Seni Reka Islam Dan Sezaman – Satu Perspektif Umum

  • Uploaded by: Mahathir Mohmed
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Seni Reka Islam Dan Sezaman – Satu Perspektif Umum as PDF for free.

More details

  • Words: 2,232
  • Pages: 6
Seni Reka Islam dan Sezaman – Satu Perspektif Umum

DEFINISI SENI REKA ISLAM Seni reka Islam adalah hasil perancangan ruang dan binaan yang berasaskan corak hidup umat Islam berteraskan kepada budaya Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad (s.a.w.). Kebanyakan sejarawan seni reka dari Barat mendefinisikan seni reka Islam sebagai hasil binaan dari sesiapa yang menyifatkan diri mereka sebagai umat Islam. Definisi yang terlalu menyeluruh ini agak menyimpang kerana terdapat banyak binaan dari aspek perancangan ruang, jenis bangunan dan prinsip estetikanya yang sukar dikaitkan dengan Sunnah Nabi Muhammad (s.a.w.). Salah satu sebabnya adalah tentang tafsiran kefahaman itu sendiri. Umpamanya umat Islam Syiah dan umat Islam yang mengamalkan sesuatu tarikat Sufi mempunyai tafsiran akidah, budaya dan ibadah Islam yang sukar diterima oleh golongan umat Islam Sunnah wal-Jamaah yang terdiri daripada pengikut Islam terbesar di dunia. Keterangan mengenai seni reka Islam yang berikut berteraskan kepada ajaran Nabi Muhammad (s.a.w.) yang termaktub di dalam Al-Quran dan Hadis yang Sahih diterima oleh umat Islam Sunni. Secara ringkasnya, seni reka Islam terhasil apabila setiap kaum yang menerima risalah Islam mengadaptasikan corak kehidupan mereka berlandaskan budaya Al-Quran dan Al-Sunnah. Senireka Islam bukanlah semata-mata gerbang tajam atau kubah bawang Timur Tengah tetapi yang pentingnya adalah jenis-jenis bangunan, perancangan ruang, dan komposisi estetika rupa bentuk serta ragam hias binaan yang dibina mengikut tradisi binaan setiap kaum yang berlainan yang menginterpretasikan ajaran Islam. Apa yang dikatakan seni reka Islam sebenarnya merangkumi berbagai rupa bentuk bangunan dari berbagai jenis kaum tetapi mempunyai kesamaan dari segi perancangan dan jenis ruang serta aspek ragam hias.

Kesenian yang dihasilkan dalam dunia umat Islam, lazimnya suatu kesenian yang bercorak saujana atau sebagai "seni infiniti" (tanpa sempadan). Biarpun pada lahirnya kelihatan terikat pada aturan-aturan seperti tiadanya bentuk-bentuk makhluk hidup, tetapi dari sebalik itu, wujudnya suatu seni yang berpadu pada imaginasi penghasilnya sendiri tanpa atau kurang terkesan pada suasana mahupun mahluk sekitarnya. Sebagaimana penyataan estetik yang dinamakan "Arabesque", iaitu antara contohnya adalah lakiran, ukiran, atau lukisan berbentuk

Seni Reka Islam dan Sezaman – Satu Perspektif Umum

geometrik yang dibentuk berulang-ulang atau sambung-menyambung, atau kekadang diselangi dengan tulisan-tulisan khat dari huruf Arab (Jawi), merupakan suatu identiti yang selaras dengan prinsip-prinsip estetik ideologi Islam. "Arabesque", memancarkan suatu penghasilan nilai saujana (infiniti) untuk pemerhatinya, iaitu sesuatu yang dihidangkan luar lingkungan ruangmasa. Pentafsiran terhadap kesenian Islam yang menolak seni yang membabitkan bentuk makhluk hidup, kekadang juga melahirkan seni berbentuk "abstrak", iaitu melahirkan bentuk-bentuk atau adunan warna-warna yang penuh rahsia tersendiri. Sayugia ditekankan, dalam Islam, segala ciptaan Allah adalah indah dan mempunyai ciri-ciri tersendiri, lantas itu, tidaklah wajar bagi seorang Islam menghina atau memandang buruk pada makhluk-makhluk ciptaan Allah, dan penghasilan seni-seni Islam bukanlah untuk menandingi kehebatan ciptaan Allah, malah asas penghasilan seni-seni Islam adalah untuk mengajak pemerhati mengerti akan kebesaran dan kehebatan Allah, disamping mensyukuri anugerah Allah yang mana membenarkan setiap insan melahirkan atau menzahirkan sesuatu menurut ilham individu sama ada di atas kertas, ukiran kayu-kayu dan seterusnya dan dalam mana berpandu pada garis-garis petunjuk yang ditunjukkan oleh Nabi Muhamad s.a.w. Seni-seni mahupun kebudayaan menyeluruh selain daripada Islam biasanya menganggap dan menumpukan manusia sebagai "ukuran bagi semua perkara", atau alam satu-satunya penentu, manakala seni-seni mahupun kebudayaan menyeluruh Islam adalah sebaliknya iaitu berasaskan pada tumpuan untuk Allah, dan sifat-sifat Agung-Nya, disamping penghormatan ke atas kemuliaan maqam yang diduduki oleh Nabi Muhamad s.a.w. sebagai Nabi terakhir yang diutus sebagai rahmat untuk sekelian alam. Dan dengan itu juga, lazimnya seni-seni mahupun kebudayaan menyeluruh didalam Islam mempunyai matlamat yang sama atau selari dengan matlamat Al Quran, iaitu mengajar dan memperkukuhkan wawasan setiap insan tentang matlamat atau maksud arah tuju sebenar hidupnya di dunia yang sementara ini. CIRI-CIRI SENI REKA ISLAM Seni reka telah melalui sejarah perkembangan yang panjang dan pelbagai mengikut kawasan, agama, bangsa, dan pengaruh luar yang datang ke sesuatu kawasan. Banyak perkembangan seni reka yang boleh dilihat bermula dari tamadun Mesir, Yunani, Rom, Islam berubah kepada tamadun Eropah bermula pada abad ke-17 hingga kepada seni reka moden yang bermula pada abad ke-19 hinggalah pada ketika ini. Jika dilihat, perkembangan seni reka amat menakjubkan dan begitu menarik kerana seni reka ini menggambarkan ketinggian tamadun sesuatu bangsa pada ketika itu. Dapat dilihat perbandingan yang amat ketara, antara seni reka yang dihasilkan oleh orang Islam dan Barat. Tamadun-tamadun berikut menyatakan betapa ciri-ciri seni reka amat berbeza. Tamadun Mesir Tamadun yang bermula pada 3100 sebelum Masehi (SM) hingga 30SM sangat terkenal dengan kuil dan kubur (tombs). Kuil masyarakat Mesir pada ketika itu sangat besar dan mempunyai ciriciri geometrik contohnya seperti kuil Amon-Re yang dibina pada 1290SM. Kubur masyarakat

Seni Reka Islam dan Sezaman – Satu Perspektif Umum

Mesir ketika itu yang dikenali sebagai piramid juga begitu unik seni rekanya hingga dikenali sebagai salah satu benda ajaib di dunia kerana keunikan strukturnya. Tamadun Yunani Tamadun Yunani juga mempamerkan seni reka yang amat tinggi kualiti serta teknologi pada ketika itu. Struktur binaan yang paling terkenal adalah kuil Yunani: setiap satu tiang serta reka bentuk ukiran setiap sudut dan bahagian membawa maksud yang tersendiri yang berkaitan dengan kepercayaan mereka pada ketika itu. Ketelitian mereka bentuk tiang serta pasaknya mengikut kepercayaan mereka membuktikan ketinggian seni masyarakat Yunani pada masa tersebut. Tamadun Rom Empayar Rom dalam bidang seni reka pada awalnya banyak menggunakan pengaruh tamadun seni reka dari Yunani. Tamadun Rom mula mengembangkan corak reka bentuk tersendiri bermula pada abad yang pertama. Perubahan ini terbukti pada reka bentuk seperti The Colosseum dan Pantheon di Rom, Itali. Eropah Eropah terkenal dengan pembinaan istana, kubu, dan menara yang melambangkan empayar raja-raja Eropah pada ketika itu. Seni reka mereka lebih mirip kepada pembinaan kubu, istana, dan kota: contoh seperti pembinaan Tower of London, Britain pada tahun 1070, Menara The Bastille di Paris pada abad ke 14 dan lain-lain lagi. Tamadun Islam Tamadun Islam berkembang selama tiga abad bermula pada 570SM berkembang dari negaranegara Arab ke Utara Afrika, Sepanyol, India, dan Asia juga membawa ciri-ciri seni reka Islam yang tersendiri. Ciri utama seni reka Islam ialah penggunaan arca di bahagian bumbung, kubah, dan dinding batu yang diukir menggunakan motif bunga dan geometrik, lukisan, dan mozek. Bangunan seni reka yang penting dalam tamadun Islam adalah pembinaan masjid. Kebanyakan masjid mempunyai menara, kubah serta seni reka yang halus buatannya contohnya Taj Mahal di India merupakan salah satu seni reka yang terus dikagumi sehingga hari ini yang jelas menunjukkan ciri-ciri seni reka Islam. Seni reka di Selatan dan Asia Timur Seni reka dahulu kala di rantau ini banyak dipengaruhi oleh ciri-ciri seni reka dari India dan negara-negara Arab. Kebanyakan bangunan di kawasan ini dipengaruhi dengan pegangan agama seperti Islam, Buddha, dan Hindu. Seni reka Moden: Abad ke-19 Bangunan pada abad ke-19 dipengaruhi dengan penggunaan bahan yang baru serta konsep seni reka yang pelbagai hasil dari evolusi tamadun seni reka sejak dulu lagi. Pada akhir abad ke-18

Seni Reka Islam dan Sezaman – Satu Perspektif Umum

penggunaan besi dan keluli menjadi alternatif kepada kayu sebagai rangka bangunan. Revolusi Industri yang berlaku di Eropah juga membawa perubahan kepada industri seni reka yang menyaksikan kebanyakan bahagian dalam pembinaan bangunan dihasilkan oleh kilang-kilang. Salah satu pencapaian seni reka moden adalah oleh arkitek dari Britain Sir Joseph Paxton, membangunkan London Crytal Palace (bangunan yang keseluruhannya menggunakan besi dan kaca) hanya dalam masa sembilan bulan pada tahun 1851. Ini adalah salah satu contoh perkembangan seni reka moden bermula. Seni reka Moden: abad ke-20 Seni reka pada awal abad ke-20 banyak membina bangunan yang menggunakan besi dan kaca, sebagai contoh Empire State Building yang dibina dari tahun 1929 - 1931 dengan ketinggian 102 tingkat dan banyak lagi bangunan pada zaman ini yang dibina menggunakan bahan yang sama. Reka bentuk bangunan juga bertambah moden walaupun ada juga dimasukkan elemen seni reka dahulu kala. Reka bentuk bangunan moden banyak dipengaruhi oleh fungsi bangunan serta menggunakan teknik konkrit dan dinding konkrit pasang siap yang dibuat di kilang-kilang. Dengan cara ini pembinaan bangunan akan lebih cepat, menjimatkan masa serta tenaga kerja. Pada hari ini dengan teknologi seni reka yang moden, pembinaan satu-satu bangunan pencakar langit boleh disiapkan dalam jangka masa yang amat singkat. KONSEP SENI REKA ISLAM Konsep seni reka Islam telah ditonjolkan sepanjang era sejarah Islam. Istilah ini merangkumi konsep seni reka keagamaan; termasuk juga bangunan-bangunan sekular, bersejarah dan juga binaan moden, yang pada pembinaan strukturnya terdapat pengaruh oleh kebudayaan Islam. Konsep seni reka Islam ialah: masjid, kubur, istana dan kota. Daripada empat jenis ini, konsep seni reka Islam dikembangkan dan digunakan untuk bangunan-bangunan yang kurang penting seperti tempat mandi awam, air pancut, dan konsep seni reka tempatan Pada tahun 630M, tentera Islam menakluk kembali bandar Mekah daripada kaum Quraisy. Perlindungan suci Kaabah telah dibina semula dan telah dijalankan sebelum kewafatan Nabi Muhammad pada tahun 632M oleh seorang tukang kayu kapal Habsyah dalam konsep aslinya. Tempat suci ini dapat digunakan sebagai contoh yang paling awal konsep seni reka Islam walaupun tidak sama seperti konsep seni reka Islam hari ini. Dinding Kaabah dihiasi dengan lukisan Nabi Isa, Siti Maryam, Nabi Ibrahim, nabi-nabi lain, malaikat, dan pokok-pokok. Doktrin Islam kemudiannya, bermula dari abad kelapan dengan bersumberkan Hadis, melarangkan penggunaan ikon dalam konsep seni reka, terutamanya ikon manusia dan haiwan. Pada abad ke-7, tentera Muslim memasuki dan menakluki wilayah yang luas. Setelah kaum Muslim telah mengambil alih kuasa suatu daerah, keperluan pertama mereka ialah tempat beribadat - sebuah masjid. Susun atur sederhana merupakan unsur-unsur yang digabungkan dalam semua masjid: penganut Muslim awal membina bangunan sederhana berasaskan rumah Nabi atau mengadaptasikan bangunan-bangunan sedia ada, seperti gereja, untuk kegunaan mereka.

Seni Reka Islam dan Sezaman – Satu Perspektif Umum

Konsep seni reka Islam yang dikenali kini berkembang tidak lama selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.; dikembangkan daripada model Rom, Mesir, Parsi/Sassanid dan Byzantine. Contoh awal boleh dikenal pasti dengan siapnya Kubah Batu (Qubbat al-Sakhrah) di Baitulmuqaddis. Kubah tersebut mempunyai ruang kekubah dalaman, kubah bulat, dan penggunaan pola hiasan diolah dalam konsep berulangan (arabesque). Masjid Agung Samarra di Iraq yang dsiap pada tahun 847M, menggabungkan konsep seni reka hypostyle pada deretan tiang yang menyokong sebuah dasar datar yang di atasnya sebuah menara berpilin besar dibina. Hagia Sophia di Istanbul juga telah mempengaruhi konsep seni reka Islam. Ketika tentera Turki Uthmaniyyah menakhluk bandar itu daripada Byzantine, bangunan yang ketika itu sebuah gereja ditukar kepada sebuah masjid (sekarang sebuah muzium) dan memasukkan unsur seni reka Byzantine ke dalam karya mereka sendiri (contohnya kubah). Hagia Sophia juga telah berkhidmat sebagai model untuk beberapa buah masjid Turki Uthmaniyyah seperti Masjid Shehzade, Masjid Suleiman dan Masjid Rüstem Pasha. Pada keseluruhannya, konsep reka bentuk Masjid Putra di Putrajaya berdasarkan seni bina Parsi zaman kerajaan Safawe. Seni bina tradisional digunakan bagi mengharmonikan perubahan bentuk segiempat (Dewan Solat) kepada berbentuk bulat (kubah) dengan memperkenalkan segi lapan (octagon) sebagai bentuk perantaraan.

KONSEP SENI REKA BARAT Konsep seni reka dalam dunia Barat berasal daripada historiografi seni lukis dan seni arca. Kerjakerja deskripsi dan analisis seni dibuat dengan beberapa format dan objektif tertentu yang pada kebiasaannya mengarah kepada perbandingan citarasa elemen kesenian. Historiografi seni reka yang menjadi sebahagian dari kerja penulisan ini terperangkap dalam objektif dan metodologi yang sama. Pada pertengahan abad ke-19, sewaktu sejarawan seperti James Fergusson dan Sir Bannister Fletcher menulis bab-bab tentang seni reka Barat, mereka tidak menggunakan sumber-sumber

Seni Reka Islam dan Sezaman – Satu Perspektif Umum

keagamaan seperti Quran dan Hadis. Mereka lebih menggunakan analisis perbandingan fizikal dan formalistik dalam menilai prinsip estetika seni reka Islam. Sejarawan seperti Creswell, Caetani, dan Ettinghausen yang menulis buku tentang seni reka Islam mula menggunakan korpus hadis, Quran, dan sumber sejarah dari panulis Islam tetapi tafsiran mereka masih dalam kaedah perbandingan dengan tamadun Barat. Penulis-penulis moden kurun ke-20 seperti Grabar, Burckhardt, dan Dickie mula menggunakan korpus sumber keagamaan dengan meluas tetapi kaedah tafsiran yang dibuat harus diberi perhatian oleh penganalisa seni reka Islam. Pengajian sejarah seni reka pada mulanya berkait rapat dengan sejarah seni halus sejak kurun ke-16: wujudnya penulisan berkenaan biografi serta hasil kerja para seniman Rennaisance di Eropah. David Watkin berpendapat bahawa seni reka yang terasing daripada penulisan sejarah seni bermula pada awal kurun ke-18 di Jerman dengan hasil kerja J.B.F.V. (1980) Erlach yang telah mendokumentasikan pelbagai jenis bangunan dari serata pelusuk dunia. Kerja ini disusuli pula dengan penulisan Wolfgang von Goethe dan Karl Friedrich Schinkel yang cuba mengenal pasti rupa bentuk seni reka yang terbaik untuk dijadikan model bagi reka bentuk seni reka nasional. Ada yang menyokong seni reka gothic sebagai yang terbaik dan ada juga yang meletakkan seni reka klasik Yunani sebagai hasil kesenian terunggul. Para sejarawan Perancis juga memainkan peranan dalam penulisan sejarah seni reka dalam usaha pemuliharaan bangunan warisan sebagai penguat identiti nasional semasa. Sejak itu terdapat banyak lagi usaha penulisan, baik yang berupa ilmiah dan popular; yang mengajukan cadangan gaya rupa yang bernilai mengikut citarasa masing-masing. Usaha ini meliputi juga penentuan dan pengetahuan warisan seni reka sebagai simbol kesedaran tamadun tempatan dan sebagai kesinambungan kehidupan tradisi dengan penyesuaian kehidupan kontemporari. Terdapat dua cara utama bagaimana warisan seni reka sesuatu tempat dan bangsa itu dapat diserlahkan dalam kehidupan masa kini: pertama - pemuliharaan warisan sedia ada dengan membuat garis panduan terperinci berkenaan pengekalan bangunan dan kawasan yang bersejarah serta yang memaparkan elemen-elemen nilai kesenian yang halus dari tukang-tukang yang silam; kedua - membina semula tinggalan-tinggalan bangunan untuk diguna semula mengikut fungsi asal atau diadaptasikan dengan cara baru. Konsep seni reka Barat mengambil beberapa faktor dan objektif. Objektif pertama ialah penentuan maklumat asas bangunan. Objektif kedua ialah penentuan fungsi dan peranan sesuatu bangunan. Objektif ketiga ialah penentuan “bahasa seni reka” sesebuah bangunan seperti yang difahami oleh masyarakat pada waktu itu. Objektif keempat ialah penentuan pengaruh reka bentuk; dan objektif yang terakhir adalah untuk mengutarakan teori estetik atau prinsip reka bentuk tukang dan jurubina silam.

Related Documents


More Documents from "beMuslim"

Green Quotes
December 2019 28
December 2019 36
Root Explant
November 2019 31
Botox
November 2019 32