ISI KANDUNGAN
Penghargaan..........................................................................................................2
Pendahuluan..........................................................................................................3
Makna tekstil.........................................................................................................4
Jenis-jenis tekstil di Malaysia.................................................................................5
1.Tenunan........................................................................................5
2.Tekat..............................................................................................10
3.Batik...............................................................................................12
Penutup..................................................................................................................19
Rujukan...................................................................................................................20
1
PENGHARGAAN Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Berkat doa dan tawakal kepadaNya, tugasan yang cukup mencabar ini dapat diselesaikan dengan mudah. Terima kasih juga kepada kedua ibubapa yang menjadi pendorong serta pembakar semangat kepada diri saya. Sesungguhnya kesungguhan mereka membesarkan saya demi menjadikan saya seorang yang berguna amatlah saya banggakan. Tidak lupa juga kepada pensyarah yang tidak putus-putus memberi tunjuk ajar kepada saya dan sahabat-sahabat. Tanpa usaha beliau memartabatkan dan juga menyerapkan seni dalam jiwa anak didiknya, maka suramlah dunia seni dalam minda kami. Tanggungjawab beliau amatlah berat namun kegagahan beliau menyebabkan kami lebih cekal mengharungi cabaran dimasa yang mendatang. Kepada rakan-rakan seperjuangan, segala bantuan dan sokongan amatlah dihargai. Mereka adalah insan yang sama-sama menyemarakkan dunia seni pada masa ini. idea kreatif mereka adalah sangat berguna. Sekian sahaja untuk kali ini. semoga apa yang dihidangkan dapat memberi manfaat kepada orang lain.Diharap juga agar tugasan ini menepati setiap aspek yang telah ditetapkan. Sekian terima kasih.
2
PENDAHULUAN
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai seni tekstil yang beridentitikan Malaysia sendiri. Kesenian tekstil ini membawa makna yang mendalam sehinggakan seni ini diterapkan dalam Pendidikan Seni di sekolah menengah.
Antara seni tekstil yang malaysia miliki ialah tenunan, tekat dan batik. Seni tekstil ini sudah lama berkembang sejak dahulu. Yang amat menyedihkan lagi ialah anak muda pada masa kini kurang pendedahan mengenai tekstil. Sungguhpun begitu, inisiatif kerajaan bagi meningkatkan lagi seni tekstil ini di Malaysia mahupun luar negara tidak boleh dipandang enteng.
Sebagai contoh, bermula tahun 2003, arwah mantan perdana menteri Malaysia, Datin Paduka Seri Endon Mahmood memperjuangkan industri batik hingga kemata dunia. Hasratnya yang murni itu disokong oleh semua pihak. Buktinya sehingga sekarang guru-guru atau kakitangan awam diwajibkan memakai pakaian batik mengikut hari yang ditetapkan.
Oleh itu kajian atau penyelidikan tentang tekstil Malaysia ini sangatlah diperlukan agar remaja pada masa ini lebih menilai dan lebih menghargai seni tekstil negara agar tidak diperlekehkan.
3
MAKNA TEKSTIL Tekstil pada asalnya merupakan satu benda yang dicipta bertujuan untuk melindungi tubuh badan. Zaman kian beranjak sedikit demi sedikit, menjadikan tekstil sebagai pelengkap kepada sesebuah upacara, rumahtangga, sebagai simbol kebesaran pemakai media ekspresi seni dan sebagainya.Tekstil dapat merangkumi pelbagai segi antaranya ialah antropologi (sosial dan budaya) kerana dapat menunjukkan adat istiadat sesuatu masyarakat dan juga arkeologi kerana dapat melahirkan sejumlah informasi pada evolusi budaya. Sebagai media ekspresi seni, seni tekstil dapat dikompolkan dalam koleksi seni rupa (fine art), seni rakyat(folk arts) atau seni pendatang(tourist arts)
4
JENIS-JENIS TEKSTIL DI MALAYSIA 1.TENUNAN
1.1 SEJARAH TENUNAN Perkembangan tenunan di Malaysia dipercayai berkaitan dengan pendatang yang kebanyakannya terdiri dari pedagang-pedagang. Pedagang-pedagang dari Jawa, Kepulauan Maluku, Borneo dan Bugis telah memperkenalkan beberapa jenis kain tenunan. Beberapa corak tenunan yang dihasilkan di Terengganu dan di Kelantan misalnya telah diberi nama seperti tempat asal pedagang-pedagang tersebut. Dengan ini terdapat tenunan corak Samarenda (Borneo Timur), corak Bugis dan corak Palembang. Tenunan ini termasuk juga kain
corak
Muar
dari
Johor.
Tenun biasa ialah tenunan yang menghasilkan kain yang sering digunakan oleh golongan masyarakat biasa, terutama tenunan yang dibuat dari bahan benang kapas. Benang sutera juga digunakan tetapi harganya lebih mahal dari tenunan benang kapas. Tenunan kapas juga dipercayai merupakan tenunan pertama yang wujud di Kelantan dan ia lebih dikenali sebagai kain tenun balas dan setuli benang. Corak-coraknya juga sederhana disebabkan benang-benang masih terbatas warnanya. Pada masa yang sama iaitu kira-kira pada awal abad ke -18, masyarakat telah mengenali kain cindai, kain Bugis dan kain Acheh. Akan tetapi penenun tempatan mencipta corak-corak dengan menyusun benang-benang pada anian tanpa meniru kain-kain yang didatangkan dari luar.
1.2 MOTIF DAN CORAK Jenis-jenis tenunan ini juga disebut sebagai tenunan bercorak kerana tidak terdapat bentuk motif yang digunakan kecuali ruang, petak dan jaluran. Dari segi penciptaan ragamhias, tenunan ini termasuk dalam bentuk yang paling sederhana. Ragamhiasnya hanya terdiri
dari
corak
dan
sedikit
bentuk
motif
berselitkan
benang
emas.
Kain bercorak yang terkenal ialah corak Muar dengan menggunakan warna-warna dari cahaya muda dalam bentuk susunan petak dam. Warna yang sering digunakan ialah kelabu, merah samar, jingga muda, putih, biru laut, hijau lumut dan kuning susu. Terdapat juga penggunaan caban benang emas yang menghasilkan bentuk motif garis halus atau kesan titik berbunga kecil, bertabur menghiasi ruang dan bidang-bidang bewarna. Bentuk motif yang 5
terdapat pada kain tenun bercorak dikenali sebagai kain corak hujan panas iaitu kesan berkilat disebabkan oleh benang emas. Sedangkan garis lurus yang halus dari benang emas disebut sebagai tenun/songket selit. Kalau selitan ini terdapat pada bahagian kepala kain ia disebut corak
beragi.
Kain corak Bugis selalunya dihiaskan dengan corak susunan catur yang sederhana tetapi terdapat banyak variasi/ragaman. Ruang kotak lebih kecil jika dibandingkan dengan kain corak Muar. Manakala warna yang digunakan sebagai latar ialah hijau atau merah.
Kain corak Samarenda umumnya dipenuhi dengan ruang lebar yang melintang serta berlatarkan warna gelap seperti ungu tua dan hitam sebagai tanah kain. Penggunaan benang loseng yang dicelup ikat akan menghasilkan corak 'tartan' atau bintik ular sawa, juga dikenali sebagai ragi bunga cuai. Beberapa corak lain yang sering dicipta ialah corak berdiri, melintang, mata bilis, siku keluang dan kisi-kisi. Jika dibandingkan corak ini dengan corak yang terdapat pada anyaman memang tidak banyak bezanya. Perbezaan jelas hanya terletak pada bahan asas yang digunakan serta proses penciptaan.
1.3 JENIS-JENIS TENUNAN Seni tenunan terbahagi kepada 3 jenis. Antaranya ialah: •
Tenunan biasa
•
Tenunan benang ikat celup
•
Songket
Seni tenunan masing-masing menpunyai nilai seni yang tersendiri.
1.3.1 tenunan biasa Tenunan biasa adalah tenunan daripada benang kapas dan terawal dihasilkan
1.3.2 tenunan benang ikat celup Tenunan benang ikat celup mula berkembang di istana raja-raja dimana penciptaannya lebih rumit terutamanya dalam proses menyongket solek dan jenis kain yang digunakan adalah dari kain benang emas.
6
1.3.3 songket Songket diikatakan bermula sejak dahulu kala lagi. Ianya hanya dipakai oleh gol. Bangsawan pada waktu dahulu iaitu gol. Kerabat diraja dan orang besar negeri.Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar.
Ia telah terkenal di malaysia dan Indonesia sejak abad ke- 13 yang lampau.Perkembangannya dipercayai berkaitan dengan para pedagang dari seluruh pelusuk dunia yang kebanyakannya berasal dari Indonesia seperti Jawa, Kepulauan maluku, Borneo dan Bugis.
Pada awal abad ke- 18, masyarakat telah diperkenalkan dengan kain Cindai, kain Bugis dan kain Acheh, namun begitu penenun telah mengubah mengikut aliran teradisi dan kesesuaian mereka sendiri.
Tenunan songket merupakan tenunan yang paling lengkap dan cantik dan ia terhasil daripada perkembangan tenunan biasa. Songket adalah berasaskan kain tenunan biasa yang diperbuat daripada kapas. Kemudian barulah corak-corak dibuat dengan menggunakan benang emas.
Antara negeri-negeri yang popular dengan hasil tenunan di Malaysia adalah Pahang, Terengganu dan Kelantan. Beberapa corak tenunan yang di hasilkan di Terengganu dan Kelantan contohnya telah diberi nama mengikut tempat asal para pedagang berikut. Contoh corak Samarenda
( borneo Timur )corak bugis dan juga palembang.
Antara unsur songket ialah motif alam sekeliling seperti tumbuhan, binatang, bunga dan motif geometrik.
Manakala motif yang digunakan didalam songket pula ialah: •
Susunan bunga penuh-jalinan benang emas atau perak yang memenuhi seluruh bahagian kain.
7
•
Susunan bunga tabur-motif yang disulam berjauhan antara satu sama lain secara seimbang.
•
Susunan bercorak-motif yang disusun mengikut bentukan tertentu
Antara contoh-contoh songket ialah:
8
1.4.PROSES MENENUN •
Menerai benang
•
Menganing
•
Menggulung benang losing ke papan gulung
•
Menyapuk
•
Mengarat
•
Menyolek menenun
Tekniknya pula terbahagi kepada 2: •
Angkat 3
9
•
Angkat 5
2.TEKAT
2.1 DEFINISI Tekat adalah sejenis tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang emas keatas kain dasar dari jenis baldu. Proses menekat ini juga disebut sebagai ‘sulaman timbul’ atau ‘suji timbul’.
Tekatan biasanya digunakan untuk membuat kasut, kipas, muka bantal dan sarung tepak sireh. Hasil tekat biasanya dijadikan perhiasan didalam upacara tertentu seperti upacara perkahwinan, pertabalan diraja dan upacara yang lain.
2.2 ASAS PEMBUATAN Asas bagi seni tekat ini iala benang emas dan kain baldu manakala hiasannya pula menggambarkan reka bentuk bunga dan pohon.
2.3 RAGAM HIAS TEKAT Ragam hias tekat terbahagi kepada 2. Antaranya ialah: 2.3.1 2 demensi 10
•
Tetampan(lapik dulang)
•
Tikar
•
Kipas
•
Penyangkut kelambu
•
Selempang 2.3.2 3 demensi
•
Tepak sirih
•
Bekas Pensil
•
Kasut
•
Tudung saji
11
2.4 CARA MEMBUAT
3.BATIK
3.1 SEJARAH BATIK Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.
3.2 PROSES PENGHASILAN Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik. •
Blok penerap
•
Campuran lilin
•
Kain
•
Pencelup
•
Sebuah meja
Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang 12
mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.
3.3 PENJENISAN KAIN Batik terbahagi kepada tiga jenis:
3.3.1 Batik Blok Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.
Proses menerap kain menggunakan blok corak
3.3.2Batik Conteng Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.
13
Proses mencanting kain
3.3.3Batik Skrin Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.
3.4 MOTIF DAN CORAK
Rupabentuk Kain Batik Sarung
14
3.4.1 Contoh Motif Organik •
Motif Ayam
•
Motif Bunga Buluh
•
Motif Bunga Kerak Nasi
•
Motif Bunga Kotak Bercampur
•
Motif Bunga Buluh
•
Motif Bunga Raya
•
Motif Daun Sireh
•
Motif Geometrik
•
Motif Pucuk Rebung
•
Motif Rama-rama
•
Motif Siput
3.4.2 Contoh Motif Geometrik •
Motif Pucuk Rebung
15
•
Motif Bunga Kotak Bercampur
Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut. Antara corak-corak yang sering digunakan. •
Corak Berdiri
•
Corak Jalur
•
Corak Melintang
•
Corak Menyeluruh
•
Corak Menyerong
•
Corak Tompok-tompok
•
Corak Ulangan Batu-bata
•
Corak Ulangan/Selang seli
3.5CONTOH-CONTOH BATIK
Batik Sarung
16
Motif parang
Selendang atau tudung
17
Pakaian khusus atau seragam
Batik conteng
18
PENUTUP
Rekaan dan corak sesungguh suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat memenuhi keperluan domain kognitif,psikomotor dan efektif. Dalam penghasilan tekstil, rekaan corak terancang dan tidak terancang menghasilkan kesan tampak yang berbeza dan menarik. Walaubagaimana pun,kemahiran, kesedaran dan pengetahuan amat diperlukan untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dan menarik kerana ianya melibatkan proses latihan berfikir yang berhubungan dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.
Untuk menjadi seseorang individu yang mahir, latihan berterusan adalah amat diperlu untuk menguasai kemahiran.Kemahiran yang tinggi akan menjadi seseorang itu kreatif dalam menghasilkan sesuatu karya seni.
19
RUJUKAN •
Internet:
www.batiksarong.blogspot.com www.malaysure.com Wikipedia encyclopedia 23-07-08 mobile Songket •
Buku rujukan
DR.Dharsono,M.Sn (2006), Pembuatan batik, Semi Bakti, m/s.45-48 Puji Yosep Subagiyo (2008), Tekstil tradisional (pengenalan bahan dan teknik), m/s.3-12
20