Sekolah Wawasan.docx

  • Uploaded by: Huong Jen Yu
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sekolah Wawasan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 656
  • Pages: 2
Walaubagaimanapun, pelaksanaan konsep Sekolah Wawasan ini telah ditentang oleh pertubuhan yang mewakili masyarakat Cina kerana bimbang sekiranya kewujudan sekolah tersebut akan menjejaskan pentadbiran SRJK Cina dan penggunaan bahasa ibunda di kalangan pelajar daripada aliran berkenaan. Secara tidak langsung hal ini akan mengganggu, membantut dan menjejaskan perkembangan serta kewujudan SRJK Justeru, sebuah badan bertindak yang dikatakan mendapat sokongan lebih dua ribu buah pertubuhan Cina iaitu rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) telah membuat desakan kepada pihak kerajaan pada 20 Disember 2000 supaya membatalkan rancangan Sekolah Wawasan di dalam Tuntutan 17 perkaranya. Malahan, persatuan ini juga telah menuntut banyak lagi perkara yang berbaur perkauman. Manakala parti MCA dan Gerakan pula meminta supaya pihak Kementerian Pendidikan memberikan penjelasan kepada masyarakat Cina berhubung kekeliruan dan kebimbangan yang timbul mengenai perlaksanaan konsep Sekolah Wawasan. Kebimbangan yang disuarakan oleh masyarakat Cina bahawa SRJK akan terhapus dan hilang segala ciri-ciri serta identitinya sebenarnya tidak berasas kerana setiap aliran yang bergabung di dalam Sekolah Wawasan ini masih lagi mengekalkan sistem pembelajaran serta kurikulum sedia ada. Dengan kata lain SRJK Cina, Tamil, dan Kebangsaan akan terus berada di dalam keadaannya yang asal. Jadi, penempatan penempatan ketiga-tiga aliran ini di dalam satu kawasan yang sama tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu usaha untuk menghapuskan SRJK. Apa yang lebih pentig di sini, penempatan ketiga-tiga aliran sekolah ini dapat dijadikan landasan terbaik untuk mewujudkan integrasi kaum pada peringkat primer lagi. Bak kata pepatah , kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitu juga dengan integrasi kaum dan asimilasi budaya hanya dapat dicapai seandainya usaha memupuk hubungan serta perpaduan kaum itu dimulakan di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah dengan membiarkan mereka bergaul, berinteraksi dan bermain bersama-sama. Proses integrasi dan asimilasi seharusnya dibiarkan berlaku secara evolusi serta semulajadi. Sebarang percubaan untuk mewujudkan integrasi dan asimilasi secara paksaan pasti akan menemui kegagalan. Oleh itu konsep Sekolah wawasan merupakan suatu kaedah terbaik bagi merealisasikan integrasi nasional dan menghapuskan tembok pemisah serta mengurangkan jurang yang wujud di antara pelbagai kaum di negara kita. Penempatan SRJK mengikut tempatnya menjadi punca polarisasi kaum di negara ini. Pihak penjajah Inggeris wajar dipersalahkan dalam soal ini kerana merekalah yang bertanggungjawab membuat penempatan yang sedemikian rupa melalui dasar “pecah dan perintah” yang dilaksanakannya. Menerusi perlaksanaan konsep Sekolah Wawasan ini, kita berharap interaksi secara “face to face” yang berlaku di kalangan pelajar dari pelbagai aliran ini dapat menjadi perintis ke arah melahirkan sebuah bangsa Malaysia dalam erti kata yang sebenarnya. Masyarakat Cina dan India tidak seharusnya berasa takut dengan perlaksanaan Sekolah Wawasan ini kerana hal ini tidak menjejaskan penggunaan dan penguasaan bahasa ibunda pelajar – pelajar SRJK. Ketegangan hubungan kaum dan masalah yang berkaitan dengan etnik di negara kita sebenarnya berpunca daripada sikap prejudis serta perasaan curiga lantaran kurangnya interaksi dan hubungan yang terjalin di antara mereka. Sebarang usaha ke arah integrasi

nasional dan perpaduan kaum tidak boleh dilihat sebagai percubaan untuk membunuh atau menghapuskan budaya, bangsa, dan identiti sesuatu kaum. Dalam hal ini semua pihak harus meletakkan kepentingan nasional dan negara pada kedudukan yang paling utama daripada kepentingan peribadi atau kaum masing-masing. Ini dapat dilakukan dengan memberikan sokongan dan dukungan kepada usaha-usaha yang dapat memupuk dan mengukuhkan hubungan kaum yang terdapat di negara kita.

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

Aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius dan penekanan yang menyeluruh oleh semua pihak. Generasi awal terutamanya para pelajar sekolah rendah perlu didedahkan betapa pentingnya perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang besifat majmuk ini. Mahu tidak mahu, perkara ini turut melibatkan sistem pendidikan negara kerana melalui pendidikanlah, generasi pelajar dapat membentuk dan mencorakkan masyarakat Malaysia pada masa hadapan. Ianya selaras dengan pepatah Melayu iaitu “ melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Mereka ini perlu dan semestinya didedahkan bahawa perpaduan kaum begitu bermakna dan akibat buruk yang akan timbul daripada sikap curiga-mencurigai di antara mereka. Disamping perlaksanaan slogan “1 Malaysia”, sekiranya kita mahu memupuk perpaduan dengan lebih berkesan dan cepat, sistem pendidikan juga mesti menggunakan satu aliran berbanding pelbagai aliran ketika ini.

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

Related Documents

Sekolah
May 2020 39
Sekolah
May 2020 35
Budaya Sekolah
May 2020 16
Sekolah Bestari
May 2020 30
Prestasi Sekolah
June 2020 19

More Documents from ""