Seni Budaya Dan Multimedia - Seni Silat Pulut

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Seni Budaya Dan Multimedia - Seni Silat Pulut as PDF for free.

More details

  • Words: 1,414
  • Pages: 8
SKMK 2163 SENI BUDAYA DAN MULTIMEDIA ENCIK MOHD GHAZALI ABDULLAH Soalan: Seni Silat Pulut Oleh: Shamsul Akmal Khafiizee bin Naim A119996

1.0

Pengenalan Silat pulut adalah satu persembahan, permainan dan seni mencipta buah dalam

sesebuah pertubuhan silat melayu semenanjung. Silat pulut bukan suatu pelajaran wajib yang di kursuskan kepada pesilat-pesilat. Seni silat pulut ini adalah amalan seni gelanggang bangsal yang kini dimasukkan dalam kurikulum silat melayu di Semenanjung Malaysia. Silat pulut tercipta daripada gabungan beberapa pergerakan anggota badan yang terdapat dalam seni mempertahankan diri yang membentuk satu latihan riadah. Amalan silat pulut dipercayai dapat melancarkan aliran darah dan sistem pernafasan selain membentuk stamina serta daya tahan pada individu yang mengamalkannya. Seni silat pulut ini juga adalah satu bentuk persembahan yang telah meresap kedalam adat istiadat melayu semenanjung dengan diiringi muzik silat baku iaitu gendang ibu, gendang anak, gong dan serunai. Disamping itu, seni mempertahankan diri melayu yang unik ini diberi nama silat pulut kerana pesilat yang mempersembahkan seni silat pulut ini diberi sebungkus bunga telor bersama-sama pulut didalamnya. Pulut telah menjadi biasanya menjadi hidangan wajib yang disediakan dimana-mana majlis kenduri kahwin dalam sesebuah kampung. 2.0

Asal-usul silat pulut Seni Silat Pulut adalah merupakan permainan silat turun temurun dari warisan

nenek moyang kita. Sejarah mengenainya tidak begitu jelas, namun terdapat beberapa teori yang menyebut tentang sejarah silat pulut ini. Sejak kejatuhan kerajaan Melayu Tradisi di Semenanjung, silat telah terpinggir daripada istana dan pertahanan negara telah diperkenalkan dengan sistem pertahanan barat. Orang perang dan pahlawan telah kembali ke desa dan terus mengembangkan Ilmu Seni Perang Melayu atau institusi pendidikan kepahlawaan Melayu. Bagi mengelakkan ilmu kepahlawanan itu daripada pengetahuan penjajah lalu dijadikan satu permainan tradisi yang didalamnya terdapat serang dan beladiri, dinamakan Silat Pulut. Permainan ini berkonsepkan sifar kecederaan di samping

menjaga adat tatasusila agar ianya menjadi harmoni. `Bunga Sembah' atau `Lela Sembah' dilakukan sebagai hormat tetamu yang kehadiran mereka diraikan. Silat Seni Gayung Fatani merupakan aliran Silat Melayu yakni silat tempatan atau Seni Silat Melayu Tradisi Semenanjung dari yang serumpun dan sebenih dengannya, seperti yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dan daerah yang sempadan dengannya, dikenali sebagai Silat Pulut atau Gayung Pulut. Silat menjadi permainan yang kerap dipersembah di majlis-majlis rasmi, nikah-kahwin atau kenduri-kendara makan pulut, di mana setiap pesilat yang bermain dihadiahkan sekepal pulut berhias bunga telur, maka dinamakan ianya `silat pulut' atau `gayung pulut'. Permainan silat ini biasanya dipersembahkan ketika majlis perkahwinan dan biasanya pesilat-pesilat pada zaman dahulu akan mengambil sedikit pulut dan disuapkan ke mulut pengantin Permainan silat dahulu biasanya diakhiri dengan banyak berlakunya kecederaan kepada pesilat. Dan para pendekar2 ketika itu memainkan silat ini sebagai menggantikan kepada pertempuran yang sebenarnya. Namun rahsia permainan silat ini hanyalah diketahui oleh mereka yang mengamalkannya, walaupun luarannya nampak begitu lembut dan bersopan. Begitulah indah dan cantiknya nilai tradisi Melayu. Perkara ini banyak tidak diketahui oleh generasi masakini yang sibuk kepada kebendaan dan harta. Ada juga teori mengatakan permainan ini sekiranya lawan dikunci, jikalau dia bergerak maka akan semakin terkunci ibarat pulut yang melekit2.

3.0

Seni yang dipelihara Permainan ini berkonsepkan sifar kecederaan di samping menjaga adat tatasusila

agar ianya menjadi harmoni. `Bunga Sembah' atau `Lela Sembah' dilakukan sebagai hormat tetamu yang kehadiran mereka diraikan. Permainannya, secara berpasangan, dua pesilat akan berhadapan dan melakukan `pecah langkah' atau `belebat silat' mengatur strategi serangbela yang dimulakan dengan `sikap jual' dan `sikap beli'. Kedua-dua pesilat menggunakan kaedah yang tidak mencederakan, malah dapat menampilkan kaedah yang

sulit dalam bentuk yang menghiburkan. Permainan tersebut sesuai dengan perkataan silat. `Si elat' sebagai ganti nama pelaku, `elat' bermakna usaha mengelirukan, tipu daya, muslihat

dan

`ilat'

bermaksud

kecelakaan,

kemalangan

atau

kerugian.

Pada tahun 70an, keluar pula arahan semua kumpulan silat wajib didaftarkan agar dapat bergerak secara sah, maka wujudlah pelbagai nama perguruan silat dari aliran silat Melayu, antaranya Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM). Pada tahun 1983, pertubuhan ini telah diiktiraf sebagai ahli badan pendiri PESAKA Malaysia. Dengan itu, silat asli tempatan atau seni silat Melayu tradisi semenanjung yang dikenali sebagai silat pulut atau gayung pulut mendapat nama serta bersaing dengan perguruan silat baru yang diciptakan beberapa orang tokoh silat dan aliran perguruan pencak silat. PSGFM telah mengembangkan kaedah pendidikan silat tradisi `gelanggang bangsal' yang diasaskan oleh Syeikh Abdul Rahman Tohir (1816-1839), di Pendang, Kedah Darul Aman. Kandungan pelajaran silat meliputi aspek seni, beladiri, sukan, muzik, silat baku Malaysia dan kerohanian yang berdasarkan seni budaya Melayu bersendikan syarak. Pada tahun 1976, penulis (Allahyarham Tuan Haji Anuar bin Abdul Wahab AMN 19-2009) telah diangkat sebagai Guru Utama. Penulis telah meningkatkan mutu pendidikan silat tradisi gelanggang kepada sebuah kurikulum silat yang telus dan setara. Berdasarkan kurikulum silat tradisi ini (sebelum 1976-1986), menjadi dasar kepada "Kurikulum Baru PSGFM" (1986-2004) dan "Kurikulum Silat PSGFM Moden Piawai 2002". Kaedah permainan silat pulut atau gayung pulut masih kekal dalam tradisi silat perguruan silat tradisi perguruan ini. Kurikulum silat baru telah menjadi faktor utama PSGFM berjaya menjadi juara kumpulan dalam kejuaraan silat kebangsaan pada 1991, 1992 dan 1994. Kurikulum tersebut turut membantu PSGFM berjaya dinobatkan sebagai juara kumpulan persembahan terbaik dalam kejuaraan seni beladiri dunia ANJURAN International Martial Arts Games Committee (IMGC) pada 2004 dan 2005. PSGFM lebih dikenali di peringkat antarabangsa apabila pasukan silat PSGFM diberi kesempatan mempersembahkan silat bersama-sama sebelas pasukan seni beladiri terbaik duni iaitu

judo, sumo, karate, jujitsu, samurai, capoeira, free-style, nunchaku, taekwando dan sholin kung fu dalam program jelajah 15 kota Jerman pada 2004. 4.0

Teknik-teknik silat pulut Silat pulut mengandungi pelbagai teknik rahsia yang tidak

di pertontonkan

kepada khalayak ramai. Namun begitu, teknik asas silat pulut dapat di pelajari dengan begitu mudah walaupun memakan masa untuk menguasainya dengan sempurna. Teknik asas silat pulut terbahagi kepada beberapa kaedah iaitu, untuk pembukaan atau permulaan biasanya dua orang pesilat akan berdiri pada kotak berbentuk segiempat tepat. Dua orang pesilat ini akan mengadap berhadapan sebaris dengan garis yang bersebelahan antara satu sama lain. Dua orang pesilat ini tadi akan membuat langkah sembah mengikut bentuk segiempat tepat sehingga kembali ke tempat mula-mula mereka berdiri. Kemudian pesilat tadi akan melakukan teknik melilit iaitu dengan mengelilingi segiempat tepat tadi dalam bentuk bulatan. Teknik ini adalah satu asas yang telah di tetapkan dalam permainan silat pulut. Seterusnya, setelah melakukan teknik melilit, pesilat akan berhadapan dan teknik galah panjang dimainkan. Teknik galah panjang ini serupa dengan permainan galah panjang yang dimainkan masyarakat melayu. Pesilat akan bergerak ke arah yang sama, jika persilat A bergerak ke kanan, pesilat B akan ikut bergerak ke kanan lawannya dan sebaliknya. Pergerakan galah panjang ini mencantikkan lagi seni tempur pulut ini. Permainan ini akhirnya dimulakan dengan iga serangan asas iaitu serangan tikam, belah dan parang. Teknik tikam dilakukan dengan penyerang melancarkan serangan bagai membawa senjata tajam di pergelangan tangan. Serangan yang dilancarkan tidak seperti seni pencak silat yang laju dan lincah tetapi dilakukan dengan tenang dan dalam gerakan yang lambat. Teknik tikam ini akan disambut oleh tukang sambut yang menanti serangan. Setelah buah tikam disambut dengan kemas, penyambut tadi akan mengunci bahagian kaki lawan dengan menyendal kaki lawan pada bahagian belakang lututnya. Tikaman pihak lawan tadi akan cuba dipatahkan dengan menolak sendi tangan pihak lawan ke atas. Orang yang menikam tadi akan menyelamatkan dirinya dari dipatahkan tangannya dengan melakukan teknik kedu1. Kemudian penyerang akan melepaskan tangan dengan 1

Teknik kedu – membengkokkan sendi untuk melepaskan tangan dari dipatahkan lawan.

membuat sisipan pada lengan pihak lawan. Perlakuan sagang2 akan terjadi apabila penyerang dapat melepaskan tangannya dan penyambut dalam kedudukan rapat bahu bertemu bahu dan belakang lutut bertindih antara satu sama lain. Kemudian, buah potong dilancarkan oleh penyerang bagi melepaskan diri. Buah potong dilakukan dengan menggunakan tangan yang menyerang atau tangan yang tidak dikunci untuk melepaskan diri. Jika kedua-dua pesilat telah berada pada kedudukan jarak yang agak jauh, buah pelepas dilakukan. Buah pelepas adalah teknik penamat bagi serangan yang dilancarkan. Apabila buah pelepas dilaksanakan, kedua-dua pesilat..akan terpisah dan permainan akan disambung atau ditamatkan.

2

Sagang terjadi apabila kedua-dua pesilat mendekati antara satu sama lain. Pesilat akan rapat bertemu antara satu sama lain dan berlaku tindih menindih antara satu sama lain.

5.0

Kesimpulan Seni silat pulut berasal daripada permainan orang melayu pada zaman penjajahan

British di Tanah Melayu dan telah menjadi amalan sehingga kini. Seni Silat pulut dapat menjaga kesihatan badan dan memelihara ketahanan fizikal seseorang. Seni ini diberi nama pulut sempena bungkusan pulut yang diberikan kepada pesilat yang membuat persembahan dalam sesebuah majlis kenduri kendara. Seni warisan zaman berzaman ini terpelihara sehingga kini dengan di terapkan dalam kurikulum silat melayu semenanjung Oleh Pesaka Malaysia.

Sumber rujukan:

1.0

Laman sawang Malay Fighting Art http://malayfightingarts.blogspot.com/2008/10/silat-pulut.html Silat pulut and wedding http://www.malaysiakini.com/rentakini/35985 Pusat Cemerlang Silat (PCS) http://pusatcemerlangsilat.com/silat/rencana/silat-itu-satu-dan-sempurna Forum Pertubuhan Seni Gayung Fatani http://mforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=284358

Related Documents