wujud di bawah kerajaan Barisan Nasional. Jadi adalah menjadi hak mereka bila kaum China umumnya menolak Sekolah Wawasan sebagai konsep atau halatuju baru dalam mencari konsep perpaduan di Malaysia. Perpaduan tidak akan wujud walau pun dengan beribu Sekolah Wawasan diwujudkan jika perpaduan itu hanyalah satu mainan politik BN untuk dijadikan modal dalam mengekalkan kuasa politik. Perpaduan dengan sendirinya akan tercerna bila semua kepentingan masyarakat berbilang kaum ini diambil kira di samping mengekalkan keadilan serta pembahagian kekayaan yang seimbang. Perpaduan mungkin akan wujud sekiranya setiap kaum memahami cara hidup dan kebudayaan lain-lain bangsa yang hidup bersama-sama dalam satu negara. Seperti dalam menangani masalah mazhab fiqh dalam Islam, setiap kaum haruslah melupakan perbezaan yang kecil demi untuk tujuan yang lebih besar; iaitu perpaduan. Dan ini semua tidak akan tercapai selagi Barisan Nasional masih menerajui kepimpinan negara ini.

AlKundangi, 21.11.2000.

30

Related Documents

Ser
April 2020 23
Ser
May 2020 22
Ser
October 2019 30
Ser
December 2019 24
Ser
May 2020 11
Ser O No Ser
April 2020 27