Senyum Rasulullah Saw

  • Uploaded by: adam
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Senyum Rasulullah Saw as PDF for free.

More details

  • Words: 2,296
  • Pages: 8
E

B

A H A N

T

B

A C A A N

A Z K I R A H

Senyum Rasulullah SAW.... Masa kecik-kecik dulu bila dengar ceramah agama, uztaz dahului dgn memuji nama Allah dan Rasulullah SAW. Dalam setiap ceramah mesti diselitkan dgn ayatayat Al-Quran dan As-Sunnah. Bila disebut nama Junjungan Mulia ini, ramai yg berselawat ke atasnya. Dalam hati tertanya-tanya siapakah Nabi Muhammad ini… mulia sungguh sehingga ramai yg berselawat ke atasnya. Bila di sekolah belajar 25 Rasul ini, maka kenal jua dgn nabi yg terakhir ini. Berat bahunya memikul risalah Allah menyebarkan agama Islam kepada umat terakhir ini. Namun baginda tetap menyampaikan wahyu Allah ini selama 23 tahun lamanya. Dengan pengorbanan Rasulullah s.a.w, para sahabat, keluarga mereka dan umat Islam terdahulu, kita dapat menikmati agama ini, lantaran mengenal sirah dan sejarah baginda. Syukur Alhamdulillah kerana dilahirkan dalam Islam, mengenal agama yg suci murni ini yg sesuai dgn fitrah manusia, walaupun ramai juga yg telah murtad dari agama Allah ini. Melihat kepada apa yg berlaku pada hari ini, hati rasa sedih dengan keadaan segelintir anak-anak muda kini, umat Islam yg ramai tapi tidak bersatu, agama Allah dan umat Islam dipersendakan depan mata, tapi apa yg boleh dilakukan kerana ramai yg lebih menyintai dunia dan isinya. Inilah dia umat akhir zaman… kalau Rasulullah berada di sini dan tika ini, agaknya siapakah yg menyokong baginda s.a.w dan siapa pula yg menentangnya, dan dimanakah kita pula di waktu itu… Itu semua hanyalah mimpi. Rasulullah sudah wafat lebih 1400H yg dahulu, yg tinggal hanyalah wahyu Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w. Yang tinggal hanyalah kenangan, kisah dan tauladan. Rasulullah sudah meninggalkan saya dan kita semua. Sejak kenal baginda, saya suka untuk mendengar dan membaca kisah-kisah baginda, keluarga, para sahabat dan ilmuwan Islam dahulu, rasa-rasanya macam saya berada dalam zaman itu.. hehe… sebagai manusia biasa, saya seringkali terlupa dan lalai dalam mentaati Allah dan Rasulullah s.a.w. Bila mendengar ceramah agama, saya cukup suka jika penceramah menyelitkan kisah peribadi nabi yg mulia ini, cara hidup baginda, aktiviti dan pergaulan baginda dgn para sahabat dan juga umat muslimin yg lain. Ramai penceramah yg saya minati yg kini tiada lagi mudah untuk dilihat di kaca tv… Masa sekolah dulu Uztaz Mohd. Hashim Yahya cukup saya suka, waktu itu beliau masih lagi di UM kalau tak salah saya. Uztaz Hashim suka bercerita kisah-kisah Rasulullah s.a.w., banyak kisah-kisah nabi saya dengar dari mulut beliau. Mendengar cara beliau bercerita

Senyum Rasulullah SAW....____________________________________________ kisah nabi s.a.w. seperti seorang ayah bercerita pada anak-anaknya, lembut dan lawak dlm loghat Penangnya. Kisah Rasulullah memang saya minati, suka-duka Rasulullah, liku ranjau onak duri di sepanjang jalan menyebarkan agama Allah ini, agama untuk semua bangsa merentasi warna kulit, bahasa, keturunan, pangkat, darjat, umur, pendidikan, ekonomi dan sosiobudaya. Pemimpin agung ini cukup sederhana dlm hidupnya, watak dan akhlaknya cukup indah, seindah Al-Quranul Karim, senyuman tak pernah lekang dari bibirnya, amat menyayangi anak-anak yatim dan org miskin, kasih pada umatnya terlalu tinggi, tak terbalas rasanya kasih padamu ya Rasulullah. Beruntung dan bertuah para sahabat, dapat hidup bersama Baginda di dunia dan di syurga, dapat berbual mesra, berkongsi suka duka, mengukir kenangan bersama, membina empayar Islam dan ketamadunan akhlak yg tinggi dan mulia. Bangsa Arab Islam bersinar dibawah pimpinanmu ya Rasulullah, mereka digeruni dan dikagumi, sanggup mati kerana mempertahankan umat Islam yg teraniaya, tanahair dan kesinambungan agama murni ini… tapi kini Tanah Haram diceroboh dan umat Islam dipecah-belahkan dan dipersendakan di seluruh dunia…siapakah yg nak memimpin kami ya Rasulullah… emmm syahdu pulak rasanya, tapi inilah yg saya rasakan bertahun dulu, masa tu kecik lagi.. sejak kenal Rasulullah dan belajar zaman kegemilangan Islam.. tup-tup dengar Masjidil Al-Aqsa dicerobohi, rakyat Palestin ditindas, Perang Iran-Iraq, Kes Salman Rushdie hina Rasulullah s.a.w., kaum Morro di Filipina, kes murtad, penderaan kanak-kanak dan macam-macam lagi.. pening kepala dan keliru bagi pemikiran seorg budak mentah macam saya. Dalam dunia kanak-kanak, kami dapat bermain, belajar, bantu-membantu dan ketawa bersama tanpa mengenal rupa paras, batas agama dan kaum… tapi tidak dlm dunia org dewasa, penuh buruk sangka, hasad dengki, dendam, sombong, ujub dan macam-macam lagilah… dunia kanak-kanak suci murni, org dewasalah yakni masyarakat sekelilinglah yg mencemarinya… sehingga benar yg disebutkan bahawa kanak-kanak ibarat kain putih, ibubapalah dan masyarakat ibubapa inilah yg membentuknya jadi apa kanak-kanak ini dewasa nanti… bila dibandingkan dunia Rasulullah s.a.w dan Khulafa Ar-Rasyidin memang berbeza betul dgn dunia Islam kini. Masa tu kelirunya fikiran saya yg mentah ni… dan dalam kepala saya berlegar persoalan kenapa jadi macam tu… saya terasa utk menulis bila En. Ru Antara bercerita pada anaknya yg baru nak mengenali Rasulullah s.a.w., tiba-tiba macam-macam kisah yg timbul… dan juga bila Saudara Asrul kata tulislah dari hati… dgn apa yg ada dan inilah apa yg saya tulis, apa yg terbuku dlm hati dari kaca mata seorg kanak-kanak apa yg saya rasakan satu waktu dahulu.. kalau dulu prinsip perang dan jihad Rasulullah tidak memerangi/memusnahkan rumah ibadat, tanam-tanaman, ladang ternakan, kanak-kanak, wanita, org-org tua dan kurang upaya tapi prinsip perang sekarang musnahkan apa yg ada, hancurkan segalagalanya. Rasulullah mengajar umat Islam berkasih sayang, cubit peha kanan, peha kiri pun terasa, macam mana nak duduk senang kalau umat Islam di tempat lain tertindas, dianiayai oleh musuh. Dekat sekolah belajar lain, dunia sebenar pulak lain.

Senyum Rasulullah SAW....____________________________________________ Belajar kisah Rasulullah dan umat Islam terdahulu yg penuh rahmah, berani dan harmoni tapi tidak umat Islam kini… hai pening rasenye… itulah fikiran mentah saya dulu… dan semuanya masih berlegar di fikiran saya kini… tak hairanlah jika kanak-kanak berani mengangkat senjata utk menembak org yg membunuh keluarganya, menghancurkan negaranya dan mempersendakan agama Rasulullah s.a.w. ini… Sepanjang kehidupan Rasulullah s.a.w bersama para sahabat dan umat Islam terdahulu banyak kisah dan peristiwa yg berlaku termasuklah senda gurau Baginda Rasulullah s.a.w. dgn mereka, dan kisah ini saya ingin berkongsi bersama-sama dengan anda semua. Kisah ini dipetik dari buku Himpunan Kisah-kisah Lucu susunan A.K Alang Jaafar. Kepada sesiapa yg pernah baca, berselawat lah ke atas Baginda Rasululah s.a.w. Mengintai mata suami Suatu hari seorang wanita telah datang ke majlis Rasulullah s.a.w. sambil melihatlihat ke sana sini seperti ada yg dicari. Rasulullah pun faham bahawa wanita tersebut sedang mencari seseorang. “Siapa yg engkau cari?” tanya Rasulullah. “Suami saya wahai Rasulullah.” jawab wanita itu. “Siapa nama suamimu itu?” tanya Rasulullah lagi. “Fulan bin Fulan.” Jawabnya. “Oo… org yg di matanya terdapat putih-putih itu?” kata Rasulullah. “Tidak.” Kata wanita itu. “Betul.” Wanita itu terdiam seketika, kemudian segera beredar untuk mencari suaminya kerana dia tidak ada di majlis tersebut. Fikirannya sentiasa tertanya-tanya benarkah di mata suaminya terdapat putih-putih. Apabila telah bertemu dgn suaminya, dia terus mengintai mata suaminya.Diperhatikannya kedua-dua mata suaminya. Akibatnya si suami gusar kerana si isteri berkelakuan seperti org curiga. “Apahal engkau ni, tiba-tiba mengintai mata saya tiada hentinya?” tanya si suami. “Saya sedang memastikan kedua-dua matamu” “Untuk apa?”

Senyum Rasulullah SAW....____________________________________________ “Rasulullah s.a.w. memberitahu saya bahawa pada kedua-dua matamu ada putihputihnya” jawab si isteri. “Engkau ni apsal bodoh sangat.” “Mengapa pula?” “Bukankah setiap biji mata ada putih-putihnya. Engkau lihat sendiri, bukankah bahagian yg putih dari kedua-dua mata ini lebih byk drpd bahagian yg hitam?” kata si suami. Barulah wanita itu sedar bahawa kenyataan Rasulullah s.a.w. itu memang benar dan ada senda gurau. Senyum satu tahun Nu’aim bin Amru seorg sahabat Ansar yg sering buat kelakar sehingga ramai teman-temannya yg tertawa kecil. Suatu hari dia telah berangkat dari Madinah ke Basrah bersama Abu Bakar utk urusan perniagaan. Ikut serta dlm perjalanan itu ialah Suwait bin Haramalah yg bertindak selaku pengawai Abu Bakar yg menguruskan soal makanan dan minuman. Sesampainya di suatu tempat, mereka berhenti utk berehat dan Abu Bakar pergi sebentar utk suatu keperluan. Tiba-tiba Nu’aim datang kpd Suwait utk meminta makanan. Suwait : Tidak boleh sehingga Abu Bakar datang. Nu’aim merayu lagi, tetapi Suwait tetap tidak mahu memberinya makanan. Akhirnya Nu’aim berjanji pada dirinya akan membuat sesuatu terhadap Suwait sebagai tindakbalas. Dengan senyap-senyap, Nu’aim telah pergi kepada satu kafilah yg lalu berhampiran tempat tersebut dan menawarkan seorang hamba yg hendak dijual. Ketua kafilah: Kami berminat utk membelinya. Nu’aim : Tapi hamba yg bakal kujual itu byk cakap tahu. Nanti pasti dia meronta dan mengatakan padamu “saya bukan hambanya, saya org merdeka…” dan seterusnya. Jika dia berkata demikian, engkau jgn membelinya dan biarkan saja hambaku itu di tempatnya. Ketua kafilah: Kami tetap akan membelinya, dan kami tidak akan menghiraukan apa yg dia cakap. Nu’aim merasa terperangkap juga apabila ketua kafilah itu tetap akan membeli Suwait sekalipun dia meronta dan mengatakan yg dia org merdeka. Maka

Senyum Rasulullah SAW....____________________________________________ terpaksalah Nu’aim menerima wang dari kafilah itu tanpa pengetahuan Suwait dan kemudian menjauh dari tempat Suwait. Mereka pun pergi pada Suwait dan menjerat lehernya dgn kain serban lalu ditariknya. Suwait (dgn terkejut): Eh.. kenapa ni? K.kafilah: Engkau telah kubeli dati tuanmu. Suwait (sambil meronta): Tidak.. tidak… saya bukan hambanya.. saya org merdeka. Akan tetapi org yg menjeratnya tidak peduli pada rayuannya, mengheretnya kepada kafilah mereka. Dalam hati Suwait bersungut, ini mesti kerja si Nu’aim. Sementara itu Nu’aim tinggal termangu-mangu kerana gurauannya jadi serius. Dia telah terjual orang merdeka. Lepas tu, Abu Bakar r.a datang dan Nu’aim segera menceritakan apa yg dah jadi dan terus mohon maaf. Tanpa buang masa Abu Bakar pun terus le kejar kafilah tersebut dan menebus semula Suwait lalu dibawanya pulang. Bila peristiwa itu sampai kpd Rasulullah s.a.w, beliau tertawa atas berbuatan Nu’aim itu. Sehingga setahun lamanya apabila berjumpa dgn Nu’aim, baginda selalu tertawa.* Seorg sahabat berkata di hadapan Rasulullah s.a.w. bahawa Nu’aim suka mengusik, bergurau dan ketawa. Lantaran Rasulullah berkata: “Dia akan masuk syurga dalam keadaan tertawa…” Hadiah Dari Diri Sendiri Seorg penjual madu sedang berkeliling Kota Madinah menjajakan madunya. Cuaca sgt panas dan masing-masing sedang beristirehat dlm rumah setelah selesai mengerjakan solat zohor. Tiada yg keluar utk beli madu. Nu’aim ternampak penjaja madu tersebut lalu diajaknya ke rumah Rasulullah s.a.w. Nu’aim suruh penjaja itu menunggu di luar, sementara dia sendiri masuk ke rumah rasulullah s.a.w. sambil membawa sebotol madu lalu diberikannya kpd baginda. “ Wahai Rasulullah, aku tahu bahawa engkau suka madu, oleh itu aku bawakan madu ini sebagai hadiah utkmu.” Kata Nu’aim.

Senyum Rasulullah SAW....____________________________________________ Setelah itu Nu’aim keluar dan berkata kat si penjual madu itu, “Aku akan pergi utk suatu urusanku. Engkau tunggu saja si sini, sebentar lagi tuan rumah itu akan keluar utk membayar harga madu itu kepadamu.” Nu’aim terus pergi dan tunggulah si penjual madu itu di luar rumah. Dah agak lama menunggu, si pejual itu pun mengetuk pintu dan Rasulullah pun keluar. “Wahai tuan rumah, bayarlah harga maduku yg dibawa oleh seorg lelaki sebentar tadi ” kata si penjual kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah terkejut tapi baginda segera sedar yg itu hanyalah kelakar Nu’aim utk membuat baginda senyum. Tanpa byk cakap, baginda terus membayar harga madu tersebut. Beberapa masa kemudian, baginda pun bertemu dgn Nu’aim yg telah tersenyum terlebih dahulu. “Wahai Nu’aim, apa yg telah engkau buat terhadap keluarga Nabimu?” tanya Rasulullah SAW. “Wahai Rasulullah, saya tahu bhw engkau suka madu, tapi saya tak punya wang utk membelinya sebagai hadiah utkmu. Lalu saya hanya tolong menghantarkannya saja kpdmu, dan semoga saya beroleh taufiq dan kebaikan .” kata Nu’aim. Orang yg ditakuti syaitan Beberapa org wanita Quraisy sedang berada di rumah s.a.w. kerana sedang menanyakan beberapa masalah. Suasana sungguh riuh kerana jumlah mrk agak ramai dan terlalu gembira bercakap dgn baginda. Tiba-tiba Umar bin Khattab datang dan minta izin utk masuk, baginda pun mengizinkannya. Sebaik saja Umar masuk, wanita itu semua senyap dan kelamkabut membetulkan tudung masing-masing. Rasulullah s.a.w tertawa melihat kejadian itu. Umar: Mengapa engkau tertawa wahai Rasulullah ? Rasulullah: Saya hairan, kerana sebaik saja mendengar suaramu, kaum wanita ini segera membetulkan letak tudung mereka. Umar: Wahai Rasulullah, sepatutnya engkaulah yg lebih disegani daripada aku. Kemudian Umar berkata kpd. kaum wanita itu “Engkau semua ni melawan diri sendiri, mengapa engkau lebih takut pada saya daripada kpd Rasulullah?” “Engkau wahai Umar, berhati kasar dan lebih keras daripada Rasulullah.” Jawab kaum wanita.

Senyum Rasulullah SAW....____________________________________________ Sekali lagi Rasulullah tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata kpd Umar: “Wahai anak Khattab, demi Allah, apabila syaitan terserempak dgn engkau di suatu jalan yg engkau lalui, maka dia akan lari dan melalui jalan lain.” *** Makan Sebelah MataYang Lain Suatu ketika seorg sahabat bernama Suhaib sakit. Org sakit mata , tidak begitu baik makan kurma. Pada suatu hari Rasulullah SAW melihat Suhaib makan kurma lalu ditegurnya. “Wahai Suhaib, adakah engkau memakan tamar, sedang engkau sakit mata?” tegur Baginda. “Wahai Rasulullah, aku makan tamar ini pada sebelah yg lain.” Jawab Suhaib. Mendengar kelakar itu, Rasulullah SAW tertawa sehingga kelihatan gigi gerahamnya.*

Sungguh beruntung org. mukmin yg dapat hidup sezaman dgn. Junjungan Mulia Rasulullah SAW….. Untuk para Suami Di kesempatan ini juga saya nak beritahu kpd. para suami… kalau sudah memiliki isteri yg baik kenapa perlu berkahwin lain… tak perlulah patahkan hati wanita yg baik… Rasulullah SAW dulupun tidak berkahwin lain semasa hayatnya Siti Khadijah r.a. Siapa tidak kenal Siti Khadijah, wanita yg memiliki 4 perkara iaitu kecantikan walaupun dah berumur 40 tahun ketika berkahwin dgn Rasulullah SAW, kekayaan, berketurunan dan beragama kerana Siti Khadijah adalah wanita pertama yg. memeluk agama Islam….besar sungguh pengorbanan Isteri Rasulullah ini... Saidina Ali b. Abu Talib r.a juga tidak berkahwin lain semasa hayatnya Siti Fatimah az-Zahra, puteri kesayangan Rasulullah SAW. Rasanya ramai yg tahu kesusahan hidup puteri Rasulullah ini bersama Saidina Ali, seorang yg bijak dlm ilmunya dan juga digelar Harimau Allah… Begitu besar pengorbanan Siti Khadijah dan Siti Fatimah, wanita hebat yg bersuamikan lelaki yg. hebat juga... Maaflah sebab terlalu panjang karangan ini.. maklumlah cuma 2x hantar posting, itupun bagi kaunseling percuma… jadi dia cover yg lepas-lepas. Kepada semua warga Relexjap teruskan menulis (menaip) dan bagi kaunseling percuma, seperti kata En. Roshimi tak perlu ada fakta dan buat rujukan… lepas ni saya nak berhibernasi sebab dah pening kepala… Senyum Rasulullah SAW....____________________________________________

Yang baik semuanya datang dari ALLAH TAALA, dan yg buruk, lemah dan daif adalah dari diri saya sendiri…. Maaf jua dipinta jika keterlanjuran bicara….. Wallahua’lam.. dari hati budak perempuan 15 tahun yg lalu

Related Documents

Senyum Rasulullah Saw
May 2020 30
Rasulullah Saw
November 2019 44
Akhlak Rasulullah Saw
May 2020 33
Cara Makan Rasulullah Saw
December 2019 41

More Documents from "opancrew"