Sembunyikan Dan Lindungi Fail Dan Folder Anda

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sembunyikan Dan Lindungi Fail Dan Folder Anda as PDF for free.

More details

  • Words: 489
  • Pages: 5
Sembunyikan dan Lindungi Fail dan Folder Anda 31 January, 2008 (22:04) | Virus/Malware, tips Windows | Oleh: Muhammad Khairul Artikel ini membincangkan: • •

Apakah itu encryption Cara-cara menggunakan TrueCrypt

Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus menyembunyikan folder ada atau melindunginya daripada dibuka oleh orang lain. Contohnya mungkin anda ada koleksi gambar peribadi, atau mungkin anda mempunyai fail - fail syarikat yang tidak boleh didedahkan kepada orang lain. Cara yang paling bagus untuk melindungi fail dan folder anda adalah dengan menggunakan encyption.

Apa itu encryption? Secara ringkas, encryption menyelerakkan struktur sesuatu fail supaya tidak dapat dibaca oleh orang lain. Pihak ketiga yang cuba membuka fail yang telah melalui proses encryption tidak akan dapat memahami kandungan di dalam fail tersebut. Untuk menjadikan fail ini boleh dibaca semula, ia haruslah melalui decryption, iaitu menyusun semula fail tadi agar boleh dibaca. Hanya orang yang mempunyai key (contohnya kata laluan) dibenarkan untuk melakukan proses decryption ini.

Cara-cara Menggunakan TrueCrypt Di sini saya ingin tunjukkan cara-cara untuk menggunakan TrueCrypt, sebuah perisian encryption yang terbaik. Dengan TrueCrypt, anda dapat membuat satu drive tersembunyi untuk meletakkan segala maklumat - maklumat sulit anda. Muat turun dan TrueCrypt dari sini dan pasang perisian tersebut. Buka TrueCrypt. Ikuti langkah - langkah berikut: •

Perkara pertama anda harus buat ialah menetapkan satu tempat baru untuk menyi mpan fail - fail sulit anda. Untuk ini, tekan pada butang “Create Volume”



Satu tetingkap “TrueCrypt Volume Creation Wizard” akan terpapar. Biarkan pilihan biasa, iaitu “Create a standard TrueCrypt volume” dan tekan butang Next



Pada paparan seterusnya, klik pada butang “Select File”. Di sini anda perlu membuat nama fail yang akan digunakan untuk menyimpan fail - fail sulit anda. Sebagai contoh, s aya namakan fail saya sebagai “Fail Sulit”. Klik pada butang Save. Kemudian klik pada butang Next.



Di sini anda dikehendaki memilih kaedah ecryption. Biarkan pilihan yang biasa dan tekan butang Next.



Anda dikehendaki menetapkan saiz bagi direktori sulit anda. Di sini saya tetapkan 1000 MB yang bermakna direktori sulit saya mempunyai had sebanyak 1 GB.



Seterusnya, tetapkan kata laluan. Hanya orang yang mempunyai kata laluan boleh memasuki dan menggunakan direktori sulit ini.



Sebelum format bermula, anda boleh menggerak-gerakkan tetikus supaya proses encyption menjadi lebih rawak. Jika anda tak faham, tekan je butang Format. Tunggu sehingga proses format selesai.



Setelah proses format selesai, tekan butang Exit.

Kini anda telah berjaya membuat direktori sulit anda. Bagaimana nak menggunakannya? Begini caranya: •

Buka TrueCrypt. Pilih mana - mana drive untuk meletakkan direktori anda. Klik pada butang “Select File” dan pilih fail yang anda buat tadi.



Klik pada butang Mount.



Masukkan kata laluan.



Berdasarkan contoh, direktori saya telah diletakkan pada drive I:. Jika saya membuka drive I: dari My Computer, saya bole meletakkan fail - fail yang ingin saya sembunyikan. Untuk menyembunyikan kembali direktori ini, klik pada butang Dismount.

Siap! Gunakanlah ilmu ini dengan sebaik-baiknya. Jangan sembunyikan fail pornografi sudah ;p Muat turun TrueCrypt di sini.

Related Documents